Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Apam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apam. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Februari 2015

APAM POLKADOT

Assalamualaikum


Apam Polkadot, comel dan sungguh mempersonakan. Geram sungguh saya tengok, macam2 warna dan corak, Kreatif mereka semua nie. Saya yang baru nak mencuba nie pun rasa macam nak juga join sekaki nak melorek2. Tapi saya tak berani, takut nanti jadi corak apa2 ntah. Maklum le tak kreatif. Untuk permulaan nie biarlah kita dot2 jer, itu pun tak sempurna mana. Ada juga dot2 yang tersenget, terketar2 makcik nak menitikkannya hehehe..........

Dah dua kali saya membuatnya. Kali pertama buat, bawa balik kampung. Anak2 buah saya suka sangat sebab ada jem kat dalamnya. Siap minta buatkan lagi. Saya pun dapat makan satu jer sebab nak rasa. Buat kali kedua baru dapat ngap puas2, sambil makan sambil tengok running man. Memang sedap makan tak hingat. Lebih sedap sebab saya letak inti banyak sikit dan ada dua perisa strawberi dan blueberi. Sendiri makan sendiri bikinlah kan, bagi puas hati hihihi


Resepi ni saya ambil dari dapur Madihaa . Dah lama saya simpan resepi nie tapi tak buat2. Orang lain semua dah berkurun membuatnya saya baru nak menggodeh2. Dulu pernah buat tapi tak menjadi sebab tak lembut, tu yang rasa malas nak buat. Mungkin sebab guna hand mixer jer, tu yang tak berapa nak jadi. Sekarang dah ada mixer baru, power sikit.......jadi baru sekaranglah berkeupayaan nak membuat. Saya buat separuh adunan, guna cup yang besar sedikit jadi dapatlah tak banyak. Cukup untuk kami ngap...........


APAM DOT DOT
Resepi LilyValley
Sumber: Madihaa   Hanamemories

Bahan2:
3 biji telur - dari petisejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - saya ikut madihaa 180 gm
150 gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete

Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) 
Pewarna
1 sudu kecil esen vanila (ikut saranan Hana)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maksima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah di susun di dalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10 - 15 minit dengan api yang kecil



Ahad, 25 Januari 2015

APAM PISANG COKLAT URAI

Assalamualaikum

Salam di hujung minggu. Hari ini tak bekerja, cuti.......ada perkara emergency yang nak diuruskan, pasal kereta.......dua2 masuk bengkel.........Harap2 semua urusan hari ini berjalan dengan lancar. Hari ini tak masak tengahari sebab che abang tak nak makan katanya. Dia nak makan bihun yang dia masak pagi tadi. Bihun masak guna perencah adabi. Suka dia bila first time masak dan orang puji sedap. Ok lah tu walaupun guna perencah segera tapi keikhlasan tu yang penting. Hari nie mem goyang kaki ye.........


N3 saya pagi nie bukanlah bihun goreng air tangan suami tapi, Apam Pisang Coklat Urai. Apam lagi!!!!!!! Memang tak boleh nak tolak ler.......Apam nie saya buat sikit, pisang lebih saya buat hari jumaat hari tu. Masa buat hari jumaat lepas, sedap tak terhingga rasanya apam ni. Makan apam sajer dah sedap, bila makan dengan kelapa, lagilah bertambah sedap. Jadi saya bagi jiran saya rasa sikit, benda sedapkan kenalah kongsi2. Hari nie buat lagi........sedap tau, rugi tak cuba. Resepi nie saya copy dari dapur ita masam manis


APAM PISANG COKLAT URAI

Bahan2:
5 biji pisang emas - kalau pisang besar dalam 3 biji
1 cawan tepung gandum
1 susu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh esen pisang
secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 cawan gula perang
2 biji telur gred A
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh ovalete
3 sudu besar coklat urai


Panaskan kukusan.
Balut tutup kukus dengan kain.
Sediakan acuan kecil atau loyang dan oleskan dengan sedikit minyak.

Lenyek pisang hingga halus. Kemudian tambah esen pisang dan soda bikarbonat - ketepikan.
Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, garam dan baking powder. Kemudian ayak - ketepikan.
Dalam bekas lain, pukul telur, ovelate, gula perang dan minyak sehingga pekat dan berkrim.
Kemudian masukkan adunan pisang yang dilenyek tadi. Kacau sebati.
Kemudian masukkan adunan tepung dan gaul rata. 
Akhir sekali masukkan coklat urai dan gaul sempurna.

Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang.
Kukus adunan selama 20 - 25 minit jika menggunakan acuan kecil dan 45 minit jika menggunakan loyang.
Keluarkan apam dari acuan setelah masak.
Boleh dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Makan tanpa kelapa pun sedap.


sedap sampai makan tak nak berhenti......








Jumaat, 16 Januari 2015

APAM GULA MERAH

Assalamualaikum


Selamat pagi. Apa menu sarapan pagi nie? Saya pagi nie sarapan bihun goreng bersama apam sahaja. Malam tadi tiba2 jer teringin nak makan Apam Gula Merah, bukannya apa malam tadi ada kawan post apam kat fb tu yang terus saya buat . Resepi apam nie macam biasa lah, saya mesti nak terjah dapur yatie si mama hamka tu. Nak membuatnya pun senang, godeh2 dah siap. 

Saya memang suka apam yang makan dengan kelapa nie. Apa2 apam atau kuih yang ada unsur2 kelapa memang menjadi kegemaran saya dan yang pastinya bukan kegemaran suami saya hihihi........dia keje hari ni jadi kita buat la ikut selera kitakan. Tinggalkan sedikit untuk dia supaya nanti dia dapat rasa, walaupun tak gemar itu bukan bermakna suami saya tak makan. Saya buat sikit jer, makan sorangkan. 


APAM GULA MERAH
Resepi : yatie

Bahan A
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan

- semua bahan dimasak hingga larut dan disejukkan

Bahan B
1 sudu besar yis
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula pasir

Bahan C
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air

Cara2:
1. Bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Campurkan ke semua bahan C ke dalam mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yang telah sejuk. 
3. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaul sehingga sebati, kemudian tutup dan perapkan selama 1 jam atau naik 3 kali ganda.
4. Lenserkan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang dan biarkan selama 10 minit.
5. Kukus adunan selama 40 minit dengan api sederhana kuat.
6. Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dengan pisau tajam dengan cara seperti gergaji ke depan dan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
7. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam. 






Sabtu, 20 Disember 2014

APAM MENTEGA

Assalamualaikum

Selamat malam, selamat menonton perlawanan bolasepak akhir antara Malaysia vs Thailand, Piala Suzuki AFF 2014. Semua orang sibuk menonton, saya pulak sibuk kat dapur dok bikin Apam Mentega. Terlewat saya nak membuatnya, kan dah tak dapat tengok. Sepatutnya petang tadi nak buat boleh terlupa pulak saya, nasib tak basi air gula hangus hehehehe........

Sambil dok bikin, telinga nie dok dengar jer suami saya kat depan tu dok jerit2. Memang boleh buat hati meletup2 nak ke depan nie. Mujur resepi apam mentega nie senang jer nak buat. Sementara nak perap, dapat juga saya tengok sekejap tapi Malaysia dah dapat 2 mata gol. Tahniah Malaysia........tunggu masa ke dua pulak......


Berbalik kepada n3 kali nie, resepi apam saya dapat di dapur nurniezza , kawan kita yang dok nun jauh di Finland, tapi saya rasa sekarang nie dah balik Malaysia kot. Dulu saya suka tengok n3 niezza sebab dia selalu post gambar buah2an yang fresh dari ladang. Berlambak2 buah, teruja sungguh sampai minta dia pos kan sikit hihihihi......gerammmm.......Untuk resepi apam nie memang sedap. Saya nie tak suka makan kek gula hangus tapi apam nie, walaupun guna gula hangus saya rasa sedap pulak. Mungkin sebab guna mentega, tu yang buat rasanya sedap sangat.........

Bagi yang nak mencuba, silakan ambil resepinya............


APAM MENTEGA
Sumber : niezza
Resepi : kak sofea

Bahan2 : (+- 50 biji)

Bahan A
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega

Bahan B
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur
3 cawan tepung gandum *
2 sudu teh soda bikabonat (*ayak bersama)
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila

Cara2:
1. Gula hangus : Masukkan gula dalam periuk. Masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api (untuk mengelakkan air gula dari terpercik semasa air dituang) dan masukkan air. Nyalakan semula api, kacau hingga larut dan masukkan mentega. Kacau rata dan ketepikan.
2. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
3. Kemudian masukkan susu diselang selikan dengan tepung. Gaul semua hingga sebati.
4. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang di sapu sedikit minyak. (Adunan ini, jika dituang penuh ke dalam acuan tidak mengapa kerana semasa di masak ia tidak akan melimpah) .
5. Kukus selama 15 - 20 minit. Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke bawah. 







Rabu, 3 September 2014

APAM LABU

Assalamualaikum


Apam Labu.........sedapnyaaaaa!!!!! Tak terkata saya. Dua hari saya asyik makan apam labu, rasa sampai dah kembong perut. Memang sedaplah resepi nie, apamnya lembut je masuk kot tekak. Labu memang sedap masak apa pun........buat donut pon sedap......

Masa saya cari resepi untuk labu, terpandangkan Apam Labu ni, memang saya dah terbayangkan kesedapannya. Memang tak rugi mencuba, memang ternyata sedap!!!! Tek jemu2 saya makan apam nie, bestttttt!!!!!! Kalo ada yang berminat boleh mencuba resepi ini...........


APAM LABU
Resepi : Apam Keledek Kak Ummi
Rujukan : Ita masam manis

Bahan A
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu besar air suam - saya guna air biasa

Bahan B
240 gm labu - dikukus/ rebus - saya kukus
150 gm gula kastor
1 biji telur
150 ml santan pekat

Bahan C : (ayak bersama)
200 gm tepung gandum
1 sudu teh Double Action Baking Powder


Cara2nya :
1. Campurkan bahan2 A dan kacau hingga sebati.
2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
3. Kemudian campurkan semua bahan2 B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
4. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar , sedikit demi sedikit dan kacau rata.
5. Masukkan pula bahan2 A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (tutup mangkuk adunan).
6. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan2 kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah jingga masak, anggaran dalam 15 minit. 
7. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.


jemput makan semua........


memang sedap, rugi kalo tak mencuba




Jumaat, 7 Februari 2014

APAM PISANG CHOCMILO

Assalamualaikum



Selamat petang
Dah petang nie baru sempat nak pos n3 Apam Pisang Chocmilo. Apam nie pagi tadi buatnya, nak post pagi tadi tak sempat.........banyak urusan yang nak kena selesaikan hari nie. Maklum ler, Melaka hari jumaat hari bekerja jadi kita buat apa2 urusan yang nak kena selesaikan, kita selesaikan hari nie. Tu le untungnya bila Johor cuti hari jumaat hehehe............

Resepi nie saya jumpa di dapur Noorsha . Tengok apam dia menarik jer hati nie nak mencubanya. Kalau tengok resepinya lebih kurang sama jer dengan resepi apam pisang coklat cuma di olah jer koko & milo dan rasanya tetap sama, sedap........Terasa kegebuannya, masuk dalam mulut tak berhenti2 saya makan sampai terasa dah tersangkut kat tekak baru ler saya stop hihihi.........saya memang hantu resepi2 pisang yang berkukus nie, memang tak boleh nak tahan........

Bagi saya apam pisang nie manis sikit bila dah makan banyak2. Kalau yang tak berapa suka manis, boleh kurangkan sukatan gulanya. Saya guna gula perang pun dah terasa manis. Jom kita tengok resepinya..........

 


APAM PISANG CHOCMILO
Resepi : Zuraina Abdul Latip
Sumber : Noorsha


Bahan2
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar milo
1 sudu besar koko
1 sudu teh garam
1 biji telur - pukul sedikit
1 cawan minyak - saya guna butter cair
1 cawan gula perang - boleh kurangkan 3/4 cawan jer
1 cawan pisang lenyek
1 sudu besar susu cair @ susu segar
coklat chip secukupnya
hirisan pisang untuk hiasan - saya tak letak

Cara2
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
2. Ayak bersama tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, garam, milo dan koko. Ketepikan
3. Dalam mangkuk lain, satukan pisang lenyek, butter cair, telur, gula dan susu. Kacau sebati hingga larut.
4. Masukkan bahan ayak ke dalam adunan pisang tadi sedikit demi sedikit sehingga rata semua bahan.
5. Sudukan adunan dalam paper cup @ mould jelly @ loyang sehingga 3/4 penuh.
6. Taburkan coklat chip diatasnya dan hiaskan dengan hirisan pisang jika suka.
7. Kukus dengan api sederhana selama 15 - 20 minit.



Jumaat, 30 Disember 2011

APAM YOGURT

Assalamualaikum.....berjumpa lagi kita di sini. Dah makan malam ke belum. Saya tak makan malam nie cuma makan apam yang saya buat petang tadi. Senang je nak buatnya. Pertama kali buat apam. Sebelum nie tak pernah pun buat apam sebab takut tak jadi. Masa rehat kat tempat kerja tadi dok belek2 blog ita nak tengok apa2 yang boleh nak dibuat weekend nie. Tiba2 ternampak pulak apam yogurt ita yang begitu mengiurkan dan membuatkan ku kelaparan terus. Dok pikir2 bahan semua ada apa lagi meng'apam' la jawapnya makan malam nie. Che abang pun tak nak makan nasi, cantekkkkk. 

Masa kukusan yang pertama tak berapa nak naik. kembang memang la kembang cuma tak berapa nak naik, tak puas hati apasal tak jadi cantik pulak. Tengok balik resepi ita tu, laaaaa...rupa2nya kena guna api kuat baru la dia naik cantik kembang. Masa tengok resepi ita tadi tak perasan pulak suruh guna api yang kuat. ishhhh ade jer yang terlepas pandang, itu la kalau orang tak sabau. Bila kukusan yang ke2, kuatkan api dan hasilnya wahhhhhh!!!! ade yang pecah 3, pecah 4 dan ade yang pecah 5. Berjayayoyoyoyoyo!!!!!!! (itu ejekan suami saya untuk saya kalau dia nak sebut berjaya sambil bengot2kan mulut dia...hehehe...). 

Tapi saya tetap tak puas hati sebab tak secomel apam yogurt ita yang begitu nampak berseri2 macam muka ita tu. Muka saya tak berseri2 kot atau tak sabar dah tutup api ataupun sebab saya tak tutup penutup kukus dengan kain. Adoiiiiiii hai semuanya terlepas pandang. Bila buat kerja tergesa2 mesti ade yang tak kena.....lemauuuuu tulll...

APAM YOGURT

by :  Rima
Sumber : Izah 
 Perkongsian : masam manis

Bahan-bahan :
2 cawan gula castor *kurangkan - saya guna 1 1/4 cawan
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder - saya guna baking powder 
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat - x letak
Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup.

*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh  jem atau filling dan pewarna kesukaan

*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar.
Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.

Selasa, 13 Disember 2011

APAM BELANG

Assalamualaikum.....Alhamdulillah dapat juga N3 hari nie...dah seminggu rasanya tak berkesempatan untuk menggodeh2 blog saya nie, banyak kerja kebelakangan nie memandangkan minggu ini adalah minggu pelajar final exam...jadi banyak benda yang perlu diselesaikan.
Rasa macam dah lama bebenor tak menjengah kukus mahupun oven...dah bersarang2 rupanya...nak buat mcam mane....che abang tak bagi selalu sangat buat makan2 nie sebab badan dah bommmbommm....Aduhaiiii, kenapa la tiba2 jer badan naik mendadak.....mmmm rasanya tau sebab apa...sebabnya adalah semenjak berblog2 nie....aarrggghhhhh!!!!!macam mane nak buat bila tengok 'kejadian2' yang begitu menggiurkan hehehe....

Ok la saya tak nak banyak celoteh cuma nak N3 kat sini Apam Belang yang saya buat malam tadi hasil dari kejadian oleh Ucu Bakery . Sedap...puas hati...Jom cuba.....


APAM BELANG

Bahan-bahan : (saya buat 1/2 adunan jer )
4 biji telur
2 st ovallete
1 st esen vanila
300 gm tepung gandum*
220 gm gula halus
250 ml santan kara
1 st baking powder* (*ayak bersama)
pewarna (saya letak emulco coklat & strawberi)

Cara-cara :
1. Pukul telur dengan gula dan ovallete sampai gebu.
2. Masukkan santan dan esen vanila , kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan kacau rata.
4. Bahagi kepada 3 warna yang disukai dan kacau rata adunan dengan warna secara berasingan. (saya buat 2 warna sahaja).
5. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sb setiap warna dan lapis sehingga habis).





Rabu, 30 November 2011

APAM PISANG KUKUS

Assalamualaikum....

Hari nie saya bercuti sebab nak melawat En Mat meninggal...Al-Fatihah untuk en Mat, semoga rohnya dicucuri rahmat..Aaaaminnnn....
Bila sudah berehat di rumah sebab tidak bekerja makanya godeh2 la komputer nak cari resepi2 yang boleh nak dibuat untuk hari nie. Kat dapur ada pisang emas yang nampaknya dah tak lalu nak mamam...apa yek yang boleh dilakukan. Makanya saya tengoklah homepage Rinn dan tengok apam pisang kukus, macam mudah jer tapi saya olah sikit, mohon ampun ye tuan punya resepi. Olah sikit sebab kat dapur ade jem coklat yang saya buat hari tu... Saya memang tak minat apam dan tak pernah buat pun tapi bila dah saya letakkan inti coklat...yummmyyyyy!!!!cedapnyeeee....Kalo nak resepi boleh ler klik di sini . Moh kite tengok resepinya....style saya...


APAM PISANG KUKUS
Resepi :Naz Rinn Chan@rinnchan.fotopages.com

Bahan-bahan : (saya buat 1/2 adunan je)
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega - dicairkan & disejukkan
4 biji telur
1 st baking powder
1st baking soda
1 cawan gula (Rinn guna 3/4 cawan) - saya guna 1 cawan
secubit garam

cara-cara :
1. Tepung gandum diayak bersama baking powder & baking soda .
2. Pisang dilecek halus dan digaul bersama garam.
3. Pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula dan pukul hingga kembang.
4.Masukkan mentega dan kacau rata .
5.Kemudian masukkan tepung sedikit2 dan gaul rata. Bila sudah sebati masukkan pisang lecek dan gaul .
6. Sapukan majerin pada acuan dan tuangkan sedikit adunan tepung, letak sesudu jem coklat dan kemudian letakkan adunan tepung diatasnya. isi adunan 3/4 dari acuan.
7. Kukus selama 30 - 40 minit dengan menggunakan api yang sederhana .



Ini lah rupanya apam pisang kukus saya yang telah diisi dengan coklat....sedapppp