Sudah lama benih diterima. Sebenarnya malas nak tanam pokok menjalar kerana kesempitan ruang. Gara-gara kerana suka dengan kemanisan timun ini semasa di Cameron Highlands tempoh hari serta kejayaan teman-teman maya menanam dan meraih hasilnya maka ditempah juga dari Blog Tanam Sendiri. Sebelum Hari Raya Puasa lagi saya sudah menerima benih ini. Akan pesan lagi timun yang lain yang jenis tidak menjalar. Garu kepala nak tanam di mana. Tidak mengapa. Kita hidupkan dulu benih dan nanti semai dicelah-celah ruang yang ada. Serta perlu tunggu companian plant iaitu chayote dari En. Iskandar Blog Tanam Sendiri. Semangat!
Quote of the day - untuk ingatan diri sendiri
Tahu mengenai neoplasia. Hidup perlu diteruskan walau apa yang mendatang. Sengsara atau gembira pandai-pandailah kita menanganinya. Mohon dari Nya jua atas segala hasrat dan hasil yang baik. Semoga hidup ini diberkati dengan niat ikhlas kami sekeluarga yang kecil dan kerdil ini.