Pada suatu tengahari Jumaat yang damai, dua orang gadis, A dan B keluar makan tengahari dengan berlenggang kangkung kerana mereka tak wajib pegi smayang Jemaat. Setelah kenyang makan makanan Jepun, dua-dua membuat cubaan berjalan ratusan tapak dengan kepercayaan kononnya dapatlah membakar apa-apa yang patut dibakar. Semasa nak balik terlintas depan kedai yang semuanya bertemakan kecantikan dari hujung jambul sampai hujung tumit. Salah satu kedai menayang promosi di depan pintu – Ulangtahun ke -10, RM10 untuk satu rawatan. A tengok B, B tengok A,
Try nak?
Mmm.. boleh, RM10 aje, kalau basuh kereta pun RM10 jugak kan
A dan B sama-sama pernah selim melim (sekeping) tapi akibat nafsu makan yang takterbendung, penambahan lemak tak sekata berlaku dengan jayanya. Mereka pilih rawatan nak kurangkankan lemak kat perut. Hari tu dah nak kena masuk pejabat, tak sempat, jadi esoknya kena datang lagi.
A dah biasa jugak dengan agenda slimming, mak dia ada spa. Dia pun dah pegi beauty centre sana sini untuk market research masa nak buka spa mak dia. B pulak, walaupun dah tua bangka, 10 tahun lagi tua dari A, agak jakun bab2 pusat kecantikan. Baru sekali dia pergi spa, tu pun pasal kawan-kawan bagi dia graduation gift. Yang sekali tu pun dia rasa dah tobat tak nak pegi massage dah. Dia sangat tak selesa nak bagi orang pegang sana sini walaupun orang tu perempuan.
Nak dijadikan cerita, esoknya rakan berdua ni pergilah menuntut rawatan yang dijanjikan. Setelah disyarahkan & dipujuk beli pekej macam-macam, mereka pun pergi buat rawatan perut yang RM10 tu. Maka masuklah bilik rawatan masing-masing.
Adalah prosedurnya, kena ukur badan etc… lepas tu kena baring, dia letak massage oil. Lepas tu godek-godek perut dengan mesin dia. Sambil urut-urut perut dengan benda tu, Amoi tu kata
Yang ini kita mau bagi blood circulation jalan dulu aaaa.. ini tak sakit
Huh? Habis tu yang lepas ni sakit ke?
Saya tak mau tipu, yang lepas ini ada sakit, saya selalu buat pun rasa sakit..
Ala.. yang tak sakit tak ada ke? (Makkkk!! Tak nakkkk!!)
Takda sakit punya takda effect maa...
B rasa nak bangun & lari masa tu jugak. Tapi tak boleh pasal baju dah tukar, barang semua dalam locker. Pastu, tak macho la kalau lari kan?
Ok saya mula buat itu pecah lemak punya aaaaa…
Adoiiiii…. Ahhh… uhhhh… sakit laaaaa…
Dipendekkan cerita B terpaksa tahan mulut dia dari terlolong sakit, terangkat-angkat kaki tahan sakit. Amoi tu suruh bagi kaki rehat lurus, mana boleh weyyy! B tu sakit tau tak?
Hari tu B balik dengan perut yang lebam-lebam dengan ukuran kurang 2-4cm (dia tak ingat berapa), tapi dia tak pasti amoi tu ambik ukuran tepat dan jitu ke tidak. Entah-entah tipu. Satu perkara yang pasti, B tobat, dia takkan sekali-kali menyakitkan diri lagi semata-mata nak kurus/cantik. Takper lah tak lawa macam Shakira pun!
Iklan di Tesc0 : sindiran yang sungguh tajam
.