hari sabtu 30/8/26, MZ and boys gi tgk movie Chelot...MZ minat hero2 utama dia dan suka genre action movie/citer polis2 gini..
pelakon utama semuanya stronglah...shukri yahya, beto kusyairi dan shaheizy sam...MZ minat shaheizy sam dan beto...then lps tgk movie ni, MZ minat jugak shukri yahya..memang terbaek lah kualiti lakonan 3 org ni. menjiwai watak sgt!
kami tgk movie ni kat GSC KL east mall, tayangan 10.30 am ie kami ke sini lps razeen habis attend tusyen kumon. kami beli tiket kat kiosk jer..tix RM15 per pax then amik food sikit, so total RM88
wefie sebelum masuk ke dlm hall/cinema
sinopsis dari GSC:
Selepas satu operasi besar gagal dan menyebabkan korban jiwa pihak polis, Unit Operasi Khas Polis Diraja Malaysia melancarkan pemburuan terhadap rangkaian penyeludupan senjata yang semakin mengganas. Dalam masa yang sama, Inspektor Haqqim – seorang pegawai yang berdepan dengan tekanan kerjaya, kewangan, dan masalah keluarga – bertungkus lumus cuba membuktikan bahawa dirinya masih layak berada dalam unit elit tersebut. Apabila perjuangan menyatukan dia dengan Azraf – orang kanan kepada ketua sindiket, Dato’ Bakri – Haqqim mendapati dirinya terperangkap dalam pergelutan kuasa antara dunia jenayah dengan penguatkuasa undang-undang.
citer ni memang full plot serious jln citernya, tak de scene2 lucu or humor pun..
masa2 mula2 tu mcm tak clear kes nya psl apa...then bila dh tgh sikit baru faham conflictnya...psl polis nama inspector hakimi (shukri yahya) yg kena menyamar masuk dlm team org jahat..ketua org jahat ialah dato' bakri (shaheizy sam).
ada byk jugak scene ganas ie pembunuhan dan ada satu scene tu...(MZ tak tgk screen jap sbb ngeri) masa dato bakri bunuh desmond (ie another ketua penjahat)...ada scene sedey masa anak hakimi mati dibunuh..ada jugak few plot twist dlm movie ni..
MZ suka jgk tgk teknologi senjata (dron etc) masa fighting scene kemuncak ie dato bakri beli all those weapons seludup dari Thailand..
so chelot tu apa maksudnya? mula2 tu ingat password or code..rupa2nya..haaaa kena tgk movie lah nak tahu chelot tu apa?
overall MZ bagi 4.5 dari 5 bintang. memang best lah overall scene nya dan nampak susah nak buat...kalau tgk kat socmed, fighting scene masa geng desmond dan dato bakri team tu antara yg paling susah nak buat (directornya kata gitu)
happy tuesday uolls! hari ni org2 selangor masih bercuti ie sbb selangor menang sukma so dpt cuti tambahan! dan happy 1st september jugak...dh habis bln ogos so berbaki 4 bln jer lagi utk kita menjalani hari2 di tahun 2026.
17 comments:
Lama nya x layan movie kat pawagam.. hepi sambubg cuti la utk org² selangor ye..
Mood malas nak msk opis gak ni haha jom la wfh je ariniπ π
I tak perasan pula movie ni....normally kalau bulan Ogos selalu ada cerita yang pasal membanteras jenayah / musuh maybe untuk movie kemerdekaan.
Selamat Hari Merdeka MZ & family!
Macam best movie nie...
Anak semalam ajak juga tengok wayang filem ni, tapi tu laa tengah masih ramai ni, malas betul ekkk.. kita suka masuk panggung time dah reda.. hahahaha .. tapi memang nak tengok, baca sinopsisnya memang best filem ni
I haven't been to a movie theater since 2005! I think it's great you took this opportunity, dear friend.
Wah..Sis MZ dah pi tengok...SA pun nak tgok citer ni..weekend ni kot...
tak tahu ada cerita ni.. lagi pun jarang mengikuti perkembangan filem-filem kini..
Dah lama tak nonton movie... menarik jugak ni
Aduuuh cepatlah masuk ke Netflix movie ini. Saya ada blm ada plan ke Malaysia lagi, jadi tak bisa nonton di bioskop nya π. Harus menunggu sampai movienya masuk Netflix. Sukaaa kalau film action begini
best kan..puas hati sgt tgk lakonan yg mantap2 tu..
MA kureng skt citer melayu ni..but gi sbb Beto...he he he & kebetuan Ian & Iris pun balik cuti mid sem..so leh la spend masa sama2
I baca your review dan kebetulan skrg cuti sekolah so i dah book tiket tgk tengahari ni dgn my girls π€© nanti i buat review movie ni jugak.
Cie dah tengok jugak last week. Cuma entri masih draft tengah beratur nak di publish π
hari tu macam nak tengok.. tapi, tak jadi.. hihihi
Ramai juga review movie ni best. Pelakon pun hebat-hebat tu.
Ramai juga review movie ni best. Pelakon pun hebat-hebat tu.
Nak tengok jugak nanti.
none of my kids yang bercakap pasal movie ni. Khilfi balik cuti memang hadap fon je sebab mmg itulah yang budak asrama kejarkan selain tidur.
Post a Comment