Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Monday, 17 August 2026

Breakfast @airport | kisah perjalanan balik kampung

MZ balik kampung hari rabu lepas ie 12/8/26, flight departure 12.05pm, tapi sbb MZ suruh zharfan hantar pergi airport, so zharfan kena hantar pagi2 lagi sebab dia ada kelas pagi2..

MZ nak kena breakfast kat airport ie KLIA2...so cari2 tempat yg sesuai..tgk pilihan food...average harga nasi lemak+lauk semua above RM20, so rasa mcm tak nak spend that much..last2 MZ pilih utk breakfast kat mamak express, memang area departure lah restoran ni. 1st time mkn kat sini

MZ order roti telur dan teh tarik

licin! ok jer kena dgn taste ;)

RM13 utk roti telur dan teh tarik tu

selfie..travelling alone is boring, tapi terpaksalah

print boarding pass kat kiosk (wpun boleh jer guna eboarding pass dlm hp)...harga tiket pergi balik via airasia ialah RM286.92 (MZ beli tiket masa 7 aug ie last minit jugaklah), rate ok sbb travel tgh2 minggu

that's my flight...AK 6442, on time,alhamdulillah

my seat 23D so zone 2 (random assigned masa online check in)

ni masa queue nak masuk dlm flight

handfie balik kampung...repeat pakai mana yg ada ajer

MZ amik in flight meal ie dh byr siap2 (pre-order)..memang menu ni always my fav..ni kiranya lunch lah sbb MZ dlm flight tu 12pm dan landing 1.10 pm


alhamdulillah, kenyang

sampai kat airport kota bharu (pengkalan chepa), MZ amik grab utk balik rumah my mom..tambang RM35

distance dari airport to my mom's house tak jauh mana pun, 23 km ajer...38 minit ajer sbb off peak hours


salam hari isnin uolls!

Friday, 14 August 2026

Green scenery

snap2 benda2 hijau sekitar halaman rumah my mom di kampung..

ni dari tingkap belakang ie halaman belakang rumah...ada banyak pokok pisang

menghijau daun2 pisang..my mom yang tanam then membiak2 pokok2 ni..kiranya lepas tebang satu, tumbuh yang lain pulak (sambung2 beranak pinak pokok2 ni)

tu ada buah pisang..cuma pokok ni mcm nak mati pulak

tu pun ada terselit buah pisang...MZ tak berapa ingat nama/jenis buah2 pisang ni...yg saiz gini rasanya pisang lemak manis (kecik2)

ni pulak kat halaman depan rumah...ada pokok rambutan...masih ada sisa2 buah nya..

ni pokok manggis, rendah/renek jer so senang nak petik buah2nya...dh habis musim dah..tinggal sebijik dua yg terselit2

my mom suka tanam pokok bunga...ni bunga tudung periuk warna merah

ni tudung periuk warna kuning

kat luar pagar tu rumah jiran kami

terselit rambutan yg dh over ripe tu

ptg ni MZ akan bertolak balik ke KL insya Allah. my adik balik oustation petang nanti so adalah org yg temankan my mom malam nanti.

salam hari jumaat yg penuh barakah

Thursday, 13 August 2026

Bersiaran live dari kampung

MZ selamat sampai kat kampung tengahari semalam (pukul 2 pm+ gitu)..naik grab dari airport (RM35), tak jauh sgt pun, dalam 40 minit perjalanan dengan kereta.

kat rumah my mom tak de broadband/wifi, so MZ guna mobile data jer ni utk publish entry..mobile data celcom ni limited jer sbb MZ amik pakej yg paling murah/sikit datanya.

Ok, ni MZ tepek gambar fresh dari oven..

pagi ni, 8 am, MZ jalan kaki nak gi beli breakfast..kedai tu betul2 depan sekolah...ni sekolah kebangsaan padang kala (SKPK) ie MZ belajar kat sekolah ni lah dari darjah 1-darjah 6 (it was the year 1988 when i was in standard 6)...dh berpuluh tahun so dah sangat banyak berubah sekolah ni ie now semua pun bangunan baru..dah jadi kompleks sekolah gitu...tapak jer yg tak berubah.. ie tapak asal sekolah memang di sini.

nilah kedainya..500 m dari rumah my mom..so menapak 500 m lah pagi2 (tak jauh mana pun!!)..lokasi tepi jalan besar so kena hati2 bila berjalan kaki...famous ni nasi kerabu kat depan sekolah ni. so MZ tapau 2 bungkus, one for me, one for my mom.

MZ nak makan nasi kerabu utk lunch, so pagi ni, MZ makan nasi impit jer...ada kelapa tu utk dimakan dengan nasi tu, ada kuah kacang jugak. sedap lah ni kat tekak MZ..memang makanan asli kelate style

so aktiviti hari ni, MZ nak kena siapkan ada kerja urgent, sebab memang bawak balik lappy ni...

Insya Allah, MZ balik KL mlm esok...
nanti dah sampai KL baru MZ BW yer..
tq sbb uolls sudi drop comment dan selalu singgah kat my lil blog

salam hari khamis uolls!

Tuesday, 16 June 2026

Aktiviti di kampung

MZ balik kampung sorang2 jer...my mom dok kampung pun sorang2 jer tapi mlm2 my mom akan pergi tidur kat rumah my adik (Dr Awi)..tak jauh pun dari rumah my mom...tapi kena naik kereta/motor jugak (my adik dtg amik my mom)  sbb our mom tak larat dah nak berjln kaki (sakit lutut dan mata kabur), lagipun rumah2 kami ni kat tepi jalan raya utama (jalan besar), bahaya utk berjln kaki--kdg2 ada kereta accident terbabas, dan byk motosikal so bahaya utk kena langgar etc nauzubillah.

apakah aktiviti MZ di kampung? memang dok rumah ajer...dan selang seli mkn buah hahahah sbb depan rumah/kat halaman rumah my mom ni, memang ada mcm2 pokok buah..

rumah pusaka ie my arwah ayah yg bina rumah ni masa my adik bongsu lahir..so usia rumah ni dah 42 tahun...rumah kayu so ada certain parts yg dah mula reput/rosak dimakan anai2..so kena selalu repair2...rumah ni akan jadi hak milik bersama MZ dan adik MZ (hanim) later2 ie sebab dh buat pembahagian harta peninggalan arwah ayah MZ utk semua adik beradik MZ (kami 7 beradik, tapi sorang dh meninggal ie abg MZ).

lebat jugak buah rambutan utk season ni..tengah menguning...lom masak ranum lagi ni


memang boleh petik pakai tgn ajer!! PYO ie Pick Your Own fruit gitu (PYO tu konsep petik strawberries or apples kat ladang zmn2 MZ stay kat notts dulu2)_

MZ makan jer wpun lom merah, kuning2 pun dh manis dan sedap niiii

ada pokok manggis jugak, 2 batang pokok, salah satunya memang rendah merimbun so boleh petik dgn tangan jugak...

pokok jambu pun ada buah tapi tak rendah sgt ni pokoknya..kena guna galah jugak ni

kecik2 jer saiz buah manggis tu


masa arwah ayah MZ masih ada, kami ada kebun durian jugak ie tak jauh mana dari rumah (luas jugak kebunnya, MZ zmn sek menengah memang tlg my parents utk usahakan kebun tu ie tanam anak durian, siram2 etc)...tapi lps arwah ayah meningggal (dah 17 tahun dah ayah passed away) kebun tu dah terbiar dan akhirnya family MZ decide utk clean up (tebang semua pokok2) dan convert jadi tapak rumah (now kebun tu share 3 beradik ie tapak rumah utk adik MZ nizar, Dr Awi dan kakak MZ ie Kak su)...so far, kak su dan awi dh bina rumah masing2 kat situ...lot rumah utk nizar tu dah penuh lalang/semak samun sbb nizar memang menetap di kuala lumpur.

begitulah kisahnya

salam hari selasa uolls
hari ni MZ ada 2 meetings, satu waktu pagi dan satu lagi after lunch hour.

Monday, 15 June 2026

Balik kampung naik AirAsia

I'm backkkk...alhamdulillah, MZ selamat sampai kat KLIA2 last nite, landing pukul 10pm.

MZ balik kampung pagi2 hari jumaat tu 12hb june (amik cuti jumaat)..

flightnya pukul 7.15 am, so boardingnya 6.45 pm

sbb flight awal pagi so MZ sampai kat KLIA2 tu seawal 5.30 am, terus singgah surau sbb nak tunggu utk solat subuh siap2...zharfan yg hantar MZ pergi airport, kami keluar rumah 4.30 am lagi..

berpagi2an di airport..MZ balik sorang jer

MZ beli tiket 3 minggu sblm fly, return tix for one paxx ni RM313 tak termasuk mknn

MZ dpt aisle seat...flight on time (actually awal sikit dlm 10 min, so mendarat kat kelantan pun awal 10 minit gitu!)

nampak flight batik air kat luar tingkap...MZ tak pernah naik batik air (sbb selalu terbaca kes delay, so mcm tak berani nak take the risk)

sunrise...cantik sgt! ni masa flight dh start bergerak utk take off

MZ amik in-flight meal...ni memang menu biasa kegemaran MZ..bukhara chicken biryani (top up bayar RM18 to get this food)..ni kira MZ breakfast lah mkn ni di awan biru (rare sgt!)

sedap jer mcm biasa...tapi  memang tak dpt air so MZ bwk air siap2 dlm my handbag (flight domestic tak de larangan bwk air ke dlm flight)

tak de awan kepul2 sgt...sbb cuaca panas terik esp kat kelantan...tapi still lah cantik sbb view di awan biru...

sampai kat airport pengkalan chepa, my adik (Dr Awi) dtg fetch me :)

nanti MZ slow2 BW yer...kat kg tak de wifi so MZ tak bukak blog langsung for the past 3 days

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails