Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label mee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mee. Papar semua catatan

Khamis, 26 Julai 2012

BIHUN GORENG CILI API

Assalamualaikum.........


Selamat malam semua. Apa menu berbuka hari ini, mesti best2 kan. Saya cuma berbuka Bihun Goreng Cili Api. Itu sahaja yang sempat saya buat lepas balik kerja petang tadi. Tapi yang sebenarnya saya memang tak makan nasi dah 4 hari, Alhamdulillah dapat gak turun badan saya dalam 3 kg....yuuuhuuu...BERJAYA nampaknya.....^_^. Waktu sahur pulak, saya cuma minum Banana Smoothie, secawan oat, air manis dan air kosong, Alhamdulillah saya dapat bertahan hingga ke waktunya. Syukurrrr.......


Saya memang berazam start puasa nak ber'diet'. Bulan puasa saya memang boleh turun berat badan sebab, dalam bulan puasa nie saya jarang makan nasi. Saya lebih suka makan kuih sahaja, roti @pun apa2 yang boleh dimakan, tapi kalau kena lauk mak saya.....memang tak tolak lerr...huhu....Semoga saya dapat mempertahankannya hingga berat saya kembali macam dulu.....

Tapi yang kelakarnya ada pulak orang yang nak tiru saya berbuka, tak nak makan nasi...hahaha...sebok je kan.....tapi sahur dia nak makan nasi nanti lapar katanya...hihihi....Jeles sungguh, orang nak ber'diet' dia pun nak juga...hahaha...sabar je la melayannya....


BIHUN GORENG CILI API

Bahan2 :
1/2 bungkus bihun - rendam bagi lembut
Isi ayam - ikut suka nak banyak mana - potong kecil
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
Segenggam ikan bilis* - boleh ganti udang kering
10 biji cili api* (* tumbuk hingga lumat)
2 biji telur
Garam
sedikit air - cukup untuk melembutkan bihun semasa goreng
Kobis
Sawi
Taugeh


Cara2 :
1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. masukkan ayam dan kacau hingga ayam masak. Kemudian masuk telur dan biarkan telur hampir masak seketika baru dikacau. (saya suka telur tu berkeping2 saja).
3. Kemudian masukkan garam dan air, biar seketika hingga ayam betul2 masak.
4. Masukkan bihun dan kacau sebati hingga bihun lembut dan sebati dengan rencah tumis.
5. Setelah air hampir kering, masuk sayur sawi. Kacau hingga sawi agak layu. Kemudian baru masukkan kobis dan taugeh. Kacau seketika dan angkat. 


ada 2 versi....satu bersayur dan satu tanpa sayur untuk che abang kita yang tak makan sayur......ishhhhh!!!





Ahad, 29 Januari 2012

MEE GORENG UDANG


Assalamualaikum.....

Dah makan tengahari? Makan tengahari saya hari nie cuma nasi lawan dengan sup ekor saja. Sakit perut tak larat nak masak macam2. Che abang pun nak makan sup jer. Masak sup main campak2, senangkann...Pagi tadi pun sarapan dengan Mee Goreng Udang, dah melantak banyak jadi sudah kenyang sangat. Meh kita tengok resepinya yang biasa2 tu....

MEE GORENG UDANG

Bahan-bahan :
1/2 kg mee kuning
10 ekor udang sederhana besar
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih* (*tumbuk lumat)
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili 
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
2 biji telur 
2 tangkai sayur sawi
taugeh segenggam
Daun kucai

Cara-caranya :
1. Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan. Masukkan cili dan tumis hingga masak. Masukkan udang dan kacau hingga masak.
2. Masukkan kicap, sos cili dan sos tiram. Setelah sebati masukkan telur. Biarkan seketika barulah dikacau supaya telur tidak terlalu hancur.
3. Setelah telur masak, masukkan mee, sawi dan kucai dan kacau hingga sawi agak layu. Masukkan taugeh, kacau sebentar dan angkat . 


Isnin, 28 November 2011

MEE REBUS TULANG

Assalamualaikum.....
Apa program di hari cuti nie?...Saya lepak kat rumah jer...nak keluar hujan pulak...ingatkan hari nie nak makan luar saja...malas nak masak...malas nak makan nasi....nak yang ringkas2 jer....Semalam ada beli tulang sedikit, udang pun ada jadi hari nie menu nak buat mee rebus. Nak buat mee rebus udang ke? mee rebus tulang?. Che abang nak rasa mee rebus tulang. Tak pernah buat mee rebus tulang lagi...ok laa...nak cuba hari nie dan akhirnya...sedappppp!!!!!lagi sedap dari mee rebus udang....marvelossss....moh kita zasssss...!!!!

MEE REBUS TULANG

Bahan-bahan :
500 gm tulang
2 biji keledek sed besar (direbus)
2 biji kentang (potong dadu)
2 sb bawang merah kisar
1 sb bawang putih kisar
1 sk halia
2 batang serai
3 sb cili kisar
3 sb kari daging
1 cawan santan
2 asam keping
air
garam
gula


Cara-cara:
1. Masak tulang untuk dapatkan sup tulang.Masak sup seperti biasa. Dah masak keluarkan tulang dan tapis air sup (cuma perlukan air sahaja).
2. Tumis bawang merah, bawang putih, serai dan halia. Masak hingga naik bau.
3. Masukkan cili dan kari , tumis hingga garing.
4. Masukkan air rebusan, keledek, asam keping, santan, fish ball dan tulang yang direbus. Jika pekat bolehlah ditambah sedikit air (Jangan cair sangat).
5. Masukkan garam dan gula. Masak hingga kuah agak pekat.

Makanan sampingan :
mee (celur)
taugeh (celur)
sawi (celur)
telur rebus
cili merah
cili hijau
bawang goreng
tauhu goreng

* kalau nak lagi sedap boleh tambah udang kering sebagai perencah tumis..