Semalam 16 September 2013 hari ulangtahun penubuhan Malaysia.. dah lupa pula bila kita dapat cuti hari Malaysia ni... sungguh cepat masa berlalu... sudah separuh bulan September dilalui dengan pelbagai perkara suka, duka, sihat dan sakit datang dan pergi... semalam adalah hari paling menyiksakan ... alhamdulillah hari kesakitan itu beransur pergi.. kesabaran yang tinggi menangani sakit semalam... kali ni sakit kepala yang bermula dari petang Ahad tidak boleh ditahan-tahan walaupun kita masih bersabar... sabarlah wahai badan!! apa pun tak jadi semalam... akhirnya terpaksa panggil anakanda sulong balik untuk bantuan ... mohon bantuan untuk sesi urut kepala... tq son.. serta penyediaan dokumen untuk aktiviti hari ini... namun diabaikan je kerana tak lengkap dan kondisi kesihatan yang merudum ni..
nak jalan blog kawan-kawan dan lihat entri kawan-kawan sekejap je... so semalam blog ni pun cuti daa... sempena sakit dan hari Malaysia:) ... harapannya hari ini bertambah baik..boleh pergi kerja namun ada perkara yang terpaksa dilepaskan pada hari ini... saringan kedua untuk DRAC ... terpaksa undur diri akibat kepala tiong tiong semalam... selalunya 1 hari sakit ni reda namun menjelang pagi semalam tiada tanda-tanda akan surut sakit ni.. pelbagai usaha dilakukan.... namun nak makan painkiller adalah perkara terakhir sekali yang akan dibuat kerana ancaman gastrik... ada yang kata huh makan painkiller ni macam makan kacang ya!! terkedu I... namun selepas mengidap gastrik kronik pada masa-masa lalu.. maka lupakan dulu painkiller tu...
Cerita September lagi.. tak habis-habis.. Pada 1 September yang lalu kami mendapat jemputan kahwin anak saudara En Boss di Rawang... dah lambat.. ramai sedara dah balik... yang seronoknya akak dapat snap pokok ni... pokok mengkudu... banyak khasiatnya.. kalau ada stok jus ni kat rumah insyaallah sakit kepala akan menyusut ... tak tahan baunya yang kuat bila masak jus ni.... tinggal jadi cerita je la ya... khasiat-khasiat tumbuhan ni bolehla di google... blog Mak Aji pun ada info mengkudu ni.. malah ada syarikat MLM dari dalam dan luar negeri mengeluarkan produk berasaskan mengkudu .. popular dengan panggilan Noni Juice...sape tahu nak tanam pokok ni dengan apa ya? via benih atau via keratan batang?
macam alien je rupanya!
memandangkan pokok ni tepi pagar dan tepi longkang dan kekangan tempat yang sempit setakat tu je yang dapat difokuskan... teringin sangat nak close up bunga dia tu..
putik yang dah menjadi
satu keceriaan .. ambil kesempatan shoot bunga ni ... cantik sebab dia bergugus besar dan berwarna putih..
bunga apa ya!