BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Sambal Kacang Ikan Bilis. Show all posts
Showing posts with label Sambal Kacang Ikan Bilis. Show all posts

Monday

Singgah Makan Bekal


Hari Raya ke 2 Eid ul Adha tempohari, sempat bawak anak2 jalan. Kesian pulak, semua baru lepas demam periksa sebelum raya hari tu. Jalan dekat2 je, hanya ambik masa 2 jam setengah perjalanan.

Di tengah laluan, nampak dari jauh macam ada taman... lapang, cantik dengan rumput carpet-nya.... kira pot yang elok sangat la untuk kami singgah makan bekal. Dah ada dua tiga keluarga kat situ, tengah duk menjamu selera makan bekalan masing-masing.


Kami pun bentang la canvas serbaguna yang selalu standby ada dalam bonet kereta. Bukak bekalan... makan nasi dengan lauk faveret Sambal Kacang Ikan Bilis, Sambal Tumis dan Ayam Bakar versi Oven.. alhamdulillah.. :)

Thursday

Sambal Kacang Ikan bilis


Masakan ini berkonsep kering dan amat sesuai jika hendak dijadikan sebagai makanan ringan. Sedap dimakan begitu saja atau dijadikan inti bagi roti keping. Kalau untuk dibawa berkelah elok benar sebagai lauk tambahan bagi nasi lemak. Saya boleh kata selalu lah juga buat sambal kacang ikan bilis ni untuk dijadikan bekalan anak2 yang tinggal di asrama. Lebih2 lagi jika di bulan puasa, ianya dapat jadi lauk alternatif buat anak2 saya waktu bersahur di dewan makan asrama kalau kebetulan lauk di DM kurang kena dengan selera atau anak2 sendiri kurang berselera. Jika disimpan di dalam botol kedap udara InsyaAllah kerangupan ikan bilis dan kacang tetap terpelihara dan tahan lama. Kalau kena gayanya boleh tahan sampai 2 minggu.

Caranya mudah sahaja....

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis yang dibeli siap bersih(dah dibuang kepala) RM5
  • kacang tanah segenggam
  • bawang merah besar 1 labu(2 kalau yang agak kecil)
  • bawang putih seulas
  • Cili kering 5 - 6 biji *direndam seketika, dibasuh dan dimesin bersama bawang merah dan bawang putih*
  • sedikit belachan
  • air asam jawa
  • garam
  • gula
Cara membuatnya:
  1. Mula2 panaskan minyak di dalam kuali. Setelah dibasuh bersih dan ditoskan, goreng kacang tanah sehingga masak dan kelihatan rangup. Api jangan terlalu besar, dikhuatiri kacangnya tak masak sebaliknya hangus.
  2. Selepas keluarkan kacang dari kuali, goreng pula ikan bilis yang telah dibasuh bersih. Gorenglah sehingga masak dan juga sampai kelihatan rangup. *hendaklah digoreng kacang terlebih dahulu, kalau goreng ikan bilis dulu minyak akan kotor dan tak boleh digoreng kacang selepas itu* Setelah siap, ketepikan buat sementara.
  3. Buang minyak di dalam kuali, gantikan dengan minyak lain untuk menumis.
  4. Tumis bahan2 yang dimesin. Biar sampai masak dan bertukar warna.
  5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.*lebihkan kuantiti gula supaya dapat kurangkan rasa masin ikan bilis*
  6. Gunakan api yang kecil supaya sambal masak cantik dan likat. Setelah agak pekat dan warna dah jadi agak gelap tutup api dan biarkan sejuk untuk seketika.
  7. Campurkan sekali ikan bilis, kacang dan sambal yang sudah ditumis, gaul rata dan biarkan sejuk baru boleh dimasukkan ke dalam botol.

Menu A - Z