BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label muffin. Show all posts
Showing posts with label muffin. Show all posts

Sunday

Upgrade resepi Plain Muffin

Muffin yang buat pada raya ke 3 hari tu, akceli resepi asalnya dari Plain Muffin yang di n3 kan baru2 ini. Nak kasi rasa dia lain sikit saya upgrade kan resepinya dengan mencampurkan dua bahan tambahan yang ternyata hasilnya mendapat pujian ke tiga tiga anaknda...

"Takpe lah kalu macam tu, ley la mama kasik neighbour kita sama....hehe...",

.. kata saya bila anaknda pakat2 puji best. Bila rasa sendiri alhamdulillah, memang boley tahan best... :)

Dua bahan tambahan tersebut ialah:
  • 1/2 cawan choc. chip
  • 2 sudu besar frosting cream cheese *frosting untuk carrot cake ada berlebih*
    Frosting cream cheese hanya lah campuran cream cheese, sedikit butter dan sedikit gula... boleh tengok di SINI untuk detail.


    RESEPI PLAIN MUFFIN YANG ASAL
    *untuk upgrade resepi saya gandakan 2x*
    Bahan2nya:
    • 1 biji telor
    • 1 cawan tepong 
    • 1 sudu kecil baking powder
    • butter/margerin 1/2 cawan
    • 1 scop vanilla
    • 1 - 2 sudu besar air
    • 3/4 cawan susu pekat

    Cara membuatnya:
    1. Panaskan oven 180'
    2. Putar butter, telor, vanilla, susu pekat dan air.
    3. Campurkan tepong dan baking powder (di-ikuti dengan 2 bahan tambahan), kacau sebati.
    4. Bahagikan adunan ke dalam mangkuk kertas sehingga 3/4 penuh.
    5. Bakar lah selama 15 - 18 minit.

    Tuesday

    Plain Muffin

    Bermuffin lagi kita..... Kali ini nak share resepi plain muffin a.k.a basic muffin yang sangat mudah dan cepat nak buat. Alhamdulillah.... kalu time takde ubi atau pisang untuk digodek2 wat kueh untuk minum petang, wat plain muffin canggini pun dah kira orite...okay laa, boleh tahan la sedap.... yang penting kenyang wat alas perut sebelum sampai time nak makan dinner pulak.... ish fzi, pk pasal makan je ya.... :))


    RESEPI PLAIN MUFFIN/Basic muffin/muffin asas

    Bahan2nya:
    • 1 biji telor
    • 1 cawan tepong 
    • 1 sudu kecil baking powder
    • butter/margerin 1/2 cawan
    • 1 scop vanilla
    • 1 - 2 sudu besar air
    • 3/4 cawan susu pekat

    Cara membuatnya:
    1. Panaskan oven 180'
    2. Putar butter, telor, vanilla, air dan susu pekat.
    3. Masukkan tepong dan baking powder, kacau sebati.
    4. Bahagikan adunan ke dalam mangkuk kertas sehingga 3/4 penuh.
    5. Bakar lah selama 15 - 18 minit.
    6. Sedap dimakan panas2 dengan Kopi O *uncang* cap Hang Tuah... :))

    Ucapan Selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha dari fzi buat semua rakan blogger tak kira di mana saja anda berada. Moga beroleh rahmat Allah sentiasa hendaknya....aminn


    Best Ever Muffin

    Orite, berMuffin lagi kita.... :))

    Nampak dalam freezer ada lebih frosting yang buat muffin hari tu, jadi bersemangat le nak buat muffin lagi hari ni. Ok kita search lagi resepi omputeh yang main letak2 je tuh. Suka tengok cara diaorang buat kueh, tak de beriya macam saya buat... hehe.. diaorang kacau adunan pun kiranya pakai sudu je. Kacau gitu2 je... santai je cara tapi hasilnya....alahaiiii, sedapnyerr...

    Alhamdulillah resepi yang jumpa hari ni...boleh kata... the best ever muffin.... err.. bagi saya laa... heheh


    RESEPI CARROT MUFFIN
    ... best ever muffin...

    Bahan2nya:
    • 1 cawan tepung
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 1/2 sudu kecil baking soda
    • 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 3/4 cawan gula perang *habis stok, jadi saya ganti guna gula castor 1/2 cawan*
    • 3/4 cawan susu pekat manis
    • 2 biji telor
    • 1/2 cawan minyak jagung
    • carrot yang diparut 1 cawan
    • almond kisar 1/2 cawan
    • walnut cincang kasar 1/2 cawan
    • mixfruit kering 1/2 cawan

    Cara membuatnya:
    1. Panaskan oven 190'.
    2. Putar telor + gula, sekejap je.
    3. Masukkan susu pekat dan minyak jagung, putar lagi.
    4. Kemudian masukkan bahan2 lain, kacau2kan dengan senduk kayu biar mesra semua.
    5. Sendukkan adunan ke dalam mangkuk kertas sebanyak 3/4 penuh.
    6. Bakarlah selama 15 - 18 minit.
    7. Hiaskan dengan cream cheese kalau suka... makan takde cheese kat atas pun, dah kira sedap dah... Alhamdulillah.... :))

    Monday

    Red Velvet Cupcake

    Salam semua....

    Semalam sebelum nak mula masak untuk lunch, merayau2 jap tengok video klip masak2 oleh akak2 minah salleh tu. Nak cari resepi cupcakes yang simple je sesuai dengan bahan2 yang ada kat rumah. Akhirnya jumpa lah dengan video sorang akak korea tu yang buat Red Velvet Cupcake... nampak maveles, fokus tengok cara2 dia pastu terus bangun...gerak ke dapur, nak try buat sama... Alhamdulillah, ternyata sedap dan dah selamat terhidang pun sebagai menu minum petang kami semalam.... :))


    RESEPI RED VELVET CUPCAKE


    Bahan 1:
    • 2 biji telor
    • 1 cawan buttermilk
    • 1/2 cawan (113g)butter
    • 1 sudu teh vanilla
    • 5 - 6 titik pewarna merah *food colouring*(saya tak titik banyak, hanya dapatkan warm red/brown colour)

    Bahan 2:

    • 2 1/4 cawan tepung
    • 1 1/2 cawan gula
    • 2 sudu besar serbuk koko
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 1/2 sudu kecil garam

    Bahan 3:

    • 1 sudu kecil baking soda
    • 1 sudu teh cuka
    Cara membuatnya:
    1. Panaskan oven 190'.
    2. Campur kesemua bahan 1, putar sekejap je.
    3. Dalam mangkuk lain, tapiskan kesemua bahan 2.
    4. Satukan bahan 1 dan 2. Kacau2kan dengan senduk kayu biar mesra kedua2nya.
    5. Campurkan bahan 3, kacau sebati.
    6. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk kertas sehingga 3/4 penuh. Bakarkan selama 15 - 18 minit.
    7. Sementara itu boleh lah diputar cheese cream untuk frosting.
    8. Tunggu sejuk cc baru diletak frosting.

    Bahan untuk frosting:
    • 250g cream cheese
    • 100g butter
    • 1 cawan gula *blend halus biar jadi macam tepung*
    Putar semua bahan biar jadi gebu dan putih melepak.


    ***nota fzi: ...untuk pelbagaikan rasa, boleh ganti bubuh coklat ganache, butter icing atau whipping cream atas cc... sume sume tu menambah kredit untuk beratkan timbangan badan kita... hehe

    Friday

    Black Forest Muffin



    Assalamualaikum....

    Malam tadi selamat buat black forest muffin sempena befday anaknda no.3 .... Iman Asilah. Anak dara tu sekarang dah umur 15 tahun, alhamdulillah.

    Agak sibuk di siang hari, tak sempat nak buat apa2 untuk rai'kan befday Shilah, saya hanya singgah beli Carrot cake kat SR... beli dua potong je untuk RM10. Time tu teringat ada bahan lebih-kurang kat rumah, jadi dah plan malam nanti sempat kot buat muffin pulak.

    Ini lah rupa muffin black forest saya tu. Resepi asal guna blueberri, tapi saya guna black forest yang ada stok dalam freezer..black forest yang baki buat kek black forest hari tu. Jadi pandai2 le pulak oter2 resepi tu, siap tukar buttermilk kepada yogurt lagi...hehe
    Alhamdulillah menjadik dan sukacita... bila cik abang nampak suka, habis makan 5 cup muffin malam tadi.... :)


    Saya suka intai resepi kek dan muffin dekat SINI.....


    Resepi tuan punya muffin yang siap2 saya oter.... :)
    RESEPI MUFFIN BLACK FOREST
    Bahan2nya:

    • 3 cawan tepung serbaguna *ditapis*
    • 1 sudu besar baking powder *ditapis*
    • setengah sudu kecil baking soda *ditapis*
    • setengah sudu kecil garam
    • 1/3 cawan butter
    • 1/4 cawan minyak jagung
    • 1 cawan gula
    • 2 biji telor saiz double A
    • 1 scop vanilla
    • beberapa titik esen strawberi
    • 2 bekas yogurt 135g setiap satu
    • 1 cawan ceri hitam dalam tin *tidak ditapis, masukkan sekali dengan jusnya*
    Cara:
    1. Panaskan loyang muffin/loyang besar untuk cup kertas dalam kepanasan oven 180 degree.
    2. Pukul butter dan gula diikuti dengan telor satu persatu kemudian diikuti dengan minyak jagung serta vanilla.
    3. Selang selikan pula yogurt dan tepung. Sebatikan hanya dengan kacau adunan dalam bentuk nombor lapan *ilmu yang dapat dari zaman sekolah dalam subject Sains Rumah Tangga... :)*
    4. Last sekali campurkan black forest dan beberapa titik esen strawberi, kacau sebati.
    5. Pindahkan adunan dari mangkuk adunan masuk ke dalam satu jug plastik.
    6. Tuangkan adunan dalam cup muffin hingga ke paras tiga suku cup. *saya tertuang separuh cup je, itu yang tak nampak berapa gemuk muffin nya...hehe*
    7. Titikkan esen strawberi, lorek2kan sikit sekadar hiasan.
    8. Dah... boleh bakar... cup saya kecik, 15 minit dah ngam2 masak...alhamdulillah.

      Thursday

      Muffin


      P
      agi ni teringat nak citer pasal rangkaian percubaan membuat muffin.... yang selamat dicuba dari beberapa resepi pilihan.... :)

      Kiranya 'tayangan selingan' la ni dalam MENU, sajer nak war-warkan semangat ber'muffin' yang semakin menjadi2 pulak sekarang ni....hehehe


      Masa saya buat makan2 sikit hari tu untuk raikan kengkawan anak2, buat la muffin ini untuk pelbagaikan menu di meja hidangan... alhamdulillah, sume nampak suka dengan muffin ni... maklumlah senang nak ambik, berbanding kek kena potong2.... :)

      Banyak juga resepi muffin yang dicuba, tapi kali ni jom tengok 3 rangkaian muffin terpilih yang saya sukeeee.... sumenya alhamdulillah menjadik, padahal hari tu saya main pilih je nak buat pakai resepi yang mana satu....intai tengok resepi, check bahan ada tidak, kebetulan ada, OK jadik.....hehehe

      Tq buat CMG, Rinnchan fotopages dan Noreen UK yang sudi berkongsi resepi.... akak c & p resepinya dekat sini ya....tqvm



      Muffin Choc. Chip (CMG & Noreen)

      Bahan Disatukan Dan Diayak:-
      250 g tepung gandum
      2 camca teh baking powder
      1/2 camca teh soda bicarbonate
      2 camca besar serbuk koko

      Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
      250 ml susu segar
      90 ml minyak sayur/jagung
      1 biji telur gred A
      1 camca teh esen vanilla

      Bahan Lain:-
      175 g gula halus
      150 g chocolate chips
      50 g chocolate chips, utk hiasan

      Cara membuatnya:-
      1. Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg semua sebati dan mesra.
      2. Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
      3. Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...


      Muffin Pandan (Rinnchan Fotopages)

      MUFFIN PANDAN
      Sumber : -Cari.com

      Bahan-bahan:
      200gm tepung gandum
      1 1/2 tsp baking powder
      1/2 tsp soda bikabonat
      1/2 tsp garam halus
      120gm gula castor
      200ml santan kelapa (dalam kotak)

      100ml minyak jagung
      2 biji telur
      *1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
      *1/2 tsp pandan essence
      Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

      Nota :
      *Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

      Cara-cara:
      1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
      2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
      sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
      3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
      bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
      4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
      5. Bakar selama 20minit.


      Carrot Muffin (Noreen)
      *saya gantikan buah strawberry dengan carrot*

      Bahan-bahan (12 biji bergantung pada size muffin cases):
      2 cawan tepung naik sendiri
      3/4 cawan gula kastor
      1/2 cawan susu segar
      125gm mentega - dicairkan dan dibiarkan sejuk pada suhu bilik
      2 biji telur - dipukul sedikit
      1 camt esen vanila
      250gm strawberries - potong kecil dan chopped

      cara:

      1. panaskan oven pada suhu 200C dan susunkan muffin cases ke dalam muffin pan. ketepikan
      2. satukan tepung dan gula ke dalam mixing bowl dan gaul rata. buatkan lubang ditengah2
      3. sementara itu satukan susu, mentega cair, telur dan esen vanila ke dalam jug dan kacaukan sebati. setelah itu tuangkan ke dalam adunan tepung tadi dan masukkan strawberries. kacaukan adunan sehingga sebati tetapi jangan terlalu overmix nanti cupcakes menjadi keras
      4. sudukan adunan ke dalam muffin cases dan bakar selama 12-15 min atau sehingga masak


      Sekian....


      Menu A - Z