Tuaian pertama kacang panjang.. cepat membesar dan matang yang mana terlebih anggar pembesarannya..
Bolehla.. dah selesai jadi bahan nasi goreng untuk sarapan pagi..
Selepas 2 minggu tuai lagi.. kali ni tak termakan sebab ahli makan hanya 3 orang... itulah pasal.. balik dari CH sambung cuti lagi sebab nak tuai kacang-kacang ni he he..
Sebahagian jadi bahan nasi goreng lagi... big boss suka, manis katanya.. nasi goreng dimakan dari pagi hingga ke malam he he.. sebab ada jemputan kenduri kahwin.. bolehla makan malam dikongsi bertiga sebab dah kenyang petangnya (pergi kenduri lambat kerana masalah kesihatan big boss)
yang putik tu terpaksa dituai juga sebab jangkaan tidak balik minggu ini.. ada juga kacang ni yang dimakan ulat dibahagian pangkal, boleh lagi dimakan setelah dibuang bahagian yang telah dimakan ulat tu..
kali ni bunga telang juga berbunga lebat, dapatlah dituai dan simpan dalam fridge
ulam raja yang hidup bermaharajalela kerana dapat tapak baru.. dah selamat diulam, selamat juga jadi kerabu campur ikan bilis goreng resepi Ila Mat Jan. Kerabu yang simple tiada kerisik dan tiada daun selom. Selom yang ditanam cinonet je... biar dia rimbun dulu (doa ni semoga diizinkanNya)
Putik petola yang tak lekat ..hujan lebat agaknya sebelum ni..
Inilah juntaian - juntaian kacang panjang yang sebelum dituai.. tumbuhnya banyak yang berkembar