Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Saturday, 10 September 2011

Filem Hantu Bonceng | betul ker ada scene mempersendakan agama Islam?

ada kupasan panjang lebar kat blog Ustaz Love....me plak kebetulan terbaca psl isu ni mula kat blog Ustaz Love then ternampak kat paper psl Ahmad Idham selaku pengarah filem tersebut menjwb segala komen psl filem arahan beliau...

me belum tgk filem ni..me teringin gak nak tgk .sbb me suka citer komedi and suka lakonan Zizan...so tak berani nak komen byk2..

apa2 pun, tak de kompromi bila bab2 melibatkan agama, it's not about being terlalu emo or sensitive, tapi memang kena berhati2 bila melibatkan hal2 agama Islam...lawak-lawaklah jugak, tapi kalau sampai tahap mempersendakan agama, memang NO WAY lah....

saper2 yg dh menonton filem ni, apa pandgn uolls?


Friday, 8 April 2011

Video trailer filem Sekali Lagi lakonan Shaheizy Sam, Lisa Surihani & adik Mia | tak sabar nak tengok!!!

uolls dh tgk ker...



rasanya  akan meletops kat pawagam ni..sbb semua pelakon paling popular kat Msia--and jln citer mcm beshh--sedih2, cinta2 gitu..memang my fav genre ni

tak sbr nak tgk ;) ;)


Saturday, 12 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa kutip setengah juta hari pertama tayangan | rasa teringin nak tgk ler plak...

mungkinkah Merong Mahawangsa ni ada iras2 citer puteri gunung ledang ker...sbb citer epik kan..

PGL dulu, me tgk kat panggung wayang dgn hubby--duduk 1st row sbb tiket sold out!! sanggup tu, kepala terdongak tp redah tgk gak filem tu hehhe

merong mahawangsa, me nak kena cari dvd ajerlah nampaknya bila dh abis tayangan nanti :p

dh dekat 2 thn kot me tak masuk cinema...in fact, me dh tak ingat apa movie yg last me tgk dgn hubby kat cinema..siyes can't recall..cian me :p

ni me baca kat Utusan Online:

KUALA LUMPUR 11 Mac - Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) mencipta sejarah perfileman tanah air apabila muncul sebagai filem tempatan pertama meraih kutipan setengah juta pada hari pertama tayangan semalam.

Jumlah tersebut mengatasi kutipan filem Cicak-Man 2 yang mengutip RM300,000 pada hari pertama tayangan.

Cicak-Man 2 juga merupakan filem kedua arahan Yusry Abdul Halim yang diterbitkan oleh KRU Studios.

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abd. Halim ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, kutipan tersebut diperoleh hasil tayangan filem itu di 69 buah pawagam di seluruh negara termasuk dua di Brunei.

Katanya, kutipan tersebut sekali gus meletakkan HMM yang pembikinannya menelan kos RM8 juta sebagai filem tempatan terlaris pada hari pertama tayangan pada dekad ini.

Filem epik aksi yang membariskan pelakon Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Lusi, Datuk Rahim Razali, Ummi Nazeera, Nell Ng, Khir Rahman, Craig Fong, Jehan Miskin, Umie Aida dan Mano Maniam itu juga akan ditayangkan di 72 buah negara.

Menurut Norman, berdasarkan kutipan memberangsang pada hari pertama itu, pihaknya menyasarkan HMM mampu meraih kutipan sebanyak RM2 juta selepas empat hari tayangan.

"Syukur Alhamdulillah kerana sambutan yang diberi terhadap HMM di luar dugaan. Ia mengatasi kutipan filem-filem terbitan KRU Studios yang lain seperti Cicak-Man 1, Cicak-Man 2, Jin Notti dan Magika.

"Berdasarkan prestasi ini, insya-Allah HMM mampu meraih kutipan lebih lagi sepanjang tempoh wajib tayang berlangsung. Kami sasarkan kutipan sebanyak RM8 juta dalam tempoh dua minggu tayangan," katanya.

Norman berkata, jika sasaran tersebut berjaya dicapai, ia merupakan sejarah bagi KRU Studios kerana sebelum ini kutipan filem terbitan mereka yang tertinggi adalah Cicak-Man 1 sebanyak RM5.1 juta

.

note : tunggu nak baca review dari blogger frens yg dh tgk citer ni nanti..
balik msia, me nak cari dvd hantu kak limah gak hahahah


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails