Tahu tak apa yang menipu setiap manusia?
Keberahian.
infatuation (ɪnˌfætjʊˈeɪʃən)
— n
1. the act of infatuating or state of being infatuated
2. foolish or extravagant passion
3. an object of foolish or extravagant passion
Sebagaimana aku suka meneliti kehidupan manusia,
aku juga suka meneliti kehidupan aku.
Bagaimana aku bertindak ke atas sesuatu keadaan.
Bagaimana aku berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.
Pada aku, sebelum layak menilai orang, aku perlu tahu menilai diri sendiri.
Tapi menilai diri sendiri adalah perkara paling sukar dalam hidup manusia, hanya disebabkan kita selalu bertindak 'bias' terhadap diri sendiri.
Jadi,
baru-baru ini aku dapat sesuatu dari diri sendiri.
Aku sentiasa di dalam satu 'loop' mengenai kesukaan/kegemaran/keberahian aku terhadap sesuatu.
Tak faham?
Teruskan membaca.
Aku panggil 'loop' ini sebagai
cEro's Circle of Infatuation.
'Loop' yang aku maksudkan adalah bagaimana sesetengah perkara kadang-kadang menjadi suka, bertukar kepada benci, bertukar kepada neutral, dan bertukar kepada suka balik dalam kadar yang sekata.
Oh, dan ianya berlaku kepada aku dan mungkin juga kamu.
PENERANGAN DIAGRAM
1. Recognition
Anda nampak sesuatu dan terdetik perasaan seperti "Uh, cantiknya.", "Oh, sedapnya", "Wah, hebatnya." Anda memberikan sesuatu itu pengiktirafan. Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum memasuki peringkat seterusnya, ianya hanya sekadar sesuatu yang 'biasa' (typical).
2. Curiosity
Kerana pengiktirafan, ianya menarik minat anda. Anda akan berkata seperti "Macam mana dia boleh cantik?", "Kenapa ia sedap?", "Bagaimana ianya boleh hebat?". Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya, ianya dipanggil 'pengabaian' (ignorance), sebab anda mengabaikannya walaupun anda ada perasaan ingin tahu.
3. Obsession
Perasaan ingin tahu yang membuak-buak mencetuskan obsesi. Anda akan cuba selidik apa yang anda nak tahu dari pelbagai sumber seperti lisan, internet, mahupun perbuatan. Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya, anda dipanggil 'peminat' (fan).
4. Downfall
Lambakan dan limpahan maklumat tanpa tapisan membuatkan anda terdedah dengan pelbagai perkara termasuk unsur negatif. Perkara tidak baik tentang sesuatu yang anda obses itu membuatkan anda berfikir "Rupanya begitu.." dan sedikit demi sedikit membuatkan anda terasa tertipu dan kecewa. Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya, dan menerima sesuatu itu seadanya, ianya dipanggil 'cinta' (love).
5. Rejection
Dek kerana perkara negatif yang anda dapat hasil dari obsesi sebelum ini, anda terasa tertipu dan menolak segala-galanya tentang sesuatu itu termasuklah perkara positif pertama yang membuatkan anda suka. Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya, anda akan dipenuhi dengan rasa 'benci' (hate).
6. Acceptance
Masa berlalu membuatkan benci semakin berkurangan, dan anda kembali ke peringkat menerimanya kembali. Seperti peringkat 1 (Recognition), anda akan tertarik dengan unsur positif yang ditonjolkan (mungkin yang sama dengan sebelumnya, mungkin berbeza) dan kemudian pusingan 'loop' ini akan bermula semula.
Terlalu berat untuk difahami?
Tak apa, aku berikan contoh sesuatu yang berada dalam 'loop' ini bagi diri aku.
Contoh 1: Teh Tarik
Teh tarik, pada aku, sangat sedap (1.Recognition). Setiap kali aku ke kedai makan luar, aku akan memesan teh tarik dan membanding-bandingkan kesedapan antara kedai (2.Curiosity). Sehinggalah satu tahap, aku tak akan tak order teh tarik (3.Obsession) sampailah aku alami kesukaran untuk berak (4.Downfall). Lalu, aku putuskan untuk berhenti minum teh tarik (5.Rejection) dan berikan masa untuk perut berehat. Untuk satu tempoh masa, aku kembali mencuba teh tarik dan walaweh! Teh tarik memang sedap (6.Acceptance).
Contoh 2: Wayang 3D
Pada mula era wayang 3D, dengan spek dwi-warna tu, aku kagum (Recognition). Setiap kali ada filem yang tayang dengan wayang 3D, aku akan layan (Curiosity). Sampai satu tahap, setiap kali aku layan wayang, aku akan pilih wayang 3D dan menolak cerita lain yang tak ada 3D kerana seperti picisan (Obsession). Satu ketika, aku dapati mutu 3D sangat teruk, malah, kalau aku buka spek dwi-warna tu, aku masih boleh lihat macam biasa. Juga, wayang 3D sangat mahal (Downfall). Mutu teruk, beserta bayaran mahal membuatkan aku menolak wayang 3D (Rejection) dengan beranggapan ianya satu pembaziran paling bodoh manusia sejagat. Tapi selepas seketika, aku tak kisah untuk layan wayang 3D lagi, tapi tidak sekerap dulu (Acceptance).
OK.
Cukup kot dua contoh tu.
Kedua-dua contoh itu melibatkan bukan manusia, tapi cEro's Circle of Infatuation boleh juga diguna pakai kepada semua; manusia, bukan manusia, entiti mahupun bukan entiti. Contoh manusia yang berada dalam 'loop' ini bagi aku ialah minat aku terhadap Lisa Surihani (point of Downfall dia adalah masa dia kahwin dengan suami dia).
Maaflah kalau panjang dan membosankan.
Tapi aku cukup teruja bila boleh kenal diri sendir dengan lebih rapat.
Kadang-kadang,
bila aku dalam sesuatu peringkat, aku akan berfikir untuk diri sendiri
"Oh, aku sedang berada di peringkat Downfall ni"
Ya. Hubungan aku dengan henset aku adalah di peringkat Downfall.
Bagi yang faham penerangan aku ni,
cuba kongsikan dengan aku satu contoh perkara yang berada dalam cEro's Circle of Infatuation untuk diri kalian.
Bye!
.