selamat beristirehat jugak utk semua kwn2 blogger :)
hari ni MZ nak kuar dating laaaa (bkn dgn family)....moga smooth semuanya
‘Gerhana Matahari’ disebut ‘Kusuf’ (الكُسُوفِ) di dalam bahasa Arab yang bermaksud terlindung atau hilangnya cahaya matahari, sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya.
Melakukan ‘Solat Gerhana Matahari’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Kusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama ada orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba. Disunatkan mandi sebelum dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
.
Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan secara bersendirian Walau bagaimanapun yang lebih afdhal dan utama adalah ditunaikan secara berjamaah di masjid yang didirikan Solat Jumaat.
credit : https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-kusuf-gerhana-matahari/
SUAMIKU...KETIKA PEKERJA TADI DATANG UNTUK MENGISI AIR KE DALAM TEMPAYAN...TIBA-TIBA DIA PUN MEMEGANG TANGANKU...
Pernah diceritakan kisah seorang lelaki yang bertaqwa, menjaga solatnya, berpuasa dan menjaga ibadahnya kepada Allah Taala. Isterinya juga seorang yang bertaqwa. Suatu hari, apabila dia pulang ke rumah dia melihat air muka isterinya berubah dan menjadi kemerah-merahan. Dia sangat terkejut dengan keadaan tersebut.
Lalu, si suami bertanya kepada isterinya perkara yang telah berlaku, tetapi isterinya enggan menceritakannya. Apabila dia berterusan meminta isterinya menceritakan apa yang berlaku, isterinya bertanya :
“ Adakah kamu mengenali pengisi air itu? ”
– Pengisi air yang dimaksudkan adalah orang yang mengisikan air ke dalam tempayan untuk diminum oleh tuan rumah.
Suaminya menjawab : “ Ya ”
Isterinya meneruskan kata-katanya : “ Berapa lamakah dia telah berkhidmat dengan kita? ”
Suaminya menjawab “ Lebih dari 30 tahun ”
Isterinya bertanya lagi : “ Adakah kamu mengetahui kejahatan atau keburukan pada dirinya? ”
Jawab suaminya : “ Tidak ”
Isterinya pun berkata : “ Hari ini dia telah melakukan satu perbuatan yang buruk ”
Lelaki itu bertanya : “ Apakah yang telah dia lakukan? ”
Isterinya pun menjawab : “ Ketika dia datang untuk mengisi air ke dalam tempayan di dalam rumah kita seperti kebiasaannya, aku pun membuka tempayan tersebut. Apabila aku menutup kembali tudung tempayan tersebut, tiba-tiba dia pun memegang tanganku dan menggengam pergelangan tanganku kuat sedikit ”
Apabila suami itu mendengar cerita tersebut, dia menangis sepuas hatinya. Kemudian, suaminya bangun solat taubat sebanyak dua rakaat meminta pengampunan dengan Tuhannya.
Si isteri bertanya : “ Mengapa dengan kamu? Mengapa kamu tidak pergi kepadanya dan menghukumnya? ”
Si suami menjawab : “ Tidak, apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”
Perhatikan maksud kata-kata ini ;
“ Apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”
Isteri bertanya : “ Bagaimana begitu ”
Jawab lelaki tersebut: “ Telah datang kepadaku seorang wanita hari ini, dia meminta aku membaiki gelang tangannya yang diperbuat daripada emas. Ketika dia masukkan gelang tersebut ke tangannya untuk ditunjukkan kepadaku untuk menunjukkan saiznya, aku tidak menundukkan pandanganku. Aku melihat tangannya melebihi had yang sepatutnya. Nafsu menguasai diriku dan aku meletakkan tanganku pada gelangnya dan menggengam sedikit tangannya seperti lelaki tersebut menggengam tanganmu ”
Ketika mereka tidur, datanglah seorang dalam mimpi si suami lalu dia berkata: “ Gengaman dibalas gengaman. Sekiranya kamu melakukan lebih daripada itu kepada perempuan tersebut, lelaki itu juga akan melakukan lebih dari itu kepada isterimu ”
MORAL OF THE STORY...
✔ Tundukkan pandangan dari melihat perkara yang diharamkan oleh ALLAH Ta'ala.
✔ ALLAH Ta'ala akan membalas segala perkara buruk yang kita lakukan.
✔ Sebagaimana kita tidak suka orang yang kita sayangi disakiti, kita juga perlu menjaga diri dari menyakiti orang lain.
✔ Bersegeralah memohon keampunan dari ALLAH Ta'ala apabila melakukan dosa dengan sebenar-benar taubat dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.
✔ Mohonlah perlindungan dari ALLAH Ta'ala supaya tidak terjebak dalam perkara yang dimurkaiNya.
✔ Berusahalah menjadi hambaNya yang mentaati suruhanNYA dan meninggalkan maksiat kepadaNya.
✔ Basahkan lidah dengan istighfar. Dalam masa yang sama, hiasi diri dengan amalan ketaatan dan meninggalkan maksiat sebagai tanda benarnya istighfar yang diucapkan.
✔ Banyakkan muhasabah setiap amalan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian
Firman ALLAH yang bermaksud : “ Dan bersegeralah memohon keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Dijanjikan kepada orang yang bertaqwa. (Iaitu) orang yang membelanjakan (hartanya) di waktu senang dan susah, orang yang menahan perasaan marahnya dan mengampuni kesalahan manusia. Dan Allah Taala itu suka kepada orang yang berbuat kebaikan. Dan orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji atau menzalimi dirinya, lalu mereka mengingati Allah, mereka terus memohon keampunan dari Allah atas dosa yang mereka lakukan dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahuinya. Mereka itu balasannya adalah keampunan dari Tuhannya serta syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal ” -Ali-‘Imran : 133-136
Kisah ini telah diceritakan oleh Al Habib Ali Al Jifri ( keturunan Rasulullah SAW )
I am curious...saya nak tanya dalam blog, tapi rasa tak appropriate pulak. Comper perlukan duit, so, most of the times I think it's the same as gambling. Saya pun sesekali masuk juga pertandingan2 ni..but I recall (lama dulu) one old lady in my hometown said, kalau ada letak duit, it's haram. Masa tu she's referring pada benda2 kat tv macam Tekaria, etc...so, what do you think? Sorry for this question but I mean no harm/offense. Just nak tahu.
tak sama mcm gambling sbb POP tu adalah beli barang, so kalau tak menang, memang tak rugi sbb dpt barang yg memang digunakan..cth beli sabun RM30, join contest, so tak kira kalah menang memang dh dpt sabun RM30 tu..
kalau letak duit and tak dpt apa2--memang jd gambling sbb sah2 rugi kalau tak menang..
salam ustaz…nak tanya psl isu boikot McD….masa tgh hangat psl boikot tu..saya memang boikotlah..then lemah iman rasa nak mkn burger mcD..so saya pegi McD lah..memang rasanya nmpk dh kurang customer McD berbanding dulu..then nmpk ramai kwn2 FB ckp diaorg tak boikot McD pun sbb bila pegi mkn kat McD niat nak byr gaji pekerja (muslim staff)…then adik2 saya dpt tahu saya pegi McD diaorg sgt marah..katanya memang wajib boikot sbb MCD terang-terangan support israel berbanding brand product israel yg lain..so now sy dh rasa bersalah and rasa berdosa kalau saya pegi beli apa2 lg kat McD..adik2 saya kata, Tuhan tgk apa usaha kita tak kisahlah kecik besar pun and kita tak perlulah ikut org lain…apa pandangan ustaz yerkesanggupan kita untuk menyertai kempen boikot ini sebenarnya tiada kaitan dengan persoalan iman. Tidaklah mereka yang memboikot itu lebih beriman daripada yang tidak memboikot.. dan begitu juga sebaliknya. Ia lebih kepada persoalan rasa tanggungjawab dan usaha kita dalam menghentikan aktiviti keganasan atau apa2 juga yang menyumbang ke arahnya.Walaupun Palestin itu bukan negara kita, tiada hubungan keluarga dengan kita, bukan sebangsa dengan kita, cuma ada kaitan agama dengan kita, maka kita menyokong perjuangan rakyat Palestin atas dasar agama dan juga atas dasar sosial. Jika pemimpin Melayu di negara kita menindas penduduk berbangsa Cina dan India, kita sebagai Melayu Islam juga kena bangkit untuk menghalang kezaliman itu daripada berterusan. Jika orang Melayu Islam di negara ini ditindas oleh pemimpin India, seluruh bangsa Malaysia tak kira Cina, Melayu, India, Kadazan, Bangla, Pakistan jual karpet, Myanmar dsb kena bangkit mempertahankan orang yang teraniaya.Setiap orang punya pandangan dan alasan tersendiri. Hakikatnya, tiada istilah niat nak bayar gaji pekerja dalam bab muamalat. Begitu juga tiada istilah nak bantu Melayu atau nak jatuhkan bangsa lain supaya Melayu naik. Itu bukan termasuk dalam ajaran agama. Akibat silap faham dalam perkara ini, ramai yang membiarkan diri dizalimi dan menzalimi dalam perniagaan.McDonalds bukanlah sepenuhnya milik Melayu Islam, dan bukan juga milik penuh rakyat Malaysia. Ia sebuah perniagaan francais yang tertakluk dengan syarat yang ditetapkan oleh francaisor. Dan ada sumbangan yang perlu diberikan oleh McD Malaysia kepada francaisor iaitu McD Corp.. hasil kutipan francais2 di seluruh dunia, memberikan keuntungan kepada McD Corp dan daripada keuntungan itulah, sebahagiannya disumbangkan kepada tabung aktiviti keganasan zionis.
Pada kesempatan ini juga, Ustaz Love nak ulas sikit pasal video En. Nasir tu. Tiada masalah beliau nak terus bekerja di McD, nak solat di surau McD, nak makan makanan McD pagi petang siang malam sekalipun, sebab produk tu adalah produk halal. Even makcik cleaner yang kerja cuci tandas pun disediakan bilik rehat untuk makan dan solat. Itu bukan pokok persoalannya. Yang menjadi isu adalah berkenaan sumbangan McD terhadap aktiviti keganasan zionis. Itu saja. Kita boikot produk McD bukan sebab ia haram, sebaliknya atas rasa tanggungjawab untuk cuba membantu rakyat Palestin sekalipun sekadar menahan nafsu untuk ke McD.
Tatkala mengambil kata putus untuk berniqab maka "Jangan Main-Main"
Sebetulnya, bukan untuk mereka yang berniqab sahaja. Bertudung labuh juga begitu. Berniqablah, ramai yang mahu menyokong dari belakang. Namun ingat, apabila kita memilih untuk memakai sebegini, orang-orang di sekeliling mempunyai high expectation terhadap kita. Apa yang betul dilakukan kelihatan biasa. Namun apabila sedikit yang silap, itu yang lebih besar terlihat. Kerana memang namanya manusia, ada yang hanya memandang sekelumit kesilapan dan keaiban berbanding memperbesar kelebihan dan kebaikan.
|
|