BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Ikan Percik. Show all posts
Showing posts with label Ikan Percik. Show all posts

Saturday

Percik Ikan Kelantan


Assalamualaikum...
Amboi...siap buboh nama negeri pulak dekat tajuk... :)
...kasik tajuk Percik Ike Kelate tuh sebab pernah beberapa kali tengok percik di internet tapi nampak cam tak sama je ngan stail kelate.  Lain bahan2 dia, jadi saya agak rasa dia pun cam lain la sikit kot.... makanya nak highlight kan sekali lagi resepi percik ike kelate saya nih... hehe

Sepanjang bulan Ramadhan yang dah pun sampai ke pertengahan ini, sempat le tiga empat kali saya buat percik.  Tapi percik ikan je sebab saya bakar ikan pakai dapur gas.  Tak sempat nak duduk peringat api, bakar ikan pakai dapur arang.  

Time bizi2 memang senang, bakar/panggang ikan atas dapur gas je. Finishing, alhamdulillah boleh kata sempurna jugak le sebab saya guna 'peghaghe  ike'(alat pengepit ikan) yang khusus untuk buat pakai atas dapur gas. Ada pelapik hitam yang boleh control api dari sampai direct pada ikan. 
Alhamdulillah, rasa tetap maintain sedap dan jeligho ike percik versi dapur gas tu.... :))


RESEPI IKAN PERCIK 
*pernah publish citer sebelum ini di SINI*

  • 6 ekor ikan kembong di perap dengan garam + halia + bawang puteh
  • 2 labu bawang merah besar *
  • seulas bawang puteh *
  • seinci halia *
  • 3 tangkai cili kering *
  • santan untuk kuah percik
  • manisan *
  • garam
  • sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah
  • 1 asam keping

Caranya:


  1. Masak santan + bahan2 yang bertanda * (yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + tepung beras
  2. Tambahkan garam. Kalau kurang manis dari rasa manisan tadi, tambahkan sedikit gula (kuah percik harus ada rasa manis)
  3. Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak. Bila sekali gelegak, terus tutup api.
  4. Mulalah memanggang ikan sampai masak sempurna. Setelah masak ikan, salutkan ia dengan kuah percik. Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik pada sebelah ikan yang satu lagi. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ikan bakar dua tiga kali.
  5. Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan cicah2 ikan percik dengan nasi nanti atau boleh curahkan terus lebihan kuah semasa menghidang.
 Selamat berbuka puasa ya petang nanti.... :))

Friday

Ikan Percik


Petang semalam memanggang lagi.....

...kali ini buat Ikan Percik pulak. Kakak yang sepatutnya balik hari ini, dapat balik sehari lebih awal sempena cuti depavali. Oklah...dapat lah lama sikit kakak kat rumah.

Saya dah plan siap2 kalau kakak balik nak buat percik lagi. Ikan kembong fresh yang beli kat gerai Mie Ustaz Sobri hari tu ada belen 6 ekor lagi, bolehlah dibuat percik. Nak cukupkan lauk, buat percik ayam sekali lagi yang ada lagi 2 keping....

..mmmm.
.... sedappp percik ni... lebih2 lagi ikan, saya suka ikan... kalu hari2 makan ikan percik pun takpe.....tak jemu rasa.... :))


Resepi Ikan Percik

  • 6 ekor ikan kembong di perap dengan garam + halia + bawang puteh
  • 2 labu bawang merah besar *
  • seulas bawang puteh *
  • seinci halia *
  • 3 tangkai cili kering *
  • santan untuk kuah percik
  • manisan *
  • garam
  • sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah
  • 1 asam keping
Caranya:
  1. Mula2 sekali, kuatkan hati hadapi cabaran untuk nak hidupkan api dari dapur arang....hehe *bab ni yang saya selalu surrender...amat mencabar kesabaran* :)
  2. Masak santan + bahan2 yang bertanda * (yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + tepung beras
  3. Tambahkan garam. Kalau kurang manis dari rasa manisan tadi, tambahkan sedikit gula (kuah percik harus ada rasa manis)
  4. Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak. Bila sekali gelegak, terus tutup api.
  5. Mulalah memanggang ikan sampai masak sempurna. Setelah masak ikan, salutkan ia dengan kuah percik. Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik pada sebelah ikan yang satu lagi. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ikan bakar dua tiga kali.
  6. Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan cicah2 ikan percik dengan nasi nanti.

Menu A - Z