Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================
Showing posts with label ENAM. Show all posts
Showing posts with label ENAM. Show all posts

Jan 10, 2018

6 Lagu yang Membawa Aku Kembali ke Zaman Silam


Salam.

Petang. Kita kepenatan.
Masuk bilik nampak katil memanggil-manggil.
Sebelum rebahkan diri, kita tekan suis ON pada radio.
Kita hempas diri atas katil yang empuk.
Mengeluh panjang bukan merungut, tapi kelegaan.
Penyampai radio berceloteh entah apa yang dibualkan.
Bukan kita tak dengar, tapi malas nak ambil kisah.
Katil dan bantal patut lebih diberikan prioriti.

Selepas itu, berkumandang satu lagu dari radio tadi.
Mendengar lagu itu, terus kita beliakkan mata.

Entah macam mana, lagu itu terus membawa kita ke memori satu ketika dahulu.
Secara tiba-tiba, kenangan pada waktu itu datang seperti air yang keluar dari kepala paip yang dipulas.
Kenangan yang manis buatkan kita tersenyum.
Kenangan yang pahit buatkan kita termenung.




Itu, para pembaca sekalian,
dipanggil 'music-evoked autobiographical memories', atau MEAM.
satu fenomena dalam sains kognitif yang (percaya atau tidak) masih tidak mampu diterangkan secara terperinci oleh para saintis masa kini.

Nope!
Ini bukanlah post ilmiah yang bercerita tentang MEAM
walaupun aku suka berborak pasal hal ini kalau dapat bersemuka face-to-face.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang MEAM,
dari Google boleh dapat lagi banyak info tentangnya.

Entri kali ini aku nak bercerita tentang ENAM lagu yang mampu membawa aku kembali ke zaman silam. Lagu-lagu ini adalah antara contoh MEAM yang berlaku pada diri aku.





1. DAN DAN Kokoro Hikareteku (Field Of View)

"DAN DAN 心魅かれてく
その眩しい笑顔に
果てない暗闇から飛び出そう Hold my hand"


Ya. Betul.
Lagu ini adalah lagu OPENING untuk anime Dragon Ball GT.

Sebenarnya masa aku kecil, aku lebih awal terdedah dengan Dragon Ball GT berbanding Dragon Ball Z walaupun secara kronologinya aku patut layan DBZ dulu berbanding DBGT.
Entah macam mana ceritanya, dekat rumah aku ada satu pita video Dragon Ball GT episod orang jahat Baby datang serang Bumi (Ya, aku sempat hidup dalam zaman pita video kaset yang kena main dengan VCR player tu. Aku purba). Aku mula kenal Dragon Ball daripada pita video itulah. Masa itu, anime Dragon Ball yang tayang di TV2 pagi sabtu ahad tu baru masuk episod awal-awal, episod Goku lawan Tentera Reben Merah. Jadi, jalan cerita DBGT agak tak masuk akal. Tapi berkat kegigihan, aku mula follow Dragon Ball yang ditayangkan di TV itu dan mana episod yang aku terlepas, aku ganti dengan bacaan komik Mutiara Naga. Dari situlah aku mula minat melukis.

Sebab itu kalau kalian sedar, lukisan komik aku ada pengaruh Dragon Ball yang kuat.

Lagu DAN DAN ini sangat menggamit zaman kanak-kanak aku. Tiap kali aku terdengar lagu ini, aku akan terkenang zaman hingusan aku dulu. Aku ulang tengok pita DBGT tu berulang kali sampai hafal lirik lagu dan dialognya. Dari situ juga aku mula minat bahasa Jepun. Dalam masa yang sama, fenomena Dragon Ball sangat terkenal seluruh Malaysia. Kanak-kanak (dan remaja) sebaya aku gigih kumpul kad dagangan (trading card) Dragon Ball dan saling bertukar-tukar kad dengan kawan. Masa itu, siapa ada kad yang rare, dialah power.

Bila fikir balik, mana pergi ek kad-kad aku tu semua?
*gosok dagu*




2. JIKA (Melly Goeslaw)

"Jika memang masih bisa mulut ku berbicara
Santun kata yang ingin terucap
Kan kudengar caci dan puji dirimu padaku..."


Lagu ini lebih spesifik. Tiap kali dengar akan bawa aku ke umur 16 tahun di mana aku sedang berada dalam bas yang dipenuhi dengan ahli kadet bomba daerah sedang dalam perjalanan pulang dari perkhemahan peringkat negeri. Waktu itu sudah masuk malam, hujan turun renyai dan titisan air di tingkap bas berlumba-lumba meleleh serong. Lagu inilah yang bermain di corong radio bas ketika itu.

Bas penuh dengan ahli kadet. Masing-masing lena kepenatan. Bau masam peluh dan tanah jelas terhidu. Sebahagiannya adalah pelajar sama sekolah dengan aku, sebahagian lagi adalah pelajar sekolah lain sekitar daerah yang sama. Ada lelaki, ada perempuan. Kami kenal (dan rapat) kerana perkhemahan itu. Mana tidaknya, dua bulan sebelum perkhemahan, kami sudah berkumpul untuk berlatih aktiviti seperti kawad kaki dan beberapa aktiviti fizikal yang lain.

Lagi menggamit memori, akulah ketua platoon rombongan itu.
*gosok bahu*




3. DARI KEKASIH UNTUK KEKASIH

"Entah berapa kali kucuba membohong hatiku ini.
Hebat dilanda rindu padamu namun semua alasan..."


Dicipta oleh M. Nasir dan dinyanyikan oleh Hattan,
aku tak pasti tajuk dia 'untuk' atau 'kepada'.
Lagu ini membawa aku ke zaman kolej dahulu.

Salah seorang senior aku (perempuan) sangat gilakan Mawi. Pada waktu itu, fenomena TsuMawi sedang berlaku. Senior aku ini (aku namakan dia F) beli satu VCD koleksi video muzik lagu nyanyian Mawi semasa di dalam Akademi Fantasia. F ini mahu 'rip' video tersebut tapi dia tidak tahu nak buat macam mana, jadi dia minta tolong aku. Disebabkan 'rip' video daripada VCD bukanlah susah mana, jadi aku tolong.

Salah satu lagu nyanyian Mawi semasa di dalam Akademi Fantasia ialah lagu Dari Kekasih Untuk Kekasih ini.

Pendekkan cerita, disebabkan pertolongan itu kami jadi rapat. Cukup rapat sampai menjadi buat mulut gosip para penghuni kolej yang lain bahawa ada 'senior perempuan bercinta dengan junior lelaki'. Jujurnya, aku memang senang dengan F ni, dan aku rasa pun si F ni senang dengan aku. Walaupun senior, tapi kami tiada kasta jadi hanya ber'saya-awak'. Pada hari jadi aku, dia beri hadiah sesuatu dengan kad tertulis 'walaupun kau bukan kekasih, namun bukan sekadar teman biasa...' di mana aku rasa itu lirik satu lagu yang aku tak pasti melodinya macam mana.

Kedengaran sweet, kan?
NOPE!

Rupanya F sebenarnya sudah bertunang. Tunang F sendiri telefon aku beri amaran supaya jauhkan diri aku dari tunang dia. Aku tak tahu F bertunang sampailah terima panggilan itu. Sampai sudah F berdiam diri, tak mengakui dia sudah bertunang dan tidak menafikan bila aku tanya.

Aku tak mahu jadi watak dalam drama, jadi aku jauhkan diri dari F. Sejak itu, aku akan jauhkan diri aku dengan sesiapa pun kawan perempuan yang sudah ada komitmen (ada pasangan, tunang, mahupun isteri orang)

Baru-baru ini ada satu drama di TV yang mainkan lagu ini sebagai lagu tema, dan aku tonton drama itu. Cuba teka siapa yang tidak senang duduk depan TV bila asyik terimbas kembali kenangan lama tanpa diundang?
*geleng kepala*




4. TENTANG SESEORANG (Anda)

"Cinta hanyalah cinta, hidup dan mati untukmu.
Mungkinkah semua tanya kau yang jawab..."


Semasa zaman universiti, aku ada satu kawan baik. Seorang perempuan. Bila habis kelas dan masing-masing buat hal sendiri, aku dan si M (bukan nama sebenar) ini akan pergi ke kompleks membeli belah untuk menyanyi di karaoke jamban sebagai satu wadah melepaskan tekanan. Pada yang tidak tahu, karaoke jamban ialah ruangan karaoke kecil yang meletakkan mesin karaoke dan dibayar ikut kadar coin yang ada. Lagu kegemaran kami, TENTANG SESEORANG dari Anda.

Lagu ini lagu wajib kami nyanyi dalam karaoke jamban selain beberapa lagu lain yang ada. Melodinya sedap, liriknya mudah dan tona nyanyian pun tak menderitakan. Dan berani aku katakan yang suara aku sedap bila nyanyi lagu ini *batuk batuk*

Ya. Lagu ini ibarat lagu tema untuk aku dan kawan baik aku si M itu. Jatuh bangun kami bersama. Semua rahsia kami kongsi, bincang dan gelakkan. Pada saat itulah aku dapat rasakan saat-saat manis seronoknya ada seorang kawan baik perempuan.

Tahu kan orang ada kata yang lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik sebab nanti akan ada yang terluka? It turns out that benda itu betul. Salah seorang daripada kami telah pun melangkaui garis sempadan dengan meluahkan perasaan 'lebih dari kawan' kepada seorang lagi. Dan sejak dari itu, things were never be the same again.

But tiap kali aku pergi karaoke, aku tetap akan pilih lagu ini. Sebagai tanda hormat pada kenangan.
*tangan di dada*




5. HANABI (Mr. Children)

"決して捕まえることの出来ない
花火のような光だとしたって
もう一回、もう一回
もう一回、もう一回 "


Jadi, kalau kalian cukup lama baca blog ini kalian akan tahu betapa signifikannya lagu ini kepada aku. Lagu ini mengingatkan aku kembali kepada saat aku buat keputusan yang paling bodoh sekali dalam dunia.

Lagu ini adalah lagu tema untuk drama Jepun, Code Blue. Semasa aku sedang rajin melayan satu persatu drama ini, pada masa yang sama aku sedang berkenalan dengan seorang perempuan, L (partly nama sebenar). Pendekkan cerita (sebab kalian boleh tahu cerita panjangnya), kedua-dua kami masing-masing ada perasaan terhadap satu sama lain tapi masing-masing tidak pernah berkata apa-apa, or at least, aku tetap terus menidakkannya.

Kami banyak luangkan masa bersama, bergurau senda, sakat-menyakat, keluar bersama, sampai ke tahap aku sudah pernah bertemu empat mata dengan abah dia sendiri di rumah dia sendiri, tapi masih aku menidakkannya. Aku tetap kata ini semua hanyalah 'rebound', disebabkan aku baru sahaja putus hubungan dengan seseorang pada ketika itu. Kemuncaknya, si L mahu kata putus, dan aku pilih TIDAK. Dan itu adalah keputusan paling bodoh pernah aku buat dalam hidup.

Tiap kali lagu HANABI ini berkumandang di corong music player aku (sebab ada dalam playlist), tiap kali itulah aku termenung tengok dinding putih menyesali apa yang pernah aku putuskan. Me sucks!
*ketuk kepala sendiri*




6. TALKING TO THE MOON (Bruno Mars)

"My neigbors think I'm crazy
but they don't understand.
You're all I had. You're all I had."


Lagu ini adalah lagu 'aftermath' kepada cerita di atas.

Selepas buat satu keputusan paling bodoh dalam sejarah manusia pernah buat, aku asyik fikirkan apa yang akan berlaku kalau aku buat keputusan sebaliknya? Apa yang boleh aku lakukan untuk terus hidup dalam keputusan ini? Adakah peluang lagi untuk aku patah balik? Apakah cara terbaik untuk aku perbaiki segala yang telah berlaku?

Disebabkan semua persoalan di atas (dan banyak lagi) ini aku selalu fikirkan seorang diri di dalam bilik sambil merenung langit malam melalui tingkap, maka kebanyakannya hanyalah soalan monolog dalam aku tanya kepada bulan. Dan bila aku terdengar lagu 'Talking to The Moon' ini, sudah tentau aku terbayangkan muka hodoh aku duduk tepi tingkap meratap takdir kisah cinta gagal yang terjadi atas kebodohan aku sendiri.

Lagipun, masa bersama si dia dulu, bulan adalah satu objek yang aku rasa sangat estetik di mana tidak kira di mana kami berada, jauh atau dekat, bila kami lihat bulan di langit malam, kami sedang lihat pada bulan yang sama. Seperti satu bebenang ghaib panjang yang menghubungkan kami tidak kira di titik mana kami berada atas muka bumi ini.
*ewah*




========================= ============


Dan itulah ENAM lagu yang mampu membawa aku mengimbau kenangan silam.
Ada beberapa lagi tapi aku terhadkan hanya ENAM sebab aku tahu,
walaupun aku tulis hanya ENAM, tapi masih ada yang tak baca sampai habis pun hahahahahahaha

"Yo, C! Kenapa kau suka sangat imbau kenangan silam ek? Tak boleh move on ke?"

Aku percaya tidak semua memori akan hilang dengan mudah dari dalam kepala. Sesetengah memori, sama ada manis atau pahit, akan tetap tercetus balik jika ada pengaruh-pengaruh yang tertentu (seperti kes di atas, lagu). Kita tidak boleh senang-senang lupa benda yang kita nak lupa. Dan pada aku, cara terbaik untuk terus hidup dengan kenangan sekejap hilang sekejap muncul ini adalah dengan bercerita tentangnya. Sama ada kenangan itu manis atau pahit, kita tidak boleh nafikan bahawa kenangan itulah yang menjadikan kita seperti diri kita sekarang. Jadi aku pilih untuk bercerita tentangnya di sini, di dalam blog peribadi aku ini, bukan bermakna aku tidak boleh move on, tapi ini bermakna aku move along with them all. Benda yang tidak boleh kita tinggalkan, jadi kita galas bersama ke depan dengan senyuman.

Jadi,
kalian ada lagu yang menggamit memori?
Memori indah atau memori pahit?
Lagu apa? Macam mana ceritanya?
Ada lagu khusus yang mengingatkan kalian tentang aku tak?
Hehehe





.

Jan 3, 2018

6 Peringatan Aku Bawa dari Tahun 2017 ke Tahun 2018.



Salam.

Pada saat aku taip entri ini,
2018 belum berkunjung tiba.
Tapi atas sebab-sebab tertentu, aku sambut tahun baru seminggu awal dari masa sepatutnya.
Jadi...

Selamat Tahun Baru 2018.


Yass!


Nak atau tak, tahun baru bermaksud umur baru.
Kita yang sekarang adalah hasil daripada semua pengalaman yang pernah kita alami,
dengan kata lain, pengalamanlah yang mengajar kita dan menjadikan kita diri kita yang sekarang.

Pengalaman adalah satu proses.
Dan produknya adalah kita.

Dengan itu,
hari ini aku nak berkongsi ENAM (6) peringatan yang aku bawa dari tahun 2017 ke tahun 2018.



1. ADA DUA JENIS ORANG DALAM HIDUP KITA.

Secara asasnya, ada dua jenis orang yang wujud dalam hidup kita.
Pertama, YANG SEMENTARA; dan yang kedua, YANG KEKAL.

Golongan sementara merangkumi hampir 98% orang yang kita kenal.
Mereka jenis yang datang dan pergi. Hanya bersinggah sementara.
Tapi dalam golongan sementara ini, ada yang aku kategorikan sebagai parasit.

Kalau kalian baca entri-entri lepas,
aku selalu sentuh pasal golongan yang 'bila sudah dapat (atau tidak dapat) apa yang dia mahu, dia akan pergi'.
Itulah parasit.
Mungkin orang yang baca entri-entri itu fikir aku hanya merujuk kepada satu (dua) orang spesifik sahaja, tapi untuk tahun 2017, aku jumpa 8 orang jenis macam itu secara spesifik.
Mereka rapat dengan aku hanya bertujuan,
jadikan kita hanya sebagai tools, alat untuk mereka kecap sesuatu.
Bila mereka sudah dapat apa yang mereka nak,
atau mereka rasa mereka takkan dapat apa yang mereka nak,
dia blah. Chiaw. Yilek. Null.

Aku yakin dalam hidup kalian pun ada kenal seorang dua daripada golongan parasit macam ni, kan?
Jauhi mereka. Mereka tidak bawa apa-apa kebaikan untuk kita.


Golongan yang kekal adalah mereka yang sentiasa ada di tempatnya tidak kira apa pun.
No matter who you are,
where you're from,
what you did, mereka akan sentiasa ada di tempat mereka.
Dia mungkin tidak rapat, tapi tidak kira apa, dia tidak berganjak.
Dia tidak akan menjauh, dia mungkin akan lebih rapat.

Ibu bapa, adik-beradik, keluarga? KEKAL.
28K followers di Instagram? SEMENTARA.
Kawan yang setahun sekali jumpa tapi masih rapat dan akrab? KEKAL.
Kawan yang ajak belanja minum sebab nak jual MLM? PARASIT.
Kawan sekolah yang suka tanya kita kerja apa padahal seribu kali dah kita beritahu? SEMENTARA.
Orang yang DM kata kita ni crush dia padahal bila kita tak layan dia kata kita sombong dan burukkan pada orang lain? PARASIT.
That person yang selalu RT dan FAV tweet kita? SEMENTARA (KOT)
Kawan yang tanya kita 'are you OK?' bila nampak status panjang lebar kita di FB? KEKAL.

Tipsnya,
banyakan yang KEKAL. Kurangkan yang SEMENTARA. Jauhi PARASIT.

Ya, aku tahu.
Ultimately kita semua SEMENTARA. Semua orang akan pergi juga.
Tapi aku sedang bercerita tentang kehidupan.
Alam selepas kehidupan, itu sudah di luar cerita aku.




2. KITA TIDAK SELALU DAPAT APA YANG KITA MAHUKAN.

Perkara ini aku sudah pelajari melalui pengalaman sejak dari darjah 4 lagi,
bila aku kena reject dengan crush aku dan lepas tu dia pergi beritahu kawan-kawan dia dan kawan-kawan dia ejek aku selama berbulan-bulan.
(Wow, aku patut buat satu entri khusus tulis tentang cerita ini!)

Dari situ aku tahu,
kita selalu nak makan coklat yang diletakan di kaunter bayaran pasaraya
tapi kita tak ambil dan bayar sebab kita tahu,
tak semua perkara yang kita nak kita akan dapat.

Tapi, tahun 2017 mengingatkan aku kembali kepada pengajaran itu.

Pada tahun 2017 aku pernah buka hati aku untuk seseorang.
(Aku ada mention hal ni dalam entri lepas)
Aku tak boleh nak terangkan betapa susahnya aku nak buka hati,
tapi ia terjadi juga.
Tapi atas sebab-sebab yang aku tak boleh jelaskan secara terperinci,
aku dapat tahu peratusan untuk perasaan itu berbalas mungkin kurang dari 2%.
Jadi aku buat keputusan "Tak apalah! Lupakanlah!"

Ya, kalian mungkin akan kata aku cepat putus asa sebelum mencuba.
Tapi I don't really like rejections.
They make things become awkward.
Kalau aku luahkan perasaan dan aku kena reject,
suasana tidak akan kembali sama macam sebelum aku kena reject, kan?
Aku macam boleh okay lagi dengan suasana sekarang,
jadi aku buat keputusan untuk tidak teruskan hasrat hati.

(Oh, kisah ini pun patut ada entri khusus sendiri.)



3. SEMUA ORANG ADALAH PLAYER 1

Point ini juga aku selalu ulang dalam entri-entri lepas.
Tahu kan, masa naik kapal terbang, ada taklimat kecemasan sebelum berlepas,
kita diberitahu jika berlaku kecemasan
kita kena pakaikan topeng oksigen pada diri kita dulu
sebelum kita tolong pakaikan kepada orang lain, kan?

It's because we all are THE PLAYER 1.

Kalau kalian main game, kalian akan jadi satu watak dalam game tersebut.
You are PLAYER 1.
Kalian kawal wataknya, berjalan, berlari, bertarung.
Mati PLAYER 1, matilah kita.
Even kalau game itu ada multiplayer, dan kalian jadi PLAYER #2,
kalian masih lagi PLAYER 1, cuma sebagai PLAYER #2.
PLAYER #2 mati, maka matilah kita.

Begitu juga kehidupan.
Nak tak nak kita akan pentingkan diri kita sendiri,
walaupun kadang-kadang kita tak sedar.

Kita maki hamun orang yang halang laluan semasa dalam perjalanan pulang kerja,
tapi kita lupa, dia pun mahu pulang kerja juga.
Kita merungut cashier lambat kira barang di kaunter bayaran,
tapi kita lupa, itu mungkin hari pertama dia.
Kita cerita kisah putus cinta dengan salahkan pihak satu lagi
tapi kita lupa, belah kita pun ada salahnya juga.

My point is,
kalau kita faham yang semua orang adalah PLAYER 1,
kita akan faham semua orang sedang lalui pertarungan sendiri,
pertarungan dalam permainan yang digelar kehidupan.
Semua orang berjuang untuk diri sendiri.
Pertarungan kau susah tak bermakna pertarungan orang lain itu senang.

Cuma dalam kehidupan,
if you die, you die. No reset button.




4. PERCAYAKAN INTUISI DIRI.

Ingat lagi awal-awal entri tadi aku kata kita adalah produk kepada pengalaman?

Naluri atau intuisi juga terbentuk daripada pengalaman.
Macam mana kita tahu terjun dari ketinggian 50cm tidak akan menyakitkan?
Macam mana kita tahu terjun dari ketinggian 3 meter akan menyakitkan?
Ini kerana pada satu waktu dulu, kita pernah terjun cukup tinggi dan merasakan kesakitan.
Maka kita ada naluri, ada intuisi bahawa terjun lebih tinggi daripada terjunan sakit tadi juga akan mengundang kesakitan.
(Aku dapat rasa aku sedang merumitkan analogi)

Bayangkan kita tengah bercakap dengan seseorang.
Kita dapat rasa yang dia seperti tidak berminat dengan apa yang kita cakap.
Bagaimana kita tahu dia tidak berminat?
Bukannya dia beritahu kita pun, kan?

Itu semua datang dari naluri, intuisi.
Mungkin bahasa badan dia seperti tidak selesa.
Mungkin respon dia tidak seperti yang kita sangka.
Mungkin nada suaranya rendah menandakan dia tidak suka.
Semua itu kita dapat kesan dari naluri dan intuisi.
Dan naluri dan intuisi datang dari pengalaman.

Sentiasa percayakan naluri dan intuisi kita.
Dan bertindaklah ke arah yang sepatutnya.

Pendek kata,
kalau dah rasa orang tu tak suka, move on. Don't linger.




5. SENTIASA KENAL KELEMAHAN DIRI.

Orang ramai selalu salah anggap di sini.
Pada orang ramai, untuk maju, kita kena kenal kelebihan yang kita ada.
Sebab itu orang cantik nak jadi artis, selebriti, model.
Orang pandai nak jadi ahli akademik, saintis.
Orang petah bercakap nak masuk politik, pakar motivasi.

It's not wrong.
Tapi pada aku (secara peribadi) kalau nak maju,
kenali kelemahan diri.

Kelemahan orang Saiya dalam Dragon Ball adalah ekornya.
Jika ekor orang Saiya ditarik, maka badan mereka jadi lemah.
Sebab itu Goku potong ekornya.
Tapi Bezita (Vegeta) lagi pandai.
Dia latih ekor dia supaya tidak lemah apabila ditarik.
Malah ekor yang sepatutnya jadi kelemahan dia, adalah senjata terbaik dia ketika mula-mula datang ke Bumi menentang Goku.

Begitu juga kita.
Kalau kita dapat kenal kelemahan kita,
dan kita berusaha menanganinya,
aku yakin, kita semua akan terus maju
dan jadi lebih baik daripada sebelumnya, kan?

Aku ada BANYAK kelemahan.
Aku pemalas.
Aku tak cam muka orang.
Aku selalu sesat jalan.
Aku sangat sangat sangat suka bertangguh.
Aku rasa, kalau aku dapat lawan segala kelemahan aku itu
aku akan jadi diri aku yang lebih baik, kan?
Logik, kan?




6. TAK SEMUA ORANG SUKA KITA, TAPI HANYA SEGELINTIR SAHAJA YANG BERANI BERITAHU.

Hidup berpuluh tahun bergelumang dengan manusia mengajar aku
bahawa kebanyakan dari kita adalah hipokrit.
Termasuk diri kita sendiri.

Lumrahlah, ada yang suka kita, ada yang tak suka kita.
Yang suka itu bagus, tak ada masalah.
Yang tak suka pun pada dasarnya bukanlah satu masalah.
Tapi yang tak suka, tapi buat-buat suka, ITU MASALAH.

Tapi kalau kita cukup bersedia, kita akan faham bahawa
adalah normal bila kita tidak disukai seseorang.
Daripada kita pening kepala fikir kenapa orang tak suka kita,
baik kita terus fokus kepada orang yang suka kita.

Daripada pengajaran ini kita akan tahu
terdapat 3 jenis orang yang perlu kita hadapi:

1) Yang suka kita.
Kita layan sebaik mungkin. Hargai mereka. Sayangi mereka. Jangan khianati mereka.

2) Yang tidak suka kita.
Kalau mampu, berbuat baik kepada mereka. Kalau tidak mampu, abaikan sahaja mereka. Jika mereka tidak beri nilai tambah kepada kehidupan kita, kenapa perlu kita peduli?

3) Yang tidak suka kita tapi pura-pura suka kita.
Kenalpasti mereka ini. Awasi secara dekat. Kalau mampu, berbuat baik kepada mereka. Kalau tidak mampu, cukup sekadar jangan cari hal dengan mereka. Kalau mereka beri keburukan kepada kita, jauhi mereka. Yang penting, jangan balas apa yang mereka buat. Sabar, itu kuncinya.



------------------------- ------------


Terima kasih kerana membaca.
Mungkin ada bahagian yang kalian tak faham sangat apa aku maksudkan.
Sebab entri ini tujuan utamanya adalah sebagai peringatan kepada diri aku sendiri.
Jadi asalkan aku faham, sudah memadai.
Kalau-kalau satu hari nanti aku rasa putus asa dengan kehidupan,
dan bila aku baca balik entri ini,
aku ingat balik apa pengajaran yang aku bawa dari pengalaman lepas.

Aku pernah sebut benda ni.
Kita kena ingat, orang kata hidup ibarat roda.
Tapi kalau roda, kita tahu selepas di bawah, kita akan naik ke atas.
Jadi aku lebih rasa hidup ibarat roller coaster.
Ada masa naik tinggi, tapi waktu jatuh turun laju.
Sekejap tersenggok ke kanan, sekejap ke kiri.
Jatuh lagi, jatuh lagi.
Belum sempat nak hadapi yang jatuh tadi, kita jatuh lagi sekali.

Tapi dengan pengajaran yang kita dapat dari pengalaman,
dengan peringatan yang kita tinggalkan untuk masa hadapan,
aku rasa setiap senggok, setiap jatuh naik hidup kita
walaupun sukar, kita akan mampu hadapinya.

Sebab kita adalah produk kepada pengalaman.
Dan pengalamanlah yang membentuk diri kita menjadikan seperti sekarang.

Keep moving forward!
Don't give up!
Ayuh!

Selamat Tahun Baru 2018!




.

Nov 30, 2016

6 Benda Luar Jangkaan Yang Pernah Aku Nampak Di Atas Jalan Raya.


Salam.

Mungkin ramai yang perasan aku banyak bercerita tentang pengalaman aku sebagai penunggang motosikal untuk kebelakangan minggu ni, kan?
(Ke...tak ada siapa perasan?)
Itu adalah kerana aku meraikan tahun ke-10 sebagai penunggang motosikal yang serius di atas jalan raya.
Sebenarnya masuk tahun ke-10 pada bulan Oktober lalu
tetapi masa Oktober aku lupa jadi aku dedikasikan November sepenuhnya untuk itu.

10 tahun atas jalan raya bukanlah satu masa yang singkat.
Ikutkan meter jarak di motosikal aku (Si Kuda Putih),
jarak laluan aku sudah mampu mengelilingi Bumi ini sebanyak 1.7 kali.




Pada yang tidak pernah tunggang motosikal, biar aku beritahu,
view (pandangan) antara seorang penunggang motosikal dengan pemandu kereta sangatlah tidak sama walaupun berada di jalan yang sama.
Untuk kereta, kita seperti berada di dalam kotak,
hanya nampak apa yang boleh dibenarkan nampak sahaja.
Tapi untuk penunggang, view lebih luas dan fleksibel,
kami mampu untuk melihat benda bawah enjin motosikal kami ketika menunggang jika kami mahu.

Cukup bebelan mukadimah,
mari kita mulakan entri terakhir November ini dengan mengupas satu isu bertajuk
'ENAM BENDA LUAR JANGKAAN YANG AKU PERNAH NAMPAK DI ATAS JALAN RAYA.'



Sudah tentu ikan itu bukanlah Magikarp melainkan kalian adalah karakter di dalam siri Pokemon.


Aku pernah jumpa ikan besar melintang laluan motosikal semasa sedang aku menunggang.
Ya, secara logik mungkin ada seseorang tercicir ikan tersebut semasa melalui jalan itu, dan itu sahaja alasan masuk akal yang ada.
Tapi biar aku tekankan di sini bahawa ikan tersebut betul-betul melintang di tengah laluan dan lagi pelik, tiada calar langsung seperti tanda terjatuh pada badannya.

Gigih sungguh kalau ada manusia yang sengaja nak letak ikan tengah jalan.



Ya. Pink! Tapi aku tak pasti milik lelaki atau perempuan.


Seluar dalam jatuh di tengah jalan raya mungkin bukanlah pelik.
Mungkin ada angin kuat bertiup di balkoni rumah sesiapa dan kemudian melayangkan seluar dalam yang tergantung di ampaian.
TAPI,
laluan di mana aku jumpa seluar dalam ini ialah di atas lebuh raya yang kelilingnya hanya ladang sawit berekar-ekar. Sudahlah kedudukan dia cantik tertebar di lorong kedua. Warna pink di atas jalan tar kelabu, siapa tak perasan, kan?

Hmmm...ada orang buat projek atas jalan raya ke?
Hardcore sungguh! Savage!




Limau mandarin sangat popular bila hampir Tahun Baru Cina.
Memang pada waktu aku jumpa ini pun memang dekat dengan hari perayaan tersebut.
TAPI,
4 biji limau tersusun membentuk piramid berada di tengah lorong paling kiri sangatlah tidak masuk akal kalau nak kata tidak disengajakan, kan?

Yang pelik,
siapa yang sangat gigih bina piramid daripada limau di tengah jalan?
Lagi pelik, UNTUK APA?



Biar aku jujur di sini bahawa semasa aku tulis entri ini baru aku tahu bahawa stiletto adalah sejenis pisau, kasut perempuan yang dipanggil stiletto adalah kasut tumit tinggi yang runcing tajam tumitnya, dipanggil stiletto heels.


Seperti seluar dalam tadi,
stiletto ini berada di lorong kedua sebuah lebuh raya.
Kedudukannya tegak terpacak bersebelahan sepasang, menunjukkan itu bukannya terjatuh tetapi sengaja diletakkan.
Sudahlah warna merah, tinggi, terletak lawa atas jalan.
Dari jauh sudah nampak merahnya.

Masalahnya,
siapa yang letak, bila dan kenapa?
Lorong kedua kenderaan laju, gigih betul berhenti dan letak di situ.
Mahal kot stiletto, jadi apa keperluan perbuatan itu?



Tulisan 'HELP!' ditulis besar di atas laluan motosikal.


Okay,
ini pada aku adalah gurauan melampau yang tak masuk akal.
Bayangkan kau seseorang yang perlukan bantuan di tepi jalan,
macam mana menulis perkataan 'HELP!' dengan kapur di atas jalan laluan motosikal dapat membantu kau?
Kau ada masa dan kudrat untuk menulis besar dengan kapur sehingga tebal bermakna kau ada masa dan kudrat untuk pergi minta pertolongan di jalan raya besar yang jaraknya dekat situ sahaja.

Dan kalaupun kau perlu sangat bantuan,
bila ada orang baca dan berniat nak membantu, macam mana dia nak bantu?
Maksud aku, ada penunggang motosikal nampak HELP! kau tu dan dia berhenti nak tolong, apa pula lepas tu?
Kau ada tunggu di situ ke untuk ditolong?
Kalau ada, maknanya tak ada fungsi laa HELP! kau tu, kan?



Kenapa aku dapat tahu itu kasut bayi?
Sebab aku ada anak buah yang sebijik seketil kasut dia macam kasut yang aku nampak itu.


Berada di lorong ketiga jalan raya empat lorong,
walaupun keadaannya sama macam stiletto tadi; sepasang terletak elok di tengah jalan,
tapi isunya jauh lebih serius daripada stiletto itu.

Pada aku,
kau boleh buat prank guna stiletto walaupun apa tujuan kau.
Tapi bila wujudnya kasut bayi, maknanya ada bayi yang telibat.
Mana ada ibu bapa budak nak letak kasut bayi mereka saja-saja.
Bermakna, sama ada kasut itu dicuri, ataupun dibeli.
Kalau kasut itu dicuri, maka ada bayi yang kehilangan kasut.
Kalau kasut itu dibeli, maka ada bayi yang tidak dapat memiliki kasut.

Lagipun,
apa fungsi letak kasut bayi di tengah jalan raya?
Kelakar apa yang dia nak buat ni?
Tak sampai laa....Tak sampai.




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxx


Ini hanya 6 benda tak masuk akal yang pernah aku nampak di atas jalan raya.
Ikutkan, atas jalan raya ni banyak benda.
Kulit durian, kotak rokok, tayar lori, beg sekolah.
Mungkin pada sesetengah orang jalan raya adalah tong sampah besar mereka.
Tapi biar aku beritahu satu hal,
batu sebesar penumbuk budak kecil pun mampu buatkan motosikal pada kelajuan biasa hilang keseimbangan, apatah lagi kulit durian.
Sampah yang kita buang itu mungkin penyebab kematian kepada penunggang yang lain.

Beringat-ingatlah.

Mengakhiri entri ini,
apa benda paling pelik/ tak masuk akal/ luar jangkaan pernah kalian nampak di atas jalanraya?

Aku pernah nampak penunggang lelaki dan pembonceng perempuan tak pakai baju atas jalan. Hanya berhelmet dan berseluar.
Betul-betul cuci mata aku waktu tu. Tak berkelip. Hahaha
Entah apa cerita di sebalik peristiwa tu.
Mungkin tengah projek dekat ladang sawit lepas tu kena kejar si hidung penyek kot.

Sekian.





.

Apr 22, 2015

6 Tahun: Dari Cerulean ke Lelaki Berambut Simpul.



22 April.
Hari ini pada 6 tahun yang lalu, blog ini mula tercipta.
Pejam celik pejam celik bebel lukis sana sini,
6 tahun kemudian, blog ini masih berdiri di sini.

6 tahun bukanlah satu umur yang lama,
tapi kalau dikira menggunakan umur kucing,
kucing itu sudah sebaya manusia berumur 40 tahun.
Since 40 is the new 20, jadi aku ambil keputusan meraikan ulangtahun ke-6 blog ini.
(Macam tak ada kaitan je \(-__-)/)


Jadi,
sempena ulangtahun ke-6 blog ini,
aku akan bongkarkan 6 perkara yang mungkin kalian tahu (atau tak pernah tahu) tentang blog ini.

Silakan...



1. cEro pernah ada partner.

Di awal kebangkitan, blog ini diselenggara oleh dua orang.
Aku (cEro) dan seorang lagi partner aku.
Kami bergilir-gilir keluarkan entri yang berkaitan dengan diri.
Konsepnya adalah bagaimana pandangan dua orang berbeza terhadap satu perkara.
Kami sentuh segala isu; cinta, perempuan, duit, filem, kehidupan,
dan kami garap menggunakan pemikiran kami sendiri.

Malangnya,
dalam perjalanan banyak persimpangan
di mana kami bertukar arah.
Dia lurus ke kiri, aku tegak ke kanan.
Kami yakin kami tidak tersilap langkah.

Partner aku menyerahkan segala hak blog ini kepada aku
dengan syarat aku kena keluarkan semua entri yang dia tulis.
Tapi kami tak gaduh.
Dia kembar aku hari ini dan semalam,
jadi hari esok itu sendiri dia boleh faham.

Malah kadang kala waktu berhenti aku toleh ke sisi dia tiada di samping aku.
Tapi seringkali aku call ajak lepak mamak, bersemuka dengan partner itu.
Aku tanya apa khabar~~?

Dia jawab "Khabar baik, Bro".
(Okay, enough!)

Since nama aku cEro, cuba teka nama partner aku?




2. Tajuk blog ini ialah 'nULL & aLteRnate'.

This fact is obvious.
Pembaca tegar (ada ke?) mungkin tahu,
tapi aku tak terkejut kalau ada yang tak tahu tajuk blog ini.
Semuanya disebabkan aku tak pernah advertise nama blog ini dekat header blog di atas.
Malah, aku sering kali guna frasa 'blog cerolian' kalau aku tulis dalam media sosial.

'nULL & aLteRnate' berasal dari 'Null & Alternative Hypotheses',
satu cabang dalam statistik dan informatik yang membandingkan dua hipotesis terhadap satu pertikaian.
Student sains yang buat paperwork untuk eksperimen selalunya akan tahu apa benda alah ni.

Tajuk sedemikian dipilih disebabkan konsep asal blog ini adalah pandangan dua orang terhadap satu isu.
Aku (cEro) akan jadi 'null' dan partner aku akan jadi 'alternate'.

'nULL & aLteRnate' mempunyai huruf U, L dan R besar adalah disengajakan.
Ianya bukan sebab kami guna bahasa rempit walaupun kami bermotosikal.
Ada sebab tertentu yang rasanya terlalu sensitif untuk aku bongkarkan di sini.

'nULL & aLteRnate' akan terus jadi tajuk blog ini selagi aku waras.
Ini juga sebagai tanda persahabatan antara aku dengan partner aku.




3. cerolian adalah typo.

Semasa blog ini belum sepenuhnya milik aku,
URL blog ini bukanlah 'cerolian'.
Selepas aku mendapat hak penuh,
aku bercadang mahu tukar URL blog sebagai titik mula baru.

Disebabkan blog ini pada waktu itu bertemakan biru langit,
maka aku mahu letak nama blog ini 'cerulean' (nama warna biru langit).
Tambahan pula aku sangat dipengaruhi oleh Pokemon
di mana salah satu bandar dalam game Pokemon bernama 'Cerulean City'.
(Untuk makluman Cerulean City adalah bandar di mana Misty berasal)

Tapi dalam masa sama aku mahu gabungkan nama aku sekali dalam URL itu,
maka aku bercadang nak namakannya 'cErolean' (cEro + cerulean).

Semasa aku mahu tukar URL blog,
aku tersilap taip jadi 'cerolian' instead of 'cErolean'.
Dan yang lagi bangang, aku hanya sedar aku typo hanya selepas beberapa bulan.

But 'cerolian' is not that bad, kan?
Tapi ianya tak ada maksud apa-apa pun sebenarnya. Hehehe.

Rasanya aku pernah keluarkan entri khusus menceritakan perihal asal-usul nama 'cerolian' itu.
Carilah.




4. Blog ini BUKAN blog komik.

Contrary to popular belief,
(^ aku nak sangat guna frasa ni..hehehe)
blog aku ini BUKAN blog komik.

Kebetulan aku minat melukis dan aku lagi puas hati kalau sampaikan cerita dalam bentuk lukisan berbanding menulis, maka blog ini penuh dengan lukisan yang tak seberapa tu.

Tapi disebabkan aku perlukan mood untuk melukis,
jadi bila rasa tak ada mood tapi mahu update blog,
maka akan wujudlah entri yang banyak tulisan dari lukisan.

Tapi kalau nak jugak kategorikan blog ini,
aku rasa ini adalah blog minat.
Sebab minat aku melukis, jadi blog ini penuh lukisan.
Akan datang kalau minat aku berubah kepada mengait baju,
mungkin blog ini akan penuh dengan gambar baju kait.
Hahaha.

Kalau perasan, aku jarang letak watermark dekat lukisan aku.
Ini disebabkan aku rasa aku tak perlukan watermark.
Pendek kata, tak ada siapa yang nak curi lukisan aku dan claim itu dia punya sebab aku tahu tahap melukis aku masih berada di bawah.
Siapa yang nak curi lukisan picisan, kan?




5. E di dalam 'cEro' dibesarkan dengan sengaja.

Bila aku tulis 'cEro', aku akan besarkan huruf E.
Itu adalah sengaja, tapi aku bukannya budak baru nak up yang suka kapitalkan huruf sesuka hati tu.

Dulu Kila pernah kata aku buat macam tu sebab aku suka huruf E,
tapi sebenarnya fungsi E besar itu adalah untuk membezakan aku (cEro) dengan Cero-Cero yang lain.

Cero bukanlah nama yang rare.
Kalau kalian google, Cero banyak digunakan seantero dunia.
Jadi untuk membezakan cEro aku dengan Cero-Cero yang lain,
aku besarkan E.

'cEro' yang aku pakai diambil dari angka sifar dalam Spanish.
Angka sifar yang berdiri sendiri bernilai kosong,
tapi angka sifar yang berada di sebelah angka lain akan menggandakan nilai angka tersebut, seperti contoh; 1 diikuti dengan sifar akan menjadi 10.

Itu prinsip aku selepas memegang nama cEro.
Aku berharap aku akan memberi nilai ganda kepada sesiapa sahaja yang berada di sisi aku, termasuklah yang membaca blog ini.

Tapi E besar hanya eksklusif untuk nama 'cEro'.
Untuk 'cerolian', E besar hanyalah optional.
Kadang-kadang aku tulis sebagai 'cErolian',
kadang-kadang aku tulis hanya 'cerolian'.
Kedua-duanya masih merujuk kepada 'cerolian' yang sama.

Cuma yang pasti,
huruf c akan sentiasa kecil.




6. 'cerolian' adalah anagram kepada 'caroline'.

Huruf-huruf di dalam 'cerolian' boleh disusun semula menjadi 'caroline'.

Ini 100% kebetulan dan aku sendiri baru sedar.
Satu waktu dulu aku pernah gila anagram,
jadi aku anagram-kan segala perkataan yang aku jumpa.

Bila aku anagram 'cerolian',
aku agak terkejut ianya boleh eja 'caroline' dengan tepat.

Tiada perempuan yang bernama Caroline pernah wujud dalam hidup aku.
Caroline yang paling rapat dengan aku ialah kucing betina milik roommate aku.
Roommate berikan nama itu kepadanya berdasarkan watak Caroline (Hayasaka Yukari) dalam manga Paradise Kiss.

Kalau kalian pernah layan filem adaptasi sebenar Paradise Kiss,
watak Hayasaka Yukari (Caroline) itu dimainkan oleh Kitagawa Keiko, one of my favorite Japanese actress ever.
(Ok, itu sangat trivial...)

'cerolian' juga merupakan anagram kepada 'colinear' dan 'acrolein'.
Maksud perkataan itu? Cari sendiri...



===================================================




Cukup 6 fakta mengenai blog ini yang kalian tak nak pun tahu.
Kenapa 6 je?
Sebab ini ulangtahun ke-6.
Kalau ulantahun ke-10, aku bagilah 10 fakta. Hehehe


Masa Depan cErolian

Pada 2012,
aku tetapkan matlamat terulung pertama aku, WORLD DOMINATION.
Menggunakan nama cEro dan cerolian,
bercadang untuk menjadi kuasa besar di atas bumi dan seterusnya menakluk dunia.
**batuk batuk**

Pada awal 2015 ini pula,
aku tetapkan pula matlamat terulung kedua aku,
iaitu TIME MANIPULATION.
Aku berazam mahu cipta mesin masa.
**batuk batuk**

Pada 2013,
aku mulakan langkah menjenamakan 'cerolian'.
Aku giat meluaskan nama cerolian di merata cabang media sosial.
Hampir semua laman web media sosial ada ID 'cerolian'.
Yang tak ada tu, sama ada aku tak tahu ataupun tak kisah.

Aku berhasrat menjadikan 'cerolian' dikenali.
Aku mahu 'cerolian' dikenali bukan sekadar satu blog.
Aku ada plan teliti ke arah itu.
Tapi biasalah, selaku kaki tangguh sepenuh masa dengan motto 'kalau ada esok, kenapa buat hari ini?', plan itu masih hanya plan sehingga ke saat ini.

Dalam tahun ini juga,
aku akan cuba untuk keluarkan satu produk sendiri atas nama cEro dan 'cerolian'.
Produk apa, jangan tanya dulu.
Ianya mungkin bukan seperti apa yang kalian fikirkan.
Yang pasti, produk itu adalah langkah pertama aku menakluk dunia.

Tapi aku yakin,
satu hari nanti aku akan mempunyai empayar bernama 'cerolian'.
Dengan empayar itu,
aku akan capai dua matlamat terulung yang aku sebutkan awal tadi.
**batuk batuk berangan batuk**

Akan datang kalau kalian tengah memandu dan terlihat satu menara yang dipanggil 'cerolian Tower', kalian bolehlah berbangga dengan anak-anak kalian dan berkata,
"I know the owner of that majestic tower!"


Masa Depan cEro

Pada 2011,
aku mula berhasrat tidak mendedahkan identiti sebenar aku.
Jadi aku selalu gunakan Roommate aku sebagai alias.
Aku tak berminat nak kaitkan cEro dengan kehidupan realiti aku.
Dan aku amat harap tiada siapa yang berminat nak korek.

Tapi yang mana antara kalian yang sudah tahu,
aku amat berharap kalian dapat simpan rahsia siapa diri aku itu ketat-ketat.

Sebagai cEro,
aku selalu terfikir mahu berhenti berblog.
Tapi aku tak rasa aku akan berhenti dalam masa terdekat ini,
apatah lagi masih banyak yang aku belum capai sebagai cEro.

Tapi ajal maut rezeki jodoh di tangan Tuhan.
Kita hanya mampu merancang. Keputusannya di tangan Dia.


Terima Kasih.

Terima kasih kerana sudi membaca bebelan sempena ulangtahun ke-6 blog ini.

Terima kasih juga kepada teman-teman yang tak pernah penat nak tinggalkan komen di setiap entri.
Tiap komen aku baca, aku suka, dan aku hargai.

Terima kasih kepada 1151 (setakat entri ini diterbitkan) followers blog ini.
Kalau ada sesiapa yang nak aku follow balik,
jangan segan silu bagitahu.

Terima kasih juga kepada semua yang mengikuti aku di media sosial;
di Facebook Empire State of cEro,
di twidder @cerolian,
di Instagram @cerolian,
dan di mana-mana jua yang ada.

Terima kasih juga untuk 6 tahun masa bersama.
Harap kita terus bersama untuk 6 tahun seterusnya,
dan waktu-waktu yang mendatang.

Terima kasih kerana terus menyokong lelaki berambut simpul ini.




So, now you tell me....
Entri apakah merupakan entri PERTAMA kalian sampai dan baca di blog ini?





.

Jan 7, 2015

Printer Aku Dipanggil 'Purba'.







.

Nov 10, 2013

6 Elemen Sepunya Dalam Kebanyakan Video Viral Malaysia.


Ok, bare bear with me. Ini adalah entri mengenai viral video.
Mungkin aku terlebih excited dengan viral video yang ada baru-baru ni.
Tapi aku janji, ini entri terakhir berkaitan dengan Awek Legoland dalam blog ini.
Basi dah isu ni.



Apa yang menarik minat aku bukanlah video tersebut,
tapi lebih kepada respon masyarakat.
Aku berminat respon individu, mahupun kelompok individu terhadap video itu.
Jadi, dipendekkan cerita, aku berminat untuk mengkaji
apa elemen sepunya yang ada dalam setiap video yang berjaya menjadi viral di kalangan masyarakat Malaysia.
Hanya video viral di Malaysia.

Sebelum apa-apa, biar aku jelaskan.
Kajian aku ini hanya mengambil masa 2 jam dalam hidup aku
dan tiada sumber-sumber ilmiah yang menjadi rujukan aku.
SUmber-sumber video pun hanya yang mampu aku fikirkan sahaja.
Ini sepenuhnya hasil janaan otak aku yang tak selalunya betul.
Jadi, sila jangan ambil berat tentang apa yang aku bentangkan
dan jangan sekali-kali jadikan entri ini sebagai sumber rujukan bahan ilmiah korang.
Jangan pula nanti nama blog ni naik dalam bibliografi tesis projek akhir tahun korang pula.
Kalau nak buat, buat betul-betul, guna metodologi yang betul.

Dan,
berikut adalah enam (6) elemen yang membuatkan sesebuah video menjadi viral:



1. Subjek

Kesemuanya video viral berkisar tentang subjek dalam video.
Ada dua poin yang perlu diambil kira.
Pertama, adakah subjek disukai atau dibenci.
Contoh terbaik subjek yang disukai ialah video Gwiyomi yang pernah melanda Malaysia satu masa dahulu.
Contoh untuk subjek yang dibenci ada banyak. Ingat lagi video pekerja KFC yang letak tapak kasut dekat ayam yang akan digoreng dulu? Ada sesiapa yang suka ke?

Kedua, subjek selalunya rare.
Aku tak boleh translate 'rare' tu dalam BM, sebab 'jarang berlaku' bukan istilah yang tepat.
Contoh subjek yang rare adalah video Bini MatYo.
Yang menjadikan ia rare ialah subjek di dalamnya, iaitu melibatkan orang yang dikenali ramai.
Berapa kali sangat kes video tersebar melibatkan orang terkenal ada dekat Malaysia ni?




2. Medium

Medium video itu disebarkan juga adalah penyumbang kepada ke'viral'an video tersebut.
Kebanyakannya guna YouTube.
Tapi, kemunculan aplikasi video sharing yang semakin banyak melalui media sosial yang ada masa kini juga membantu. Facebook, Keek, Instagram vid...
Namun, kebanyakannya akan berakhir dengan YouTube juga, disebabkan YouTube adalah sumber utama masyarakat Malaysia menbuat carian video.
Banyak orang akan download dan upload semula video yang dikatakan viral ke dalam channel mereka kerana gilakan hit view.




3. Tagline

Tagline, punchline, catchphrase.
Semua viral video (yang beraudio) akan mempunyai barisan ayat yang diingati pendengar.
"Macam cantik jer..."
"Jantan dayus. Jantan dayus."
"Comey tak Kak Ton?"
"Listen, listen, listen."
Barisan ayat sebegini memudahkan masyarakat untuk recall video mana yang dimaksudkan.

Tapi ada juga video yang tak perlukan tagline.
Contohnya, video cctv anak kecil didera di pusat asuhan.
Kenapa video ini viral tanpa perlukan tagline?
Sebab perlakuan biadab itu sendiri sudah menjadi taglinenya.
Sama kes dengan pekerja KFC yang letak ayam di tapak kasut.




4. Pihak Berpengaruh

Definisi viral adalah terletak kepada kuasa dalam berkongsi (sharing) di dalam media sosial.
Apa yang lagi bagus untuk tingkatkan kuasa viral selain daripada dikongsi oleh golongan yang mempunyai banyak followers.
Studio pengiklanan dalam media sosial, selebriti terkenal tanahair, penggiat forum, blogger terkenal dan twitfamous.
Kalau mereka ini kongsikan satu video yang dikatakan 'menarik', kemungkinan video tersebut menjadi viral di Malaysia adalah tinggi.
Lagi ramai follower, lagi tinggi ke'viral'an, namun tetap bergantung kepada isi video.

Aku sendiri dapat tahu tentang kebanyakan video viral melalui Facebook.




5. Penonton

Untuk menjadi viral, penonton video memainkan peranan penting.
Penyebar video viral selalunya individu yang banyak menghabiskan masa di atas talian.
Since smartphone sekarang membuatkan kita boleh online di mana-mana, maka ianya bukan masalah besar.
Hasil korekan aku, golongan yang banyak habiskan masa online dan bersemangat menyebar video viral ke laman sosial mereka adalah individu berusia antara 9 hingga 30 tahun.
Video yang berjaya menyentuh golongan ini berkemampuan menjadi viral.

Orang lebih tua (atas 35) kemungkinan hanya akan menonton sahaja dan mempersoalkan apa yang sudah berlaku kepada generasi zaman sekarang.




6. Respon

Yang menjadikan sesebuah video semakin viral adalah kewujudan video respon,
atau dalam terma yang lebih difahami, PARODI.
Parodi kebanyakannya bersifat berlebih-lebihan, dan membuatkan penonton parodi akan tertanya-tanya adakah video asal sebegitu rupa.

Hanya selepas sehari video Awek Legoland tersebut menjadi trend di Facebook,
berpuluh-puluh parodi muncul.
Daripada orang biasa, sampai ke artis, sampai ke pengkid,
macam-macam jenis parodi berjaya dihasilkan.
Kesannya, video asal menjadi semakin ditonton dan dikenali.
Kini, even mak aku pun tertanya-tanya
"Apa benda yang asyik 'macam cantik je' tu?" sebab dah banyak sangat orang perkatakan di TV.


++++++



Aku dapati ada satu elemen tersendiri yang tak mampu dikawal orang.

TIMING.
(Timing dalam BM apekebende ek?)

Tak kira berada bagusnya video itu untuk dijadikan viral,
walaupun sudah diambil kira semua 6 elemen yang aku bentangkan di atas, tapi kalau timing tak sesuai, tak jalan.
Tak mungkin video Awek Legoland dan Bini MatYo boleh menjadi viral dalam masa yang sama.
Nasib baik timing mereka agak tepat.

Juga, video viral kebanyakannya hanya bertahan seminggu.
Selepas masuk minggu kedua, suasana menjadi semakin suram dan boleh dikatakan basi.
KECUALI ada perkara berbangkit seperti
kes Bini MatYo nak saman Pak Guard Azman,
Pak Guard Azman dapat naik kereta mewah
dan Pak Guard Azman ditawarkan peluang berlakon drama.

Murah rezeki sungguh Pak Guard Azman ni...

PERGH!

Korang ada teringat mana-mana video viral Malaysia yang aku tak sebut di atas?





C-Card #004:
Macam yang aku katakan, aku bukan berminat dengan video yang dihasilkan, tetapi aku lebih berminat dengan reaksi manusia sama ada individu ataupun kelompok masyarakat terhadap video tersebut. Manusia sebagai individu memang berbeza-beza, tapi bila dikelaskan dalam satu kelompok, perlakuan mereka boleh diramal dan dirancang. Namun, yang lebih menarik minat aku ialah subjek dalam video tersebut. Agaknya, apa perasaan Awek Legoland sekarang selepas videonya menjadi bahan pelecehan? Apa perasaan Bini MatYo terhadap masyarakat yang mencemuhnya? Malu? Marah? Adakah kawan-kawan pekerja KFC yang letak ayam di tapak kasut sebelum digoreng itu masih berkawan dengannya? Adakah semua video Gwiyomi dianggap comel? Yang orang anggap comel pun aku rasa tak comel mana pun, lebih kepada usaha memalukan diri sendiri sahaja. Namun, satu yang aku kagum tentang masyarakat Malaysia yang suka membuat parodi ni ialah sifat self-esteem yang tinggi. Aku? Bercakap depan 5 orang pun sudah buat aku gugup, apatah lagi ditonton beribu orang berulang-ulang kali. Btw, gambar pertama dalam entri ini ialah bacteriophage, sejenis virus yang paling aku gemari sebab nampak macam spaceship gittew.

.

Jul 31, 2013

6 Perkara yang Tidak Patut Berkurang Tapi Tetap Berkurang di Bulan Ramadhan.

Salam.

Selamat berpuasa.
Sekali lagi, entri berkenaan bulan Ramadhan.

Tahu tak menu sedap waktu moreh setakat ni?
Roti jala dengan kari kambing. Pergh!!


Tapi moreh dengan roti jala bukanlah perkara paling seronok berlaku.
Apa yang lagi seronok pada aku adalah memerhatikan gelagat manusia dalam bulan Ramadhan ni.
Yang tidak sepatutnya berkurang, tetap berkurang.
Yang tidak sepatutnya bertambah, jadi berlipat kali ganda.

Kita manusia kadang-kadang cepat sangat buat keputusan.
Bila aku cakap manusia, ianya termasuk juga aku, kau dan mereka-mereka di sekeliling.
Jadi, kepada yang membaca ini, cuba buat satu perkara ini...
...iaitu berfikir sebelum bertindak.
Mari sama-sama berubah, insyaAllah.

Berikut adalah ENAM perkara yang sepatutnya tidak berkurang tetapi tetap berkurang di bulan Ramadhan ini.
Macam pernah dengar tajuk ni?
Dua minggu lepas aku ada post tajuk yang lebih kurang sama, tapi 'berkurang' jadi 'bertambah'.
Ingat? Ingat? Ingat? klik sini untuk lebih ingat...




Patutnya bulan puasa tiada sarapan, maka bolehlah masuk ofis awal.
Tapi, masuk ofis pun betul-betul last minute nak punch.
Tu pun kadang-kadang terlepas.
Sebelum masuk, merungut dulu dalam twitter,
"Wai du we hef tu go tu werk?!," tweetnya.
Kalau masuk terus buat kerja, tak apa juga.
Ni tidak, layan YouTube, blog-blog hiburan dan facebook dulu.

Waktu rehat pukul 1, tapi pukul 12 dah lesap.
Cari punya cari, pergi membuta dalam surau sampai pukul 2.
Masuk balik ofis, tengok jam setiap 5 minit.
Sebab nak cabut lari balik pukul 4.30, almaklumlah, dapat balik awal berkat bulan puasa.
Tapi pukul 4 dah kemas meja, 4.15 dah tunggu depan pintu.

Dah macam tu, asyik tanya bos ada bonus raya tak?
Mana motivasi?





Bulan puasa dapat balik awal.
Bukan kita seorang, tapi semua orang.
Jadi, sesak tetap sesak. Semua nak balik awal.

Bila sudah terperangkap dalam kesesakan, apa lagi
tak cukup dengan hon setiap 5 saat,
sanggup pergi roll-down tingkap keluar tangan tunjuk jari hantu.
Caci maki, sumpah seranah semua sampai sudah habis idea nak dikeluarkan.
Kalau ada glosari carut marut, penuh tebal macam kamus kita boleh karang.

Belum cerita pasal kereta besar berlagak kecil.
Selit sana sini, cilok sana sini. Lagi best, pakai emergency lane.
"Cepat, aku nak bersiap untuk berbuka," alasannya.
Macamlah dia seorang saja berpuasa.

Mana kesabaran?





Ya. Kita berpuasa.
Tapi itu bukan alasan untuk mencuka.
Senyum bukan susah, bukan payah.
Kata otot senyum lagi sikit dari otot mencuka.
Jadi, apa salahnya sentiasa senyum memberi sedekah?

Bila berselisih dengan orang, senyumlah.
Bila berhadapan dengan pelanggan, senyumlah.
Masa nak beli makanan di bazar, senyumlah.
Masa kena tahan polis sebab memandu laju, senyumlah.
Senyum, bukan susah.

Mana senyuman? Cuba senyum sikit, kan manis. *ngorat boleh?*





Ramadhan memang bulan rezeki.
Orang lain nak berniaga, kita pun nak berniaga.
Orang lain nak beramal, kita sibuk nak kejar keuntungan.

Sebelum puasa elok je kuih besar duit lima kupang.
Masa puasa, tiba-tiba jadi saiz mini, besar lima duit.
Bila disoal, alasan dah siap sedia.
Harga barang naiklah, tepung kena catulah, saiz tetap samalah.
Kalau harga jadi kurang, tak apa jugak.
Ni harga nak sama, saiz nak kurang.
Apakah ini semua?

Mana keberkatan?





Nak kata, salah. Tak kata, serba salah.
Baik yang dibeli di gerai, atau yang dibuat sendiri,
air selalu kurang manis.
Kalau buat sendiri, boleh adjust gula..
Tapi kalu beli?

Warna dah cantik, menarik. Sekali berbuka, rasa, alahai...
Memanglah waktu bulan puasa tak boleh nak rasa, tapi takkan laa sampai tahap rasa air paip?
Kalau rasa-rasa aku nak minum air paip berwarna,
baik aku amik air dari tandas, jatuhkan setitis dua kaler buncho.
Sama je nampak, rasa pun lebih kurang.

Ya, kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman.
Tapi senyum pun tak, manis pun tak.
Sebungkus air sampai RM 2, RM 2.50, RM 3, baik aku beli air kedai tujuh-sebelas.

Mana keikhlasan?





Yang ni, aku rasa semua dah sedia maklum.
Tapi, dalam dah sedia maklum tu, berlaku juga.
Akulah salah seorang pelakunya.

1 Ramadhan, masjid penuh.
Tak kira solat 5 waktu, apatah lagi solat terawih, sentiasa penuh.
Hari demi hari, isi makin kurang.
Sampai ke 10 malam terakhir, jemaah boleh kira dengan jari.

Cuba teka dekat mana pula tempat yang jadi penuh?
Ya.
Jalan TAR, Jalan Masjid India. Uptown, downtown.
Shopping complex.
Almaklumlah, semua nak bersiap untuk raya.
Apa boleh buat...
*aku laa tu*

Mana semangat ibadah?


xxxxxx


Semua di atas adalah hasil amatan aku terhadap diri sendiri dan keadaan sekeliling.
Aku pasti,
paling kurang ada satu dua yang terkena dengan korang, kan?
Aku memang dah terkena dah. Hehehe...

Ramadhan kali ini, pada aku, penuh dengan harapan.
Semua orang mahu berubah.
Ambillah masa Ramadhan ini sebagai titik perubahan.
Berubahlah menjadi lebih baik.

Pada pandangan kalian pula, apa lagi yang sepatutnya tidak berkurang, tapi tetap berkurang dalam bulan Ramadhan ni?
Kongsilah dengan aku...
Cer kongsi, cer kongsi *tagline cer cer ni dah basi, ek?*





.

Jul 17, 2013

6 Perkara yang Tidak Patut Bertambah Tapi Tetap Bertambah di Bulan Ramadhan.


Salam.

Selamat (terus) berpuasa.

Tahu tak menu paling pelik yang pernah aku dapat masa moreh?
Nasi lemak.


Tapi moreh dengan nasi lemak tak pelik lagi.
Apa yang lagi pelik adalah manusia dalam bulan Ramadhan itu sendiri.
Yang sepatutnya berkurang, tak berkurang.
Yang sepatutnya bertambah, tetap macam itu juga.

Kita manusia kadang-kadang terlepas pandang.
Bila aku cakap manusia, ianya termasuk juga aku, kau dan mereka-mereka di sekeliling.
Jadi, aku amat berharap jangan ada yang terasa hati.
Kalau terasa juga, bagitau.
Raya nanti aku minta maaf, insyaAllah.

Berikut adalah ENAM perkara yang sepatutnya tidak bertambah tetapi tetap bertambah di bulan Ramadhan ini.
Ada perkara boleh diambil mudah, ada perkara yang tidak.
Inilah kisah aku...



Bulan puasa sepatutnya kita menahan nafsu dari terus bermaharajalela.
Tapi, aku rasa bulan puasa ni, nafsu makan aku macam besar sangat.
Bukan aku tak biasa lapar.
Bulan tak puasa pun aku selalu berlapar.
Tapi, bila bulan puasa ni,
apa-apa makanan pun nampak sedap.

Aku tak pernah berminat dengan air sirap.
Tapi, dalam bulan puasa, nampak sirap pun dah boleh terliur.
Kadang-kadang, aku nampak budak kecil minum susu botol pun
dah buatkan aku terpandang dua kali.

Nafsu makan yang sepatutnya terkawal di bulan Ramadhan,
jadi membuak-buak, walaupun di awal pagi.
Apa masalah aku??




Ini aku sendiri pelik.
Masuk je bulan Ramadhan, penuh TV nak tayang rancangan masakan.
Bertemakan 'menu sahur', 'menu berbuka', 'juadah raya'
dude!!! Ingat bulan Ramadhan ni pesta makanan ke?

Hampir setiap hari, mesti aku akan tertengok satu rancangan.
Kadang-kadang sampai ada tiga rancangan sehari.
Seronok tengok orang memasak, tapi yang tak seronoknya
masakan yang dimasak itu...
Menggugat iman betul. (Sila rujuk no.1 di atas)

Patutnya bulan Ramadhan ni, stesen-stesen TV tak payah laa nak susun rancangan memasak tu banyak sangat.
Silap-silap, tergugat pula puasa orang yang menonton.
Nanti belum azan Asar, perut dah berisi nasi mendi.





Sudah jadi lumrah, kalau ke bazar Ramadhan,
aku akan compare harga kuih.
Bukan compare dengan kedai sebelah,
tapi compare dengan harga tahun lepas.

Dan sudah tentu,
harga kuih sentiasa naik.
Dari 20sen, naik 4 seringgit, naik 30sen, naik 3 seringgit, naik 40sen, 50sen...
Tak pernah setahun tu tiba-tiba harga kuih turun.
Kalau saiz makin besar tak apa laa juga.
Ini, makin kecik lagi adalah...
Inflasi. Inflasi.

Sedangkan minyak petrol pun boleh turun naik.
Kenapa harga kuih-muih di bazar Ramadhan naik tak turun-turun?






Trend meng'upload' gambar makanan ke dalam media sosial bukanlah hal baru.
Tapi, yang pelik, makin menjadi-jadi masa bulan Ramadhan ni.

Makanan waktu sahur, waktu berbuka, waktu lepas berbuka, waktu moreh,
semua nak diuploadnya.
Tahu laa internet berada di mana-mana,
tapi tak pula sampai tahap kena upload gambar setiap makanan yang bakal dimakan.
Masalahnya, doa makan ada baca tak, duk sibuk nak snap gambar je...

Ada seorang kawan ni,
waktu tengahari pun nak upload gambar makanan.
Aik? Tak puasa ke?






Satu lagi yang pelik pada aku adalah saiz pinggang aku.
Tak menurun pun. Makin naik adalah.

Nak kata tak puasa, insyaAllah, aku puasa.
Nak kata makan banyak, sahur dan berbuka ala kadar je.
Tapi, pinggang tetap naik.
Kalau pinggang aje tak apa,
ni semua serba serbi naik saiz.

Otot-otot yang dibina tak naik-naik,
lemak pula yang mengisi saiz.
Apakah ini semua? Arrrghhhhh!!!!!






Aku selidik,
sejak dua hari sebelum masuk Ramadhan,
sampai laa ke hari entri ini ditulis,
setiap hari mesti ada berita keluar surat khabar tentang mangsa mercun.
Tak pernah berkurang.

Aku pun main mercun.
Aku pun agak kreatif juga.
Tapi, alhamdulillah setakat ni tak ada apa-apa.
Yang keluar berita sampai muka berjahit, tangan hancur, kaki putus tu,
agak-agak sampai tahap mana kreatif diorang ek??


xxxxxx

Semua di atas adalah hasil amatan aku terhadap diri sendiri dan keadaan sekeliling.
Aku pasti,
paling kurang ada satu dua yang terkena dengan korang, kan?
Maaflah kalau terasa. Hehehe...

Ramadhan kali ini, pada aku, penuh dengan harapan.
Tapi, apa yang kita, sebagai umat, perlu buat adalah terus berdoa.
Yang buruk, kita ubah jadi baik.
Yang baik, kita teruskan dan perbaik.
Supaya kita menjadi yang terbaik.

Pada hemat kalian, apa lagi yang sepatutnya tidak bertambah, tapi tetap bertambah dalam bulan Ramadhan ni?
Kongsilah dengan aku...




.

Mar 13, 2013

6 Cara Komuniti Atas Talian Untuk Nampak Lantang dan Hebat.


Tahu tak apa yang aku suka, dalam masa sama, aku benci?
Internet.



Aku suka internet.
Kalau kena pindah rumah, perkara pertama aku cari ialah internet.
Aku suka internet sebab ilmu yang aku boleh dapat di dalamnya.
Paling aku suka, YouTube.

Tapi internet bukan seindah yang disangka.
Ada perkara yang aku benci, ada pada internet.
Iaitu pengguna internet.

Kebanyakan dari mereka lantang, kasar dan biadab.
Semua jadi besar hanya kerana berada di sebalik nama samaran.
Mereka caci sana sini, mereka kutuk sesama sendiri.
Mereka reka cerita, fitnah, dusta dan tipu.
Mereka salah guna kebebasan dalam talian untuk buat onar.

Tapi aku tahu, tak semua begitu.

Berikut adalah ENAM gelagat sebilangan besar pengguna internet
terutamanya dalam laman sosial yang berlambak sekarang ni.
Mereka mahu kelihatan hebat dan lantang,
sedangkan mereka masih berselindung di sebalik nama samaran.
Macam aku.


Yang aku nampak, kalau seseorang tu nak nampak hebat,
dia selalu guna jargon.

Jargon adalah istilah-istilah yang sofistikated dan hanya difahami sesetengah golongan sahaja.
Seperti contoh macam terminologi dalam bidang perubatan, kejuruteraan, dan juga perniagaan.

Dengan menggunakan jargon, golongan yang membaca akan sedikit sebanyak menganggap kita lebih berilmu dan lebih hebat sedangkan kadang-kadang apa yang nak disampaikan adalah mudah dan remeh, di mana bahasa biasa juga boleh digunakan.
Banyak orang terlebih guna jargon sehingga apa yang nak disampaikan tersekat.

Di luar formaliti, sila elakkan guna jargon.




Masyarakat tempatan kita juga ada satu tabiat pelik.
Tiap kali nak tekankan sesuatu perkara, mereka suka guna bahasa inggeris.

Timeline twitter aku penuh dengan orang sedemikian.
Pedulikan grammar, asalkan dibaca sedap, sudah memadai.
Kadang-kadang, yang membacanya pun tak dapat tangkap apa yang nak disampaikan.
Bila ditanya kenapa tak guna BM je,
akan dibalas dengan "aku nak praktis BI"
"Itu tuntutan masa kini."
"Aku tak tahu perkataannya dalam BM."

Mentaliti kita beranggapan dengan menggunakan BI,
kita akan dipandang tinggi, lebih tinggi dari bahasa sendiri.
Cubalah cakap macam tu dengan masyarakat dari Jepun, Jerman atau Perancis.
Mereka merupakan negara maju, tapi bahasa mereka tetap bahasa ibunda.



Satu lagi yang selalu aku tengok ialah
PENGGUNAAN CAPLOCK.

Aku tak kisah kalau sekali sekala digunakan dalam ayat untuk TEKANAN ISI YANG NAK DISAMPAIKAN,
TAPI,
KALAU DAH SAMPAI TAHAP SETIAP PERKATAAN KAU NAK GUNA HURUF BESAR,
MACAM SAKIT OTAK PON ADA.

BILA KITA GUNA HURUF BESAR, AUTOMATIK SUARA DALAM KEPALA KITA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBACA AKAN JADI TINGGI SEDIKIT.
ITU KESAN HURUF BESAR KEPADA KITA.

JADI,
KALAU DAH SEMUA HURUF KAU GUNA HURUF BESAR,
KAN KE DAH MACAM TENGAH MENJERIT DALAM KEPALA SENDIRI.
(SUKA TAK SUKA TAK AKU GUNA SEMUA HURUF BESAR ALA-ALA BLOG AZWAN ALI?)



Ini lebih kepada nak tunjuk hebat
(dalam bahasa eloknya: kongsi ilmu)

Ramai sangat suka petik quote yang entah dari mana dapat pun tak tahu.
Kadang-kadang, macam tak masuk akal pun ada.
Kau pilih seorang tokoh, kau reka satu ayat yang sedap didengar,
pastu kau postkan dengan harapan orang yang baca akan kagum dengan kau.

Cuba (kalau banyak masa) kaji dulu asal usul quote tu.
Entah betul ke tidak datang dari tokoh yang dinyatakan.

Ada satu trend dalam FB sekarang ialah
suka quotekan ayat-ayat nasihat dari Ustaz.
Tulis lawa-lawa berlatarbelakangkan muka ustaz berkenaan,
pastu letak nama dan post
dengan harapan orang yang tengok akan share.

Masalahnya, kalau apa yang ditulis tu SALAH,
sekaligus kita sedang menyebarkan fahaman dan ajaran yang salah.
Dosa free tau...



Lagi satu yang menjengkelkan adalah penggunaan statistik.
Buat ayat fakta panjang-panjang, pastu letak satu dua angka yang menunjukkan (konon) kesahihan fakta tersebut.

Dah terlalu banyak dah orang salah guna statistik ni,
sampai ke tahap apa sahaja fakta dengan statistik yang dikongsikan
semua aku tolak.
Dari mana entah diorang dapat fakta macam tu..
Sekadar reka-reka, aku pun selalu buat.
(keyword: SELALU)

Agak-agak, mesti sedih para ahli statistik di luar sana.
Ye laa, diorang penat-penat belajar dan kaji siang malam untuk sahihkan fakta,
orang lain sedap-sedap je reka,
letak nombor, peratus dan anggaran sana sini.



Last but not least adalah favorite aku. Sarkastik.
Semua orang suka keluarkan ayat-ayat sarkastik,
tapi tak semua orang suka menerima ayat-ayat tu balik.

Kalau korang jenis yang cepat melenting, cepat terasa dengan ayat sarkastik,
sila jangan bagi ayat sarkastik kepada orang lain.
Sendiri tak boleh terima, sendiri nak buat kat lain.
Kan ke pelik macam tu...

Sarkastik ni sampai tahap boleh buat gaduh putus kawan oo...
Ada seorang kawan aku dah tak bertegur sape hanya sebab aku gunakan sarkastik dulu.
Padahal, aku tak tujukan kepada dia pun.

Sebab tu orang kata,
sarkastik ni macam baling cirit.
Yang dituju tak tepat, tapi yang lain juga kena.
Yang pasti, kita pun dapat juga habuan.
Hati-hati dengan ayat sarkastik anda.


xxxxxx

Aku pasti, paling kurang korang mesti ada pernah kenal atau buat mana-mana satu daripada 6 peel orang dalam internet yang cuba nak nampak hebat dan lantang ni, kan?
Aku pun ada buat, tapi aku tak suka akan semua outcomenya.
Makin hari, aku makin muak dengan perangai manusia dalam alam atas talian ni.

Walaupun hanya impian,
aku berharap internet boleh menjadi tempat yang lebih aman, tidak kasar dan biadab.

Tambahan lagi,
musin dekat pilihanraya ni,
aku pasti dan amat pasti akan banyak spesies orang yang perasan hebat dan lantang akan muncul dalam dunia internet.

Siapa yang membaca, harap dapat terapkan nilai-nilai baik sepanjang masa.
Sepanjang masa tak kira atas talian atau alam realiti.

Aku hilang kawan, hanya kerana hasutan bangsat entiti gelap internet.



.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License