Sungguh-sungguh hari semalam Rabu yang bisu...no entry at all... tuan blog cuti sakit sungguh-sungguh.. hari semalam ke klinik buat ujian darah dan tukar ubat bp.. mc lagi... bp tak turun ..
den tak paham apo doktor Pakistan tu cakap... BM telor Pakistan... dia pun terasa agaknya akak tak faham cakap dia.. orang tanya ubat lama buat apa? (Ubat tu ambil minggu lepas).. dia jawab makan ubat baru dengan ubat diabetik dos yang rendah.. ini ubat saya pun ambil.. akak expect jawaban dia samada stop ubat lama tu atau makan bersekali dengan ubat baru.. 3 kali tanya itu juga jawapannya ..
ini ubat lagi baik untuk jaga jantung, elak kegagalan buah pinggang supaya tak kena dialisis... yo lah doktor itu akak faham... soalan akak tak dijawab dengan tepat... tension sungguh kalau dapat doktor macam tu ..macam ayam dan itik bercakap.. dah la kepala ni sekejap dup dap.. sekejap tiong tiong..
Ada kemungkinan makan gulai petai ni kepala akak tiong-tiong akibat angin... entahlah... sebelum ni makan ada juga makan sambal petai... hu hu muntah belilah tepi jalan.... dulu makan yang mentah ok je... dah tiba waktunya faktor umur petai dah jadi kepantangan... konon nak test power dengan harapan tiada mudarat... tak boleh juga la ni...but this time less vomiting... mungkin dah amalkan makan rumpailaut... hu hu I miss petai...
Sebagai ingatan last le makan petai ni... malam minggu masak gulai petai sebab big bos nak makan juga... start masak pukul 8 malam.. depa dinner pukul 10... gara-gara dapat petai free la ni!! Big boss dapat dari kawan fb...bersekali dengan mangga pauh (akak panggil manga telur) ..selepas perjumpaan dengan kawan-kawannya bergegas balik rumah untuk prepare favourite dish dia ni....akak makan seulas dua aje...
Big boss kikir kulit petai.. adan seorang doktor sarankan
jangan buat proses ni kerana ada khasiatnya kulit luar yang dibuang tu...
dah terlepas buang je le.. lambat dapat info..
dah terlepas buang je le.. lambat dapat info..
Hasilnya
kualiti foto yang malap... hari malam
Santan, ikan bilis , cili api dan kunyit hidup... terlupa snap ... bila dah menggelegak masukkanlah petai tu .. akhir sekali boh le mangga tu.. tak payah boh asam keping lagi...