2-3 minggu lepas setiap hujung minggu hujan asik turun. Rahmat Allah. Hari ni pagi-pagi lagi dah hujan. Pukul 9 lebih kurang hujan berhenti. Matahari mula keluar dari sebalik awan. Angin sepoi -sepoi bahasa menyapa diri. Terdengarlah bunyian yang dah lama tidak kedengaran. Oh.. disapa oleh teman lama. Merantau ke mana dia? Dia tahu teman ini kerinduan. Rindu melihat aksi dan rindu mendengar ciutannya yang keletah. Rindu juga dengan lompatan-lompatanya yang aktif mencari rezeki. Rahmat Allah pada temannya ini dapat menyaksikan aksi teman lama ini. Ok Ok insyaallah pokok bunga raya ini akan ditunda penebangannya oleh temanmu ini.
Happy "ciuting" dear! Come and visit me again.
Selepas penyinggahannya yang seketika, angin mula menghembus kuat sehingga menerbangkan jemuran. Namun nyaman terasa angin yang menyejukkan . Hujan sekali lagi di bumi Allah ini.