bendera-bendera kecil yang ayah gantung antara pokok-pokok duku di tepi rumah
Selamat Hari Malaysia!
Awak, saya & mereka, semuanya penting untuk perubahan, kemajuan dan kesejahteraan negara ini.
Berhentilah menuding jari, bertanyalah pada diri. Kerana perubahan itu sepatutnya bermula di situ.
Semoga kau sejahtera, Malaysiaku!
Sumpah, walaupun saya masuk terowong komunis di Vietnam, saya tak mengikut atau membawa sebarang propaganda komunisme! Tatkala menjengah ke bumi orang di sana, saya resah, marah dan sedih bila melihat pameran di muzium tinggalan perang, jiwa cukup kacau. Menang atau kalah, banyaknya yang tak berdosa jadi taruhan. Murahnya nilai nyawa manusia, ke mana hilangnya kemanusiaan dalam diri? War really brings out the worst in human. No doubt.
Berdiri sejenak di tangga muzium itu, saya tak henti-henti mengucapkan syukur dilahirkan di Malaysia.
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.
.