BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Popia Goreng. Show all posts
Showing posts with label Popia Goreng. Show all posts

Monday

Popia Goreng



Bila sebut popia goreng teringat masa moreh kat masjid bulan puasa hari tu. Abang (anak sulung) yang dapat balik time weekend je berpeluang ikut berterawih bersama2 di masjid. Maka boleh le pula merasa juadah moreh yang disediakan. Saya tengok abang macam suka sangat dengan popia nih... tu yang kadang saya ambik tapau bawak balik lima enam keping lagi kalu nampak ada banyak berlebih tu....hehe

Dua hari lepas saya buatlah popia goreng ini sebagai juadah minum petang kami. Abang dah nak balik hostel, dah abih cuti dah setelah 3 minggu dapat temankan saya di rumah. 2 in one le kiranya buat popia ni, satu sempena abang yang dah nak balik uia untuk mulakan 2nd Semenster nya dan satu lagi untuk raikan befday kakak(anak kedua) sekali lagi... :)



Resepi Popia Goreng

Bahan2nya:

  • kulit popia saiz besar
  • sengkuang
  • carrot
  • isi udang dipotong dadu
  • 2 ulas bawang puteh dicincang
  • garam

Cara buatnya:
  1. Sengkuang dan carrot dikupas kulit dan di mayang nipis *saya mesin dalam food-processor je*
  2. Tumiskan bawang putih.
  3. Kemudian masukkan isi udang hidup yang telah siap dipotong dadu.
  4. Masukkan sengkuang dan carrot. Perisakan dengan garam.
  5. Toskan inti popia dengan penapis berlubang agar keluar semua air dari sayuran tersebut. Jika tak ditoskan, kulit popia akan basah bila diletakkan inti ke atasnya dan akan mudah koyak. Sudukan inti ke atas kulit popia dan gulung longgar² agar kejadiannya nanti rangup dan fluffy.
  6. Oleskan hujung gulungan popia dengan bancuhan air + tepung untuk tujuan sebagai pelekat.
  7. Dah siap semua, bolehlah digoreng dalam minyak panas yang penuh *terendam*

Bahan sos penyicah/air lada untuk dimakan cicah dengan popia:
  • cili merah 5 - 6 biji
  • bawang putih seulas
  • air masak setengah cawan
  • gula 1 cawan atau kurang 
  • sedikit garam
  • cuka 5 sudu besar
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 1/4 cawan air)
Cara buatnya:
Mesin semua bahan kemudian  masaklah....tambah bancuhan tepung, masak hingga sos jadi cair² likat.


**p/s.....Inti untuk popia ni macam-macam boleh buat... kalu ada isi ayam, daging dan tauhu boleh dipotong dadu.... boleh juga dimasukkan taugeh dan kangkung ....pendekkata banyak pilihan bahan untuk dibuat inti popia. Tapi hari tu kebetulan saya ada carrot dan sengkuang je...jadi buat guna apa yang ada je lah.... :)

Update***gambar terbaru popia goreng hari ini 26Mei23💞
Hari ni cicah sos Pencicah Cili Kering keluaran Ummi👍👍





Menu A - Z