BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label satay. Show all posts
Showing posts with label satay. Show all posts

Thursday

Buat Satay





Alhamdulillah semalam selamat buat Satay aka Sate yang istimewa. Dapat daging kurban yang elok hari tu, daging musir yang amat sesuai kalu nak di-panggang atau di-goreng buku. Sehari sebelum raya dah siap2 beli isi ayam tanpa tulang khusus untuk tujuan buat satay ni. Jadi ada dua2, Satay Daging ada Satay Ayam ada... alhamdulillah.


en hsbd tolong cucuk satay


satay yang dah siap cucuk


kuah satay yang istimewa


dah siap untuk hidangan

Kali ni bakar satay versi dapur gas. Bab ni anak bujang yang tolong. Bakar satay atas dapur gas lagi senang, cepat siap, pressure pun kurang.. he he

Resepi dan cara buat satay pernah dulu citer kat SINI...
Sekian wassalam.


Friday

Satay

Sempena musim raya ni, nak kongsi resepi satay yang dah beberapa kali kami cuba buat sendiri.  Alhamdulillah boleh tahan juga la sedap.  Asalnya berguru dengan jiran di kelate yang memang pakar dalam buat satay nih.... Kak Moh dengan Cikgu Nor... TQVM....

Raya kali ini belom sempat buat lagi, tapi InsyaAllah plan tu ada.  Tunggu kaki bakar kami balik dari PJ...hehe... sekarang member tengah demam periksa.  Sama la dengan kakak dan Shilah, sume tengah demam periksa....mama doakan mudah segalanya anak2ku.... aminn

Gambar anaknda masa bakar satay hari tu.....

RESEPI SATAY
(maaf, sukatan saya cekegho2 je chemok2 mana)
Bahan2nya:

  • 1   1/2 kg daging  lembu atau  isi dari 2 ekor ayam 
  • 5 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 labu bawang merah besar
  • 3 ulas bawang puteh
  • 1 sudu besar jintan manis **
  • 2 sudu besar jintan puteh (kena gandakan 2x dari jintan manis) **
  • 4 sudu besar ketumbar  (gandakan 2x dari jintan puteh) **
  • Garam 1 sudu besar(jangan terlebih)
  • Gula 2   1/2 cawan(kalau ayam kurangkan)

Cara membuatnya:
  1. Bahan bertanda ** disangai terlebih dulu sebelum dimesin kering
  2. Blend bahan2 lainnya.
  3. potong daging/ayam secara kiub kecil
  4. perapkan bersama bahan2 blend 1 dan 2
  5. perisakan garam dan banyakkan sukatan gula (kata kak moh, jika sekilo daging, sukatan gula dalam 3 cawan, tapi saya selalunya kurangkan sikit...selalu hanya dalam 2 cawan lebih gitu..
  6. Selepas perap satay dalam 3jam, boleh lah mula cucuk satay. Cucuk sekali satu bahagian kulit ayam di antara isi2 ayam.
  7. bila sampai time membakar satay, renjiskan minyak yang diambil dari kuah satay. Gunakan lebihan batang serai yang dah diguna untuk merenjis minyak semasa membakar.

RESEPI KUAH SATAY boleh tengok di SINI

Selamat mencuba, nanti kalu jadi kami buat dalam masa terdekat ini, InsyaAllah akan segera di up-date kan citer masuk blog... :))


Menu A - Z