Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Amalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amalan. Papar semua catatan

Selasa, 13 Oktober 2015

DOA DAN AMALAN PADA BULAN MUHARRAM

Assalamualaikum
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali selepas waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib, iaitu sebelum masuk Awal Muharram. Dengan doa ini kita memohon agar perjalanan penghijrahan kita setahun yang lalu mendapat keampunan dari Allah SWT diatas segala perbuatan kita yang dilarang olehNya dan juga agar amalan2 kita yang diredhaiNya mendapat keberkatan dan diterima amalan tersebut oleh Allah SWT.
Doa Awal Tahun ini di baca selepas sembahyang Maghrib pada malam 1 Muharram dan dibaca sebanyak 3 kali. Doa ini kita memohon kepada Allah SWT agar pada tahun hijriah tersebut kita dapat meningkatkan amalan dan ketaqwaan kepadaNya.
Seterusnya, kita disarankan agar berpuasa sunat pada hari Asyura iaitu pada 10 Muharram.  Lebih bagus jika puasa sebelum dan selepasnya juga. 

Kita juga disunatkan Qiamullail iaitu melakukan sembahyang sunat antaranya solat tahajjud, solat hajat, solat sunat taubat. Kemudian membaca Al-Quran dan seterusnya berzikir serta membaca ayat kursi.



Sumber di sini  dan juga buku Indahnya Amalan Doa oleh Dato' Ismail Kamus


Selasa, 28 April 2015

CENDAWAN MEKAH @ MUTMUT @ TEH KOMBUCHA

Assalamualaikum


Pernah dengar tak, Cendawan Mekah a.k.a Mutmut a.k.a Teh Kombucha. Apa pun ia dipanggil, ia tetap benda yang sama. Seriously, ini memang pertama kali saya dengar. Orang nak cakap saya ketinggalan pun tak apalah, cakap jer lah......saya memang tak tahu langsung pasal tumbuhan nie.Kawan di opis yang bagitahu pasal mut2 nie. Katanya banyak khasiat yang kita akan dapat dengan meminum air mut2 nie. 

Mut2 yang di atas tu saya dapat dari kenalan di FB Sufinaz Zainudin.   Dia sedekah pada siapa2 yang nak secara percuma cuma bayar wang pos laju sahaja. Baguslah, berkongsi manfaat yang berguna untuk semua disamping menambah pahala kan hehehe.........

Airnya dikatakan masam dan agak kelat sedikit. Saya belum mencuba lagi tapi rata2 yang dah tahu khasiatnya memang cakap bagus, Alhamdulillah. Airnya dikatakan dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit antaranya darah tinggi, sembelit, gout, sakit2 sendi, magrain dan macam2 lagi. Boleh dikatakan berbagai penyakit, InsyaAllah dapat diatasi dengan bantuan yang Maha Esa. Tapi yang saya suka dengar tu bila kawan saya cakap boleh juga untuk diet hihihihi.......memang kena cuba nie...

Buat masa nie saya belum membuat ujikaji sebab mut2 tu baru dapat. Buka saja sampul tadi, dia punya bau ada semacam sikit. Tak taulah saya macam mana saya nak minum nanti, harap2 saya berjaya.  Kalau ada yang berminat nak tahu lebih lanjut khasiatnya boleh tengok di sini. Dan kalau nak tahu kaedah penjagaan boleh tengok di sini ataupun nak tahu cara2 nak buat airnya boleh juga rujuk di sini


Ini dia mut2 ye........dia hidup dengan suburnya




Sabtu, 24 November 2012

10 MUHARRAM (HARI ASYURA)......KELEBIHANNYA

Assalamualaikum..........


Selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat yang berpuasa sunat hari ini. Sempena 10 Muharram hari ini, kita semua disunatkan berpuasa. Sebaik2nya dimulakan pada 9 & 10 Muharram atau 10 & 11 Muharram bagi membezakan amalan kita dengan puak yahudi. Banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ini seperti diceritakan di sini. Saya salin semula antara peristiwa2 yang berlaku kat sini. 


DIANTARA PERISTIWA YANG BERLAKU PADA 10 MUHARRAM

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi 
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 
7. Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur. 
8. Nabi Isa diangkat ke langit 
9. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya 
10. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada didalamnya selama 40 hari 40 malam. 
11. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 
12. Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud. 
13. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 
14. Hari pertama Allah menciptakan alam. 
15. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 
16. Hari pertama Allah menurunkan hujan. 
17. Allah menjadikan Arasy. 
18. Allah menjadikan Luh Mahfuz. 
19. Allah menjadikan alam.
20. Allah menjadikan malaikat Jibrail.
21. Dan banyak lagi peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram diantaranya kejadian pembunuhan Saidina Hussein, cucu Rasulullah SAW di Karbala pada 10 Muharram. 



Antara kelebihan yang diceritakan berpuasa pada 10 Muharram ialah,


KELEBIHAN 10 MUHARAM

Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam jumaat , malam 10 muharam , malam nisfu syaaban , malam aidilfitri dan malam aidiladha . . (riwayat bukhari dan muslim)
Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa pada hari asyura . Baginda menjawab: " Akan digantikan kejahatan-kejahatan pada tahun yang sebelumnya dengan kebaikan (dengan sebab puasanya itu) . (riwayat muslim)

Apabila nabi s.a.w berhijrah ke madinah , baginda melihat orang-orang yahudi berpuasa pada hari asyura . Rasulullah s.a.w bertanya: "berpuasa apakah kamu ini?" orang-orang yahudi itupun menjawab : "hari ini hari besar . pada hari ini allah menyelamatkan nabi musa dan menenggelamkan firaun dengan askar-askarnya,maka nabi musa telah berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada allah pada hari ini.maka kami pun berpuasa." nabi menjawab; "kamilah yang lebih berhak mengikut jejak langkah nabi musa daripada kamu." lalu rasulullah s.a.w berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya agar berpuasa pada hari itu.(riwayat muslim)

Para sahabat telah bertanya kepada rasulullah s.a.w mengenai hal tersebut: "ya rasulullah adakah allah telah melebihkan hari asyura daripada hari-hari lain?"jawab baginda: "memang benar hari asyura (10 muharam) allah telah menjadikan langit dan bumi,bukit bukau,laut,syurga dan neraka ,nabi adam dan hawa,nabi adam masuk ke syurga,nabi ibrahim dilahirkan,nabi ibrahim terselamat dari kepanasan api,peristiwa firaun telah ditenggelamkan oleh allah s.w.t,allah telah menyembuhkan penyakit nabi ayub,taubat nabi adam dan nabi daud diterima oleh allah a.w.t,allah telah mengembalikan kerajaan nabi sulaiman dan terjadinya kiamat pada hari jumaat 10 muharam.berpuasa pada hari asyura sebaiknya didahului dengan berpuasa pada hari tasu'a (hari kesembilan dari bulan muharam) agar tidak menyerupai dengan amalan orang yahudi yang hanya berpuasa pada hari asyura sahaja.sabda rasulullha s.a.w :berpuasalah kamu pada hari kesembilan dan kesepuluh (muharam) ,dan jangan meniru cara-cara yahudi ." (riwayat al-baihaqi)

Satu amalan sunat yang dilakukan pada hari asyura ialah menggembirakan keluarga atau saudara mara terdekat,misalnya kita menyediakan makanan dan minuman yang lebih sedap daripada biasanya.sabda rasulullah s.a.w : "sesiapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari asyura,maka allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun itu." (riwayat at-tabrani dan al-baihaqi)


Wallahualam.........




Jumaat, 20 Julai 2012

FADHILAT BERSAHUR DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum......


Esok puasa semua....jangan lupa bangun makan sahur pagi esok. Kejap lagi saya nak masak lauk, jadi esok sahur masak nasi saja. Siap awal2 takut tak sempat. Masak yang simple2 jer ikut selera che abang. Benda yang bergoreng2 je le jawabnye....yang pasti tanpa sayur...huhuhu.....

Sempena nak bersahur pagi besok...nie ada kelebihan2 bagi orang yang bersahur yang ingin saya kongsikan.

FADHILAT BERSAHUR DI BULAN RAMADHAN

Hadis Anas r.a. katanya :
Rasulullah SAW bersabda : 'Hendakalah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.
nombor Hadith dalam Sahih Muslim :1835

Hadis Zaid Bin Thabit r.a. katanya :
'Kami pernah bersahur dengan Rasulullah SAW. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya : " Berapakah selang waktu di antara keduanya?". Baginda menjawab: "Kira2 bacaan 50 ayat".
no Hadith dalam Sahih Muslim :1837

Hadis Sahl bin Saad r.a  berkata :
Rasulullah SAW telah bersabda: ' Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa'.
no Hadith dalam Sahih Muslim :1838

Doa Niat Puasa Ramadhan

ehsan dari muslikhulazam


Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Nawaitu shouma ghodin ‘an adaa-i fardhi syahri romadhoona haadzihis sanati lillaahi ta ‘aala.
Artinya :Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berniat puasa esok hari menunaikan kewajiban Ramadhan tahun ini karena Allah Ta’ala



PENGAJARAN HADIS
1. Orang yang hendak makan sahur disunatkan melambatkan berbuat demikian sehingga hampir dengan waktu subuh.
2. Jarak yang paling afdal untuk bersahur dengan masuknya waktu subuh ialah sekadar lama bacaan lima puluh ayat Al-Quran 
3. Umat Islam digalakkan bersahur kerana perbezaan antara puasa orang-orang Islam dengan puasa ahli kitab ialah dengan makan sahur 
4. Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 min sebelum  laungan azan subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran
5. Mengantuk & letih tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yg berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa, disamping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah s.w.t. akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.
6. Pengambilan makanan sahur adalah titik yg membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.
7. Waktu sahur adalah waktu yg paling mustajab untuk berdoa kepada Allah swt
8. Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur.  Memadai dalam anggaran yg secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yg terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan. 







NIAT PUASA DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum......

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa pada semua umat muslimin dan muslimat di seluruh dunia walau dimana berada. Buat teman saya yang di Dubai, Lili Nazrin selamat berpuasa hari ini. Bermula esok kita pulak akan berpuasa....jangan buat2 lupa pulak ye. Hari ini saya cuti, ada urusan sebelum menyambut Ramadhan.....

Sempena nak berpuasa esok, jangan tak sahur ye. Banyak yang kita perolehi apabila kita makan sahur nie. Jangan makan sahur je pulak....niat kena baca. Mula2 baca niat untuk satu bulan Ramadhan, lepas maghrib nanti dah boleh niat dah. Niat puasa setiap hari pun jangan lupa baca walaupun dah berniat untuk 1 bulan. Tapi ada juga yang cakap kalau dah baca untuk 1 bulan, tak payah baca untuk niat yang hari2 punya. Mengikut yang saya belajar, baca niat untuk 1 bulan bagi mengelakkan jika kita terlupa berniat untuk puasa esok harinya, puasa kita tetap sah tapi niat setiap hari juga wajib dibaca......wallahualam.....kalau ikut cara saya lagi selamat....moga puasa kita diberkati Allah SWT.

Di sini saya lampirkan juga niat berpuasa untuk rujukan kita bersama. Mana lah tau kan kot2 terlupa. Kalau anak2 nak tengok pun senang.


ehsan dari faceebook




Khamis, 19 Julai 2012

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN 1433H 2012

Assalamualaikum......


Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang kepada semua umat Islam di seluruh dunia walau di mana pun berada terutama kepada saudara2ku dan juga sahabat2ku. Tak sabar rasanya hendak menanti kehadiran bulan Ramadhan. Terlalu banyak fhadilat yang akan kita perolehi di dalam bulan Ramadhan nie.

Bulan Ramadhan merupakan bulan puasa, bulan Al-Quran, bulan sembahyang malam, bulan sabar dan sebagainya. Inilah penghulu segala bulan Islam. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Bulan Rejab bulan Tuhanku, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku".

Banyak amalan yang dianjurkan kepada umat Islam sepanjang bulan selain berpuasa wajib di siang hari (bagi yang mampu dan cukup syarat2nya) dari terbit fajar hingga terbenam matahari.


Apabila berbuka puasa mahupun bersahur kita dianjurkan beristighfar dan berdoa memohon ampun atas segala dosa, menyatakan kesyukuran terhadap nikmatNya yang tidak terhingga di samping bersembahyang sunat Terawih dan Witir, bertadarus Al-Quran, mengeluarkan zakat fitrah dan selanjutnya. Mengerjakan umrah juga digalakkan di bulan ini kerana pahalanya begitu besar.

Solat Terawih dan Witir merupakan teras amalan di bulan puasa ini. Dikerjakan 8 atau 20 rakaat, diikuti oleh solat Witir 3 rakaat, diiringi dengan bacaan tahmid, tasbih, takbir, dapat menghayati daripada banyak buku doa yang berkaitan.


Lailatulqadar atau Malam Al-Qadar adalah anugerah Allah SWT yang paling istimewa dalam bulan ini untuk hamba2Nya. Mereka yang beramal di malam tersebut akan memperolehi ganjaran sebanyak 1000 bulan (83 tahun 3 bulan). Doa di malam Al-Qadar amat mustajab.

Doa Khusus Untuk Malam Lailatulqadar (klik sini)

67- عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي. (رواه الترمذي)
67- Dari 'Aisyah r.a., katanya: Saya pernah bertanya dengan berkata:  "Ya Rasulullah,  Bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatulqadar itu dengan tepat, apa yang saya akan doakan pada saat itu?" "Baginda menjawab:  "Berdoalah dengan doa yang berikut: (1)

(( اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى ))
(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)
Maksud doa yang tersebut: "Ya Allah,  ya Tuhanku,  sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."




Rujukan : Indahnya Amalan Doa - oleh Dato' Ismail Kamus

Khamis, 21 Jun 2012

KELEBIHAN BULAN SYA'ABAN

Assalamualaikum.....


-dari google-

Salam Satu Malaysia semua. Salam 1 Sya'aban bagi seluruh umat Islam. Telah berlalu bulan Rejab, bulan yang penuh dengan keberkatan....kini muncul pula bulan Sya'aban. Pada bulan Rejab yang lalu, kita disunatkan untuk berpuasa sepanjang bulan tersebut. Kini pada bulan Sya'aban juga kita disunatkan untuk berpuasa selama sebulan kerana kelebihannya. Saya hanya sempat berpuasa beberapa hari sahaja masa bulan Rejab. Harap2 pada bulan Sya'aban ini akan dapat melakukan ibadat puasa lebih lagi dari sebelumnya. Moga dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Apabila tiba sahaja bulan Sya'aban, ini bermakna bulan Ramadhan yang memang dinanti2kan oleh semua umat Islam di seluruh dunia, akan tiba tidak lama lagi. Semoga Ramadhan yang akan datang dapat memberi peluang kepadaku untuk menambah amalan2 dengan izin Allah s.w.t.


Berkisah tentang bulan Syaaban, antara amalan2 yang boleh dilakukan pada bulan ini ialah : (saya tengok di sini.....)

1. Memperbanyakkan berpuasa sunat di bulan Sya'aban....Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : " sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Sya'aban dan 3 hari pada pertengahan Sya'aban dan 3 hari pada akhir Sya'aban .

2. Memperbanyakkan doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasullullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w. : " Sesiapa yang mengagungkan bulan Sya'aban, bertaqwa kepda Allah s.a.w.t., taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah s.w.t. mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit. " (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat .

4. Meraikan malam 15 Sya'aban @ lebih dikenali sebagai malam Nisfu Sya'aban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al-Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Jika nak tahu kelebihan2 yang lain boleh juga baca di sini jika rasa tak cukup dengan maklumat di atas. Di sini juga saya lampirkan antara Puasa Wajib dan Puasa Sunat untuk rujukan kita bersama.

1. Puasa Wajib :- Puasa di dalam bulan Ramadhan

2. Puasa Sunat :- 
- Puasa 6 hari di dalam bulan Syawal
- Puasa di dalam bulan Rejab
- Puasa di dalam bulan Sya'aban
- Puasa Hari Isnin & Khamis
- Puasa Hari Arafah
- Puasa hari A'syura iaitu pada 10 Muharram

3. Diharamkan Puasa :-
- Puasa pada Hari Pertama Aidilfitri
- Puasa pada Hari Pertama Aidiladha
- Puasa pada Hari2 Tasyrik iaitu 11, 12 & 13 Zulhijjah

Kalau ada maklumat yang tidak lengkap atau berlaku kesilapan....maaf ye...