Showing posts with label garden. Show all posts
Showing posts with label garden. Show all posts

Wednesday, 16 April 2025

Berbuah sekali lagi

last weekend, MZ sempat menjenguk my lil garden, sbbnya nak buang/kutip daun2 pokok2 hutan yg gugur...biasanya mr hubby yg buat time dia ada masa..MZ buat jarang2 jer.

then MZ perasan, my pokok limau purut -- semua pokok pun dalam pasu - dah berbuah sekali lagi!!

that's my little garden--ni lps dh kutip semua daun2 yg gugur, so dh bersih lah kat atas rumput tu (artificial grass of course)

belakang rumah MZ memang lereng bukit dipenuhi dgn pokok2 hutan yg tinggi dan memang those daun2 everyday berguguran kat atas rumput tu


ni buah2 cili yg masih berbaki--pokok cili ni MZ beli kat cameron highlands masa gi cuti2 CH last year (anniversary)


rajin jugaklah pokok cili ni berbuah

ni bunga raya putih..pun pokonya rajin berbunga!

ni pokok limau kasturi...ada beberapa biji jugak buahnya...antara pokok yg paling lama usianya kat taman MZ ni

limau kasturi..kecik lg ni

MZ selalu jer petik utk buat sirap limau

pokok yg paling besar dan tinggi kat taman ni ialah pokok limau purut!

close up gambar buah limau purut--wpun buah ni tak de air/jus sgt mcm liamu kasturi or limau nipis

lebat jugaklah gugusan buah limau purut ni

kat ranting2 kecik pun ada buah tu...MZ dh lupa bila last MZ letak baja kat dlm pasu2 pokok kat taman MZ ni...

suka la tgk buah2 ni, sbb limau purut MZ ni bukannya kerap berbuah mcm limau kasturi

tak sabar nak tunggu buah2 ni besar plak...tapi...last time...monyet2 dtg amik/curi dan rosakkan/buang2 buah2 ni bila dh besar...byk sgt monyet area perumahan MZ ni sbb lokasi bukit/hutan :(

salam hari rabu uolls!
MZ masih lom abih la puasa bln syawal..baru half way jer ni... moga2 istiqamah la insya Allah

Tuesday, 4 February 2025

Mengintai taman mini saya

taman mini kat belakang rumah MZ ni dh beberapa tahun usianya, mula wujud just after PKP ie lps kami renovate/extend bahagian belakang rumah...
masa awal2 ari tu, segalanya baru, ie pasu warna putih terang, pokok pun masih kecik2 dan MZ selalu tanam mcm2 pokok bunga warna warni..

now dh awal tahun 2025 ie setelah beberapa tahun, nampak kusam dah ie especially pasu2 tu kan asalnya berwarna putih, so now dh jd berlumut2/ada kesan tanah (sbb hujan) etc

ni gmbr ari ahad lps (2/2/25)..lps mr hubby kemas2 susun2 mana yg patut

majority pasu dh berkulat (nak kena cuci sental ker camner...errrr MZ mcm kurang kerajinan)

few days sblm tu, MZ buang hampir semua pokok pandan dlm pasu, tinggal 2 pasu jer kot, sblm2 ni ada dlm 6 pasu or more..sbb terlalu byk daun dan jadi semak.

ni saki baki cili yg tinggal

saki baki limau kasturi...2 ari sblm MZ snap pic ni, MZ dh kutip 3 bijik limau kasturi (buat jus segelas)

salam hari selasa uolls
have a nice day

Thursday, 14 November 2024

Sedikit terabai

MZ ni kdg2 buat benda ikut mood jugak...so lately sbb kelas MZ ada few days yg abih 5 pm, so sampai kat rumah dh 6 pm lebih...tak de masa nak jenguk2 taman mini belakang rumah tu..so tak dtg2 lah mood utk kembali rajin berkebun ie membelek2 pokok, bagi baja etc..siram tu masih dilakukan kalau cuaca panas/tanah dlm pasu jd kering.

ni bkn gmbr latest, tp gmbr last few weeks masa MZ jenguk2 garden...ni pokok cili (yg dibeli kat cameron highlands tu...) rajin berbuah ni..

mini garden kat belakang rumah MZ...dh tak byk pokok2 bunga pun ni..hanya ada pokok bunga raya putuh dan merah jer..ada rose kuning tp mcm dh kurus sgt2 ie naik tinggi jer dan tak berapa ada daun...selebihnya ada pokok pandan dlm beberapa pasu mendominasi lah kat taman ni.

ada satu pasu tu penuh rumput hahha lom dtg mood nak cabut/weeding..

semlm masa sembang2 dgn my colleagues, MZ dpt idea utk amik daun pandan ni jadikan pewangi dlm rumah/keta/kat opis...byk sgt daun2 pandan kat taman MZ ni...pasu2 pun dh nampak buruk/kotor dgn tanah2/lumut2 esp lately mcm kerap hujan kat area gombak ni..

salam hari khamis uolls!
ari ni MZ ada 5 jam kelas (termasuk 1 jam kelas ganti) so memang hectic day laaa

Tuesday, 30 July 2024

Setelah seminggu

sambungan ENTRY yg ni..

ni gmbr ptg semlm..click2 kat mini garden belakang rumah..

my sunflower yg blooming since last week, dh byk dh gugur petalsnya, tp ada 2nd bud yg dh berkembang tu...love!!

so now ada dua yg tgh blooming wpun the first one dh partially gugur

my roses pun terus lah blooming...full bloom most of the buds tu

close-up...MZ suka betul warna ni sbb ada dua kaler

lovely!!

emm tapi actually from the lower parts, nampak mcm dh start kuning2 petanda tak dpt nak bertahan lama ni.. (sbb dh few times jadi gini bila MZ beli dan repot pokok bunga ros yg tgh penuh berbunga)

pokok cili nampak mcm adapting well to the soil in the pot..hrp2 pnjg umur lah cili ni
                      

salam hari selasa uolls!



Monday, 20 May 2024

Port healing

pagi semlm, lps balik dari breakfast, MZ spent masa kat my mini garden la...sapu2 daun yg gugur dan alih2 pasu, kira mcm rearrange lah.

memang letak kerusi (boleh lipat) kat sini

ni lps dh siap sapu2 dan susun2 semula pasu2


ros kuning kesayangan MZ

limau kasturi (ada berbaki 2 biji lagi yg belum dipetik kat pokok ni..sambil belek2 sempat jugak MZ letak baja (beli baja milagrow kat shopee)

buah limau purut

tadi baru re-pot anak pokok kunyit ni...ia tumbuh kat pasu pokok pandan, so MZ alih masuk pasu asing la..MZ suka mkn pucuk daun kunyit as ulam (sbb MZ boleh feeling2 aroma masakan rendang)

ada 3 pasu yg kosong ni..cuma lom sempat singgah nursery utk beli apa2 pokok baru utk ditanam dlm pasu kosong ni..pasu yg ujung tu berlumut daaa..tak sempat nak sental (memang majoriti pasu MZ beli zmn PKP)

dh umur late 40s ni...memang MZ perlukan certain therapy...kira me-time kat mini garden ni..
salam hari isnin uolls!

Tuesday, 7 May 2024

Limau purut pertama kali berbuah

kisah dari taman mini MZ...
antara pokok yg MZ tanam dlm pasu2 tu ialah pkok limau purut...antara yg terawal jugak ditanam (zmn2 PKP rasanya tahun 2020 if not 2021), if i remember correctly, MZ beli anak pokok tu via shopee..
syukur alhamdulillah memang subur jer wpun dlm pasu (pasu tu tak berapa besar mana pun saiznya) ..daun2 pokok limau purut tu sentiasa lebat menghijau (errr...faktanya..jrg2 jer MZ masak tomyam or siakap steam tapi memang akan petik daun purut yg MZ tanam ni lah if MZ masak2 tu)

kisahnya...wpun dh lama ditanam, tapi pokok limau purut tu tak pernah berbuah...
until mid april ari tu, MZ perasan dah ada buah laaaa...1st time ni!! so MZ excited hehehhe

beria lah snap pic dan tulis date jugak

dan kat cabang/dahan satu lagi pun ada few buah2 kecik yg baru bertunas..


MZ google2 camner cara nak guna buah limau purut ni..sbb biasanya kalau limau kasturi dan limau nipis, kita perah jusnya...
my finding...boleh jugak nak perah jus limau purut, tp most common usage, org buat berubat or buat mandian, or buat syampu dan boleh jugak gosok2 kat muka (ala2 natural cleanser)

memang tinggi pokok limau purut ni wpun hanya dlm pasu dan tanah yg limited..belakang rumah MZ memang lereng bukit+pokok2 hutan

batang pokok limau tu

taman mini MZ ni sentiasa penuh dgn daun2 kering yg gugur dari pokok2 hutan di belakang rumah MZ..so kena sentiasa kutip daun2 tu


ni lps dh setel kutip daun2...biasanya my daily routine ni waktu ptg lps balik keje or if weekend, pagi2 MZ kutip daun2 tu


the only pokok ros yg bertahan..dan sgt rajin berbunga lah ros kuning ni..i'm blessed

limau kasturi pun selalu berbuah, dh byk kali berbuah..yg latest cycle, masih berbaki 4 bijik buahnya..

limau nipis ni...antara yg baru jugak..last few months beli..tp daun2nya jd mangsa ulat :( mcm tak dpt nak berkembang subur tu

yg menjuarai carta..pokok pandan yg sgt gemuk dan subur

salam hari selasa uolls!
ari ni kat opis MZ masih ada jamuan raya yayyyy (postgraduate office of AIKOL)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails