Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel herba

Mencari Lemba

Lemba.. Orang kampong pokcik panggil pokok ni 'nyor lemboh'..  kat rumah pokcik ni nak mencari lemba ni tak perlu pergi jauh. Dibawah naungan pokok durian ditepi alor belakang rumah pokcik, banyak pokok ni. Jadi tak susahlah bagi pokcik mencari lemba ini. Emak pokcik bagi tahu, pokok lemba ni amat baik untuk menurunkan gula dalam badan dan juga menurunkan tekanan darah tinggi.. katanya tok nenek kami dah amalkan semenjak dulu lagi.. Lemba juga baik untuk usus dan dapat meningkatkan tenaga bagi kaum lelaki Pokcik tak perlu ambil banyak-banyak pokok ni, cukup satu pokok sehari memandangkan ianya tumbuh subur dibelakang rumah. Satu pokok sehari. Selepas cabut pokok ni dibersihkan dan selepas itu dimasukkan kedalam periuk yang berisi air.. Didalam gambar dibawah.. pokcik panaskan air sehingga ianya tinggal segelas air lebih kurang.. sesuai diminum semasa airnya suam..

Resipi daun belalai gajah celur

Petang semalam, pokcik terasa sangat nak masak daun belalai gajah yang ada kat belakang. Biasanya pokcik  buat ulam saja tapi kali ni terasa sangatlah nak masak-masak daun ni. Terlintas dihati nak celur saja takut nanti tak sedap pula. Tak nak isteri tolong kerana ini selera pokcik, jadi menu ni biar ikut selera pokcik.  Pokcik panaskan air. Bawang merah, bawang putih yang telah dimayang berserta dengan cili kampung pokcik masukkan dalam air yang tengah mendidih.. Sedikit garam dan satu kiub pati ayam Knorr.  Pokcik biarkan air tu betul-betul mendidih barulah pokcik masukkan daun belalai gajah. Dari pengamatan pokcik daun tua lebih sedap dan lemak rasanya berbanding daun muda... daun muda sedap dibuat ulam cicah budu atau sambal belacan. Pastikan daun belalai gajah tidak terlalu masak atau kecut. Pastu pokcik taburkan serbuk lada hitam dan lada putih jenama ajishio. Itu selera pokcik dan sedap dilidah pokcik, bila tanya anak-anak dia orang pun kata sedap. Bi...