BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Sambal Belacan. Show all posts
Showing posts with label Sambal Belacan. Show all posts

Sunday

Hasil dari ladang.....

 
Amboi... tajuk cam poyo sikit.... :)
Gimik je tu senar-nya, bukan dari ladang mana pun, dari laman Impiana Iman jeh... hehe

Semalam dalam nada yang agak menjerit sikit, mintak papa yang duk berkebun kat luar sana tolong petik cili....

Pastu rasa cam tak kena je jerit2 papa dari jauh tu, cepat2 pegi jengok ikut tingkap ruang tamu, tukar tone suara, cakap leklok mintak papa tolong ambik cili api dalam 20 bijik. Hulur tangan ambik ikut tingkap tu je. "Tenkiu pa..." 
Terus berpusing balik semula ke dapur pastu kluar ikut pintu dapur dua tiga langkah pegi tarik cili hijau pulak dalam 2 tangkai.
Orite, kombain kombain cili api, cili hijau, buah tomato, belacan bakar, garam, gula serta perahan lemon... maka siap sudaaa satu botol Sambal Belacan *ngam2 muat dalam botol nescafe yang paling kecik tu*. Tahan lah empat lima hari kalu makan hari2 cicah2 ulam.... :))

... cara2 nak buat sambal belacan dulu penah citer kat SINI...


... cerita pasal lemon ada kat SINI..


Thursday

Sambal Belacan


Sambal belacan bagi lain orang lain caranya. Contoh yang jelas, semasa berbual tentang sambal belacan dengan 2 orang rakan saya, ketiga2 kami mempunyai cara yang berbeza dalam menyediakannya.

Nak cuba cara saya? Jom kita semak, mana tau mungkin cara kita sama....


Bahan-bahannya:

  • cili merah 5 - 6 tangkai
  • cili api segenggam
  • buah tomato sebiji yang sederhana besar
  • belacan sebesar ibu jari *dibakar terlebih dahulu*
  • perahan air limau nipis
  • garam
  • gula
Cara membuatnya:
  1. Buang kesemua tangkai cili dan biji cili merah*kalau boleh elakkan dari mesin bersekali dengan biji cili merah* kemudian basuh bersih.
  2. Masukkan kesemua bahan dalam blender dan kisarlah. Kalau pengisar tak bergerak, off kan dan kocak2 kan jug blender dan kemudian kisar lagi. Ulangi proses dua tiga kali. Jangan ditambah air sebab buah tomato dah banyak air.
  3. Ok! Siap untuk dihidangkan! *untuk lebih tahan lama, elok disimpan di tempat beku. Keluarkan awal2 sebelum tiba masa makan. Jadi tidak lah kena buat sambal yang baru setiapkali nak makan sambal belacan*

Menu A - Z