Asam keping gelaran diberi kepada hirisan buah ini yang telah dikeringkan. Digunakan didalam masakan untuk rasa masamnya. Selain itu objektif penggunaan asam keping seperti yang diwariskan turun temurun adalah seolah-olah sebagai bahan pengawet iaitu untuk mengelakkan gulai lemak cili api daripada cepat basi. Dikenali dengan nama Brindle Berry atau nama saintifiknya Garnicia Cambogia. Di Kerala, India - KUDAMPULI (garcinia cambogea) / (Malabar tamarind) juga biasa dirujuk sebagai "Fish Tamarind, Malabar Tamarind atau Kerala Tamarind. Lain-lain nama ialah Gambooge, dan Gorikapuli. Lain-lain info mengenai khasiat buah untukdiet kita ialah kandungannya iaitu hidroxciiric asid serta sebagai tonik untuk jantung. Buah ini diberi oleh seorang sahabat iaitu Puan Mahanin dua tahun dahulu. Buah diperolehi dari kampungnya di Beting Kuala Pilah. Foto ini disimpan untuk koleksi peribadi.
Saya telah menghiris buah ini terlalu nipis menyebabkan ia melekat-lekat diantara satu sama lain. Akhirnya hirisan asam diabaikan dan tidak digunakan seperti yang dihasratkan.