Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cerita pendek

Patah - sebuah cerita pendek

Berinspirasikan kejadian patah yang menimpa isteri pokcik dua bulan yang lepas maka terhasillah cerita pendek dibawah. Nama tempat dan tokoh tiada kaitan atau kena mengena dengan sesiapa, hanyalah rekaan pokcik semata-mata. Adanya kekurangan pada tatabahasa dan gaya penceritaan harap dimaafkan kerana pokcik ni bukanlah penulis yang hebat. sekadar untuk suka-suka sahaja. Rasa menyesal menyelubungi dirinya. Sesal yang teramat, kalau boleh diundurkan masa. Tidak ingin ia kesitu tapi apakan daya dia tiada kuasa untuk menterbalikkan masa itu. Dia sedar dia tidak boleh melawan takdir.  Hari itu, selepas kerja-kerja menebas dikebun ia kesungai untuk mencari rebung. Kepingin sangat dia untuk makan rebung rebus dicicah sambal. Boleh dikatakan semua anak-anaknya suka makan rebung. Lebih-lebih lagi anak perempuannya.  Gambar sekadar hiasan Ditebing sungai Luak itu, bukan sahaja banyak dengan pokok-pokok buluh yang menghasilkan rebung bahkan setiap kali selep...