Assalam dan selamat sejahtera. Rasanya hari dah ramai kembali bekerja setelah bercuti semenjak Sabtu lepas. Semalam konon nak kerja walaupun apply cuti rehat untuk rehat lepas raya. Namun sakit tengkuk yang dah berminggu-mingu dihidapi dah sampai kemuncaknya.. kena pi jumpa doktor. Bagi ubat saraf, tukar ubat BP dan sebagainya... doktor beri cuti sakit... nasib dapat cuti sakit sebab bila dah makan ubat lalok semacam.. tiga perempat hari lena.. up entri semalam pun petang hu hu... Alhamdulillah hari ni cergas kembali naun itu sakit tengkuk tidak susut... mesti masuk bengkel pressure point juga ni... harap-harap hari ini Alia ada...
Lama sungguh nak up entri pasal betik ni... benih berasal dari betik yang digulai dalam entri ni.. benih betik ni pernah diminta oleh Puteri Purnama namun tak kesampaian untuk memproseskan penghantaran benih yang diasingkan kerana telah bercampur-campur dengan benih lain...dan juga was - was .. sebahagian lagi di campak aje dalam pasu depan rumah sebab rasa was-was hidup ke tidak... namun inilah hasilnya... gembira juga kerana benihnya bernas... lepas tu Puteri ada up entri mengenai jenis betik.. akak dah cuak.. maka semuanya kucabut dan nak teliti jantan ke betina... yang tinggal hanya sebatang ... kalau ada buahnya... betina la ya.. yang ini camne ya... Nampak macam jantan ke betina...