Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================
Showing posts with label Q for Question. Show all posts
Showing posts with label Q for Question. Show all posts

Jun 7, 2012

Beritahu Aku Cara MEMBACA Sebenarnya




Aku tak suka membaca.
Kebanyakan orang sekeliling aku tahu aku tak suka membaca.

Waktu sekolah dulu,
walaupun peperiksaan besar semakin hampir,
sangat susah nak nampak aku membaca.
Study. Ulangkaji. Buat latihan.
Semuanya terlalu berat untuk aku.

For the record,
tiada satu pun novel aku pernah habis baca.
Termasuklah novel wajib untuk pembelajaran KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu sewaktu sekolah dahulu.
Tidak. Ianya bukan rekod yang membanggakan.

Mungkin bernasib baik,
tapi aku tak pernah gagal dalam peperiksaan.
Ya. Aku anggap aku bernasib baik.

Cuma baru-baru ini aku terfikir,
"Jika dari kecil aku suka membaca,
sudah tentu tempat aku bukan di sini."

Jadi,
dengan beranggapan aku masih belum terlambat,
aku mahu memupuk budaya suka membaca dalam diri aku.

Tahun 2012 diletakkan sebagai percubaan.
Aku berniat, sehari aku akan membaca paling kurang 30 minit.
Ianya minima dan permulaan.
Aku rasa aku mampu, tapi...

Kini sudah masuk bulan terakhir pertengahan tahun 2012.
Dan hari yang benar-benar aku rasa aku membaca 30 minit hanyalah tak sampai 3 hari.

Begitulah lemahnya azam membaca aku.

Maka,
aku nak bertanyakan kalian.
Agaknya bagaimana nak memupuk budaya suka membaca?
Cara yang mudah diterima otak aku, dan mampu aku lakukan?



Dan beginilah reaksi orang keliling aku kalau aku membaca di hadapan mereka.
Keluarga, teman rapat, semua begitu.
Mungkin imej 'malas membaca' dah lekat sebati dengan aku, tak?



.

Mar 22, 2011

Beritahu Aku Definisi KEMAS



Semalam kawan aku call bertanya,
"Bro, tolong aku. Bagitahu aku definisi KEMAS!"

Aku raba diri sendiri,
kemudian lega mengingatkan aku ni manusia bukan Kamus Dewan.
Lalu aku balas balik,
"Slow down tiger! Cer citer cer citer!"

"Aku ada tanya seorang awek ni.
Dia awek idaman aku. Comel. Lembut. Sopan. Hot. Comel..."


"OK, i got it. Lurus ke titik laa..(straight to the point)"


"Aku tanya dia apa ciri lelaki idaman dia.
Dia jawab, dia tak memilih sangat,
dia cuma nak yang BAIK dan KEMAS."


"Ok, apa masalahnya?"


"Masalahnya, tang BAIK tu aku faham.
Tapi tang KEMAS tu, aku tak berapa dapat.
Kemas bagi sekolah ialah rambut pendek, baru tuck-in, kasut bersih.
Kemas bagi universiti ialah baju berkolar, tak ada jeans, berkasut.
Kemas bagi orang berkerja ialah baju kemeja, tie, tali pinggang, kasut kilat.
Tapi kemas bagi perempuan apa pulak?"

Sekali lagi aku raba diri sendiri,
kemudian lega mengingatkan diri aku ni lelaki, bukan perempuan.

"Bukankah soalan tu untuk perempuan.
Jadi, kenapa ko tanya aku?"

~~~~~~~~~~~~~Suasana sunyi seketika.

"Haha, pokok pangkalnya KEMAS tu apa?"


Baiklah rakan-rakan.
Aku sendiri tak tahu definisi kemas yang diperkatakan.
Boleh kalian bantu kawan aku ni?

APAKAH DEFINISI KEMAS pada anda?



postquam-scriptum:
Maaf entri kali ni pendek. Semalam aku terhantuk kat almari, menyebabkan gigi aku sumbing dan berdarah. Kesannya aku sakit gigi sampai sekarang dan mood aku sangat teruk sampai nyamuk seekor terbang pun aku bunuh dengan menumbuknya lumat ke dinding.

Jan 28, 2011

Merah-Kuning-Hijau

Aku tak tahu sama ada aku terlalu banyak berfikir
atau aku memang tak ada hala tuju kehidupan,
aku selalu ingin tahu sebab kepada sesuatu yang remeh.

Soalan seperti
"Kenapa buku dipanggil buku? Kenapa bukan dipanggil pensel?"
seringkali muncul dari mulut aku.
Padahal, jika aku tahu jawapannya sekalipun,
tak membawa perubahan langsung kepada apa-apa entiti di dunia.

Satu hari,
aku dapat ilham satu soalan semasa menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau.





Balik rumah,
aku bertanya kepada semua yang memandu atau menunggang,
abah, abang, kakak, adik, jiran, dan beberapa kawan terdekat.

Soalannya:

"Kita semua tahu lampu isyarat yang tegak disusun dari atas sebagai merah, kuning, dan hijau.
Dengan kata lain, kalau kita nampak lampu atas yang bernyala, maka ianya merah dan kita kena berhenti."

Sampai bahagian ni, 100% dari responden akan angguk kepala tanda setuju.
Aku tersenyum kecil.

"Tapi, kalau kita tengah memandu / menunggang,
dan dari jauh kita nampak lampu paling bawah sedang bernyala.
Tapi ianya menyala warna merah, bukannya hijau seperti sepatutnya.
Agaknya, kita perlu berhenti atau jalan??"

Memeranjatkan, tak ada siapa berani menjawab dengan tepat.
Semua main selamat dengan berkata (lebih kurang macam ni..)
"Kita perlahankan kenderaan dan lihat lampu isyarat yang lain..
Kemungkinan besar lampu tu rosak..
Kalau rosak, jika selamat, kita jalan terus.."
(duh!!! play safe!!)

Ok, itu soalan dari segi lisan..
Jadi, aku teruskan bertanya dengan menunjukkan gambar yang aku lukis dalam henset guna application PaintPad.



Aku tanya,
"Apa tindakan kita kalau nampak lampu dengan gambar A?
Gambar B pula?"

Memeranjatkan, 80% dari responden menjawab,
"Sudah tentu yang A akan berhenti, dan yang B akan jalan.."


Aku sangat berminat nak buat eksperimen ini di atas jalanraya sebenar,
tapi ianya mustahil kerana melibatkan nyawa dan keselamatan manusia, kan?

Jadi,
agaknya, apa pengajaran dari soalan yang aku tanyakan ini?
Kalau kalian pula, agak-agak apa tindakan kalian jika sedang memandu / menunggang dan nampak lampu isyarat seperti di rajah A dan B di atas?


postquam-scriptum:
Otak manusia sangat menakjubkan di mana otak akan memilih sesuatu yang mudah untuk diproses dan diterima sebagai memori. Dalam kes lampu isyarat ini, otak kita lagi suka memproses input mengenai 'warna' berbanding 'kedudukan'. Maka, majoriti akan terus jalan untuk rajah A, dan berhenti untuk rajah B.
Cuba tanya diri sendiri, semasa di jalanraya, adakah kita ambil perhatian di mana kedudukan warna lampu isyarat. Apa yang kita mahu lihat hanyalah warna lampu, kan?
Sebab itu, jika kalian mahu diberi perhatian dalam satu majlis keramaian, pakailah pakaian yang berwarna cerah dan menonjol. Macam aku, aku lagi suka berpakaian selamat seperti coklat, biru gelap dan hitam.
Bila diingat balik, kalau ada dinner, yang bermekap tebal paling diingat.

postquam-subscriptum:
In the end, aku rasa entri ni hanya omong kosong dari aku. Tak ada isi! *sigh*

Dec 10, 2010

Wit

dua-tujuh-enam

wit (wɪt)
—n
  1. the talent or quality of using unexpected associations between contrasting or disparate words or ideas to make a clever humorous effect
  2. speech or writing showing this quality
  3. a person possessing, showing, or noted for such an ability, esp in repartee
  4. practical intelligence (esp in the phrase have the wit to)
  5. dialect (Scot), (Northern English) information or knowledge (esp in the phrase get wit of)
  6. archaic mental capacity or a person possessing it
  7. obsolete the mind or memory

Biar aku kerat entri ini supaya pendek dan padat.
Supaya mesej yang cuba nak disampaikan sampai.
Supaya mata tidak tertumpu kepada melodrama semata-mata.
Supaya tiada kesan khas dan tokok tambah diselit bersama.

Semalam aku di bahagian barangan bayi di sebuah pasaraya terkemuka berdutakan Siti Nurhaliza dalam kompleks membeli-belah tengah lembah, Kuala Lumpur.
Jangan tanya kenapa aku di situ, sudah tentu mahu membeli barangan bayi.

Sedang khusyuk membelek, berkedudukan pukul 8 aku,
dalam jarak 2 meter ada seorang gadis Melayu,
sedang membelek anak patung Barbie.
Berusia mungkin dalam lingkungan 12-15 tahun, berkaca mata.
Namun, perihal perwatakan dia yang paling menyerlah adalah,
dalam nada yang perlahan, dia menyanyikan sebuah lagu.

Lagu yang selalu berkumandang dalam corong radio tempatan Melayu 2 kali sejam.
Lagu yang selalu dikongsi videonya dalam facebook.
Lagu yang menjadi kegilaan kebanyakan anak muda perempuan zaman sekarang.
Super Junior - Sorry Sorry.




Beberapa ketika kemudian,
setelah aku peroleh apa yang aku ingin dibeli,
aku bertenggek di bahagian figura mainan Kamen Rider Den-O di satu ceruk bahagian lain.
Berkedudukan pukul 3 dalam jarak 2 meter juga,
ada seorang perempuan berusia lingkungan 25-30 tahun,
sedang 'humming' satu lagu yang sangat familiar buat aku.

Aku jeling siapa dia.
Berkulit putih, berambut pendek, pakai skirt labuh.
Tiba-tiba,
datang seorang budak lingkungan 5-6 tahun tarik baju perempuan itu
dan berkata-kata dalam bahasa cina,
namun aku dapat tangkap bahawa perempuan itu adalah emaknya.

Dan terhinggap di benak fikiran aku,
lagu familiar yang dia 'humming' tadi adalah lagu
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku.




What a witty situation.
A Malay girl singing one (foreign) Korean song.
A Chinese woman humming one (unbelievably) Malay song.

Kalian dapat tak apa yang aku cuba nak sampaikan?


postquam-scriptum:
Walaupun aku kata nak buang melodrama, kesan khas dan tokok tambah, namun ianya tetap wujud, kan?
Tak boleh lari laa..


postquam-subscriptum:
Siapa tahu 'humming' dalam Bahasa?

Nov 8, 2010

Aku dan Fesyen

dua-lima-empat
maaf...


Aku adalah lelaki biasa yang sangat tak peka dengan fashion terkini.
Dari kecil, pakaian atas aku kebanyakannya hanya t-shirt leher bulat.
Seluar, hanya kebelakangan ni je aku pakai jeans, yang kini sudah koyak di lutut.
Kasut aku, sepasang untuk 10 majlis.
Tapi untuk keluar, aku lebih gemar pakai selipar.
Selipar jepun yang kebanyakan dari kalian buat masuk jamban tu..



YA!
Aku adalah lelaki yang bosan!
Yang tak layak berbicara tentang fashion!

Dari mata aku,
aku lagi suka perempuan yang pakai baju kurung tradisional
tanpa corak yang berlebihan,
walaupun beribu jenis baju tradisional yang telah dimodenkan.
Aku lagi suka perempuan pakai tudung biasa,
yang biasa, bukan yang bersimpul-simpul apa segala bagai.
(Tapi yang pakai tudung bersimpul tu aku tak kata tak cantik yek!)
Penampilan kasual perempuan dengan berbaju T lengan panjang dan berseluar tidak terlalu ketat sudah memadai pada aku untuk kelihatan menarik.
Solekan minimal bedak asas dengan warna seiring dengan kulit sudah cukup.
Kasut sarung biasa yang tidak nampak menyusahkan sudah sedap mata memandang.

Tapi aku tahu,
semua ciri di atas, jika ada pada satu perempuan,
akan dikatakan 'tidak mengikut arus fashion'..

**********

Aku bukan jenis yang suka beli baju semberono.
Jika aku merasakan satu baju itu perlu,
baru aku keluar dan beli.

Sebagai contoh,
aku dapati stok baju lengan panjang aku sudah kurang.
Maka, semalam aku keluar ke JJ untuk merembat satu baju T leher bulat lengan panjang warna hitam tanpa corak. Plain black long-sleeve t-shirt.



Dengan niat mencari baju yang spesifik itu, aku keluar.
Pada aku, selagi tak jumpa baju yang diingini,
nampak laa baju lawa camne sekalipun, aku takkan tergugat.

Tapi,
tahukah anda,
terlalu spesifik untuk membeli sejenis baju juga adalah menyusahkan?

Hanya nak mencari baju-T hitam lengan panjang yang simple macam tu,
aku telah keluar masuk hampir 15 kedai baju termasuk Jusco Store,
dan hasilnya adalah KOSONG!
TIADA!

Yang ada terhampir adalah baju-T hitam lengan panjang dengan corak tulisan di badan, sedangkan aku mahu yang tiada corak.
Aku takkan beli kalau ianya tidak menepati citarasa.

Maka,
aku balik dengan hampa.

Tapi,
sepanjang aku berjalan mencari baju tersebut,
aku terberminat dengan satu pakaian orang perempuan ni.
Bahu dia kembong tapi bahagian lain agak mengikut badan.
Simple tapi sangat menarik.


Lebih kurang camni laa gayanya.

Aku tanya adik aku, dia kata itu dipanggil 'bubble shoulders',
tapi aku try google image 'bubble shoulder',
apa yang keluar bukan yang aku maksudkan.

Adakah ianya fashion yang terlalu baru?
Atau aku sendiri yang baru sedar kewujudan fashion baju tu?

Sesiapa tahu apa nama baju yang aku maksudkan tu??


postquam-scriptum:
Aku tak pasti, tapi adakah fashion untuk lelaki sekarang ialah baju yang T dan ada lilit mafla ala-ala duduk oversea, pakai seluar pendek takat lutut dan pakai topi felt?
Oh! Bercermin mata gelap yang besar walaupun duduk dalam shopping mall?


Oct 29, 2010

Hidup-hidup Dibakar

dua-empat-tujuh
Maaf..


Empat hari berturut-turut aku emo sebelum ni...
hasilnya, empat hari berturut-turut kalian terpaksa baca cerita jiwang bosan aku..
Maaf...
Kali ni, entri yang super santai...




Aku budak asrama masa sekolah menengah.
Asrama aku melarang pelajar bawak seluar jeans.
Kesannya, aku tak ada seluar jeans langsung masa sekolah menengah.
Hilang zaman 'jeans' remaja aku..

Kemudian,
bila dah habis belajar,
oleh sebab dah biasa tak pakai jeans,
takde sehelai pun jeans dalam almari aku.
Dan aku pun tak teringin nak pakai,
sebab masa tu aku suka lagi pakai seluar kargo,
ala, yang poket belambak depan belakang tu..
Sebab aku cukup lasak, jatuh motor seminggu sekali kot...

Sejak setahun setengah lebih lepas,
aku start pakai seluar jeans hasil hasutan ex-awek aku..
"Arrgghh!! Ketat!!"

Hingga kini, jeans pertama aku selepas tu masih aku pakai..

Baru-baru ni,
jeans tu terkoyak di bahagian lutut.

"Macam orang jahat..." adik aku kata..

Tapi dari segi lain,
aku rasa pakai jeans koyak lutut ni macam cool plak..
Memang..
Pernah sekali aku keluar,
orang pandang aku kat lutut aku..
Perghh!!!
Tak pernah kot orang pandang lutut..
Selalunya nak jeling pun susah..

Untuk menjadikan seluar ni 'legal' dan boleh bawak solat,
aku pakai pembalut lutut kat dalam seluar.
So, aurat aku tak terdedah..

Mak aku kata,
"Dah macam orang mati bini je mak tengok!"
Emak sayang,
Alang belum pun ada bini, nak mati bini camne?

Maka,
demi membuatkan mak aku tak pandang serong,
aku berniat nak beli jeans baru.

Beli jeans perlukan duit.
Maka, datanglah masa aku ketuk isi tabung-tabung aku.
********

Di bawah adalah tiga dari 5 tabung aku,
masing-masing berat dengan duit syiling,
tapi ada gak yang isi duit kertas.
Aku nak amik beberapa helai duit kertas warna merah untuk beli jeans.




OK!
Aku tahu entri ni macam tak ada mesej.
Tapi, aku nak katakan sesuatu.
Tak! Lebih kepada tanya sesuatu.

Antara hobi aku yang aku rasa pelik adalah
aku suka letakkan hidden message dalam barang aku.

So,
dari gambar tabung di atas,
tiga tabung itu mewakili tabung untuk 50sen, 20sen, dan 10sen.

Soalan aku,
mana satukah tabung
untuk 10sen, 20sen dan 50sen?
Klunya ada tertera di dalam gambar.


SELAMAT MENEKA!

postquam-scriptum:
Tajuk entri tak ada kena mengena.
Hanya tajuk lagu yang penulis dengar waktu menaip entri ini dari laptopnya.
Dr. Kronik - Hidup-hidup Dibakar

Oct 15, 2010

Asal Usul cErolian

dua-tiga-lima
Maaf...




nero nadea nerdy:
cEro, apa maksud cerolian?
dan mengapa kau tamo tunjuk muka kau?

ok, itu sahaja soalan dr para juri.
ngeh..ngeh..

Terima kasih nadea,
terima kasih para juri..

Nadea seorang blogger dan photographer yang comel.
OK, kalau nak perkhidmatan dia, contact kat blog dia.

Bagi menjawab soalan pertama.
'Apa maksud cerolian?'
Ceritanya agak sedikit memalukan.

Bagi yang belum tahu,
hobi aku sejak kecil adalah tengok langit, terutamanya langit malam.
Bukan berangan, cuma pandang isi langit dan kosong.

Dan kalau kalian belum tahu,
aku suka main game Pokemon.
Salah satu dari pekan dalam game tu bernama Cerulean City.

Aku buka google, aku cari definition 'cerulean'
Maka,
ce·ru·le·an [suh-roo-lee-uhn]
    –adjective, noun 1. deep blue; sky blue; azure.

Cerulean adalah warna biru langit yang selalu aku pandang.

Aku kagum!
Dan masa tu, aku baru nak buat blog.
Dalam hati, nak pakai nama tu untuk URL
Tapi dah memang perangai aku bertangguh dari dulu.
Sebulan kemudian baru aku buat blog.

Masa nak buat blog, aku lupa nak eja cerulean.
Jadi, oleh sebab aku pakai nama cEro,
aku nak (konon) twist sket nama jadi cErolean.
Tapi, masa menaip URL, konon laju,
aku tertaip 'cerolian' tanpa disedari..

Bila aku sedar hal tu,
aku dah ada beberapa blogger yang link-kan aku ke blog dia.
So, walaupun boleh tukar URL,
tapi nak beritahu blogger berkenaan bahawa link URL aku dah bertukar adalah kerja penat.
Jadi, aku biarkan..

Maka, jadilah 'cErolian' instead of 'cErolean' yang berasal dari 'cerulean' yang bererti biru langit.






Untuk soalan kedua,
aku tak tunjuk muka sebab aku tak hensem.
Kalau tunjuk, jadi bahan ketawa je..
Tak caya, cari aku kat Facebook.




postquam-scriptum:
Saja nak uji pembaca setia semua,
entri di berada bawah kategori 'cite tipu'
Jadi, kalian rasa cerita ni tipu ke, cerita betul?

Aug 25, 2010

Tangan yang Memegang Pensil

One-less-to-one-ninety
I'm sorry...


Tiba-tiba adik aku bertanya,
"Kenapa dah lama tak nampak Alang pegang pensel ek?"


Jika hobi korang mengumpul setem,
dan tiba-tiba hasil setem kumpulan korang hilang,
korang masih boleh mula kumpulnya kembali.

Jika hobi korang bermain bola,
dan tiba-tiba but korang terkoyak,
korang masih boleh beli but baru.

Jika hobi korang blogging,
dan tiba-tiba blog korang diserang virus,
korang masih boleh buat blog yang baru.

Tapi, jika hobi kalian melukis,
dan tiba-tiba kalian hilang kebolehan melukis,
bagaimana kalian nak teruskan hobi kalian??


Pernah aku beritahu di entri terdahulu,
aku kehilangan kebolehan melukis akibat terlibat dalam satu kemalangan motosikal.
Namun, apa yang aku tak beritahu adalah
tiada seorang pun dari ahli keluarga aku tahu hal itu.

Dalam keluarga, aku mengambil peranan sebagai
'anak yang banyak rahsia'
kerana peranan itu sesuai untuk aku.
Pada aku, selagi aku mampu teruskan hidup sendiri
aku akan sedaya upaya tidak menyusahkan dan membimbangkan keluarga aku.
Termasuklah mereka tidak tahu aku pernah kemalangan motosikal
dan mengakibatkan otot dan pergerakan tangan kanan aku tidak secekap dulu.

Kini, aku nak lukis garis lurus pun satu cabaran besar.

Pernah sekali, aku ke pameran lukisan di sebuah galeri seni.
Aku berdiri di hadapan sebuah lukisan..
Tanpa aku sedari, air mata berlinang,
Aku sedar air mata itu selepas seorang atendan menyapa
"Kenapa adik menangis?"
Mungkin padanya aku menghayati lukisan itu.
Namun, pada aku,
menjadi pelukis adalah cita-cita pertama aku.
Dan sejak kecil, aku berusaha menggapainya.


Sekian lama aku tinggalkan pensel aku.
Sekian lama buku sketch aku tidak diusik.
Beritahu kepadaku,
patutkah aku cuba melukis kembali dari awal?
Seperti kembali mengumpul setem yang hilang?
Seperti kembali membeli but yang koyak?
Seperti kembali membuat blog baru?
Apa jawapan aku patut beri kepada soalan adik aku tu?

untuk kembali melukis
Patutkah aku?
patutkah?

Jul 23, 2010

Hikayat Cemburu

one-six-eight
I'm sorry..



Sila baca cerita di bawah dan beri komen dengan sejujur mungkin.


Seorang lelaki bernama A sukakan seorang perempuan bernama S.
Satu hari A luahkan perasaan terhadap S.
Malangnya S menolak cinta dia, A pasrah.

S kemudian baik dengan M yang merupakan kawan kepada A.
Lama-kelamaan S dan M semakin rapat dan akhirnya mereka couple.

M tahu tentang A yang pernah luahkan perasaan terhadap S.
Namun, persahabatan M dan A masih elok dan utuh.

Dengan alasan couple,
M mahu berkenalan dengan kawan-kawan S,
dan juga sebaliknya, mahu S mengenali kawan-kawannya.


Satu hari, M nampak S kekasihnya berdua dengan A.
Cemburu menguasai diri kerana sejarah bahawa A pernah luahkan perasaan terhadap S.
Namun S berkata,
"Bukankah awak yang suruh saya lebih mengenali kawan awak dengan lebih rapat?"
Demikian, M dapati ianya logik dan lepaskan begitu sahaja.

Namun hari demi hari,
dalam pandangan M, S dan A makin rapat.
Jika A terserempak M bersama S, pasti A akan tegur S dahulu sebelum M.
Jika ada tempat duduk kosong di sebelah M dan S,
A akan pilih tempat duduk sebelah S berbanding M.
Ketika S berbual dengan A, dia akan gelak ketawa
tetapi bila S bersama M, dia tak gelak ketawa seperti bersama A.

Pada M, A sengaja ambil kesempatan mahu mencuri hati S.
Dan pada M juga, jika hal ini berterusan, S mungkin akan menyukai A.
Maka, M meminta S agar tidak terlalu rapat dengan A.

"Apa masalah awak?? Bukankah awak yang cadangkan dahulu yang saya patut rapat dengan kawan-kawan awak?? Sekarang awak nak jealous??"
M dan S bergaduh besar.

Lalu, M dapati dari kawan yang lain,
sejurus selepas mereka bergaduh besar,
S menelefon A untuk meluahkan rasa kecewanya terhadap M.
M kecewa, marah dan serba salah.

M tak mahu bertelagah dengan A
kerana padanya A adalah kawan baiknya.
Namun dalam masa yang sama, kalau dia tak lakukan apa-apa
hubungan M mungkin berakhir dengan keputusan S bersama A.


Dan, M berjumpa aku.
Dia bertanyakan pendapat aku.

Aku tak mampu beri apa-apa cadangan
sebab pandangan aku terhadap perasaan cemburu
sangatlah tak boleh pakai sebab itu kelemahan aku.

So, soalannya:

  1. Apa patut M lakukan?
    Sound A?
    Sound S?
    Sound dua-dua?

  2. Jika perlu cari siapa salah, SIAPA SALAH?

  3. Apa sebenarnya cemburu??
    Cemburu tanda sayang??
    Cemburu memakan diri??

Tolong aku bantu kawan aku sorang ni..
Dah macam zombie dah aku tengok dia...

p/s:
A, S dan M dalam cerita di atas TIDAK ADA KENA-MENGENA dengan mana-mana orang yang pernah aku sebutkan dalam blog ini.


Jul 16, 2010

Adakah Aku Hensem??

one-six-four
I'm sorry...




OK!!
Sebelum kalian baca lebih lanjut
aku nak beritahu yang ini hanya suka-suka
bukan sebab aku perasan aku tak tahu malu
OK? Set that in mind, bebeh...


Aku google image perkataan Handsome, kuar result budak ni...CHOMELLL KAN???


Adakah aku hensem??
Pernah tak kalian berdiri depan cermin
dan tanyakan diri soalan tu??
(obviously kalau korang perempuan, soalan akan jadi 'Adakah aku cantik?')

Soalan itu muncul dalam diri aku baru-baru ni je..
Sebelum ni tak pernah pun..
Aku tak pernah amik port pon sama ada hensem ke tidak..
So, kali ni
aku perlukan jawapan..

Bermula dengan bertanyakan adik aku,
(
A untuk Adik, C untuk aku)

C : Alang hensem tak??
(Adik aku pandang aku, dan dua saat kemudian terus pandang TV balik mengendahkan aku..)
C : Oit!! Orang tanya ni!! Alang hensem tak??
A : TAK!!

Oleh sebab aku banyak buat kacau dengan dia, jadi aku rasa dia takkan bagi jawapan yang jujur.
Jadi, aku pergi tanya Mak aku..
(
M untuk Mak, C untuk aku)

C : Emak, alang hensem tak??
M : Mestilah anak mak hensem
(Mak aku jawab dalam masa 0.2 saat..sangat pantas..)

Oleh sebab mak aku adalah mak aku,
dia takkan nak kata anak dia tak hensem kan??
Mesti dialah beritahu aku hensem sedangkan mungkin aku tak..
Sebab aku tak dapat bayangkan mak aku sendiri cakap aku tak hensem.
So, jawapan dia meragukan,
lalu aku ambil keputusan tanya orang yang tak ada talian darah dengan aku.
Ms cuAtro merangkap kawan merangkap jiran aku.
Aku call dia dari rumah.
(
Cu untuk Ms cuAtro, C untuk aku)

C : Wey, aku ni hensem tak??
Cu: Eh??
C : Jawab laa, aku ni hemsem tak??
Tuuut...Tuuut...Tuut...

Ms cuAtro matikan panggilan..
Adus!!
Soalan senang pun susah nak jawab ke??
Oleh sebab dia kawan aku merangkap jiran aku,
jadi mungkin dia nak jaga hati aku..
Jadi ambil keputusan tak nak jawab..


Orang yang paling sesuai jawab soalan aku adalah orang luar yang tak kenal aku langsung.
Jadi, aku rembat moto aku, dan keluar..

Cik Misnah, cashier 7Eleven kat kawasan rumah aku.
(
Ms untuk Cik Misnah, C untuk aku)

C : Hai cik, tanya sikit..
(sambil bayar duit aiskrim..)
Ms: Yaa??
C : Saya ni hensem tak??
(Suasana terdiam seketika..)
Ms: Saya patut jawab apa??
C : Jawab laa sejujur hati..
Ms: Saya tak nak jawab laa..

Akhirnya, aku tak dapat jawapan..
Aku blah dari 7Eleven dan lepak tepi taman mainan kanak-kanak makan aiskrim.
Aku nampak seorang budak perempuan dalam umur 8-10 tahun.
(
Bp untuk Budak Perempuan, C untuk aku)

C : Dik, tanya sikit..
Bp: Kenapa??
C : Abang ni hensem tak??
Budak tu pandang aku terkejut..Lalu berpusing dan berlari ke arah rumah dia.
Bp: MAAAKKK!!! TOLONG!!!

Alamak!!
Dia pikir aku ni jahat ke??
Pedofilia?? Adus!!!
Aku pun blah dari situ dengan Elisaku.

Aku pergi stesyen minyak Shell nak isi minyak moto..
Masa bayar kat kaunter, aku tanya kat cashier dia (perempuan).
(
Ca untuk Cik Cashier, C untuk aku)

C : Tanya sikit..Saya hensem tak??
Ca: Encik, sila ke tepi, ada pelanggan lagi di belakang..

Perghh!!!!
Dia pikir aku nak ayat dia ke hape??
Nak jawab pun susah ke??
Aku blah dengan perasaan marah..

Last-last,
aku balik rumah.

Adik aku terpa ke arah aku..

A : Alang yang HENSEM..
C : Apsal nih??
A : Hantar orang ke pekan jap, ada nak beli barang laa..
C : Oooo, bila nak mintak tolong baru panggil HENSEM kan??




p/s:
Bagi yang berjiwa kudus, 'hensem' adalah 'handsome'
bererti kacak dan tampan.
Ada ke orang kudus yang tak tahu apa tu hensem??


Soalan:
Adakah anda hensem??

Sila jangan jawab sebab ak tahu aku tak hensem..


Jun 15, 2010

Nak Tukar Angin...

one-three-eight
I'm sorry


Aku, kalau dah suka, aku setia..
same goes to blogging..

Tapi, tak salah kalau tukar angin sekali sekala..

Di bawah adalah beberapa contoh background blog ni yang pernah aku pakai satu tika dulu..
Boleh tak kalian tolong pilih satu jenis dan bagitau kenapa?
Kalau semua tak menepati citarasa kalian
suggestkan kombinasi warna yang sesuai untuk aku jadikan background..
Tapi nak kekal yang sedia ada pon okey..

Pilih laa yek!!!
Dan komen sejujur yang boleh..
drag cursor ke gambar untuk ketahui namanya
(blog ini mengamalkan prinsip jujur dalam mengomen..hehehe)





Jun 14, 2010

Apakah?? Bantu aku..


Klik untuk PEMBESARAN MEGA!!!


Aku baru balik dr bercuti..
Semalam, aku bukak gallery henset aku
dan ternampak satu gambar ni..
Aku tak ingat bile aku tangkap
tp aku rasa ada yg tak kena dgn gambar ni..
Tapi ape ek??


Apakah??
Bantu aku..

Apr 6, 2010

Graffiti : Seni atau Masalah?

this is ninetieth..
..and I'm sorry!!


Graffiti adalah dari perkataan itali Graffitio bermaksud 'lorekan' atau 'scratched'..
Ianya satu seni yang telah wujud dari zaman Greek Purba dan Empayar Roman lagi..
Namun,
di zaman moden ini, tiada lagi lorekan,
tetapi lebih kepada penggunaan bahan moden seperti cat spray, cat air dan marker.
Kebanyakan graffiti mengenengahkan pandangan mereka tentang situasi seperti politik, ekonomi dan sosial.


Ini adalah antara graffiti terawal, yang bercerita tentang peristiwa Jesus disalib, terletak di Bukit Palatine, Rom.


Mari kita hayati antara contoh graffiti di atas muka bumi ini:









Untuk lebih lagi Graffiti menarik, sila ke sini.
Untuk tahu lebih lanjut tentang perihal Graffiti, sila ke sini.


************************

Graffiti dianggap masalah kepada sesetengah pihak
kerana kebanyakkannya dilakukan secara haram tanpa kebenaran tuan dinding..
Lihat saje graffiti di tebing Sungai Klang dan Sungai Gombak kat KL..
Sesetengahnya tak lawa mana pon,
wat cacat pemandangan je..
Namun,
bagi aku, kalo disalurkan ke tempat yang betul,
kita boleh memanfaatkan seni Graffiti ni sebaiknya..


What say you??

sumber:
Web Designer Depot
Wikipedia

Apr 2, 2010

Hanya Kerana Aku Hanya Ada Motosikal, Adakah Aku Paling Bawah Dalam Ranking Manusia?

this is eighty-sixth..
and I'm sorry!!!


Dalam kelas memandu, penunggang motosikal diminta berada di kiri lorong paling kiri jalan (jika tiada laluan khas motosikal) atas alasan mereka berkelajuan rendah dan berisiko tinggi.
Namun,tahukah anda, apa lagi yang berada di kiri jalan?
Lori, bas, treler dan segala yang bersaiz lebih 5 kali ganda dari motosikal.
Juga sampah sarap, ranting kayu, kulit durian dan sisa kemalangan.


Baiklah, cukup mukadimah..
Satu hari aku menunggang motosikal menuju Sri Kembangan.
Jalannya, bagi yang tahu, a bit tricky..
Sekejap kena berada di kanan, sekejap ada susur kiri..

Seketika, semasa aku berada di laluan yang betul,
tetiba, out of sudden, poop..
Ada sebiji Kelisa menukar laluan tiba-tiba dari kanan ke laluan aku..
Maka bertemulah sisi keretanya dengan hadapan kudaku itu..
Aku hon, dia berhenti!
Dia, seorang lelaki pertengahan 20-an berpakaian kemeja seperti pekerja pejabat, keluar..
Meninjau kesan pelanggaran, keretanya kemik sedikit, sedangkan muncung kudaku pecah..


"Apa ni brader, ada duit ke nak bayar!!!" dia bersuara.
Aku tetap di moto, diam membisu bersabar..

"Dah tahu bawak moto, duk laa tepi tu elok-elok.."
sekali lagi mulut dia berbunyi..
"Takde mata ke?? Dah nampak aku nak ke kiri, slow arr moto tu.."
"Dasar Mat Rempit tak reti bahasa.."


Tetiba aku rasa mulut dia busuk,
lebih busuk dari longkang..
Dengan urat yang timbul di dahi,
aku datang rapat ke dia dan pegang bahu dia..



"Nenek saya kata, nak tukar laluan, BAGI SIGNAL, TENGOK CERMIN dan bila SELAMAT, BARU TUKAR LALUAN.."
Dia dah muka kelat sebab aku sentuh dia..
"Macam encik, encik dah skip 3 steps, pastu tukar laluan..
Nampak gaya nenek saya lebih pandai dari encik..."


Dia alih tangan aku..
"Saya memang Mat Rempit tak guna..
Dengan sekali libas, saya boleh buat encik terbaring berdarah dengan helmet ni.."

sambil aku pegang helmet..
"Bagi saya RM50 untuk repair muncung moto ni, dan saya akan blah tanpa calar.."

Brader tu terdiam,dah cuak rasenya,
Dia hulur RM30 sebab katanya tak cukup duit..

Aku ambik, blahh...
Tapi sebelum tu, aku tendang tercabut cermin sisi dia dan berkata,

"Kalau taknak pakai cermin, takyah pasang...
Baru naik kereta kelisa dah besar kepala.."


************************************

Hanya kerana aku bermotosikal, sume orang berkereta fikir aku rempit?
Hanya kerana aku bermotosikal, orang lain tak perlu hormat aku?
Hanya kerana aku bermotosikal, salah orang adalah salah aku?
Hanya kerana aku bermotosikal, takde mak bapak yang nak bermenantukan aku?
Hanya kerana aku bermotosikal, aku samseng?
Kalau samseng yang korang nak, samseng yang korang dapat...



Kalau begitu laa akibatnya, biarlah aku bermotosikal sampai ke tua pon..
Best gak jadi boss syarikat besar tapi gi kerja guna moto je, kan??
Hina sangat ke orang yang tunggang motosikal ni??

Mar 29, 2010

Cari idea untuk blogging atau ada idea baru blog?

Ini kelapan puluh empat..
..dan maafkan aku..




Just nak tanya,
antara kalian semua musti menganggap diri sebagai blogger tegar..
So, aku nak tanya,

  1. Adakah anda mengorek idea untuk menulis blog? atau...

  2. Anda menulis blog hanya bila ada idea?


Aku cukup taksub baca blog orang len yang update tiap2 hari..
Sebabnya,
1st, diorang ada masa ek nak blog tiap2 hari, takde keje ke??..
2nd, banyak btol idea diorang tiap2 hari mende baru..

abaikan blog yg byk plagiat n
'copy paste' dari wikipedia, aku respek blog personal yang setiap entri musti perkara baru..TABIK!!!

Aku spend dalam 30min hingga 1 jam untuk tulis entri baru..
cukup dengan gambar, link, spellproof dan sebagainya.
Kalian bagaimana???


p/s:
Camne susah nak cari idea baru,
susah lagi nak maintain unique visitors.
Arrggghhh!!!!!!

sumber gambar En. Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License