Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================
Showing posts with label Prank Guide. Show all posts
Showing posts with label Prank Guide. Show all posts

Jul 29, 2011

Panduan Mengenakan Orang! #4 [impromptu siri 2]



Bertemu lagi kita dalam Panduan Mengenakan Orang,
di mana anda diajar bagaimana kemungkinan anda dikenakan oleh kawan anda yang nampak baik hati, tapi sebenarnya berseronok melihat muka anda berkerut di dahi.







postquam-scriptum:
Durian antara makanan yang, kalau dah berjam pun berlalu, jika sendawa, kita tetap akan merasakannya, atau bau, atau kedua-duanya sekali.

Jumpa lagi dalam siri Panduan Mengenakan Orang! yang lain.

Disclaimers:
Aku tak bertanggungjawab ke atas kesan dan akibat dari sesiapa yang mengamalkan perbuatan ni. Tapi kalau kalian buat, kalian memang da bomb! Oh! C'mon..

Jul 5, 2011

Panduan Mengenakan Orang! #3 [impromptu]



im·promp·tu
[im-promp-too, -tyoo]
–adjective
1.made or done without previous preparation: an impromptu address to the unexpected crowds.
2.suddenly or hastily prepared, made, etc.: an impromptu dinner.
3.improvised; having the character of an improvisation.











postquam-scriptum:
Tak semua perkara semulajadi disukai manusia.
Ini adalah salah satu contoh...

Jumpa lagi dalam siri Panduan Mengenakan Orang! yang lain.
Disclaimers:
Aku tak bertanggungjawab ke atas kesan dan akibat dari sesiapa yang mengamalkan perbuatan ni. Tapi kalau kalian buat, kalian memang da bomb!

Apr 1, 2011

Panduan Mengenakan Orang! #2 [versi Facebook]



Baiklah.
Siri Panduan Mengenakan Orang datang kembali.
untuk siri pertama, sila ke sini.
Siri ini bukan bertujuan mahu mengajar kalian cara buat jahat,
tapi nak mengajar kalian bahawa kadang-kadang jenaka boleh memudaratkan,
So, don't take this seriously, really...

Kali ni aku datang dengan scam versi Facebook.
Call them scams, spams, pranks or whatever you like,
tapi kalau dilihat dari satu sudut, ianya kelakar,
tapi jika disatukan dengan emosi, ianya BAHAYA.


1. Bahana Tak Logout Facebook



Seperti contoh di atas,
si pelaku (cEro circero) menyamar sebagai anda dan meletakkan status yang berunsur memuji. Selalunya terjadi jika kita tak logout Facebook dari komputer yang kita guna, atau sekadar kita tinggal sekejap sebab nak jawab call awek kat luar.

Selalu dilakukan oleh golongan yang duduk serumah dengan kawan-kawan (mostly student U) ataupun rakan sekerja yang cari masa curi masuk komputer anda. Lucu, tapi boleh buat gaduh kawan oooo.


2. Balas Dendam Memang Manis!



Seperti contoh di atas,
selalunya dilakukan oleh insan yang pernah terkena, dengan niat nak balas dendam.
Modus operandi yang sama, seperti menunggu mangsa meninggalkan komputer tanpa logout untuk ke pantri, tandas atau keluar cari makan.
Balas dendam, mesti laa lagi teruk kan??
Sebab tu selalunya kesannya besar, mungkin mampu memutuskan hubungan.


3. Ultimate. Me against the Facebook-sphere.



Seperti contoh di atas,
mungkin niat si pelaku adalah bergurau. Ye laa, sempena April Fool kononnya.
Tapi kesannya sangat besar, kerana mangsa adalah semua yang berkawan dengannya di Facebook.

Cara begini mampu mengetahui kata laluan seseorang dan lagi hebat, mungkin rahsia seseorang. Maklumlah, kata laluan selalunya rahsia kita, kan? Mungkin yang terkena ada option untuk remove komen, tapi perlu diingat, setiap komen akan dihantar notification melalui emel kepada akaun si punya status. Sekali berada dalam emel, takkan boleh terpadam selagi pemilik emel yang memadamnya. Cara paling berkesan nak selamatkan diri dari akaun facebook diceroboh ialah tukar kata laluan.

Scam jenis ini lebih berkesan dilakukan dua orang dalang.
Dalam kes di atas, ialah cEro circero dan Inglorious Uno.
(baik sungguh dua mamat ni...)



Jumpa lagi dalam siri Panduan Mengenakan Orang! yang lain.
Disclaimers:
Aku tak bertanggungjawab ke atas kesan dan akibat dari sesiapa yang mengamalkan perbuatan ni. Tapi kalau kalian buat, kalian memang da bomb!
Watak, nama, emel dan password di atas adalah rekaan semata-mata kecuali emel ceroofcerolian@gmail.com dan nama Lisa Surihani.

Ada PRANK lain yang kalian nak kongsi?

Dec 30, 2010

Panduan Mengenakan Orang!

cEro mempersembahkan,
PANDUAN MENGENAKAN ORANG!



Untuk entri kali ni kita belajar skil asas dulu.
Kalau skil camni pun tak berani nak buat,
sila jangan berangan nak prank orang lain dengan skil yang lagi tinggi.

Aku selalu buat skil-skil di bawah ni masa sekolah dulu dengan kawan-kawan rapat, dan junior-junior busuk, dan budak yang beratur kat kantin, koperasi, dewan makan, pondok telefon, kaunter pejabat, kaunter perpustakaan, tangga pelajar bla bla bla.....






1. Eh? Tiada orang??
Cuit bahu mangsa yang bertentangan dengan anda.
Jika anda di kiri dia, cuit bahu kanan dia.
Sorok tangan anda sebelum dia toleh ke arah cuit.
Jika di pandang ke arah anda, buat macam anda tak tahu apa.







2. Toleh dan cucuk!
Pegang bahu mangsa dari belakang,
lagi berkesan jika panggil nama.
Semasa mangsa nak toleh, keluarkan jari telunjuk anda
supaya jari tersebut tercucuk pipi dia.
(Agak menggelikan jika muka mangsa berminyak! Yeek!!!)







3. Alamak, hilang kestabilan!!!
Hampiri mangsa dari belakang dalam keadaan senyap.
Semasa dia tegakkan lutut berdiri,
anda tolak lutut mangsa dari belakang guna lutut anda.
Mangsa akan kehilangan keseimbangan kaki.
(Paling sesuai untuk mangsa yang bersaiz badan lebih kurang anda. Agak menyusahkan jika mangsa berbadan besar atau lebih rendah dari anda. Kemungkinan untuk mangsa jatuh ke lantai 23%. Lebih meninggalkan kesan mendalam jika dilakukan semasa mangsa berjalan.)


Peringatan:
Risiko untuk mangsa kembali menyerang anda serta merta adalah tinggi.
Sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan termasuk putus kawan.
Untuk mengelakkan salah faham, setiap skil haruslah diikuti dengan gelak tawa sebagai tanda anda sedang bergurau.
Anda mungkin dibenci selepas melakukannya.
Terlalu kerap melakukannya merendahkan kemungkinan untuk berjaya.



postquam-scriptum:
cEro menafi bertanggungjawab keatas segala akibat dari perlakuan di atas jika diamalkan pembaca.


postquam-subscriptum:
Sebab zaman sekolah dah berlalu, aku selalu buat bende ni kat adik-adik aku.


Ada idea mengenakan orang yang lain?
Kongsi di ruangan komen...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License