Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label minuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minuman. Papar semua catatan

Isnin, 3 Julai 2017

BANANA BLUEBERRY SMOOTHIE

Assalamualaikum
Selamat pagi semua. Alhamdulillah.......nampaknya pagi nie mendung sedikit sebab malam tadi hujan lebat di bumi Melaka. Hari nie ramai yang dah mula bekerja, budak2 pun dah mula bersekolah tapi masih lagi dalam suasana raya. Memandangkan tiada yang buat open house setakat ini di tempat kerja, jadi akak mengambil kesempatan berpuasa lah. Puasa gantilah dulukan lepas tu baru nak berpuasa 6 syawal. Kita buat yang wajib dulu, kalau ada rezeki baru yang sunat2. Nak disekalikan pun boleh, tak salah cuma akak ambil yang afdal.......^___^

Pagi nie, akak bersahur dengan smoothie jer. Akak buat Banana Blueberry Smoothie. Perut akak pun tak berapa nak ok lagi sebab kena ceri beri makan sambal udang petai mak mertua buat jumaat lepas. Nampak petai makan tak ingat dunia, memulas2 perut menggelodak tak terkata. Angin berputar satu badan, nasib tak berputar dekat kepala. Kalau tidak, tak bangun ler terbaring sakan........taubat sekejap hehehe.......


Memandangkan akak masih lagi dalam proses berdiet, jadi ini sahajalah menu sahur akak. Setakat ini, sahur dengan smoothie akak mampu bertahan sampai ke waktu berbuka. Kalau anak2 mungkin tak mampu bertahankan. Kita yang dah tua nie takkanlah tak bolehkan......kalau yang tak boleh tu kena psiko diri tu, psiko diri sendiri hihi..........


Nak buat pun senang jer, main campur2 apa yang teringin tapi biar kena dengan selera lah.......nie bahan2 yang akak letak......

BANANA BLUEBERRY SMOOTHIE

Bahan2
2 biji pisang emas 
3 biji kurma - akak rendam dengan air panas semalaman
1/2 cawan blueberry segar
1 cawan susu

Blend semua bahan, boleh minum terus.....kalau nak rasa sedap boleh tambah madu atau gula tapi kurma tu pun dah ok manisnya



yang ini tinggalkan sedikit untuk en suami yang tak bekerja. Kalau dia tak minum, tunggu akak balik ler rembat masa berbuka nanti







Ahad, 21 Mei 2017

OREN APPLE SMOOTHIE

Assalamualaikum
Selamat pagi!!!!! Mulakan pagi ini dengan senyuman dan juga ketenangan hati. Biasalah kan, nak mulakan kerja pada hari pertama bekerja memang lemaulah..........pagi-pagi kena ceria, baru mudah nak masuk rezeki orang kata. Buat macam akak nie, pagi-pagi pekena smoothie bulat mata yang memang dah bulat nie.....

Hari ini genap sudah 4 minggu akak berdiet. Timbang pagi tadi, masih lagi kekal penurunan berat akak 3kg jer. Harap-harap ini bukan penyudahnya tapi permulaannya yang baik. Nak buat betul-betul nie akak tunggu bulan puasa nanti la.........sekarang nie jamuan kat opis tiap-tiap minggu ada. Sempena nak menyambut bulan Ramadhan kan, jadi ramai yang nak buat doa selamat. Pagi nie pun ada juga........sekejap lagi baru nak mula. Nanti kalau tak makan tuan opis kecil hati pulakkan. Sementara tunggu dia orang siapkan juadah, akak nak update blog sekejap. Tugas akak dah selesai tadi, sebagai pemerhati hehehe..........
Diet akak baru nak bermulakan jadi oklah tu turun 3kg walaupun sedikit. Semoga semangat akak akan terus jitu. Godaan pada peringkat awal biasalah tu........godaan manja-manja kawan akak cakap hehehe........nasib rakan-rakan memahami dan menyokong. 

Pagi ini akak mulakan dengan smoothie. Akak pun tak tahu nak panggil smoothie ke jus. Akak memang tak tahu nak bezakan, sama kot entahlah.......smoothie kali ini akak letak sayur sikit. Akak tambah saderi dan timun. Saderi tu katanya bagus untuk orang yang banyak asid dalam badan. Akak ler tu.........Setiap tahun cek darah dengan doktor, setiap kali itulah urid asid akak naik tapi masih ok..........semua masih dalam keadaan baik Alhamdulillah cuma berat badan jer yang makin bertambah-tambah macam belon. Belon pun makin kecut tapi akak macam dipam-pam. Tahu-tahu je nanti naik........sabar je la. Tak pe, kata orang semangat jangan luntur...........cayok!!!!cayok!!!!

OREN APPLE SMOOTHIE

1/2 biji epal hijau
1 biji oren
5 inci batang saderi
2 sudu besar yogurt
1/2 timun jepun
Sedikit air

Blend ke semuanya sekata. Dah siap terus minum. Tak perlu tambah madu atau gula







Sabtu, 23 Januari 2016

DRAGON FRUITS AIS..........PENGHILANG DAHAGA

Assalamualaikum

Panasssss......!!!! ini semua gara2 serangan El Nino. Melaka walaupun hujan tapi masih terasa bahang kepanasannya, rasa terbakar kepalo den ni ha.........Hari nie, buat masa ini rehatkan diri sambil kemas2 rumah apa yang patut. Nak keluar pun tak tahu nak pergi mana. Nak ke bandar Melaka pun mesti jem gilerrr........tensionnn.....!!!! Panas2 nie bila pekena ais, pergghhhhhhh........ rasa macam nak berendam jer. Nikmat kepuasan kesejukan tak terkata hehehe.......giler punya ayat ^_^ 

Dah panas2 nie apa kata kita pekena ais sebentar, Dragon Fruits Ais. Alang2 nak minum ais, baik kita pekena jus teruskan, jus naga terus baru ada perasa. 
Buat 2 gelas jer, 1 untuk awak 1 untuk saya tapi akhirnya dua2 saya yang bedal hehehe.........Bila dah petang sikit nie, angin bertiup sepoi2 bahasa tapi panas memang terasa, tak boleh nak cakap. Tembok kat belakang rumah baru jer siap, jadi sekarang ni baru jer tanam pokok cili. Harap2 pokok cili api tak lentok. Tuannya tak larat nak jirus hari2, balik kerja sampai rumah pun 6 lebih. Tak sempat nak hadap pokok. Harap2 hujan akan tetap membasahi tanah Melaka nie........

Esok cuti Thaipusam, Johor cuti.......jadi esok masih ada untuk apa2 aktiviti. Hari nie, kalau kebosanan melanda.....Melaka Premium Outlet......mu tunggu aku datang.......baru gajikan jadi poket masih tebal lagi hihihi........dalam kepala dah macam2 yang keluar nie, tunggu je la.......





Sabtu, 23 Mei 2015

DRAGON FRUIT SODA

Assalamualaikum



Dragon Fruit Soda, giler sedappppp!!!! segarrr!!!!!. Minum memang tak hingat, sampai 2 gelas saya minum. Memang sedap, sampai terus tak ada selera nak makan sebab dah kenyang minum air. Kena pulak tengah musim panas sekarang nie, cukup lega....arghhhhhh!!!! dah tak tau nak cakap apa. Nak tau, kena cuba buat sendiri..........


Khamis, 5 Februari 2015

DETOX WATER

Assalamualaikum

Selamat malam Malaysia, Melaka dan Perak yang jauh nun di sana. Orang Perak dah makan ke belum? Menu apa agaknya ye? Mesti sedap menu mak mertua......makan sambil pejam mata hehehe.......Anak2 mak di sini tak makan, cuci mata jer tengok menu2 orang malam nie........on diet gamaknya, InsyaAllah........(sebenarnya dah makan roti nan petang tadi, kenyang lagi hehehe......)

Bercakap pasal diet nie, saya ada terbaca kat fb kawan saya post pasal Detox Water. Apa Detox Water tu? Saya memang failed tak tau apa2. Katanya banyak kebaikan meminum Detox Water. Saya memang tak pernah dengar, tapi bila tengok ramai yang komen, terpanggil pulak untuk mencuba. Bila saya google, barulah saya nampak betapa banyaknya kelebihan yang kita dapat dengan mengamalkan Detox Water nie. 


Kelebihannya, bergantung pada jenis air yang kita minum dari bahan2 yang kita buat. Ada juga diterangkan kegunaan dan khasiat2nya bagi sebarang penyakit. Saya buat 2 jug Detox Water, satu untuk saya dan satu lagi untuk suami. Untuk saya, saya buat campuran buah strawberry, oren dan lime. Katanya bagus sebab starwberry penuh dengan anti- oksidan dan limau bagus untuk anti-penuaan. Sementara suami saya punya, campuran oren, halia, lemon dan serai. Katanya bagus untuk magrain. 


Bagi mereka yang menghadapi sebarang masalah badan, boleh mencuba. Apa2 bahan yang nak dicampur terpulang pada keinginan masing2. Tapi saya suka juga cara begini, sekurang2nya dapat menggalakkan saya untuk lebih banyak minum air. Kadang2 kerana terlalu leka bekerja, saya lupa untuk minum dan saya juga jarang mengambil buah2an. Bila ada cara begini, saya lebih berdisiplin untuk lebih kerap minum air. Kadang2 beli buah tapi terbiar sajer tak makan. Silap2 tak berusik pun. Lepas nie bila rasa malas nak makan buah, kita potong2, campur2kan........jadikan Detox Water. Walaupun rasanya mungkin tidak seperti yang kita harapkan tapi demi kesihatan badan, apa salahnya kita mencubakan.........tak rugi pun.


Satu untuk awak, satu untuk saya........dan hasilnya........pasti tidak sama kerana badan berbeza2. Mungkin untuk pertama kali tidak nampak hasilnya tetapi kalau diamalkan tidak mustahil ia amat2 memberi kesan yang mendalam. Jom kita sama2 amalkan cara hidup yang sihat.......