BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Gulai Ikan Masin. Show all posts
Showing posts with label Gulai Ikan Masin. Show all posts

Wednesday

Ikan Masin import dari Kelate

Alhamdulillah baru-baru ini dapat banyak bekalan ikan masin yang dibawa khas dari kelate. Selalunya terpaksa beli ikan masin Selar Kuning tu kat sini je kalau terputus bekalan. Harga mahal kemain RM2 dapat dalam 5 @ 6 ekor je yang kecik-kecik. Tu yang pesan kat kakak mintak bawak mari time datang kL.

Banyakkk... suka sangat.. InsyaAllah tahanlah untuk stok sebulan dua.. :)

Cara nak simpan ikan masin agar tahan lama... seeloknya simpan tempat beku dalam peti. Kalau simpan bawah, lama2 ikan masin akan jadi kering betul2 kering sampai nampak bergaram. Makanya saya ikut cara orang2 yang berniaga kat pasar tu yang simpan ikan masin dalam tempat beku. Bungkus tebal2 dulu dengan paper kemudian ikat kemas dalam plastik baru disimpan dalam freezer. InsyaAllah ikan masin akan kekal fresh berbulan-bulan.

Ni lauk faveret kitaorang pakai ikan masin Selar Kuning ni...

untuk resepi sila klik gambar...

Monday

Gulai Ikan Masin


"Da smpai da maghrib td...bez gle mkn bekal....hehe"

Abang antar sms dari Mahallahnya *asrama putera* malam tadi lepas dah selamat makan bekal yang bawak dari rumah. Saya tak masuk tupperware pun bekalannya. Hanya bungkus dalam paper yang lapik dengan plastik tebal je...bungkus cam nak bungkus nasik belauk.... hehe

Lauknya ikan siakap sweet sour, ayam goreng potong kecik2 dan gulai ikan masin. Alhamdulillah berselera lah tu anaknda makan. Selalunya
share2 makan ngan sorang dua rakan sebiliknya samada kenet, zaki atau fendi. "Mama harap cukup nasik ngan lauk tu ya bang....." :)

Gulai ikan masin tu sama versi ngan gulai telor masin dalam n3 sebelum ini. Resepi yang sama cuma tukar bahan asas je dari telor masin ke ikan masin. Gulai ni boleh kata selalu gak la saya buat sebab rasanya tak muak....tak jemu makan walau pun sering diulang masak berkali-kali... mungkin sebab tak masuk rempah kot, hanya guna bahan2 asli bawang2 gitu je.... :)

Di awal2 kemunculan MENU dulu dah post pasal gulai ikan masin ni.... jadi jemput usha resepinya di SINI atau boleh juga ambik di post Gulai Telor Masin.... Tq

Sekian, Wassalam :))


Sunday

Nasi Dagang, Gulai Ikan Aya dan Gulai Ayam


Inilah menu raya ke 2 Aidil Adha.... selamat buat dan selamat makan nasi dagang berlaukkan gulai ikan Aya(ikan tongkol) dan gulai ayam. Alhamdulillah nasib baik hari tu saya simpan belen 1 kilo beras nasi dagang, lebih buat open house raya Aidil Fitri tempohari. Jadi bolehlah buat nasi dagang cukup untuk dua tiga round makan kami sekeluarga.

Resepi nasi dagang di SINI

Resepi gulai ayam pula ada di SINI....


Resepi Gulai Ikan Aya
Bahan2nya:

  • ikan tongkol seekor sederhana besar direbus *resepi ikan rebus di SINI*
  • pati santan +- secawan dicampur dengan air masak biar kuahnya ngam dengan kuantiti ikan
  • bawang merah 1 labu besar - ditumbuk
  • bawang puteh 1 ulas - ditumbuk
  • lengkuas 4 @ 5 hiris - ditumbuk
  • kunyit hidup 1 inci kalu saiz kecil - ditumbuk
  • lada kering 2 @ 3 tangkai - direndam, dibasuh bersih dan ditumbuk
  • asam keping
  • garam
  • gula
Cara mmbuatnya:
  1. Renehkan santan sampai agak2 naik minyak. Sesekali dikacau untuk elakkan dari pecah minyak.
  2. Bila santan dah masak elok, masukkan bahan2 yang ditumbuk.
  3. Masak lagi biar kuah jadi cantik dan agak cair-cair likat.
  4. Masukkan asam keping kemudian diikuti dengan ikan aya rebus.
  5. Biarkan lagi di atas dapur dengan api yang kecil.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. ....dah siap pun..... :)

Kalau buat nasi dagang, saya mesti buat sambal nasi dagang nya sekali. Kalu takde sambal ni, kurang umph rasa makan nasik dagang....heheh

Resepi Sambal Nasi Dagang
Bahan2nya:
  • Ikan kembong besar 1 ekor - dipanggang/direbus dengan sedikit air
  • nyior goreng/kelapa parut setengah biji - digoreng tanpa minyak hingga garing
  • bawang merah besar 1 labu (saiz kecil)
  • halia muda 1 - 1 setengah inci
  • serai 1 batang di ricik halus
  • lada hitam 7 - 8 biji
  • garam
  • manisan +- 1 keret
Cara:
  1. Tumbuk lada hitam, diikuti dengan serai, halia dan bawang merah.
  2. Keluarkan dari lesung, kemudian tumbuk pula nyior goreng diikuti isi ikan bakar tawar.
  3. Kemudian tumbuk pula manisan dan garam kemudian lecek2kan semua bahan bagi serata semua rasa.... mmmm...wangiiii bau sambal nih... :)


*******************

Sampai ke hari ini ibadah kurban masih berlangsung di sekitar kawasan rumah kami. Sepertimana yang kita tahu ibadah kurban boleh dilakukan sepanjang 3 hari Tasyriq. Macam kami kat sini, hari yang pertama tu buat di surau berdekatan sebanyak 2 ekor lembu, semalam di Masjid As-Salam sebanyak 10 ekor lembu *suami dan abang tak available hadir* dan hari ini pula buat di salah satu rumah yang merupakan pusat jagaan anak2 bermasalah yang dengarnya melibatkan 3 ekor lembu *Pak nor, n'bour kami pagi2 lagi panggil kat tepi pagar rumah mintak papa dan abang pegi tolong*

Alhamdulillah semoga ibadah kurban yang dilakukan mampu memberikan seribu manfaat yang sama2 dapat dihayati bersama. Allahhu Akbar!!


Monday

Gulai Ikan Masin

Saya selalunya namakan gulai ini dengan nama Gulai Kunyit Kkuah(gulai kunyit lengkuas maksudnya). Kalau time tak lalu makan nasi, sedap sangat kalau ada gulai ikan masin ni. Membangkitkan selera, orang kata... hehe

Sepanjang pengalaman tinggal di luar Kelantan selama lebih 17 tahun, dan berada pula dalam lingkungan kawan2 yang bukan dari kelate, maka ternyata berbeza cara masakan untuk memasak ikan masin ini. Kawan2 saya kebanyakannya masak ikan masin style masak lemak cili api dan juga masak kari. Jadi bila dah berkawan tu, mereka pun cuba2 la masak style saya pulak.... tukar2 menu gitu.... ;D


Bahan2nya:

  • Ikan masin selar kuning 6 ekor
  • santan RM1 @ tiga suku cawan(3/4 cawan)
  • cili kering 3 - 4 tangkai
  • bawang merah besar 1 labu
  • bawang putih 1 ulas
  • sedikit kunyit hidup
  • sedikit lengkuas
  • asam keping(asam gelugur)
  • garam
  • gula
  • jika suka tambahkan timun batang yang dipotong kecil2
Cara membuatnya:
  1. Ikan masin dibasuh bersih dan direbus sekejap. Bila menggelegak terus tutup api dan toskan ikan masin.
  2. Cili kering direndam dan dibersihkan. Kupas bawang, kunyit dan lengkuas.
  3. Sementara itu masak santan yang ditambah air sesuai dengan kuantiti ikan masin. Masukkan sesudu besar minyak masak. Biarkan masak dengan api yang kecil.
  4. Tumbuk cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas.
  5. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk santan yang sedang dimasak.
  6. Masak hingga kuahnya sebati dengan api yang kecil.
  7. Masukkan ikan masin dan timun batang(jika suka) dan asam keping.
  8. Tambahkan sedikit garam sahaja kerana ikan masin dah sedia masin....hehe... kemudian masukkan gula.
  9. Dah siap pun.....sedia untuk dihidangkan...

Menu A - Z