Tengok bunga-bunga ni dengan bentuk dan warna-warna yang ceria mengingatkan hari bebas... bebas dari kursus yg kontraversi..
hari snap foto ni adalah hari kursus dah tamat.. pada hari akhir kursus barulah dapat memfoto ke sana kemari bagi tujuan untuk ingatan sendiri...
Kemunting cina yg belum kembang... patern yang akak suka
Akak sampai awal ke sini.. dapatla snap sun rise disini .. setelah 2 hari lewat gara-gara pentadbiran kurang cekap berkaitan kenderaan.. nak pinjam kenderaan jbtn pub susah... akhirnya menumpang jabatan lain..
Variasi bunga hiasan di sini bagi menyejukkan diri yg berada dlm keadaan makan hati
P/s : 1) sudah seminggu perkara tersentap dicap sebagai melampau itu berlaku... hanya Allah mengetahuinya..
2) Alhamdulillah ML sihat2 aje... malam 27 Ramadhan kami menziarah beliau menghulurkan bantuan serta menginfaq apa yang ada. Semoa beliau, anak nan seorang itu dan cucu nan seorang itu terusan didalam lindungan dan kasih sayang Allah... pesanan terakhir sebelum meninggalkan mereka.. teruslah bersabar, istighfar dan berzikir selalu disamping mendirikan solat wajib...
3) Buat insan itu yg kata aku melampau kerana lewat.. seribu pengertian dan pemahaman dipohon kerana aku memang tidak cergas dan dilanda demam panas bukan sekali tetapi dua kali dalam tempoh sebulan.. Jika itu keputusanmu terpulanglah... Aku hanya bergantung pada yang Maha Esa sahaja.. mudah2an kesabaran itu mendapat ganjaran berlipat ganda dari Dia dalam lain2 perkara... itu semua rahsia Allah yang Maha Berkuasa