Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Tuesday, 1 September 2026

Movie time | Chelot

hari sabtu 30/8/26, MZ and boys gi tgk movie Chelot...MZ minat hero2 utama dia dan suka genre action movie/citer polis2 gini..

pelakon utama semuanya stronglah...shukri yahya, beto kusyairi dan shaheizy sam...MZ minat shaheizy sam dan beto...then lps tgk movie ni, MZ minat jugak shukri yahya..memang terbaek lah kualiti lakonan 3 org ni. menjiwai watak sgt!

kami tgk movie ni kat GSC KL east mall, tayangan 10.30 am ie kami ke sini lps razeen habis attend tusyen kumon. kami beli tiket kat kiosk jer..tix RM15 per pax then amik food sikit, so total RM88

wefie sebelum masuk ke dlm hall/cinema

sinopsis dari GSC:

Selepas satu operasi besar gagal dan menyebabkan korban jiwa pihak polis, Unit Operasi Khas Polis Diraja Malaysia melancarkan pemburuan terhadap rangkaian penyeludupan senjata yang semakin mengganas. Dalam masa yang sama, Inspektor Haqqim – seorang pegawai yang berdepan dengan tekanan kerjaya, kewangan, dan masalah keluarga – bertungkus lumus cuba membuktikan bahawa dirinya masih layak berada dalam unit elit tersebut. Apabila perjuangan menyatukan dia dengan Azraf – orang kanan kepada ketua sindiket, Dato’ Bakri – Haqqim mendapati dirinya terperangkap dalam pergelutan kuasa antara dunia jenayah dengan penguatkuasa undang-undang.

citer ni memang full plot serious jln citernya, tak de scene2 lucu or humor pun..
masa2 mula2 tu mcm tak clear kes nya psl apa...then bila dh tgh sikit baru faham conflictnya...psl polis nama inspector hakimi (shukri yahya) yg kena menyamar masuk dlm team org jahat..ketua org jahat ialah dato' bakri (shaheizy sam).
ada byk jugak scene ganas ie pembunuhan  dan ada satu scene tu...(MZ tak tgk screen jap sbb ngeri) masa dato bakri bunuh desmond (ie another ketua penjahat)...ada scene sedey masa anak hakimi mati dibunuh..ada jugak few plot twist dlm movie ni..
MZ suka jgk tgk teknologi senjata (dron etc) masa fighting scene kemuncak ie dato bakri beli all those weapons seludup dari Thailand..
so chelot tu apa maksudnya? mula2 tu ingat password or code..rupa2nya..haaaa kena tgk movie lah nak tahu chelot tu apa?

overall MZ bagi 4.5 dari 5 bintang. memang best lah overall scene nya dan nampak susah nak buat...kalau tgk kat socmed, fighting scene masa geng desmond dan dato bakri team tu antara yg paling susah nak buat (directornya kata gitu)

happy tuesday uolls! hari ni org2 selangor masih bercuti ie sbb selangor menang sukma so dpt cuti tambahan! dan happy 1st september jugak...dh habis bln ogos so berbaki 4 bln jer lagi utk kita menjalani hari2 di tahun 2026.

Monday, 10 August 2026

Movie time | Spiderman: Brand New Day

hari sabtu 8/8/26, MZ and boys pergi tengok movie spiderman kat GSC Melawati Mall. dh agak lama kami tak kuar tgk movie sama2.


wefie for memory..mr hubby tak ikut sbb dia keje (alternate saturday)..kami tgk show pukul 10.30 am ie lps razeen setel attend his tusyen (kumon)

dpt poster spiderman (movie merchandize)..high quality posternya

MZ beli tix one day in advance, beli kat apps GSC, total 4 tic RM52. mknn beli masa sblm masuk cinema (ariff belanja guna duit tabung dia, habis RM36 for nugget dan snacks)

kami memang tak pernah miss apa2 movie spiderman ni kat panggung..so yg latest ni ie Brand New Day memang sambungan yg sblm2 ni...ie gf spiderman/peter parker (MJ) memang tak de memori psl their past relationship...so jln citer ada part sedey sbb spidey ni mcm sacrifice his life utk protect New York (dia tlg polis tangkap penjenayah). 

watak antagonis kali ni..perempuan...lawa giler, bawak watak Jean Grey..mula2 tu tak tahu apa superpower yg jd musuh kali ni...rupa2nya psl kuasa telepati...ada plot twist jugak masa hujung2...part sedey bila Jean tahu kakak dia (Sara) dh mati (mcm kena bunuh) masa expriment...

dan part sedey...dlm scene flashback ada makcik spiderman tu bagi nasihat/motivasi...kiranya those yg ada superpower ni...kena terima hidup tak mcm org biasa...

ada scene sedey jugak ie lps MJ baca surat yg peter tulis, MJ kata dia memang doesn't love him sbb tak kenal, tak ingat psl apa yg berlaku sblm2 ni..dan spidey/peter parker tu stranger to her....

jln citer mula2 tu agak complicated, last2 baru paham lah kenapa etc

MZ bagi 4.8 dari 5 bintang! puas hati :)

salam hari isnin uolls!

Friday, 12 December 2025

Movie time | Papa Zola The Movie

semlm sbb cuti utk neger selangor, so MZ & boys pergi menonton movie animasi Papa Zola The Movie kat TGV Wangsa Walk...movie ni watak nya adalah diambil dari kisah/movie BoboiBoy... Papa Zola ni masa movie BoboiBoy, dia keje sbg cikgu..

dlm movie Papa Zola ni, dia jadi hero ie seorang ayah yg bekerja dan berkorban utk keluarganya ie his wife and little daughter.

ni sinopsis dari website MBO: “Kebenaran!” — Papa Zola, known for his iconic catchphrase, now takes the spotlight in his very own movie! After resigning as captain, moving houses, and working as a delivery rider, Papa Zola’s “normal life” takes a wild turn when old friends and a past enemy resurface. This time, in the form of an alien invasion!




kami tgk 1st show of the day ie pukul 10.20 am, so tiket agak murahlah ie RM12 x 4 pax = RM48. beli jugak nachos dan amik ice lemon tea utk mkn2 dlm cinema. kat entrance, dpt kad ni...may be sbb semlm tu 1st day official show utk movie ni.


masa awal2 plot movie tu...ada tunjuk struggle seorang ayah (Papa Zola) keje sbg rider e-hailing, driver van sekolah dan juga cuba jual buku (self-publish) tapi susah sgt nak jual...dan gigih kumpul duit utk bwk Pipi (anak dia) pergi holiday...
ada plot twist jugak...
scene sedey tak extreme sbb kisah ni ada dunia game ie simulasi so Papa Zola hampir2 mati dlm dunia game tu dan ada flashback moments sblm dia nyaris2 mati tu..

overall MZ bagi 4 dari 5 bintang :) sesuai utk ditonton seisi keluarga esp yg ada kids di bangku sek rendah/menengah.

Tuesday, 21 October 2025

Movie time | The Bad Guys 2

hari ahad (19/10/25), MZ and 3 boys pergi tgk movie kat GSC KL East Mall...asalnya pergi KLEM tu nak beli something...then kebetulan ada movie yg sesuai utk kami tgk, so kami pun belilah tix nya...tgk morning show (pukul 11.15 am)..ni 1st time MZ tgk movie kat sini ...zharfan dh selalu dtg sini tp with his UIA frens lah. anyway, dh lama sebenarnya kami tak kuar tgk movie sejak terjebak main pickleball on every weekend. minggu lps sbb dpt extended weekend, so tgk movie hari ahad dan main pickleball hari isnin.

anyway, why this movie? ni citer animasi (kartun), tp sbb kami dh pernah tgk The Bad Guys 1, so kami berialah tgk sambungannya ie The Bad Buys 2 plak...memang kami dh kenal semua watak2 dlm animasi ni

harga tix RM77.50 termasuk satu set mknn (nugget etc)

1st time in history, kami ber4 jer yg tgk movie ni...so mcm kami sewa satu panggung wayang laaaa

MZ snap2 gmbr kerusi2 ni pun lps dh abih movie

ni sblm movie start

ni masa lps siap beli tiket (beli kat kiosk jer)

ni sinopsis yg MZ amik dari google
Reformed criminals Mr. Wolf, Mr. Snake, Mr. Piranha, Mr. Shark and Ms. Tarantula are trying very hard to be good. However, they soon find themselves hijacked into a high-stakes heist that's masterminded by a new team of delinquents they never saw coming -- the Bad Girls.

movie ni jln citernya aksi komedi...watak2 utama semuanya penjenayah (karekter haiwan) tapi lps keluar penjara (kisah masa siri 1), so now siri 2, mereka cuba nak hidup sbg org baik2 cuma tak dpt keje wpun beria attend interview sbb rekod jenayah tu kan...last2 terjebak dgn jenayah sekali lagi (terpaksa utk menyelamatkan kwn dioarg jugak yg pegang jawatan gabenor)..ada scene kat angkasa lepas sbb watak ketua penjahat tu curi roket utk gunakan magnet tarik semua emas di bumi. jln citer memang kreatif dan sains fiksyen jugak.

overall MZ terhibur dan puas hati dgn movie ni
MZ bagi 4 dari 5 bintang!

Tuesday, 17 June 2025

Movie time | How to train your dragon

hari ahad yang lepas 15/6/25 berkebetulan pula hari bapa, our lil family keluar jln2..mula2 pergi breakfast (kat area keramat), lps tu lajak pergi IOI Mall...so kami decided utk tgk movie How To Train Your Dragon, sblm2 ni memang dh tgk yg versi kartun..ni yg versi pelakon manusia pulak...memang dh kenal watak2 dan tahu jalan ceritanya...citer fantasy tp nice jer...


total expenses RM101 utk 5 movie tix + 2 set mknn

ni jer wefie yg ada...from hp zharfan

ni sinopsis dari google:
On the rugged isle of Berk, a Viking boy named Hiccup defies centuries of tradition by befriending a dragon named Toothless. However, when an ancient threat emerges that endangers both species, Hiccup's friendship with Toothless becomes the key to forging a new future. Together, they must navigate the delicate path toward peace, soaring beyond the boundaries of their worlds and redefining what it means to be a hero and a leader.
MZ suka citer fantasy..cuma mula2 tu plot mcm slow jugaklah..bila dh tgh2 tu dh ok sbb ada scene Hiccup (hero ie anak ketua viking) secretly train his pet dragon black fury nama toothless, then ada scene fighting2 vikings dan dragons kat dragon nest. ending mcm suspens jugak sbb ingatkan watak hero, Hiccup tu mati, rupa2nya survive tapi something happened to him....

MZ bagi 4 dari 5 bintang! kalau version animasi/kartun, MZ dh pernah tgk part 2 dah citer ni, cuma dlm bentuk watak manusia ni, this one is baru part 1, so may be akan ada part 2 plak ie bila toothless ada partner/kawan plak hehhehe

salam hari selasa uolls!


Saturday, 31 May 2025

Movie time | Ejen Ali 2: Misi Satria

semlm MZ amik annual leave, so pagi2 lps breakfast kat kedai, MZ dan boys pergi tgk movie Ejen Ali kat GSC melawati mall. MZ dh beli tiket siap2 sehari sblmnya ie hari khamis lagi (beli via apps GSC), MZ pilih 1st show of the day ie at 10.20 am, so tiket murah sikit compared if tgk show after 12 pm. total harga tix sahaja for 4 pax ialah RM50.


wefie kami 4 beranak, mr hubby keje (dan dia tak minat lah citer animasi gini)



ni MZ amik sinopsis dari website GSC
Ejen Ali is appointed as the pilot of Project Satria, a new armoured suit with the help of an Artificial Intelligence programme specially designed to optimise the physical performance and mental skills of MATA agents while carrying out their secret missions.

bagi MZ, siri 2 ni sgt2 packed dgn action fighting scene, so compared dgn siri 1, siri 2 ni plot lebih heavy dan less drama, less humour dan less emo...masa siri 1, MZ beria nangis time scene mak ejen ali tu mati...utk scene 2, tak de scene yg memerlukan MZ ternangis hahahah

my 3 boys sgt obsessed dgn citer ni so bagi diaorg, siri 2 sama jer best mcm siri 1.
anyway, MZ bagi 4 dari 5 bintang. kualiti animasi memang setanding dgn obersi sgt!! moga2 dpt achieve target kutipan RM60j sbb MZ baca kat socmed, movie ni akan ditayangkan kat luar negara jugak...masa 1st few days tayangan, dh collect RM15j.

happy saturday uolls!! 
hari ni dh hari terakhir bulan may 2025.

Monday, 19 May 2025

Movie time | Mission Impossible - The Final Reckoning

tghari semlm kami 5 beranak gi tgk movie Mission Impossible the final reckoning kat GSC melawati mall..movie ni durationnya lamaaa ie hampir2 3 jam!

kos menonton movie utk kami ber5--RM114.50 termasuk 1 set mknn..memang tak murah lah hehhehe tak de benda murah zmn sekrg

ni zharfan candid...from his hp

sbb memang kami dh tgk series sblm ni, so memang tak lpskan peluang utk tgk this one (may be series yg terakhir kottt sbb Tom Cruise pun dh late 50s dan memang nampak aging factor wpun dia hensem dan fit)

ni sinopsis dari google

Ethan Hunt and the IMF team race against time to find the Entity, a rogue artificial intelligence that can destroy mankind.

overall ok jer filem ni, mcm yg lps2 jugak cuma rasanya this time ada few scenes yg agak krik2 ie mcm rasa terlalu drag/lama/panjang...cthnya scene dlm submarine ie nak cari benda alah tu... dan scene fighting antara 2 kapal terbang (kuning dan merah) pun rasa mcm lamaaa jugak..
jln citer/plot memang pyh jugak nak paham sbb melibatkan musuh AI so mcm byk istilah sains/kod2 ICT stuff etc.

dan nama pun impossible dan sekadar film--byklah jugak scene di luar logic akal fikiran hahahah layan jerrrr!!

anyway, MZ bagi 4/5 bintang lah! action genre memang MZ sukaaaa!!! dan clean jer film ni tak de scene 18sx (memang classification 13 ajer pun)

Tuesday, 22 April 2025

Movie time | Blood Brothers - Bara Naga

ari ahad lps, MZ, my hubby and boys pergi tgk movie Blood Brothers kat TGV Wangsa Walk..kami tgk 1st show ie pukul 10.15 am.

MZ memang peminat syafiq kyle :) tapi semua watak dlm movie ni memang strong dan menjadik laaa!! memang genre action movie tempatan yg boleh dibanggakan!

nak beli tiket movie kat kiosk tp mcm error, so kena beli online jer via apps ie few minutes sblm movie start.

wefie sekeping (Mr hubby not in pic), zharfan tak join sbb dia ada seminar dan dia dh tgk movie ni awal2 tayang lagi, dia gi tgk dgn kwn2 dia

MZ copypaste sinopsis from wikipedia

Blood Brothers: Bara Naga ialah filem debaran aksi Malaysia 2025 arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. Ia dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Wan Hanafi Su dan Zamarul Hisham. Ia mengisahkan tentang sekumpulan lelaki yang rapat bekerja dalam organisasi 'keselamatan elit' yang menyediakan perlindungan untuk orang berpengaruh dan ketua jenayah telah diuji apabila berlaku pengkhianatan dalam persaudaraan mereka.
Plot:
Ariff merupakan seorang pengawal peribadi yang setia tetapi dituduh mengkhianati Dato Zul, individu yang pernah membelanya. Demi membersihkan namanya, Ariff terpaksa meminta pertolongan abang kandungnya yang telah lama terpisah, Jaki.

Namun, perjalanan Ariff bukan mudah. Dia kini diburu oleh sahabat baiknya sendiri, Ghaz, ketua pasukan pengawal peribadi elit yang suatu ketika dahulu dianggapnya sebagai Blood Brothers. Konflik ini bukan sekadar pertempuran fizikal, tetapi juga peperangan emosi, kepercayaan, dan kesetiaan.

MZ suka genre action gini...tp memang ada byk vulgar words used sbb filem themed gangster kan...ada scene Fadlan (Shukri yahya) bunuh Malik (Irfan Zaini) guna kapak/parang ker apa..yg tu MZ tutup mata (tak berani nak tgk)..
MZ rasa emosi bila playback video momen watak shiela (amelia henderson) kena bunuh ie kena suntik racun kat kaki laaa..
anyway, ada byk jugak scene lucu/elemen humor so balance lah dgn scene fighting2, letup2 tembak2.

overall MZ bagi 4.5 dari 5 bintang. siyes besh!

Monday, 21 October 2024

Movie time | Dating berdua - We Live in Time

emm nampaknya byk kisah/entries backdated nak kena tulis ni sbb lama jugak MZ fokus abihkan entry cuti2 UK 2024..
so ni kisah Sabtu 2 minggu lps ie MZ ajak mr hubby temankan MZ tgk movie--my fav genre lah ie romance...tajuknya We Live In Time...klasifikasi 18 sbb ada byk scenes kissing+intimate (tp memang dh byk kena cut pun) ...plot watak suami isteri/couple.. 
sebenar-benarnya...mr hubby tak minat pun genre gini, tp dia just temankan MZ ajer ler..dia sempat zzz ler especially sbb plot citer ni ada lompat2 ie sekejap masa sekarang dan selang seli plak dgn flashback.


kami tgk movie ni kat GSC melawati mall, tayangan pukul 2.45 pm

emm blur la plak gmbr resit ni :p..abih RM62+ gak utk movie date ni sbb amik food jugak (popcorn+sosej+mineral water)

MZ dh baca sinopsis/review awal2, so bolehlah folo+faham jln citernya...hero utk citernya Andrew Garfield ie yg pegang watak spiderman (ada few kan, so ni salah seorg spidey tu lah)

ni sinopsis dari google

Almut and Tobias are brought together by a surprise encounter that changes their lives. As they embark on a path challenged by the limits of time, they learn to cherish each moment of their unconventional love story.

ada scene yg impactful jugak ie scene heroin(Almut) tu melahirkan baby..kat tandas petrol station sbb diaorg stuck dlm traffic jem masa mlm new year...
scene sedey sbb Almut sakit cancer rahim dan dia memilih utk tak teruskan rawatan sbb tak nak bedridden/tanggung kesan kemo...

MZ suka citer ni sbb accent dan scene semua kat UK..memang berkebetulan sgt2 MZ kan baru balik dari cuti2 UK heheheh..rumah diaorg pun kat luar bandar UK..cantik sgt scenery!

overall MZ bagi 3 dari 5 bintang..

salam hari isnin uolls!

Friday, 30 August 2024

Movie time | Takluk : Lahad Datu

semlm MZ amik cuti sbb nak gi service my BRV (170k mileage), siap tukar tayar depan jugak sbb memang dh kena tukar pun...tukar satu tayar jer sbb masa sblm balik raya (april ari tu) dh tukar tayar (pun tukar satu ajer)

MZ service keta MZ kat bengkel area rumah MZ jer..dh tak service kat honda service centre sbb dh abih warranty bln march ari tu. ni 2nd time lah service kat sini (total bill RM685, sbb kos tayar ajer pun RM270, then tukar brake pad jugak selain tukar engin oil tu)

from hp zharfan..dia candid time weolls mereput tunggu keta di-service, kami sampai kat sini seawal 9.10 am...setel semua urusan dekat2 10.30 am, cepatlah jugak sbb kami among the 1st customer

so lps setel urusan service keta tu, MZ dan zharfan terus bergegas pergi tgk movie Takluk:Lahad Datu kat GSC KL east mall (1st time tgk movie kat sini)
sblm2 ni dh baca review kat blog my bff ezna..so dh tau lah sikit2 plotnya (especially psl scene potong kepala dan dialog yg tak consistent -masa scene shafiq kyle berckp dgn baby heheh)



MZ letak sticker love kat pipi sbb time zharfan sibuk nak selfie ni, MZ tgh mengunyah nugget hahahah so pipi jadi kembung

MZ memang suka movie genre gini...rasa meluap2 semangat patriotik...yg pasti, sedey la part polis PDRM kena bunuh dgn tragis :( total yg meninggal (ie berdasarkan kisah benar insiden pencerobohan lahad datu tu ialah 10 org perwira negara)--MZ google2 info...
antara scene sedey....scene salah seorang polis yg mati kena tembak tu...then ada scene anak2 dia solat jenazah..sedey sgt :(

ni MZ amik sinopsis kat google:
Filem ini diinspirasikan daripada insiden sebenar yang terjadi semasa Ops Daulat yang pernah menggegarkan negara pada 11 Februari 2013. Waktu itu, pengganas Sulu telah menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah.
MZ minat syafiq kyle heheh of course watak antogonis ie eman manan memang power lah, tak leh nak pertikai. watak2 lain pun ok jer, ada kamal adli, fikry ibrahim, ada zarul umbrella (sikit jer scene)dll.

overall MZ bagi 4 dari 5 bintang. 
terbaek lah kisah2 gini..utk bagi kesedaran dan peringatan kpd kita semua esp those yg lalai dgn nikmat kemerdekaan dan keamanan kat bumi Malaysia...anytime jer pengganas or anasir luar boleh serang kalau kita alpa.

those yg belum menonton, MZ highly encourage to watch!
salam hari jumaat almubarak uolls!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails