Ingatkan pokok ni kearah kepupusan kerana musim kemarau yang lalu... nampaknya mereka bertahan hinggalah musim hujan lencun sekarang ni.. terkejut juga kepada reaksi pokok ni kepada hujan yang berpanjangan.. daun semakin lebat dan rimbun padahal masa disemai dulu akak semai dalam pasu yang kecil dan tanahnya hanya suku dari pasu kecil ni..
Biasanya daun ni kami gunakan untuk masak tempoyak daun kayu... baunya yang harum macam sesuai buat ulam.. tapi akak tak pernah mengulam dengan daun ni.. sesiapa yang pernah mohon share ya.. selain tu ada En Is share kegunaannya -soothing effect untuk stress.. belum cuba lagi...