BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Sup Gear-Box. Show all posts
Showing posts with label Sup Gear-Box. Show all posts

Thursday

Sup Gear Box/Sup Tulang (Cara ke 2)

Genap2 setahun post citer pasal Sup Gear Box dulu.  Bersempena Raya Haji/ Aidil Adha 10 Zulhijjah 1431H, saya postkan lagi sekali cerita berkenaan dengannya... al-maklum lah kitaorang dapat tulang gear box yang fresh hasil dari Program Ibadah Kurban kat Masjid Bukit Sentosa semalam. 

Alhamdulillah kali ini dapat ilmu dari kengkawan kaum ibu yang sama2 duk tolong tolong masak di bahagian dapur.  Kalau selama ini saya tak blend bahan2 yang masuk dalam sup, kali ini lain caranya.  Hasil dari cara yang ini, saya rasa supnya lebih berganda2 berperisa dan ada lebih umphh!...hehe...

Jom kita tengok caranya camane...


RESEPI SUP GEAR-BOX/SUP TULANG (CARA KE 2)

  • tulang gear-box/tulang rusuk lembu
  • Bawang merah besar 1 labu  **
  • bawang puteh 5 ulas **
  • halia muda 3 inci **
  • rempah 4 sekawan: buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis
  • rempah sup adabi 1 paket
  • garam secukup rasa
  • bawang goreng
  • cili api(jika suka)
  • daun sup
  • perahan asam limau nipis

Cara Membuatnya:
  1. Rebus tulang sehingga empuk (saya rebus menggunakan rice-cooker selama 1 setengah jam, alhamdulillah sempurna empuknya)
  2. Blend bahan2 bertanda ** lalu ditumis, diikuti pula dengan rempah 4 sekawan.
  3. Bila dah masak cantik, masukkan pula rempah sup adabi...kaup balikkan biar sebati dengan bahan tumisan tadi.  Masak lagi biar agak garing (mesti selalu dikacau2 supaya masaknya serata dan tidak hangit)
  4. Bila dah agak2 garing, bolehlah dituangkan tumisan  ke dalam periuk rebusan tulang.
  5. Biarkan mesra kesemuanya, perasakan dengan garam secukup rasa.
  6. Semasa menghidang bolehlah ditaburkan bawang goreng, hirisan cili api,daun sup dan perahan air asam limau nipis.
  7. Sedap dihidangkan panas2.... 
** pesanan penaja khusus buat yang terchenta: .... beringat2 lah kita semasa makan daging lembu/kambing di musim perayaan Hari Raya Kurban ini.  Terlebih memakannya boleh membuat banyak sakit2... AWAS, Ingat pesanan doktor ya....  :))


Saturday

Sup Gear-Box

Maka selamat lah sudah buat dan seterusnya makan sup gear-box untuk dinner malam tadi. Nikmat benar rasanya sebab dah lama teringin nak makan sup gear-box ni. Dah lama tak makan....Ada di jual di pasar tulang besar tu tapi tak sampai hati pulak nak beli...hehe...tak tau kenapa.... takut tengok saiz dia yang besar sangat tu kot :)

Nak makan yang dah siap masak kat kedai tu....hishk mau nya diaorang caj berapa tuh.... kalau tak berapa mahal sekalipun, pk pk rasanya lebih sedap dan terjamin mutu nya kalu buat sendiri je kat rumah... jadi tunggu je la kalu ada peluang boleh buat bila-bila.....

Tak sangka....akhirnya sampai lah hajat malam tadi....kebetulan bersekali dengan dapat daging kurban dapat pula tulang untuk buat sup gear-box ini....Alahai sukanya saya......Shilah sampai sediakan 5 straw untuk tiap sorang sedut sum-sum dalam tulang gear-box tu. Sum-sum yang adanya takde la banyak mana.... tak padan dengan banyaknya straw tuh.....heheh


Dah dapat banyak daging tu, goreng sekali Daging Goreng Buku sebagai pasangan makan ngan sup gear-box ini. Alhamdulillah....berselera nampak suami dan anaknda makan.... :))



Resepi Sup Gear-Box


Bahan2:

  • Tulang Gear-Box *atau tulang bahagian lain lembu*
  • halia 2 inci diketuk
  • bawang puteh 3 ulas diketuk
  • sup bunjut
  • rempah sup 1 sudu kecil
  • rempah 4 sekawan: buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
  • bawang goreng
  • sehiris perahan limau nipis
  • cili api 5 - 6 biji
  • daun sup *jika ada*
Cara:
  1. Rebus tulang sampai empuk *saya rebus guna rice-cooker yang besar +- 2 jam, alhamdulillah sempurna empuknya*
  2. Alihkan periuk dari rice-cooker berpindah ke atas gas-stove.
  3. Masukkan sup bunjut, rempah sup, halia dan bawang puteh. Teruskan memasak menggunakan api yang kecil.
  4. Sementara itu buat bawang goreng, angkat.
  5. Keluarkan minyak biar tinggal sedikit sahaja, kemudian goreng rempah 4 sekawan. Tutup api.
  6. Masukkan rempah 4 sekawan yang digoreng bersekali dengan minyak yang melekat di kuali itu ke dalam periuk rebusan tulang di dapur satu lagi.
  7. Perasakan dengan garam dan tambah cili api yang di potong dadu
  8. Masukkan sedikit bawang goreng, tutup periuk dan tutup api dapur.
  9. Panaskan balik sup sebelum mula menghidang.
  10. Dalam mangkuk besar, perahkan air asam limau nipis dan taburkan daun sup serta bawang goreng selebihnya di atas sup gear box tu....nyum nyum nyum....

Sekian....
Salam Aidil Adha
:D


Menu A - Z