two-nineteen
I'm sorry..
Sedang sibuk mengunyah biskut madu cornflakes di rumah terbuka seorang kawan,
aku disapa seseorang.
Nama dia
J.
Seorang kawan, seorang blogger.
Di awal aku berblog,
salah satu sumber inspirasi aku adalah blog kawan aku si
J ni.
(Aku takkan letak link blog dia di sini sebab aku tak nak dia tahu dialah sumber inspirasi aku. Cukup hanya aku yang tahu.)
Hasil tulisannya bersahaja.
Walaupun kesemuanya entri dia panjang lebar,
tapi setiap cerita dia seolah-olah kita sedang mengalaminya.
Sebab itu, blog dia terasa dekat di hati.
Memang setiap update, aku akan baca,
tapi sekali sekala je aku komen dalam blog dia.
Sebab entri dia kebanyakannya berbentuk peribadi
aku kurang mampu nak beri pandangan peribadi sikit.
Hahaha..
"Kau tahu, aku selalu baca blog kau
Tulisan kau macam lepak-lepak..
Aku suka..."
"Oh, ye ke??? Terharu beb..."
Perbualan di atas adalah antara aku dengan
J.
Tapi,
jangan salah sangka,
yang memuji tu bukan aku,
tapi dia.
Aku agak terkejut bila
J cakap begitu pada aku.
Dalam hati terdetik,
"Beb, that's my line...
Aku yang terinspired dengan ko."
Sekali dia cakap kat aku,
"Nak henfon, nak tengok gambar L"
Alamak! Apakah???
"Sori beb, ni henfon baru,
jadi semua gambar dia tak ada dalam ni.
Ada dalam henfon lama."
Itulah alasan aku kepada hampir 10 orang kawan yang membuat permintaan yang sama.
Kebenarannya, hanya aku yang tahu.
Di sini aku nak menegaskan,
kepada pembaca yang mengenali aku.
One of the reason why I use cEro as an alter ego instead of my real name is
aku tak mahu campuradukkan kehidupan sebagai blogger dengan kehidupan realiti.
Dan sebagai kawan, aku memohon kepada kalian,
aku meminta kepada kalian yang mengenali,
kalau boleh,
jangan panggil aku
cEro di luar dari blog,
terutamanya di dalam Wall
Facebook.
(kalau dalam message aku boleh terima lagi..)
Tugas anda sebagai pembaca, hanya perlu hormat itu sahaja.
Yang lain terserlah.
Nak kritik, nak kutuk, nak marah, silakan.
Itu sebab aku tak tutup komen dari
Anonymous.
Kepada yang ingin mengenali aku.
Sebenarnya, aku ada sediakan beberapa 'lubang' di blog ini yang sengaja aku biarkan supaya
linked dengan
Facebook peribadi aku.
Hanya jika kalian berminat nak
'add as friend' sila sertakan dengan message dengan mengatakan anda pembaca dari blog.
Kalau nak berhubung dengan blog di
Facebook,
jangan segan klik
'like' di
http://www.facebook.com/cerolian
Yang dah klik
'like'
apa kata klik
'suggest to friends' kat bawah gambar profil tu.
Hehehehe..
Bermula dengan biskut madu cornflakes,
berakhir dengan klik 'like' dan 'suggest to friends',
aku memang pakar dalam merosakkan jalan cerita.
Together we INSPIRE each other.