Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Anak

Cerita anak dengan pokok kemangi

Kredit Gambar Fazlisyam.com Pokcik bukan nak cerita pasal khasiat daun kemangi atau temangi. Google sahaja dah jumpa apa kelebihan atau khasiat daun ini. Banyak khasiatnya kan. Bau daun pokok temang ini memang wangi, sehinggakan menjadi kegemaran amak-anak. Setiap masakan kalau boleh mesti ada daun pokok ini. Masak mi atau bihun kena masukkan daun. Masak maggi pun. Makan nasi pun berulamkan daun kemangi dicicah budu. Hinggakan pokok ini yang hanya ditanam dua pokok menjadi hampir botak.  Anak-anak ni, dia orang tegah membesar makan apa sahaja pun lalu, sedap kata dia orang. Bab makan ni anak-anak pokcik bukan jenis yang memilih. Apa yang ada dia orang makan. Tolak batu dengan kayu kata orang.

kembali ceria

Segalanya sudah kembali normal. Cuaca dua tiga petang cukup cerah hanya semalam sahaja hujan turun tetapi tidaklah lebat... jiran-jiran sudah dapat membakat sampah sarap tinggalan banjir.. Anak dan rakan-rakan sejiranya sudah kembali bermain sepak raga bulat... sewaktu banjir lalu tempat ini, iaitu tempat mereka bermain ini, kedalaman banjir adalah separas dada orang dewasa Laman rumah emak kini kembali meriah dengan suara kanak-kanak... menceriakan suasana petang hari.