Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================
Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts

Feb 26, 2020

Misteri yang Tidak Perlu Dibongkari.


Salam.




Begini.

Baru-baru ini aku ada kemas external hard disk aku yang semakin penuh.
External hard disk ini boleh penuh kerana terisi dengan data dari laptop yang aku terpaksa jual semasa struggle nak cari duit untuk pembedahan tahun lepas. Sudah hampir setahun aku abaikannya, maka pada hemat aku sudah masanya untuk aku kemas isi kandungannya.

Mengejutkan aku, terdapat beberapa folder (yang aku percaya datang dari laptop itu) berisi hasil lukisan digital yang tak pernah aku ingat aku pernah lukiskannya.

Aku jarang lupa pernah lukis sesuatu, sebab macam yang aku pernah ceritakan melukis adalah satu proses aku meluahkan. Prosesnya lebih penting daripada lukisan, jadi kalau aku lupa lukisan paling tidak aku akan ingat prosesnya, walau sedikit.

Tapi untuk lukisan di dalam folder ini, aku langsung tiada memori 100% mengenainya. Sama ada lukisan ataupun prosesnya, langsung tiada memori.

Adakah itu lukisan orang lain yang lukis? TIDAK.
Kerana aku sangat yakin itu stroke aku. Betapa 'tidak sempurna'nya lukisan itu membuatkan aku yakin itu lukisan aku.

Tapi,
bagaimana aku boleh tiada memori mengenainya?

Nasib baik aku ada bentuk satu habit yang sedikit membantu;
aku akan letak tarikh pada nama lukisan aku, menjadikannya seperti diari masa.

Ya, tarikh dalam 'properties' mungkin membantu, tapi sesetengah fail akan hilang properties asli apabila disalin (copy), maka letak tarikh pada nama tajuk adalah cara kedua aku untuk simpan data masa tersebut.

Daripada tarikh itu, aku selak planner aku untuk lihat apa yang berlaku pada tarikh berkenaan.
Sejak tahun 2015, aku sentiasa tulis planner sebagai ganti diari dan sebagai satu cara untuk merekod diri.

Malangnya,
untuk tarikh yang tertera pada lukisan itu, entri di dalam planner itu kosong. Yang menarik, kesemua tarikh pada lukisan 'misteri' itu mesti menjurus kepada entri planner yang kosong.

Selalunya entri planner kosong bermakna tiada perkara menarik berlaku pada hari tersebut. Tapi jika aku melukis pada hari tersebut, paling tidak mesti ada sesuatu berlaku pada hari itu dan planner sepatutnya tidak kosong.

Maka, misteri lukisan-lukisan ini masih tiada jawapan.

Bagaimana boleh wujud lukisan yang aku tiada memori mengenainya?
Kenapa setiap tarikh pada lukisan tersebut menjurus kepada entri planner yang kosong.

Aku suka misteri.
Tapi untuk misteri ini, aku buat keputusan untuk tidak mahu bongkarinya.

Pada aku, ada sebab kenapa sesetengah memori dalam kepala aku tidak dibangkitkan. Sesetengah memori ditekan dan disimpan oleh otak atas sebab-sebab tertentu, maka aku ambil keputusan untuk langsung tidak mencuba untuk bangkitkannya.

Ada sebab kenapa aku pada masa silam menekan memori tersebut dalam-dalam supaya tidak dibangkitkan semula.

Sesetengah misteri tidak perlu dibongkari.



Sekian.



  




.

Apr 27, 2011

Jangan Biarkan Jogging Anda Diselubungi Misteri...



Bila matahari condong ke barat,
aku selalunya buat rutin aku, berjogging..
Tapi hanya dengan syarat ada matahari..
Belakangan ni, matahari selalu dilindung hujan..

Satu petang yang nyaman dek kerana lepas hujan,
aku lakukan rutin aku..

Pada permulaan berjogging,
aku memotong seorang gadis, yang juga berjogging.
Berambut merah gelap, berbaju-t kuning kecil, berseluar ketat perang,
siapa pandang dia pun akan terpandang dua kali.



Dengan muka bangga aku memotong dia,
dan meneruskan rutin aku.
Aku berkeputusan nak mengambil laluan terpendek mengelilingi tasik,
sebab konon nak pusing 2-3 kali..

Jika dilihat dalam peta tasik di awal entri,
aku mula berjogging di titik A.

Non-stop power-jog memang menyemputkan.

Jadi, nak didramatikkan cerita,
bila aku berjogging dari titik A ke titik B,
aku terkejut beruk di tahap beruk pun tak terkejut macam aku.
Jantung aku macam berhenti berdegup 0.5 saat
dan bersambung degup selepas tu dengan kerancakkan
berkali lagi hebat dari lagu Auburn - All About Him.

Apa yang aku nampak?



Aku nampak di depan aku,
gadis berambut merah gelap, berbaju-t kuning kecil, berseluar ketat perang,
yang aku potong setengah tasik tadi.
Dia di depan aku. HADAPAN.

Aku pelik seribu persoalan.
Aku dah laa buat power-jog,
dengan mengambil laluan paling pendek jaraknya,
masakan pula orang yang aku potong setengah tasik tadi
boleh berada di hadapan aku?

Alasan yang masuk akal pada aku ialah:
  1. Gadis tu ikut jalan jauh tapi berlari dengan super-pantas semata-mata nak mengejut-berukkan aku di pertengahan tasik.
    .
  2. Gadis tu berenang merentasi tasik dengan pantas dan tukar baju jadi kering dengan kelajuan cahaya, dan kemudian mengejut-berukkan aku di pertengahan tasik.
    .
  3. Gadis itu ada kuasa membengkok kontinuum masa-ruang, ataupun kuasa berlari laju seperti kilat, atau kuasa melompat jauh seberang tasik, atau kuasa teleportasi dan muncul dipertengahan tasik untuk mengejut-berukkan aku. (Terlampau banyak layan siri Heroes ni)
    .
  4. Gadis itu ada kembar seiras yang dah berjogging separuh tasik darinya dan dengan hebatnya mereka pun ada tompok peluh di baju dengan corak yang sama dengan kembarnya dan kemudian mengejut-berukkan aku di pertengahan tasik.
    .
  5. Gadis itu secara tidak sengaja memasuki pintu dimensi yang tembus di pertengahan laluan tasik dan mengejut-berukkan aku.


..dan misteri itu sampai sekarang,
MASIH TIADA JAWAPAN.

Anda ada teori?

Dec 3, 2010

Kes Pembunuhan Haiwan Peliharaan

dua-tujuh-satu..



Namaku Hidari Shotaro.
Aku adalah seorang penyiasat yang (agak) terkenal di Bandar Fuuto ni.
Aku sayangkan bandar ni. Bandarnya yang sentiasa berangin, mampu menyamankan mana-mana perasaan manusia. Aku berjanji akan melindungi semua senyuman penduduk bandar ini dan mengesat semua airmata yang mengalir.

Walaupun banyak orang kata aku hanyalah penyiasat 'separuh masak (half-boiled)', aku tak kisah. Apa yang penting, cara aku sentiasa 'hard-boiled'.

Satu hari, seorang kanak-kanak bernama Den datang ke pejabat penyiasatan aku.
Dia menangis. Katanya haiwan peliharaannya di bunuh kejam. Dia mahu aku menyiasat siapa yang membunuh haiwan peliharaan kesayangannya.

Demi tidak mengecewakan Den, dan demi mahu menyesat airmatanya, aku terima kes itu.

Sampai ke tempat kejadian, Den berkata ada 3 suspek berada di tempat kejadian semasa peristiwa itu berlaku.



Dari kiri: Encik Pemukul Serangga, Encik Penyembur Racun, dan Encik Spray Baygon.


Eh? Adakah mereka manusia?? Arghh!! Abaikan..

Jika salah seorang dari mereka adalah pembunuh,
maka, mungkin tempat kejadian ada meninggalkan bukti pembunuhan.

Setelah aku melihat tempat kejadian, aku terkejut...








"Alam APAKAH ini?"
"Siapakah (neraka) yang menjadikan LIPAS sebagai haiwan peliharaan?"
"Siapakah (neraka) mereka bertiga suspek tu? Alien?"
"Siapakah (neraka) yang tak boleh selesaikan kes ni dengan sekali pandang je?"



Aku terjaga dari tidur!
Cis, MIMPI!!
Itulah akibat dari layan Facebook, Kamen Rider W, dan sembur lipas di dapur guna Baygon spray sebelum tidur!
Mimpi bangang!


sumber gambar lipas : Facebook Encik Lüpi Véridiques

postquam-scriptum:
Agak-agak korang laa,
siapa pembunuh lipas tu yek??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License