Minggu lepas anak crossandra hijau ni meriah berdaun.. cantik naik daunya... keratan di semai dari pokok induknya.. masa tu dah berangan .. wah lepas ni banyalah pokok crossrandra ni.. panas yang berpanjangan dan pokok terung pipit sebagai shade sudah dikemaskan nenyebabkan pokok induk mula menyusut perkembangannya..akhirnya mengering... fine kata hati.. tunggu anak dia meriah..
Hampir terjerit akak bila tengok ada yg tumpang menyorok dalam pasu dan .... crossandra tu dah togel... hanya secoet daun yang tinggal... sampai hati betul si siput bab ni
Sudah HS garamkan...
Yang dua ekor ni tengah berasmara dana .. menyorok juga dalam kontainer yg ada pokok lili dan anak pokok longan yg dah kering.. yg menjadi sebab penemuan mereka dua ekor ni sebab nak snap pokok ni sebagai rekod bahawa ianya sudah hidup kembali setelah disirami hujan minggu ini.
Sudah digaram juga oleh HS..
Tak berapa jelas..
Dibawah kelihatan daun baru mula tumbuh.. rasa seronok... seronok lagi bila dpt jumpa pengunyah - pengunyah daun..