Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Kudapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kudapan. Papar semua catatan

Selasa, 11 Julai 2017

KACANG PUTIH

Assalamualaikum
Selamat pagi. Sibuk sikit akak minggu nie sebab pelajar baru berdaftar. Akak ajk Induk Minggu Suaikenal pelajar baru kali ini, dari minggu lepas dah sibuk sikit. Minggu nie cuma buat pemantauan jer untuk pastikan aktiviti semua berjalan lancar. Hari nie aktiviti pendakian Gunung Ledang. Akak tak dapat nak pergi sebab nak rehat sikit, macam lah penat sangatkan hehe.......cuma malas jer nak terkejar2 gerak dari melaka. Takut macam tak sempat nak sampai awal, tu yang tak nak join dan menyusahkan orang lain nanti kena tunggu........Semoga semua berjalan lancar di sana.......



Sebab tak ada apa nak buat, sementara tunggu dia orang balik ke ILP, akak nak update blog akak sekejap. Kali ini akak nak post resepi Kacang Putih. Akak buat kacang nie masa bulan puasa, tak sampai raya dah licin. Sampai dua kali akak buat untuk stok raya. Kali pertama buat, akak letak cili terbanyak pulak tapi buat untuk kali ke dua suami akak tak bagi letak cili. Pelik katanya, tak pedas pun......ikut je la kan, untuk dia pun......



Akak buat tak banyak sebab dapat beli 1 kilo je. Katanya ramai sangat yang beli, stok pun dah tak ada. Mungkin ramai yang buat kacang putih kot hihi....... sekilo pun rm12.......Resepinya pun mudah, perap......goreng.......siap.....^____^.....akak buat 1/2 kilo je yang nie sebab tahu mesti tak sempat raya punya.......dah faham dah, kudapan kacang kegemaran suami nie


KACANG PUTIH

1/2 kilo kacang putih
10 biji bawang putih - tumbuk halus
garam
daun kari

Kacang putih cuci bersih dan rendam dalam air panas. 
Selepas itu toskan kacang putih. Isi dalam mangkuk dan gaul dengan bawang putih , garam dan daun kari.
Perap seketika bagi sebati kacang tu dengan garam dan bawang putih.
Selepas itu goreng macam biasa. Dah garing angkat dan toskan minyaknya. Simpan dalam bekas kedap udara. 
Suami akak tolong goreng tapi tangan sebelah tolong makan sama......mmmmmm.......rasa macam nak gigit jer tangan tu.......






Jumaat, 21 Februari 2014

SNOW SUGAR PUFF PASTRY

Assalamualaikum

Selamat malam semua.....
Dah makan malam ke? Malam nie saya malas nak makan malam. Penat sangat tak larat satu badan sakit2. Bukan apa petang tadi pergi join senamrobik kat Bukit Serindit Bukit Baru, tu yang sengal satu badan. Dah 2 tahun juga saya tak join mahunya tak sakit2 sebab dah lama tak bersenam .

Walaupun tak nak makan malam itu tak bererti mulutku akan berhenti mengunyah ye hihihi........sumbat tetap sumbat tapi yang ringan2 je. Malam nie saya cuma buat Snow Sugar Puff pastry. Saya memang selalu buat tapi tak sempat nak post bagai sebab selalunya tak sempat nak snap dah habis kena rembat. Yang ini pun bahagian saya sebab saya buat banyak. Kudapan nie saya tengok di fb dari LinaKz Shaari. Kudapan yang paling mudah dan senang disediakan.


SNOW SUGAR PUFF PASTRY

Bahan:
Puff Pastry
Kuning telur
Gula icing

Ambil sekeping puff pastry dan potong 8 bahagian secara memanjang. (saya canai sedikit, suami saya suka sebab bila bakar agak garing). 
Griskan loyang, twistkan pastry dan lekatkan bahagian hujung. Susun di dalam loyang dan sapu atas puff pastry dengan kuning telur. 
Bakar pada suhu 170C selama 20 minit. 
Biar pastry sejuk dahulu, baru taburkan gula icing.




Selasa, 3 September 2013

KUIH GUNTING

Assalamualaikum.......

Perkongsian hari ini adalah Kuih Gunting. Minat tak dengan kuih gunting? Mesti ramai yang minat kan.......saya pun minat juga, suami saya lagi lerrrrrrrrr........!!! minat sangat2. Nak buat nie memang senang tapi tu la, mengantukkkkk!!!!! Nak gunting siap boleh pejam2 mata lagi, nasib ada orang yang sudi tolong......siap minta tolong che abang, tapi tugas dia tolong goreng je kerjanya. 

Memang ler seronok kan ada orang nak tolong tapi yang tak syoknya sambil goreng sambil tu dia ngap2........krup krap krup krap, telinga nie yang mendengonya sakit semacam. Sampai rasa sakit hati tu terus menusuk ke jantung.....ahaha!!!!!amik ko.......nasib ler dalam hati nie penuh dengan rasa kesabaran dan keimanan yang tebal hihihi, kalo tak dah lama kena karate kid....hahaha. Nasib le dia suamiku yang tersayang kalo tidak wacaaaaaaaa.......!!!!!! Ku lipat2 jadi belacan, amik ayat P.Ramlee.........huhuhu

Untuk resepi nie, suami saya suka sebab tak lembut sangat dan tak keras macam batu. Dia suka makan yang ada keras2 sikit. Ikut kan jer la selera dia. Buat tak banyak pun dalam 1 kilo jer. Mak mertua pun tak dapat nak bagi rasa. Next time mesti kena buat dalam 3 kilo kot baru semua orang boleh rasa. Baru suami saya boleh makan dengan puasnya. Tunggu ler Hari Raya AidilAdha nanti baru buat lagi...........


KUIH GUNTING

Bahan2 :
1 kg tepung gandum
Majerin - agak2 jer masa ramas tu lebih kurang dalam 10 sudu besar
5 biji telur ayam
5 sudu besar cili boh
Daun bawang
Daun sup
Air suam sedikit
Air garam sedikit
Minyak

1. Di dalam bekas, masukkan tepung dan majerin. Ramas macam nak buat pastri tu (jangan letak banyak sangat majerin sebab nanti kuih jadi lembut) .
2. Selepas tu masukkan telur, cili boh, daun bawang, daun sup dan masuk air garam dan air suam berselang seli. Gaul hingga adunan sebati.
3. Pastikan adunan tidak terlalu keras. 
4. Cubit sedikit adunan, leper2kan sedikit dan lumurkan sedikit dengan tepung supaya tak melekat. 
5. Gunting adunan ikut saiz yang disukai. Untuk mengelakkan adunan yang sudah digunting melekat, boleh juga taburkan sedikit tepung. Kemudian boleh goreng. 



Sabtu, 8 Disember 2012

CUCUR PISANG KELAPA

Assalamualaikum......

Selamat pagi semua. Selamat beristirehat di hujung minggu bersama keluarga. Selamat bersarapan bagi yang sedang bersarapan. Apa menu agaknya ye? Saya menu mudah je pagi nie bihun goreng dengan cucur pisang kelapa. Saya memang suka sangat makan apa sahaja makanan yang ada unsur2 pisang nie, sedap makan bila ada rasa manis2 masam sikit.

Resepi saya nie mudah je, main agak2 tau, tepuk dada tanya selera......hihihi


CUCUR PISANG KELAPA

Bahan2 :
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan pisang lecek
1/2 cawan kelapa parut muda
1/2 sudu teh baking powder
Garam
Gula

- Gaul semua bahan hingga sebati. Goreng hingga masak.


ini bihun goreng saya untuk sarapan pagi nie.....


jemput makan semua........



Khamis, 29 November 2012

KEREPEK JEJARI KETAM

Assalamualaikum...........

Bersua kembali teman2 yang diingati selalu. Malam nie kita bersantapan dengan Kerepek Jejari Ketam je ye.   Oleh kerana malam ini tak masak sebab che abang demam dan dia pun tak nak makan apa2, jadi saya singgah di kedai beli jejari ketam. Beli sikit jer sebab tak pernah makan, takut nanti makan tak sedap pulak.

Bila dah buat, memang sedap lah kerepek jejari ketam nie. sekali hadap jer dah langsai. Masa tercari2 resepi kudapan, ternampak kerepek nie kat sini. Mula2 macam nampak pelik jer sebab saya memang tak berapa suka jejari ketam nie tapi bila dah buat kudapan nie saya tergoda pulak. Nanti nak beli banyak2 nak buat buah tangan untuk mak, mesti mak suka.


KEREPEK JEJARI KETAM
Resepi : bakery2embroidery

Bahan2 :
2 pek jejari ketam (250gm x 2)
3/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
Air - untuk renjis - saya tak guna
Minyak

Cara2 :
1. Siat2kan jejari ketam.
2. Masukkan tepung beras & tepung jagung ke dalam beg plastik. Sebatikan.
3. Masukkan jejari ketam yang telah disiat2 ke dalam beg plastik dan gaulkan sekata. Jika nampak kering sangat pada jejari ketam, boleh renjis2kan dengan air supaya tepung melekat, saya tak buat pun .
4. Panaskan minyak dan goreng jejari ketam hingga garing dengan api yang perlahan. Dah masak, toskan dan biarkan sejuk sebelum disimpan.

Nota : 
- tak perlu letak garam. pada mula2 memang jejari ketam lembik tetapi lama2 nanti ia akan garing.



Ahad, 8 Julai 2012

KENTANG WEDGES GORENG TEPUNG

Assalamualaikum......

Selamat pagi. Pagi nie bumi Melaka mendung lagi. Dah dua tiga hari nie langit mendung sahaja tapi hujan tak turun pun. Nak jalan2 pun jadi malas takut nanti hujan. Kalau berjalan waktu hujan nie leceh, tak boleh nak bergerak sangat. Duduk rumah pun bosan juga sebab tak de kerja sangat nak buat....balik2 masak kemas rumah....masak kemas rumah...busannnn!!!

Weekend adalah hari2 untuk merayap walau kemana sahaja janji tak dok rumah. Memang la nak jalan2 kan dah 5 hari bekerja, nak berjalan waktu kerja waktu rehat ye, saya x ngulau tauuu..hehe x tau nak pergi mana, bukan ada tempat yang best2 pun kat ledang tu untuk cuci mata, Jusco x de...Tesco x de...Giant x de....Mydin x de....apa pun x de....busannnnn tahap gaban dok kat Ledang. Nak buat macam mane dah kena dok kerja kat situ sebab Melaka x de kekosongan. Maka hati ku jado kosong dok sini..huhu



N3 kali nie saya buat semalam.....merangkap makan malam saya. Baru pagi nie nak n3. Resepi saya ambil kat dapur MaDihaA. Che abang nampaknya suka kan kentang wedges nie. Mungkin akan buat lagi. Memang sedap bila makan panas2, makan pulak dengan sos cili, mayonis dan sos keju yang saya buat sendiri hari tu kat sini. Terima kasih ya DihaA, saya nak share resepi kat sini......


KENTANG WEDGES GORENG TEPUNG
(resepi asal - Kentang Wedges Goreng Tepong dengan Jalapeno Cheese)
by MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
6 biji ubi kentang (sebaiknya kentang russet.. kalau takde guna je kentang yang jenis besar & lonjong2 tu)
1 ¼ cawan tepung beras
¼ cawan tepung jagung
¾ cawan + 2 - 3 sudu air (kalu suka batter cair / guna telur kecil boleh letak 1 cawan air)
1 biji telur gred A
1 ½ sudu besar rempah kari ayam/daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk jintan manis
½ sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan tambahan (saya guna sos keju yang saya buat sendiri kat sini)
Jalapeno cheese secukupnya
air panas secukupnya

Cara menyediakan
1. Cuci kulit ubi kentang hingga bersih. Rebus setengah masak. Cara uji kentang.. cucuk dengan garfu... sekiranya kentang tersodok kira2 suku kedalaman kentang.. dah boleh di angkat. (JANGAN SAMPAI KENTANG MASAK SEPENUHNYA YA!) Sejukkan kentang kemudian kentang di potong wedges kepada 8 bahagian setiap sebiji. (kalau kentang kecil.. potong 6 bahagian je)
2. Campurkan semua tepung dan bahan2 kering dalam satu bekas. Kacau2 sikit biar sebati dengan whisker. Campurkan air & telur kemudian di gaul sebati.
3. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam.  Masukkan sebahagian kentang tadi ke dalam batter. Ambil kentang satu persatu & gorengkan kentang ke dalam minyak panas sehingga garing & kekuningan. Angkat & tos. Ulangi sehingga habis.
4. Bancuhkan jalapeno cheese dengan air panas secukupnya. Semasa menghidang.. curahkan/paipkan cheese di atas kentang wedges & sedia dinikmati.  Jika suka.. boleh paipkan sekali dengan mayonis.

Nota MaDiHaA : sekiranya ada lebihan batter/bancuhan tepong tersebut jangan dibuang.. boleh disimpan & digunakan utk menggoreng bahan yang lain seperti keledek, sukun atau ayam.


yang ini untuk che abang


yang ini untuk saya.....nmpak sikit tapi kentang yang selebihnya saya yang perhabiskan hihi...






Isnin, 6 Februari 2012

POPCORN

Assalamualaikum.....

Selamat tengahari. Selamat menjamu selera bersama keluarga. Hari nie saya tak masak sebab balik rumah mak semalam ada kawan adik kahwin, jadi malam dia datang rumah bagi lauk pauk berbagai. Jadi hari nie makan lauk kenduri sahaja, kari daging dan ayam masak merah. Memang sedap kari tu, pagi tadi sarap cucur nasi dan pencicah kari daging....habis sepinggan sorang....adoiiii!!!banyak tuuuu....

Bila tengahari nie, saya nak makan kudap2an saja. Saya buat popcorn dimana resepinya dari Puteri Manja. Sedap sangat popcorn tu. Dapat banyak juga, kalau beli kat panggung wayang dapat yang saiz large punya. Sekali hadap je, kunyah sikit2 sambil tengok tv...habis dah..Puteri....resepinya saya share kat sini ye....


ANEKA SWEET POPCORN

Bahan-bahannya:
• 1 sudu besar mentega
• 2 sudu besar minyak masak
• ½ cawan jagung kering 

untuk karamel : [optional]
• 1 sudu mentega
• 5 sudu besar gula pasir atau gula merah(yg warna oren tu)(kalau guna gula merah ni nanti popcorn warnanya cantik sikit hehe) so terpulang pada semua…nak kurang kan manis just letak 3 sudu besar jerr ok. Saya letak 4 sudu gula halus sahaja, nanti nak kurangkan 3 sudu saja la sebab che abang cakap manis pulak tapi saya rasa dah ok manis sikit je .
• satu sudu besar madu ( optional…kalau tak mau letak pun takpe…tapi letak lagi sedap hehehe). Saya letak

cara2 masak jagung kering:
1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panaskan minyak dan butter dalam 1-2 minit lepas tu kecilkan api sedikit.
2. Setelah butter cair, masukkan jagung kedalamnya. kacau dan ratakan sikit.Tutup periuk tadi.
3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn dan ketepikan. Pop corn boleh dapat penuh satu periuk besar. 


Cara2 untuk karamel :
1. Dengan api kecil cairkan mentega, madu dan gula hingga gula betul2 larut. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2, hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
2. Kalau guna gula merah sama jugak…tapi tak perlu terlalu lama…agak2 gula dah larut matikan api dan gaulkan bersama2 popcorn tadi. 
3. Bagi yg nak letak coklat pun bole….lepas popcorn disaluti karamel…cairkan 60gm-70gm coklat secara double boiler dan setelah cair gaulkan pada popcorn hingga rata.

Khamis, 24 November 2011

KEREPEK POPIA PEDAS

Assalamualaikum.....
Tadi dah n3 crochet sekarang nie nak n3 pulak kerepek popia yang di buat malam tadi dan jem coklat yang baru dibuat tadi.....resepi popia goreng tu belasah je sebab selalu order bila hari raya...resepinya pun macam buat kerepek ubi pedas...senang bahan2nya...sementara resepi jem coklat pulak saya skodeng kat blog k.nor....sori ye k.nor...saya kidnap resepi akak nie...saja jer nak cuba buat nak dimakan dengan apa...ntah...tak tahu saja suka2 hati jeee...!!!!moh la kite layannnn kedua2 resepi nie ....


KEREPEK POPIA PEDAS

Bahan A :
1 bungkus besar kulit popia
sedikit tepung gandum (bancuh dengan sedikit air untuk lekatkan kulit popia)

Bahan B :
3 sb cili kisar
2 sb bawang merah kisar
1 sb bawang putih kisar
1 sb perencah ikan bilis
gula
garam (isi jika tak cukup rasa)

Cara-cara :
1. Gulung sehelai kulit popia dan dihujungnya sapukan bancuhan tepung gandum supaya melekat dan potong kulit popia serong-serong .Buat hingga habis kulit popia .
2. Goreng kulit popia di dalam minyak yang banyak (sekejap saja dah garing) .Tuskan .
3. Tumis bawang putih & merah hingga kekuningan.
4. Masukkan cili dan perencah ikan bilis, tumis hingga masak dan tutupkan api. Terus masukkan popia tadi dan kacau hingga sebati .
5. Sejukkan sebentar dan simpan di dalam bekas kedap udara .


RESEPI HOMEMADE CHOCOLATE FILLING
Resepi asal :Puan Azlina Alias
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan : (saya buat 1/2 adunan je )
250 ml susu sejat
180 ml air suam
180 gm gula castor
60 gram serbuk koko - saya letak 50 gm coklat masakan
60 gram tepung jagung
1 sb tepung gandum (yg ni k.nor tambah tapi Noorsha x letak)- saya x letak
60 gram mentega
1 susu teh esen vanila

cara-cara :
1. Campurkan kesemua bahan kecuali vanila dan mentega.
2. Kacau dgn menggunakan handwisk hingga sebati atau boleh juga kalau blend.
3. Panaskan atas dapur dan hendaklah sentiasa dikacau hingga pekat.
4. Masukkan mentega dan vanila.
5. kacau lagi hingga sebati dan pekat.
6. Padamkan api dan sejukkan sebelum digunakan.

*jem coklat nie saya makan dengan roti...sedap...TQ k.nor...halalkan resepi ni ye...