Berpergian ke INTIM beberapa bulan lalu...dah 2 bulan berlalu rupanya...
demi menyahut seruan Puan Boss untuk menuntut ilmu dan tambahan info untuk AP 2014 ... tak sangka tempat penginapan di tepi laut... best ni hati berkata-kata... boleh tembak sunrise dan sunset berhari-hari ni.. dah penat diskusi, beri telinga pada yang berdiskusi, cuba digest permasalahan, lawan mengantuk, perjalanan yang jauh maka break waktu petang sangat menenangkan..
Pagi-pagi pula selepas subuh sambil tunggu breakfast disediakan akak dah ke pantai.. kebetulan sunrise masa tu lewat 7 pagi.. namun masa tu musim berawan..
Sadis sekali.... sedang santai melayan deruan angin pagi... boleh tahan kuatnya.. adik2 ni info ada bangkai penyu tersadai... akak pun menapak ketempat kejadian.. sedih tengok dia dah terbalik macam tu..dan ada kesan darah.... risau penyu ni jadi habuan peminat makanan eksotik akak call pusat di Cherating.. orang Cherating kata ni area Kemaman.. minta tolong dia info kat Kemaman... rupa2nya memang dah letak papantanda mengenai penyu kat tepi jalan..