Pokok tulang.. pandai-pandai je akak panggil pokok ni pokok tulang.. nama memang tak tahu... pokok ni koleksi Kak Teh.. dia ni memang suka buat koleksi pokok - pokok disekeliling rumahnya. Dulu-dulu jiran-jiran akak ada juga koleksi pokok ni.. masa tu akak berfikir .. pokok apa ni daun tiada bunga apa tah lagi.. buat sementara nama masih belum diketahui kita panggil je la dia dengan pokok tulang... entah dari mana pula timbul tulang tu kan! Baru je lepas saja-saja gugel... resultnya keluar imej pokok ni... ingatkan saja-saja nak beri nama pokok tulang ... memang itu lah panggilannya... nama saintifik pokok ni ialah Euphorbia tircalli .
khasiat pokok ni didapati dari blog ni
http://ezlins.blogspot.com/2012/03/khasiat-pokok-tulang.html
P/S : 1) Hari tu ada berikan Kak Teh benih.. tak berapa menjadi katanya... akak beri anak strawberi Cameron Highlands pun tak menjadi.. dia terlupa .. pokok dah kering.. nantilah beri lain kat Kak Teh.. kenapa Kak Teh.. sebab dia ni bertutur susah sikit akibat demam panas masa kecil.. kakak sepupu kesayangan En Boss.. masakannya kelas terangkat ..sodap!! Berjemari hijau!!... sebab tu akak pun sayang dia...
2) Cer tengok date foto tu... ha ha baru perasan gak ni date tu sama dengan hari ni .. setahun akak snap dan benamkan foto ni.. maleh nak taip tajuk entri terbenam lagi... kut boring lak kan! Semua ilham nak buat entri hari ni , gerakan hati dsbnya beyond our control...Tarikh ni bagaikan tarikh keramat .. keramat la sangat ya... tarikh pertama kali lapor diri masuk kerja... tu lah keramatnya.. berapa tahun dah ya tak bergantung pada duit FAMA ni ! Since 1988...Sekarang kita lak jadi FAMA... syukur alhamdulillah.. rezeki semuanya ketentuan Yang Maha Esa... semoga akak terus positif melayari alam pekerjaan, bersabar menghadapai pelbagai rintangan.. insyaaAllah akan cuba terus bersemangat dan mengurangkan % Malas.. kerja seolah-olah !!!! beribadat seolah-olah!!! Ya Allah permudahkanlah semua urusan dunia dan akhiratku!!