tq pd readers yg sudi komen2 kat entry MZ psl acai berry tu..yep..MZ memang ada dgr psl bahaya acai berry sbb ada kandungan drugs and then MZ pun google2 utk dptkan info.
ni antara
blog yg MZ singgah utk baca...and MZ tepek apa yg
blog tu tepek/tulis lah..
Utusan Malaysia bertarikh 6 Mac 2012 (Selasa).
Kuala Lumpur (6 Mac) – Orang ramai
terutama wanita yang gemar mengambil sejenis produk melangsingkan
badan berasaskan buah acai beri, diminta menghentikan amalan itu kerana
ia disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang membahayakan
kesihatan. Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk yang sudah
setahun berada di pasaran itu mendapati ia tidak selamat dijadikan
makanan kesihatan.
Menurut Timbalan
Pengarah Farmasi (Penguat Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar
Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat campuran bahan kimia beracun
`Sibutramine Hydrochloride’ dalam produk kesihatan menggunakan buah
yang kaya dengan bahan antioksida itu.
“Bahan kimia itu sebenarnya boleh
diambil atas arahan dan pengawasan doktor, namun pengambilan tanpa dos
yang sesuai dan dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan dan
menyebabkan kematian.
“Bagi produk keluaran syarikat ini, kita
tidak tahu berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah dicampurkan.
Pelanggan mungkin dapat melangsingkan badan selepas menggunakannya
tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas akibat kesan
sampingan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada
pemberita selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar produk
berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri Puchong dekat sini hari
ini.
Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai
11 pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan Kesihatan Selangor,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa
Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM) termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan
Hamid Wan Ibrahim.
Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan
bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan tersebut, manakala Jakim
turut mengesahkan syarikat berkenaan menggunakan logo halal keluaran
swasta yang kini sudah tidak dibenarkan.
Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar
di Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat pengedar dan rawatan
produk berkenaan di seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan USJ
Subang Jaya, turut diserbu secara serentak hari ini.
“Serbuan dilakukan setelah seorang
pelanggan membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa apabila
mengambil produk tersebut dan hasil analisis yang dijalankan terhadap
produk itu kemudian mendapati ia mengandungi `Sibutramine
Hydrochloride’.
“Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa
mengikut dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan kemurungan, psikosis
atau halusinasi; risiko tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala
serta mempercepatkan denyutan jantung,” ujarnya.
Beliau berkata, kesan sampingan lain
ialah pengguna mengalami keseronokan melampau, perubahan selera makan,
kegagalan buah pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah tidur.
Katanya, setakat ini, sudah ada seorang
wanita berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang, Alor Setar,
Kedah, dilaporkan maut akibat mengambil produk kesihatan mengandungi
bahan kimia beracun ini untuk melangsingkan badan.
note : MZ tau sebenarnya tak de short cut kalau nak lose weight...tapi ramai gak yg dok promo2 Alpha Lipid tu...MZ lom sempat google2....ada readers nak share/komen2 tak?
.