Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel aidil fitri

Jamuan Raya

Baru sempat nak update cerita kat sini. Cerita tentang Jamuan Raya KEPTAN Cawangan Besut yang berlangsung pada 27 Jun yang lalu. Disebabkan sibuk yang amat tak sempatlah pokcik nak pos kat sini.  Sebenarnya program hari tu merupakan program tiga dalam satu. Pertamanya diadakan taklimat kenaikan pangkat dari gred DG41, DG42 ke Gred DG44, Mesyurat GAong KEPTAN Cawangan dan seterusnya jamuan raya secara santai sambil bermesyuarat. Alhamdulillah segala urusan hari itu berjalan dengan jayanya, berkat sokongan dari semua rakan seperjuangan.

Sambutan Raya disekolah

Majlis Sambutan hari raya disekolah pokcik tahun ini agak meriah walaupun diadakan secara sederhana. Menu yang disediakan seperti tahun-tahun lepas, sate dan lemang tidak pernah dilupakan. Tahun ini lagi meriah bila acara karaoke diberi lampu hijau oleh guru besar dan ramailah rakan-rakan menunjuk bakat masing-masing Seperti biasa, bila setiap kali diadakan apa-apa saja majlis disekolah. Tugas pokcik adalah sebagai jurugambar. Memang banyak pokcik ambil gambar beratus-ratus tapi entah kenapa tahun ini pokcik terlupa untuk bergambar dengan latar belakang yang dihias cantik. Hanya satu sahaja gambar pokcik yang diambil tanpa pokcik sedar oleh sahabat, itu pun bluuurr... Pokcik kongsikan sedikit gambar acara sambutan majlis raya tahun ini..

Selamat hari raya

Raya lagi katanya

Walaupun Syawal telah berakhir tapi sahabat-sahabta pokcik ni tetap nak buat jamuan.. jamuan raya katanya. Cadangnya hendak dibuat pada hari terakhir pada bulan Syawal yang lepas tetapi memandangkan waktu tu poket masing-masing berada ditahap yang kritikal.. waktu tu kalau nak beli pun rasanya terpaksa pecahkan tabung. Bila dah dapat gaji, maka hari ini telah dipilih sebagai harinya untuk kami buat jamuan kecil kat bilik guru. Alhamdulillah berkongsi rezeki, masing-masing buat kat rumah bawa ke sekolah. Antara menu hari ini.. gambar bawah Gambar bawah.. Ini menu yang pokcik bawa.. 'colek buah' .. Kuah rojak tu isteri pokcik yang  yang sediakan. Mereka ni kata kuah colek tu memang sedap. Sampai habis tadi mereka makan. 

Gambar hari raya

Hari ni kat sekolah pokcik buat majlis sambutan hari raya.. sederhana tapi meriah. Pokcik belanja dua tiga keping gambar majlis sambutan tersebut.. "cintai bahasa kita".

Gambar hari rabu #29 - sate ikan

Esok hari raya kat sekolah pokcik, bukan sekola pokcik saja tetapi seluruh daerah pokcik bahkan diseluruh sekolah negeri pokcik rasanya akan mengadakan majlis sambutan aidilfitri.. serentak.. Sate ikan, itu yang terlintas difikiran pokcik. Makanan ini menjadi kegemaran budak-budak ni.. Orang tua pun rasanya gemar pada benda ni..  Sambutan esok,.pokcik nak tengok makanan apa yang popular kat sekolah pokcik.

Majlis Sambutan Aidil Fitri 2014

Hari ini sekolah tempat aku bertugas mengadakan Majlis sambutan Aidil Fitri.... majlis secara sederhana diadakan tetapi tetap merah dengan gelagat anak-anak dengan pelbagai ragam dan pakaian yang berwarna-warni.... pelbagai juadah disediakan dari tradisional hinggalah kuih muih yang canggih dan manggih...  Sate tetap menjadi pilihan utama pelajar-pelajar disamping nasi arab dan nasi dagang. Jom layan gambar-gambar dibawah....