Assalamualaikum
Selamat malam semua
Dah agak lama saya tak buat kek. Memang saya stop sekejap untuk baking membaking nie. Kali ini saya buat Kek Keju Lapisan Coklat. Saya buat kek nie sempena Ulangtahun Perkahwinan saya yang ke 12. Ulangtahun hari ahad hari tu tapi baru semalam membuatnya sebab secara kebetulan hari nie kat pejabat ada buat bacaan yassin sempena menyambut Ramadhan yang akan datang. Memang rezeki kawan2 kat opis. Yang tak dapat nak rasa tu minta maaf banyak2 sebab kek pun tak buat banyak.......seketul je kan. Kalau ada rezeki dan kelapangan, nanti saya buat lagi.
Resepi kek nie dalam buku Variasi Hidangan Keju oleh Chef Noraini Zakaria. Saya selalu buat kek ikut resepi dalam blog kawan2 tapi baru nie first time saya buat ikut buku. Buku pun dah lama beli masa jualan lelong murah2 kat MITC. Tengok kek pun macam sedap jer, tu yang terus nak cuba. Senang pun senang, nak membuatnya........mana kawan2 yang dapat rasa, semua cakap sedap, ok la tu.......yang penting dia orang suka. Deko tu abaikan sahaja, bukan saya pandai pun nak buat. Untuk syok sendiri boleh ler hehehe.......
KEK KEJU LAPISAN COKLAT
Rujukan: Buku Variasi Hidangan Keju
Bahan:
1 biji kek span coklat 9 inci - saya guna kek span vanila
Bahan inti keju:
250 gm cream cheese
80 gm gula kastor
100 gm coklat masakan - dicairkan secara double boiler
250 gm krim putar
50 ml air
15 gm gelatin halal - dicairkan secara double boiler
Cara2:
1. Inti Keju : Krim putar di pukul hingga kembang dan gebu. Simpan dalam peti sejuk.
2. Coklat masakan dicairkan dan biarkan ia menjadi suam.
3. Pukul krim keju dan gula kastor hingga berkrim.
4. Masukkan krim putar dan coklat masakan. Pukul sebati adunan tersebut. (Saya letak sedikit coklat yang diparut kasar)
5. Setelah gelatin cair menjadi sejuk, tuangkan ke dalam adunan keju tadi. Pukul kelajuan perlahan hingga sebati.
6. Potong kek kepada 2 bahagian.
7. Letakkan satu lapisan kek coklat pada dasar tin springform bulat berukuran 8 inci.
8. Tuangkan adunan keju dan tutup dengan lapisan kek kedua.Kek saya, saya salut dengan krim putar
Tip buku*
Masukkan dalam peti sejuk 3 jam hingga keras. Hiaskan mengikut cita rasa anda.
Abaikan deko saya tu, saya budak baru belajar jadi jangan kutuk saya hihihi.......memang gubra nak pegang nozzle, tangan tak pernahnya nak statik melainkan kena elektrikstatik sentiasa. Untuk diri sendiri lepas ler......itu pun suami saya dah cukup bangga hahaha........jaga hati sesangat......thank you sayang, Selamat Ulangtahun buat kita berdua.......
Tetap Di Hati
Halaman
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

Selasa, 31 Mei 2016
Jumaat, 11 Disember 2015
CARROT CAKE........LEPASKAN GIAN
Assalamualaikum
Salam Jumaat semua, semoga dirahmati pada hari Jumaat yang Baraqoh nie........... Rasa badan tak berapa sedap hari nie, mungkin kena hujan 2 hari nie. Asal petang balik kerja jer, hujan selebat2nya.........tu yang badan rasa dedau jer, tekak pun rasa perit jer........Walaupun badan tak berapa sedap tapi tekak nie tersangatlah teringin nak makan carrot cake.
Carrot Cake mai lagi hihihi............sekadar nak lepaskan keinginan tekak nak makan carrot cake. Bulan lepas buat juga sebab adik beradik ada buat BBQ kat rumah mak. Tak puas makan sebab ipar duai sepupu sepapat pun datang nak bawa bekal balik. Dapat makan sekali potong je, nie yang buat lagi.......baru boleh makan berulang2........bagi juga jiran2 rasa.
Saya masih guna resepi yang sama dan sedikit di olah, kawan2 opis juga berpuas hati dengan rasa carrot cake nie. Resepi ini untuk 1 adunan dan guna loyang 9 inci. Jika ada yang berminat, saya salin semula resepinya di sini
CARROT CAKE
Bahan2
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
secubit garam
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor
4 biji telur
1 cawan minyak jagung
100 gm mentega - dicairkan
2 cawan parutan lobak merah
esen vanila - 1 penutupnya
50 gm badam cincang - bakar dulu
Cara2:
1. Ayak tepung, baking powder, soda bika, serbuk kulit kayu manis dan garam bersama.
2. Pukul telur dan gula hingga sebati, hanya guna senduk sahaja.
3. Masukkan minyak, butter cair dan esen vanila dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dalam adunan telur.
5. Masukkan parutan lobak merah dan kekacang dan kacau sebati.
6. Tuang ke dalam loyang yang telah di sapu majerin dan alas dengan kertas .
7. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga kek masak.
8. Sejukkan dan hias dengan cream cheese topping.
CREAM CHEESE TOPPING
Bahan2:
250 gm cream cheese - nak lebih pun tak ada hal
3 sudu besar butter
1/3 cawan gula aising - ayak
1 sudu kecil jus lemon
1. Campurkan ke semua bahan dan pukul sehingga lembut dan sebati.
2. Sapukan atas kek yang telah disejukkan.
3. Hias ikut kreativiti masing2.
Jumaat, 6 Februari 2015
ORANGE MARBLE CHEESE BAR CAKE
Assalamualaikum
Selamat Malam dan salam beristirehat pada semua. Dah makan malam semua? Apa menu? Apa pun menu tak penting sangat, yang penting bila dapat berkumpul bersama keluarga. Makan beramai2 memang sangat2 meriah. Keluarga saya, kalau ramai yang balik, makan hidang memang penuh ruang tamu. Itu pun tak cukup ruang hehehe.......meriah, kecoh jer lebih......... makankan. Hari nie tak dapat nak balik, badan rasa tak sedap pulak. Nak keluar beli barang pun rasa malas jer........mungkin kesan dari Water Detox kot hihihi.........Sejak kebelakangan nie pun memang badan dah rasa tak enak. Antibodi dah berkurangan kot, tu yang asyik lemah jer. Ingat, esok nak start joging balik.......
Untuk n3 malam nie sebenarnya n3 yang tertunggak, Orange Marble Cheese Bar Cake. Kek nie saya buat minggu lepas, masa nak balik rumak mak. Resepi nie saya dapat di dapur Madihaa.

Sedap kek nie, olahan dari kak Maz Ilham Dapur. Resepi yang diubahsuai oleh kak Maz dari Red Velvet Marble Cheese Brownies. Memang terpesona dengan kek nie. Warna oren yang mengancam mata dan jiwa raga. Masa keluarkan dari oven, wangi haruman oren sunquick memang tak boleh tahan. Bila saya keluarkan dari oven, tak tunggu dah terus potong sikit nak rasa. Memang sedap gila.......gila pun tak sedap macam nie hahaha........next time memang nak buat lagi tak puas rasa.
Resepi nie tak dapat banyak. Jadi kalau yang nak mencuba tu dan nak makan puas2, boleh gandakan sukatannya macam Madihaa. Saya buat pertama kalikan, jadi kenalah buat secukupnya sahaja sebagai pengenalan. Lepas nie, kalau saya nak buat akan saya gandakan tapi kalau nak bawa balik kampung kena buat berganda2 lah.......nanti tak cukup. Kenapa ye kek saya tu macam bersarang tapi saya tengok kek madihaa tak bersarang pun cantik jer moistnya. Kenapa ye? tak pe lah yang penting sedap.........
ORANGE MARBLE CHEESE BAR CAKE
Resepi : Maz
Sumber : Madihaa
Bahan A :
40 ml sunquick orange
50 gm mentega - cairkan dan sejukkan sekejap
2 kuning telur saiz A
60 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1-2 titik pewarna oren
Bahan B :
2 putih telur saiz A
40 gm gula halus
1/8 sudu kecil garam
Bahan C :
200 gm cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz A
50 gm gula halus
1/2 sudu kecil lemon jus
Cara2:
1. Panaskan oven 160C. Alas loyang (7 x 7) dengan kertas baking dan biarkan kertas lebih tinggi dari loyang agar senang nak keluarkan kek nanti. Sediakan air mendidih untuk waterbath.
2. Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan A dan kacau sebati.
3. Putar bahan B sehingga kental / bertanduk.
4. Masukkan bahan no 3 ke dalam no 2 sedikit2 dan kaup balik hingga sebati. Ketepikan 2 sudu besar dan masukkan dalam plastik bag untuk di buat marble.
5. Tuang ke dalam loyang dan bakar secara waterbath selama 30 - 35 minit.
6. Sementara menunggu kek masak, sediakan lapisan cheese.
7. Putar cream cheese hingga sebati, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Akhir sekali masukkan lemon jus dan telur, putar sebati.
8. Tuang terus atas kek yang baru dikeluarkan dari oven. Buat Marble diatasnya. Buat satu garisan memanjang di atas lapisan cheese. Lorekkan guna lidi
9. Masukkan ke dalam oven dan bakar lagi secara waterbath selama 30 minit. Sejukkan sepenuhnya dan simpan di dalam peti selama 8 jam atau semalaman sebelum dipotong.
Ahad, 1 Februari 2015
HAPPY BIRTHDAY SONY.........SNOW CHEESE CAKE
Assalamualaikum
Selamat malam dan beristirehat kepada semua keluarga. Saya baru lepas makan malam......makan roti jer cicah dengan air milo panas. Dah malam sangat, malas nak makan yang berat2, roti je cukup dah. Balik dari kerja tadi letih, terlelap sekejap. Bila dah mengantuk terus hilang selera nak makan. Suami je makan, nasi + sup tulang.......dia sendiri bikin. Nasib dia tak berkira nak makan apa. Itu pun lebih dia makan tengahari tadi.
Ini kek ditempah oleh kawan ILP Salimiah untuk harijadi suami Mohd Sony. Selamat Ulangtahun yang ke 37 Sony. Semoga dipanjangkan usia dan dimurah rezeki serta dilimpahi dengan kesihatan yang baik. Kek ada 3 bunga jer? Hehehe.......buka lupa tau tapi nak letak buah kat situ konon2 nak ada bentuk macam berekor la.......tapi buahnya asyik tergolek2 jer. Ini pun snap pagi tadi selepas keluar dari fridge. Tak sempat nak susun betul2, nak cepat gerak ke opis. Lagipun nanti letak dalam kereta, sure tergolek2 juga nanti........jadi pic nie nampak ler macam cacat sikit. Tapi bila sampai kat tuannya saya dah susun elok2. Jangan sampai kat rumah dia buah tu dah tergolek2.......

jangan kutuk ye, saya budak baru belajau..........
Isnin, 17 November 2014
SNOW CHEESE CAKE
Assalamualaikum
Selamat pagi, semoga semua dikurniakan kesihatan yang baik2. Al maklumlah kan, sekarang nie musim tengkujuh. Cuaca di Melaka dan Sagil memang tak menetu, jadi badan pun tak berapa nak memuaskan. Nak kata demam tak demam tapi badan bisa2 pulak rasanya. Semenjak balik dari Pulau Pangkor hari tu memang badan dah rasa kurang enak, mungkin sebab asyik berendam je. Kalau tak berendam dalam kolam, berendam dalam air laut.....memang badan rasa lesu jer semacam. Balik2 je Melaka, hujan panas....hujan panas. Penat balik dari Pangkor pun tak hilang lagi, dah kena pulak pergi ke PICC untuk Majlis Konvokesyen pelajar, memang dedau badan rasanya........
Walaupun badan tak berapa nak ok tapi saya gagahkan juga untuk buat kek nie. Snow Cheese Cake, namanya pun dah menggiurkan. Nasib nak membuatnya tak susah, campur je semua, terus bakar......tak susah kan!!. Memang dah lama nak buat tapi tak berkesempatan. Sementara duduk rehat2 kat rumah, teringin pulak nak makan kek niebahan2 pun semua ada.....apa lagi tu yang laju jer godeh.......
Serius saya cakap, kek nie memang sedap.....makan memang tak hingat. Kalau boleh memang tak nak kongsi makan dengan siapa2, hehehehe........tapi tu dah melampau sangat la kan. Saya bawa balik kampung bagi adik2 dengan anak2 buah rasa. Sambil suap dia orang cakap sedap, suap lagi cakap sedap, suap lagi cakap sedap......memang tak boleh tahan kesedapannya. Memandangkan kek nie penuh dengan cheese, maka kenalah beringat bila makan, tahan nafsu je ye............
Sumber resepi kek nie saya ambil di dapur Sally Rashid. Kredit untuk tuan punya resepi nie, tak taulah saya dari siapa asalnya. Saya tengok rata2 kawan blog yang lain dah buat kek nie, saya jer yang baru nak mencuba. Bagi kawan2 yang ingin mencuba, boleh la guna resepi yang akan saya lampirkan di sini. Tak rugi tau buat kek ni, kalau nak beli pun boleh tapi memandangkan nak buatnye senang sangat, baik buat sendiri puas hati hihihi.......
Bagi yang dah tak sabar nak mencuba boleh tengok resepi yang saya salin semula dibawah ni.............gerenti tak mengecewakan.......
SNOW CHEESE CAKE
Sumber : Sally Rashid
Bahan2 :
6 biji telur (buang 2 biji putih telur)
100 gm gula kastor
100 gm tepung kek
60 gm tepung jagung
50 gm air sejuk (dari peti ais)
1 sk baking powder
2 sb ovalette
75 gm mentega cair / minyak jagung
1 sk esen vanila
Cream Cheese :
250 gm cream cheese
1 cawan susu pekat-saya cuma guna 3/4 cawan
1 sb jus lemon
Cheddar Cheese - parut
Cara:
1. Pukul semua kecuali mentega cair / minyak jagung sehingga gebu (high speed).
2. Kemudian masukkan mentega / minyak dan putar dengan kelajuan perlahan.
3. Masukkan ke dalam loyang 9@10 inc yang telah dilapik dengan baking paper.
4. Bakar pada suhu 150C selama 1 jam (saya bakar 160C selama 50 minit).
5. Bila kek telah masak, terus keluarkan dari oven. Sejukkan atas redai, Biarkan dalam 10 minit dan kek tertanggal sendiri. Sejukkan kek dalam peti ais supaya senang nak potong.
6. Potong kek kepada 3 lapisan yang sama rata.
7. Pukul bahan2 cream cheese sehingga sebati dan gebu.
8. Sapukan pada setiap lapisan kek. Kemudian sapukan pada keseluruhan kek.
9. Akhir sekali tabur cheddar cheese sehingga menutupi keseluruhan kek.
10. Sejukkan beberapa jam, baru sedap dimakan.

kek saya yang tak berapa nak molek, janji marvelosssssss......
gebus dan tidak menjemukan, jemput tengokkkk.....
Selasa, 13 Mei 2014
CHOCOLATE BOTTOM BANANA CAKE
Assalamualaikum
Selamat bercuti semua rakyat Malaysia sempena Wesak Day hari ini. Saya tak kemana2 hari nie sebab malam tadi sakit kepala, malas nak pikir nak jalan mana2. Suami ajak pergi Ledang makan makanan exotik kat Jementah pun saya malas nak keluar. Kepala nie baru jer nak baik, soooooo.......duduk rumah je la. Tapi kalau kepala dah baik karang, baru ler boleh gie jalan2 cuci mata.
Walaupun sakit kepala malam tadi, ikut juga ler suami round2 kat area Bandar Hilir. Lepas tu kepala pun berputar ligat memang tak boleh tahan, sebab tekanan darah saya rendah balik. Minggu lepas muntah sampai lapan kali sebab makan mangga. Saya memang tak boleh makan benda2 masam, tapi tu lah!!!! kata orang rezeki jangan di tolak. Sebab tak tolak ler binasa badan huhuhuhu........taubat dah lepas nie, insaf sekejap!!!
Walau sakit kepala hari nie tapi sempat juga ler saya buat Chocolate Bottom Banana Cake. Pisang memang sentiasa ada kat rumah saya nie. Pisang memang kegemaran saya. Pisang dan susu, 2 benda yang wajib ada dalam rumah nie. Kalau tak ada saya tak boleh nak senang duduk, serba tak kena.....kata orang boleh tak lena tidur dibuatnya hihhihi.......Resepi nie saya jumpa di Yummy Bakes. Sedap sangat bila coklat berlawan dengan pisang. Memang layan!!!!!! Jom kita tengok resepinya........
CHOCOLATE BOTTOM BANANA CAKE
Resepi : Yummy
Bahan2 :
113gm butter
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur - pukul ringan
1 st esen vanila
1 1/2 cawan pisang yang telah dilecek
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 st baking powder*
1 st soda bikarbonat*
1/2 st garam* (*diayak bersama)
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan coklat chip
Cara2:
1. Dalam mangkuk, pukul butter dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur, esen vanila dan pisang, pukul sebati.
3. Masukkan campuran tepung tadi dan gaul sebati. Kemudian bahagi kepada 2 bahagian (saya lebihkan bahagian koko).
4. Satu bahagian di campur dengan serbuk koko (saya campur sedikit dengan coklat chip). Masukkan ke dalam loyang 9 inci dan ratakan.
5. Kemudian masukkan pula bahagian yang satu lagi diatas bahagian koko, ratakan. Taburkan coklat chip diatasnya.
6. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.
Selamat bercuti semua rakyat Malaysia sempena Wesak Day hari ini. Saya tak kemana2 hari nie sebab malam tadi sakit kepala, malas nak pikir nak jalan mana2. Suami ajak pergi Ledang makan makanan exotik kat Jementah pun saya malas nak keluar. Kepala nie baru jer nak baik, soooooo.......duduk rumah je la. Tapi kalau kepala dah baik karang, baru ler boleh gie jalan2 cuci mata.
Walaupun sakit kepala malam tadi, ikut juga ler suami round2 kat area Bandar Hilir. Lepas tu kepala pun berputar ligat memang tak boleh tahan, sebab tekanan darah saya rendah balik. Minggu lepas muntah sampai lapan kali sebab makan mangga. Saya memang tak boleh makan benda2 masam, tapi tu lah!!!! kata orang rezeki jangan di tolak. Sebab tak tolak ler binasa badan huhuhuhu........taubat dah lepas nie, insaf sekejap!!!
CHOCOLATE BOTTOM BANANA CAKE
Resepi : Yummy
Bahan2 :
113gm butter
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur - pukul ringan
1 st esen vanila
1 1/2 cawan pisang yang telah dilecek
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 st baking powder*
1 st soda bikarbonat*
1/2 st garam* (*diayak bersama)
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan coklat chip
Cara2:
1. Dalam mangkuk, pukul butter dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur, esen vanila dan pisang, pukul sebati.
3. Masukkan campuran tepung tadi dan gaul sebati. Kemudian bahagi kepada 2 bahagian (saya lebihkan bahagian koko).
4. Satu bahagian di campur dengan serbuk koko (saya campur sedikit dengan coklat chip). Masukkan ke dalam loyang 9 inci dan ratakan.
5. Kemudian masukkan pula bahagian yang satu lagi diatas bahagian koko, ratakan. Taburkan coklat chip diatasnya.
6. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.
Jumaat, 25 April 2014
COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE
Assalamualaikum
Salam Jumaat semua.......
Dah lama tak online. Banyak juga n3 yang tertangguh. Terlalu banyak kekangan waktu, terkejar2 setiap hari......wah!!!!!!! bunyi macam bagus jer kan hihihi, tapi tu lah memang sekarang nie dah busy sangat. Semenjak berpindah kerja ke unit lain jadi kelapangan masa yang ada terlalu terhad. Kalau sebelum nie boleh juga nak merayap2 ke blog kawan2 bila free, nak tengok fb nak komen pun ada masa tapi sekarang dok jeling2 jer sampai member sebelah pun dok juling tengok kita hahaha
Lebih2 lagi sekarang budak2 nak final exam.....dengan budak Kolej Vokasional sem 2 nak periksa, sem 1 lagi......lepas tu nak siapkan pulak budak2 ILP final exam amali hujung bulan 5 nie sampai hujung bulan 6 untuk teori. Banyak persediaan nak kena uruskan. Petang2 pulak nak training bola jaring, bola tampar, badminton dengan ping pong nya bagai. Macam2 sampai rasa macam tak cukup oksigen jer........Nasib ada kawan2 dan bos yang begitu prihatin, ringan sikit beban kepala nie. Nak study untuk ambil perika sendiri pun tak buat lagi (untuk naik pangkat ler hehehe)......Nampak gayanya macam tunda jer ler peksa saya tu jawapnya. Nasib2..........
Ok lah, berbalik pada n3 saya. Hari nie n3 saya Cotton Soft Japanese Cheesecake. Dah lama saya simpan resepi nie, baru kali ini dapat buat, maklum ler hari nie cuti bekerja negeri Johor. Resepi nie saya selongkar di dapur Anna Qawina. Bila tengok kek Anna gebu jer geram nengoknya. Untuk kek nie disertakan dengan Topping Blueberry.....memang terangkat. Bila makan kek sahaja rasa muak tapi bila letak topping perghhhhhh!!!!! makan tak ingat.......lari diet gue..........
Kalau nakkan resepinya boleh tengok di bawah ye......Selamat Mencuba!
COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE
Sumber : Anna Qawina
Bahan2
Bahan A
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur
1sb jus lemon - saya guna esen vanila
1/4 sk garam
60 gm tepung kek
20 gm tepung jagung
Bahan B
140 gm gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sk jus lemon - ganti dengan 1st cream of tartar
Cara2:
Step 1 (Untuk adunan A)
1. Cairkan creamcheese, butter dan susu dengan cara teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan.
2. Kemudian campurkan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan creamcheese dan gaul hingga sebati (guna senduk sahaja).
Step 2 (Untuk adunan B)
1. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih2.
2. Selepas itu, tambahkan gula dan pukul lagi hingga bertanduk (soft peak)
Step3
1. Campurkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B yang dah gebu tu dan kacau sebati.
2. Sediakan loyang berukuran 8 inci, yang telah digris dan disalut dengan kertas baking.
3. Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar kira2 1 jam dengan cara bain marie pada suhu 160C.
note**
Dah masak, biarkan kek dalam loyang dalam oven dan bukakan sedikit pintu oven lebih kurang 1 jam
TOPPING BLUBERRY
1 st serbuk agar2/ gelatin
30 ml air
150 gm Blueberry pie filling (yang ada buah ketul2 tu)
Cara2 :
Campurkan gelatin dengan air.
Panaskan sebentar dan campurkan blueberry.
Sapukan ke atas cheesecake dan sejukkan sebentar.

Selasa, 10 Disember 2013
RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
Assalamualaikum
SEDAP!!!! Itu yang dapat saya gambarkan bila makan RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES ni. Nak buat pun senang jer. Brownies nie saya buat ahad lepas. Ini kali ke dua saya buat. Buat yang pertama dulu ada bawa balik rumah nak bagi mak dan adik2 rasa tapi dia orang semua lebih sukakan brownies yang biasa saya buat dulu tu. Dia orang tak nak red velvet walaupun kawan2 di opis cakap brownies yang ini sedap. Tapi memang sama sedap pun pada saya.
Untuk resepi dari Maz nie dapat sikit je, memang tak puas nak makan. Untuk kali kedua pun saya ikut resepi yang asal untuk tekak saya sorang je. Kalau kawan2 nak buat makan puas2 boleh gandakan resepinya. Memang brownies nie amat puas hati. Nak cuba, boleh silakan............
Lapisan Cheese
Cara

Resepi : MAZ Ilham Dapur
Bahan-bahan (loyang
4 segi 7x7 inci)
125g + 1 sudu besar tepung
serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus
1 biji telur saiz A - suhu
bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1
sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah -
maz guna merah strawberi
Kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emolco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder
Lapisan Cheese
200g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu
bilik
60g gula galus
1 sudu besar jus lemon
Cara
1. Panaskan oven suhu 170 C.
Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak
keluarkan kek nati.
2. Satukan susu segar dan jus
lemon, biarkan 5 minit.
3. Ayak tepung dan garam.
Ketepikan.
4. Dalam magkuk, pukul mentega
hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan
telur dan vanilla, pukul sebati.
5. Satukan susu segar, pewarna
merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
6. Masukkan tepung dan
campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan
diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
7. Satukan cuka dan baking
powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau
sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
8. Tuang dalam loyang dan
bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la
sediakan lapisan cheesenya.
Lapisan Cheese
Cara
1. Putar cream cheese sehingga
berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur.
Putar biar sekata.
2. Tuang atas kek dan amik
bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong
guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian
picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna
lidi satay.
3. Bakar selama 30-35 minit
dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam
bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn
suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak
kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam
dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian
keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat
Mencuba...Khamis, 17 Oktober 2013
KEK KEJU OREO
Assalamualaikum.....
Selamat Hari Raya Korban bagi semua umat islam seluruh dunia yang menyambutnya. Masih lagi dalam suasana beraya korbankan. Seronok tak dapat balik beraya di kampung? Mesti lah bestkan, sangat2 best bila dapat berkumpul adik beradik. Walau pun tidak semeriah Aidilfitri, tapi suasana hari raya itu tetap dirasai. Riuh rendah rumah mak rasa macam nak terbalik dah. Anak2 buah semuanya sama2 membesar, jadi tu yang kecoh jer lebih. Ada pulak mak2 saudara yang suka melayan, menjadi je lah semuanya.
Untuk makan2 di pagi raya, macam biasalah. Mesti ada ketupat @ nasi impit, ketupat palas dan juga lemang. Lauk pauk pulak ayam masak rendang, daging kari, ikan jaket masak sambal tumis. Sekali hadap je anak2 mak licinkan, so sape yang datang lambat dapat amik bau saja . Sape lagi saya le tu huhuhu!!!!! Tapi tak mengecewakan sebab petang tu adik masak daging sambal bali dan daging salai cili padi rebung. Perrrgghhhhh!!!!! terangkat punggung akibat kesedapan dan kepedasannya. Saya taler memang tak ingat sebab suami saya tak suka bau rebung jadi saya tak pernah masak rebung kat rumah. Kalau nak makan kena cari ler kat kedai area2 Melaka nie.
Menu saya untuk pagi raya tak dak cuma saya buatkan kek untuk mereka semua rasa. Macam biasa lah kalau berkumpul ramai2, saya akan buatkan kek dan kali ini saya buat Kek Keju Oreo dari blog ita masam manis. Macam biasa ler kan tempat rujukan saya yang utama tu hihihi........
Saya buat kali nie tak cukup pulak, al maklum ler askar ramai. Mungkin yang akan datang kena gandakan baru boleh makan puas2. Masing2 nak potong pun takut2 sebab kek sikit jer tapi biji mata yang menengoknya berpuluh2........ha amik kau, nasib le sape cepat dia dapat......tapi yang pastinya ownernya tak merasa :(
Kalau ada yang berkenan boleh cuba resepi nie.......saya share ye ita....
KEK KEJU OREO
Majalah Saji May 2012
Mula-mula sediakan kek span dahulu
KEK SPAN COKLAT
By: Chef Amir
5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum - diayak
20 gm serbuk koko - diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega - dicairkan
Panaskan oven pada suhu 170C.
Sediakan loyang 8 inci.
Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
Campurkan gula, telur, ovelette, esen vanila, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan.
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna.
Tuang ke dalam acuan bulat 8 inci.
Bakar pada suhu 170C (bergantung pada oven masing-masing) selama 35 minit atau sehingga kek di masak sempurna.
Sejukkan kek atas redai setelah masak. Potong kek kepada 3 lapisan.
*adunan ini boleh di buat 1/2 adunan sahaja. Kalau buat 1/2 adunan, telur guna gred B letak 3 biji.
KRIM KEJU
1 paket biskut oreo
250 gm krim keju - pada suhu bilik
80 gm gula kastor
100 gm coklat masakan putih - dicairkan
250 gm krim putar (non dairy whipping krim)
50 gm air
15 gm halal gelatin
1 sudu teh esen vanila
Larutkan gelatin dalam 50 gm air dan biarkan kembang.
Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan.
Cairkan coklat masakan putih secara double boiler juga dan ketepikan.
Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim. Pastikan krim keju pada suhu bilik.
Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju.
Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati.
Tambahkan sedikit esen vanila dan kacau adunan sempurna.
Dalam bekas lain, pukul krim putar hingga gebu dan kental.
Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi. Kaup balik adunan hingga rata.
Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna.
Masukkan adunan ke dalam piping beg.
Potong kek span kepada 3 bahagian. Ambil 1 lapisan dan letakkan atas lapik kek.
Sediakan loose pan atau spring form pan ukuran 8 inci.
Masukkan kepingan kek span coklat di dasarnya.
Untuk lebih memudahkan kita mengeluarkan kek, lapik sekeliling spring form pan dengan plastik mika.
Kemudian kita paipkan satu lapisan krim keju di atas lapisan kek coklat. Susunkan kepingan biskut oreo diatasnya.
Tuangkan selapis lagi krim keju dan lapiskan sekali lagi dengan biskut oreo.
Tuangkan lapisan terakhir dengan baki krim keju, ratakan permukaannya.
Simpan dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 4 jam. Keluarkan kek dari loyang.
Kemaskan tepinya - boleh guna spatula besi, celup dalam air panas dan lap kering. Ratakan pada tepi kek supaya permukaannya licin.
Hias kek mengikut kreativiti anda. Untuk step2 yang ita buat, boleh klik di sini.
* Untuk mendapatkan potongan kek keju yang kemas dan cantik! pastikan mata pisau di rendam ke dalam air panas terlebih dahulu sebelum digunakan untuk memotong kek. Kalau boleh carilah mata pisau yang sedikit halus. Jangan lupa untuk mengelap mata pisau dengan kain kering selepas di rendam dalam air panas. Boleh juga menggunakan kaedah memanaskan mata pisau di atas dapur. Selepas setiap potongan pastikan mata pisau sentiasa di lap supaya kek tidak comot ketika dipotong.

Ahad, 21 Julai 2013
KEK KUKUS ASAM MANIS
Assalamualaikum........

Bersua kembali!!!!! Lamanya tak bersiaran..... rindu yang amat kerana keadaan yang tak berapa nak mengizinkan untuk terus bersiaran. Tiba-tiba hari ini dengan sedikit masa yang terluang, saya ambil kesempatan untuk mengupdate blog saya nie. Memang banyak N3 saya yang terlepas kerana kekangan waktu.
Dikesempatan yang ada ini tak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT BERPUASA walaupun dah agak lewat. Hari ini dah masuk 12 Ramadhan kita berpuasa bagi tahun ini. Semoga puasa kita semua mendapat keredhaanNya dan mendapat pahala yang berlipat ganda dengan peluang2 yang diberi untuk beramal ibadat di Bulan Puasa ini.
Dah lama tak bersiaran, rasa macam kekok pulak berbicara. Tak tahu bagaimana nak dimulakan. Oleh tu kita terus sahajalah ke tujuan asal. N3 saya kali ini adalah Kek Kukus Asam Manis. Dah banyak kali saya buat dan saya amat berpuas hati sebab mudah nak buat dan rasanya yang memang kena dengan selera saya. Semalam buat lagi untuk tekak yang tak berapa nak makan nasi nie.....Resepi nie saya dapat di blog ita masam manis. Sekali saya buat memang saya bedal sorang2 je kek nie. Bila makan...nak lagi, makan2...nak lagi...lama2 habis terus hihihi. Saya lagi suka kek ni dari yang dilapis2 tu......jom cuba yok!!!!

KEK KUKUS ASAM MANIS
By : CHEF ZUBAIDAH
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek
325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus
1. Sediakan loyang berukuran 8 inci.
2. Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek. Panaskan kukusan dengan api yang besar.
3. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata.
4. Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul. Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis.
5. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang. Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil.
6. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna.
7. Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.

Rabu, 1 Mei 2013
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
Assalamualaikum.......
Bersua kembali setelah sekian lama menutup tirai memblogging nie. Rindu memang lah rindu tapi disebabkan kesibukan yang melanda sekarang nie, memang tak dapat nak menjengah ke blog nie. Sibuk sangat tu tidak ler tapi kesempatan tu tak berapa nak singgah....ada jer perkara2 yang membuatkan peluang saya tu terbatas.......wah!!!!!punya lah sibuk macam orang nak berkempen pulakkan ye......hahaha......jangan mare!!!!!
N3 pertama setelah 4 bulan blog nie dah ditinggalkan, dah bersarang2 pun, saya mulakan dengan resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese. Resepi nie saya jengah di blog kak yatie 'Sinar Kehidupanku'. Saya nie memang tak berapa nak gemar kek coklat tapi kek nie bila saya rasa memang tak menghampakan......sedap sangat rasanya dan mudah untuk disediakan. Bagi mereka yang tegar dengan kek coklat boleh lah mencubanya dan pasti hasilnya amat2 tidak menghampakan. Tak percaya? Boleh cuba resepi nie...........
Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)
BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum
Cara-cara:
Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil vanilla
sedikit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar/cair
1/2 cawan minyak jagung/masak
1 cawan tepung gandum*
3 sudu besar serbuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara:
Pukul telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak dan gaul sebati. (saya tapis)
Biarkan sebentar dan bahagikan kepada 2 bahagian.
CARA MEMASAK:
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Ahad, 30 Disember 2012
CAKE BALL ALMOND
Assalamualaikum
N3 kali nie Cake Ball Almond. Cake Ball @ Pop nie saya buat saje2 nak rasa. Dulu pernah buat kat sini tapi manis saya tak berapa suka, anak buah saya minat la manis2 tu......Kali ini buat lagi, guna lebihan cupcake yang saya buat hari tu.
Untuk yang kali ini, saya ada letak badam. Nak kepal2 kannya saya letak sedikit coklat ganache dari lebihan buat kek coklat hari tu. Saya buat dalam 2 versi, satu letak coklat ganache dan satu lagi saya campur sedikit badam....untuk saya la ye, letak badam untuk rasa krup krap sikit dan saya memang suka makan coklat yang ada kekacang....kalau tidak saya tak sentuh ler coklat tu......

- Mula2 hancurkan kek coklat
- Campurkan dengan sedikit coklat ganache hingga kek boleh dikepal.....boleh juga dicampurkan dengan sedikit badam cincang yang telah dibakar dahulu. Kepalkan kek bulat2 ikut saiz yang disukai.
- Salutkan dengan coklat yang telah dicairkan, kemudian golek2kan di atas badam . Letak di dalam bekas, lepas tu.......ngap la nyum nyum........

Sabtu, 29 Disember 2012
MOIST CHOCOLATE CAKE
Assalamualaikum......
Jumpa lagi......kita sambung lagi cerita pasal kek. Kali ini Moist Chocolate Cake yang memang tak kalah dengan rasanya. Saya pernah buat kek di sini, resepi CMG. Kek nie pun sedap juga dan kali ini saya buat dua lapis kek yang dilapis dengan Cream Cheese Frosting, ala2 DFCC yang saya buat hari yang sama juga. Kalau berminat boleh tengok kat sini. Kek nie saya buat untuk makan2 bersama keluarga.
Untuk resepi nie saya buat 2 adunan kek, 1 lagi adunan tu saya buat dalam cupcake. Anak buah saya Mimi minta buatkan coklat cupcake, dia minat sangat katanya. Ikut kan sajer la kemahuannya, nanti merajuk pulakkan......Masa bawa balik kek2 nie saya tak merasa pun dan ramai juga yang tak sempat nak makan. Kalau dah kejap2 buka peti ais, macam mane orang lain nak rasakan.....tekak masing2 semua macam buaya lapo. Badan jer kecik tapi tekak boleh kembang macam ulau sawe hehe.......
Ingat nanti nak buat lagi tapi buat dalam cup. Kena beli acuan dulu sebab masa masak cupcake saya letak dalam cup yang keras, tu yang nampak cupcake tu kecut jer.....tak der bekas nak letak, yang biasa orang letak tu. Mesti kena cari juga nanti.....
MOIST CHOCOLATE CAKE.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula perang (soft brown sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)
Croquant Flake untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 ssus teh vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon - saya x letak
- Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.
- belah dua kek ( saya guna benang) dan sapu rata cream cheese di atas kek.

150ml UHT Whipping Cream (boleh ganti dengan susu 100ml susu cair)
1 camca teh mentega
- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata dan boleh di tuang ke atas kek coklat tadi. Biar coklat sedikit mengeras dan boleh hias ikut kreativiti anda.

400 gm krimwell
100 gm mentega
200 gm gula icing - boleh tambah lagi jika suka manis
1 sudu teh esen vanila
pewarna merah + emulco strawberry
- Pukul krimwell, mentega hingga sebati. Masukkan gula icing dan pukul lagi hingga krim betul2 licin (bila sentuh tidak terasa kesat gula). Masukkan esen vanila dan pewarna, pukul sebati. Sudah boleh digunakan.
Jumpa lagi......kita sambung lagi cerita pasal kek. Kali ini Moist Chocolate Cake yang memang tak kalah dengan rasanya. Saya pernah buat kek di sini, resepi CMG. Kek nie pun sedap juga dan kali ini saya buat dua lapis kek yang dilapis dengan Cream Cheese Frosting, ala2 DFCC yang saya buat hari yang sama juga. Kalau berminat boleh tengok kat sini. Kek nie saya buat untuk makan2 bersama keluarga.
Untuk resepi nie saya buat 2 adunan kek, 1 lagi adunan tu saya buat dalam cupcake. Anak buah saya Mimi minta buatkan coklat cupcake, dia minat sangat katanya. Ikut kan sajer la kemahuannya, nanti merajuk pulakkan......Masa bawa balik kek2 nie saya tak merasa pun dan ramai juga yang tak sempat nak makan. Kalau dah kejap2 buka peti ais, macam mane orang lain nak rasakan.....tekak masing2 semua macam buaya lapo. Badan jer kecik tapi tekak boleh kembang macam ulau sawe hehe.......
Ingat nanti nak buat lagi tapi buat dalam cup. Kena beli acuan dulu sebab masa masak cupcake saya letak dalam cup yang keras, tu yang nampak cupcake tu kecut jer.....tak der bekas nak letak, yang biasa orang letak tu. Mesti kena cari juga nanti.....
MOIST CHOCOLATE CAKE.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula perang (soft brown sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)
Croquant Flake untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
Cream Cheese Frosting:
125gm Philadelphia cream cheese60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 ssus teh vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon - saya x letak
- Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.
- belah dua kek ( saya guna benang) dan sapu rata cream cheese di atas kek.
setelah sapu dengan cheese, simpan dalam peti ais supaya cheese keras sedikit.....baru tindankan dan simpan semula sebelum letak ganache....
BAHAN COKLAT GANACHE :-)
200 gm coklat masakkan150ml UHT Whipping Cream (boleh ganti dengan susu 100ml susu cair)
1 camca teh mentega
Bahan2 buttercream bunga :
300 gm shortening
350 gm gula aising - ayakkan - saya kurangkan 50gm tak nak manis sgt
Cara2nya..
1. Satukan shortening dan gula aising dalam mangkuk, gaul dengan menggunakan senduk kayu sahaja.
2. Jangan gaul lama2, cukup setakat adunan sebati, kalau gaul lama2 nanti adunan jadi lembik. (*****penting)
3. Boleh tambahkan pewarna atau perasa jika suka.

KRIM MENTEGA
400 gm krimwell
100 gm mentega
200 gm gula icing - boleh tambah lagi jika suka manis
1 sudu teh esen vanila
pewarna merah + emulco strawberry
- Pukul krimwell, mentega hingga sebati. Masukkan gula icing dan pukul lagi hingga krim betul2 licin (bila sentuh tidak terasa kesat gula). Masukkan esen vanila dan pewarna, pukul sebati. Sudah boleh digunakan.
DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE 11
Assalamualaikum....
Selamat pagi semua. N3 kali ni Devil's Food Chocolate Cake yang saya buat minggu lepas sempena pertunangan adik saya. Sebelum nie saya pernah buat kek nie kat sini. Kek nie memang sedap, tak puas makan mesti nak lagi...dan lagi....sedap sangat bila kek coklat + cheese + ganache coklat, memang mantoppp!!!

Resepi saya masih gunakan yang sama, cuma bab cheese tu je saya lebihkan sedikit nak bagi dia tebal sikit. Saya memang tak penah lagi ambil order. Masa nak mendeco kek nie memang betul2 tragis, gelabah semacam jer hihi...... Kat bahagian bunga tu sebenarnya nak cover sahaja sebab dah rosak, terlanggar peti ais masa nak keluarkan kek. Adoiiiii!!!!! Lunyai jadinya, satu hari saya dok training macam mane nak buat bunga rose tu.
Memang saya tak pernah buat deco bunga rose. Kiranya nie kes berani mati lee....haha.....kerja Gilerrrr!!!! Atas kesabaran dan keikhlasan saya, cewahhhhh.........akhirnya saya berjaya juga buat bunga rose selepas dok tengok bunga yang dibuat oleh Juicy Cafe. Bunga dia memang cantik sangat tergoda tengoknya. Saya practise bersungguh2 sampai boleh buat bunganya, puas hati dan kredit untuk diri sendiri hahaha......lalalala........jangan bengang ye...
Bagi kawan2 yang nak kan resepinya, jom ........
DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
Sumber : ita masam manis
Bahan Kek Coklat:
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam
1. Panaskan oven pada suhu 170C, oven saya guna 150C.
2. Sediakan loyang ukuran 9 inc.
3. Alas dengan kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
4. Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
5. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
6. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan kering (tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
7. Terakhir masukkan vanila estrack.
8. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.
Cream Cheese Frosting: (saya gandakan)
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 ssus teh vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon - saya x letak
- Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.
Chocolate Ganache :
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam - tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah - saya pun
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah - sama
- Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, angkat dan sejukkan.
Bahan2 buttercream bunga :
300 gm shortening
350 gm gula aising - ayakkan - saya kurangkan 50gm tak nak manis sgt
Cara2nya..
1. Satukan shortening dan gula aising dalam mangkuk, gaul dengan menggunakan senduk kayu sahaja.
2. Jangan gaul lama2, cukup setakat adunan sebati, kalau gaul lama2 nanti adunan jadi lembik. (*****penting)
3. Boleh tambahkan pewarna atau perasa jika suka.
Selamat pagi semua. N3 kali ni Devil's Food Chocolate Cake yang saya buat minggu lepas sempena pertunangan adik saya. Sebelum nie saya pernah buat kek nie kat sini. Kek nie memang sedap, tak puas makan mesti nak lagi...dan lagi....sedap sangat bila kek coklat + cheese + ganache coklat, memang mantoppp!!!
Resepi saya masih gunakan yang sama, cuma bab cheese tu je saya lebihkan sedikit nak bagi dia tebal sikit. Saya memang tak penah lagi ambil order. Masa nak mendeco kek nie memang betul2 tragis, gelabah semacam jer hihi...... Kat bahagian bunga tu sebenarnya nak cover sahaja sebab dah rosak, terlanggar peti ais masa nak keluarkan kek. Adoiiiii!!!!! Lunyai jadinya, satu hari saya dok training macam mane nak buat bunga rose tu.
Memang saya tak pernah buat deco bunga rose. Kiranya nie kes berani mati lee....haha.....kerja Gilerrrr!!!! Atas kesabaran dan keikhlasan saya, cewahhhhh.........akhirnya saya berjaya juga buat bunga rose selepas dok tengok bunga yang dibuat oleh Juicy Cafe. Bunga dia memang cantik sangat tergoda tengoknya. Saya practise bersungguh2 sampai boleh buat bunganya, puas hati dan kredit untuk diri sendiri hahaha......lalalala........jangan bengang ye...
Bagi kawan2 yang nak kan resepinya, jom ........
DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
Sumber : ita masam manis
Bahan Kek Coklat:
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam
1. Panaskan oven pada suhu 170C, oven saya guna 150C.
2. Sediakan loyang ukuran 9 inc.
3. Alas dengan kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
4. Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
5. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
6. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan kering (tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
7. Terakhir masukkan vanila estrack.
8. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.
Cream Cheese Frosting: (saya gandakan)
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 ssus teh vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon - saya x letak
- Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.
Chocolate Ganache :
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam - tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah - saya pun
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah - sama
- Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, angkat dan sejukkan.
Bahan2 buttercream bunga :
300 gm shortening
350 gm gula aising - ayakkan - saya kurangkan 50gm tak nak manis sgt
Cara2nya..
1. Satukan shortening dan gula aising dalam mangkuk, gaul dengan menggunakan senduk kayu sahaja.
2. Jangan gaul lama2, cukup setakat adunan sebati, kalau gaul lama2 nanti adunan jadi lembik. (*****penting)
3. Boleh tambahkan pewarna atau perasa jika suka.
walaupun kelopak bunga tak berapa nampak, untuk pertama kali saya puas hati. mungkin sebab saya kurangkan gula jadi tak berapa nak terbentuk....ini pun dah manisss!!!!
Langgan:
Catatan (Atom)