Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan

Isnin, 24 Februari 2014

KURMA AYAM

Assalamualaikum


Salam Berbahagia semuanya. Post hari nie n3 yang tertunda. Menu hari sabtu yang lalu. Tak sempat nak postkan. Saya tak berapa gemar sebenarnya masak kurma, kurengggg sikit tapi sebab che abang nak makan, gagahkan juga walaupun masa tu sakit2 badan tak apa janji suami saya suka. Suami saya tak kisah makan apa pun tapi sebab dah lama dia nak makan kurma ayam, tu yang saya buatkan.  

Menu saya tak berapa lengkap sebab tak ada acar mahu pun ayam masak merah. Cuma nasi minyak, kurma ayam dan ayam goreng kunyit untuk saya hihihi........masak simple2 dah tak larat nak teruskan sebab tak berapa sihat . Suami pulak hari tu pergi servis motor tak balik2 lagi, so tak ada orang nak tolong masak. Nanti2 baru ler ayam masak merah pulak ye.......


KURMA AYAM

Bahan:
500 gm ayam
4 sudu besar rempah kurma*
1 sudu besar serbuk ketumbar*
1 sudu besar serbuk jintan manis*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu kecil serbuk lada hitam* (*campur jadikan pes)
1 biji kentang (saiz besar) - potong 4
1 labu bawang besar - potong 6
1 biji tomato - potong 4 (tak letak sebab x der)
2 biji cili hijau / merah
1 biji cili merah
1/2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 keping asam keping
minyak
garam

Bahan tumis:
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(* tumbuk halus)
1 inci halia - dititik
1 batang serai - dititik
1 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga


Caranya:
1. Tumis bahan tumis hingga naik bau .
2. Masukkan pula bahan campuran rempah kurma .
3. Setelah rempah tumis pecah minyak, masuk ayam, asam keping, garam, kentang dan santan cair. Gaulkan sebati. Masak hingga mendidih .
4. Selepas itu masukkan santan pekat, cili dan bawang besar. Setelah kuah mendidih, sedikit pekat dan kentang telah empuk, boleh tutup api. Hidangkan .


ini sajer lah menu saya........jemput makan


untuk resepi nie saya main redah je, seriusly saya memang tak tau masak kurma sebab saya tak berapa suka makan. Apa yang terlintas saya nak bubuh saya letak jer. Bila suami suka ok lah saya berpuas hati. Kalau orang lain mungkin lain kot caranya, ikut selera......





Ahad, 11 November 2012

AYAM PANGGANG ROSEMARY & LEMON

Assalamualaikum.......

N3 hari nie nak tayang Ayam Panggang Rosemary & Lemon yang saya buat untuk makan tengahari semalam. Ingat2 lupa resepinya sebab dulu selalu dok tengok Jamie Oliver buat jadi sekarang nie bila nak buat, main agak2 je. Boleh tahan la bagi saya tapi che abang suka pulak. Dia cakap lepas nie tak payah ajak makan kat Windmill lagi sebab dah boleh masak sendiri.....hihihi bangga cik yah kejap yuhuuuu!!!!!

Jom layan resepi nya.......


AYAM PANGGANG ROSEMARY & LEMON

Bahan2 :
1 ekor ayam - dibelah 4
5 ulas bawang putih - direbus
1 inci halia - disagat
1 1/2 sudu besar rosemary kering
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
2 sudu besar madu
3 sudu besar gula perang
Garam
2 kiub ayam
2 biji lemon - hiris
4 sudu besar olive oil


4 biji kentang - potong 4 dan rebus hingga hampir masak
3 biji karot - potong kecil2 memanjang
2 biji tomato - potong 4

Cara2 :
1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
2. Campurkan semua bahan kecuali sayur2an dengan olive oil. Kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang.
3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada tomato, kentang dan karot dan kemudian susun bersama2 ayam.
4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam @ hingga masak.
5. Hidang bersama salad dan sos lada hitam. Sos boleh buat guna air dari panggangan ayam, cuma tambah sedikit susu, serbuk lada hitam dan sos lada hitam. Masak hingga kuah agak pekat.


jom dok tengok dekat2 sikit......memang sedap makan macam tu jer, bila panaskan ayam dan tambah lagi sikit gula perang bertambah2 sedap lagi.....


jemput makan......








Selasa, 5 Jun 2012

RENDANG AYAM

Assalamualaikum........


 RENDANG AYAM

Bahan2:
1/2 kg ayam
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar lengkuas kisar
2 sudu besar serai kisar
2 inci halia - titik
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau
2 cawan santan - tak cukup boleh tambah
Garam
Gula

Bahan2 kisar :
5 biji cili padi
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji kunyit hidup

Cara2 :
1. Campur semua bahan kecuali kerisik. Masak hingga kuah sedikit kering. Masukkan kerisik dan masak hingga kuah sedikit pekat dan ayam masak .


tak berapa nak hitam rendang ayam nie sebab kerisik tu tak hitam....sekali tengok macam kari pekat jer....




Sabtu, 21 April 2012

AYAM GORENG BEREMPAH



AYAM GORENG BEREMPAH
Resepi : Chef Hanieliza
Sumber : Buku 1 Hari 1 Resepi

Bahan2:
1/4 kg ayam - potong kecil dan cuci bersih
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada sulah - saya tak letak
1 sudu makan serbuk cili
Sedikit daun kari
Garam
Minyak masak
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai* (*dikisar)

Cara2:
1. Gaulkan semua bahan dengan ayam kecuali minyak.
2. Perapkan selama 30 minit.
3. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan ayam.
4. Apabila ayam sudah masak keperangan, angkat dan tuskan minyak.


AYAM MASAK CILI API

Assalamualaikum.....

Selamat petang teman2ku semua... Dah makan tengahari ke? Hari ini saya masak yang mudah2 sahaja. Makan sorang2 je hari nie, koz che abang masih dalam 'keadaan bekerja' , menggubal soalan tapi bukan kursus tau tapi 'bekerja'...hukhuk. Sedih betul dah berapa hari ayik jumpa waktu pagi jer, bila dia balik malam saya dah tidoqq...:(  , sedihkan.....

Untuk aktiviti minggu ini hanya duduk di rumah sahaja melayan kerenah diri sendiri. Hari ini sebab che abang kerja tapi bukan kat pejabat dia tapi kerja kat Hotel, kemas rumah adalah aktiviti saya yang utama. Selalu kalau kemas rumah bahagian2 tertentu sahaja tapi hari ini kemas satu rumah sampai cadar2 semua ditukar baru...sebenarnya cadar baru beli belum guna lagi......hehehe..

Kemas rumah ye jangan tak kemas....Bila dah kemas satu rumah, maknanya....satu badan juga ler sakit2.....bang tolong bang!!!!!balik cepat...tolong picit2 sakit badan nie....sms dah dihantar, memang dia balik tapi dia balik tidoqqq....huhuhu!!!! sabar je laaa...

Berbalik pada menu hari ini, saya masak ayam masak cili api, ulam pegaga dengan pecal, ayam goreng rempah dan sup ekor. Itu saja ler menu saya....Jom layannnnnn........


AYAM MASAK CILI API

Bahan2 :
1/4 kg ayam - potong dan cuci bersih
10 biji cili api *
2 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
1 inci kunyit hidup * (* dikisar)
2 inci halia - dititik
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit
3 biji kentang - potong 4
Santan dari 1/2 biji kelapa - asingkan pati santan
Garam

Cara2:
1. Masukkan semua bahan kecuali pati santan ke dalam periuk. Masak sehingga kuah mendidih. Setelah kentang empuk, masukkan pati santan. 
2. Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya tidak bertaik minyak. Masak hingga mendidih. Tutupkan api dan boleh dihidangkan.

Gambar2 menu yang dimakan hari ini......banyak le pulak tapi sikit2 je jumlahnya.....(^__*) 





Ahad, 15 April 2012

AYAM MASAK HITAM

Assalamualaikum......

Selamat pagi semua. Apa sarapan pagi nie?...ke dah nak makan tengahari. Saya untuk makan tengahari dah siap disediakan. Masak yang mudah2 sahaja. Ayam masak hitam, resepi asal dari sambal bali yang adik selalu buat, bayam goreng, ayam goreng kunyit dan ulam pegaga. Mudah kan....Lepas nie nak rehat2kan badan, petang nanti nak jalan2......

N3 saya hari cuma nak letak resepi Ayam Masak Hitam. Jom.........


AYAM MASAK HITAM

Bahan2 :
400 gm ayam - potong kecil
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih* (* ditumbuk halus)

Bahan Tumis :
5 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
5 biji bunga lawang

Bahan Kisar:
2 sudu besar halia kisar
3 sudu besar serai kisar
6 sudu besar lengkuas kisar
3 sudu besar cili kisar - nak pedas boleh tambah

4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
Gula merah secukupnya

Cara2 :
1. Cuci bersih ayam. Ketepikan.
2. Tumis bahan tumbuk dan bahan tumis hingga naik bau wangi. Masukkan pula bahan kisar dan tumis sebati hingga pecah minyak.
3. Setelah cili masak , masukkan sos cili, sos tiram, kicap dan gula merah. Kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan ayam dan gaul sebati. Setelah ayam agak sebati dengan rencah, masukkan sedikit air supaya ayam boleh empuk. Setelah ayam masak dan kuah sedikit pekat, boleh lah diangkat.