Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel keluarga

Raya Kedua di Pulau Kapas: Hadiah Terindah Bersama Keluarga

Hari raya kedua tahun ini ada kenangan yang cukup manis buat Pokcik dan keluarga. Bukan kerana juadah yang luar biasa atau rumah terbuka yang meriah, tetapi kerana kami dapat meluangkan masa sehari suntuk bersama-sama di Pulau Kapas. Sebenarnya semua urusan perjalanan kali ini diatur oleh anak-anak. Pokcik cuma ikut sahaja. Bila anak-anak dah besar, ada masanya kita pula jadi penumpang dan menikmati hasil perancangan mereka. Alhamdulillah, satu nikmat yang sukar digambarkan. Kami bertolak dari rumah sekitar jam 7 pagi. Suasana pagi masih tenang, jalan raya pun tidaklah sesak sangat. Perjalanan menuju ke Jeti Marang mengambil masa kira-kira dua jam dan kami tiba sekitar jam 9 pagi. Dari jeti, perjalanan diteruskan dengan bot menuju ke Pulau Kapas yang sentiasa memikat hati dengan air lautnya yang jernih dan pemandangan yang mendamaikan. Sebaik sahaja sampai, dua orang anak lelaki Pokcik terus merancang aktiviti mereka sendiri. Orang muda memang begitu, penuh tenaga. Mereka memilih untuk...

Gambar hari Rabu #89 - Manggo Frappe dari Zus coffee

Lepas Maghrib tadi, anak Pokcik ajak keluar pekan sekejap. Katanya nak ke ZUS Coffee, teringin sangat nak kopi. Pokcik pun ikutlah, walaupun Pokcik bukan kaki kopi. Sampai kat kaunter, Pokcik kata, “Abah tak minum kopi lah…” Dia senyum sambil jawab, “Tau lah, tapi untuk abah kita beli Mango Frappe.” Haa... dapatlah Pokcik rasa Mango Frappe tu. Warna kuning, ais kisar halus, topping pun cantik. Tapi... manis ya amat! Pokcik minum dua tiga sedut, terus rasa nak cari air masak. Bukan tak sedap, tapi lidah orang lama ni memang dah biasa air kosong atau teh panas je. Pokcik senyum jugak… bukan sebab minuman tu, tapi sebab perhatian anak, ni anak perempuan bongsu pokcik seorang. Minggu depan dah nak lapor diri kat kolej matrikulasi Gambang, lepas ni tinggal pokcik laki bini je lah kat rumah. Yang lain dah ada kerjaya masing-masing. Lepas ni kalau keluar lagi, Pokcik cadang air suam je lah ya... tapi tetap ikut, sebab yang penting bukan minuman tu, tapi masa bersama anak-anak. ❤️

Pokcik Cuti Kerja Hari Ini – Emak Hypo Subuh Tadi

Pagi ini bermula dengan cemas. Pintu rumah pokcik diketuk seawal subuh pagi.. buka pintu sahaja, berdiri adik pokcik.. katanya dah banyak kali call.. pokcik lupa henset pokcik silent kan dari semalam lagi. Adik pokcik kata emak sakit ada tanda tanda hypo.. Emak pokcik duduk bersama dengan adik bongsu pokcik.. berhadapan dengan rumah pokcik.. bukan jauh pun, dua tiga langkah jer Terus pecut ke Unit Kecemasan Hospital Jerteh. Dalam hati tak putus-putus doa, “Ya Allah, permudahkan urusan emak hari ni…” Alhamdulillah, selepas beberapa jam pemeriksaan dan rawatan, sekitar pukul 11.40 pagi, urusan selesai. Emak nampak makin stabil, dan kami pun balik ke rumah untuk emak berehat. Hari ni Pokcik ambil cuti kerja. Bila emak sakit, kerja pun tolak tepi dulu. Sebab dalam hidup ni, emaklah satu-satunya insan yang tak pernah tinggalkan Pokcik waktu susah. Jadi bila emak perlukan Pokcik, takkan Pokcik nak biar? Mohon doa sahabat-sahabat semua, semoga emak cepat sihat dan pulih seperti biasa. T...

Pokcik dapat menantu

Pada tarikh 14 September yang lalu anak lelaki ketiga pokcik selamat diijabkabulkan dengan pasangannya. Alhamdulillah majlis disebelah pihak perempuan berjalan dengan lancar.  pada 15 September sebelah pihak perempuan pula datang bertandang ke rumah pokcik.  Majlis sebenarnya disebelah pihak pokcik akan dibuat tidak lama nanti. Tetapi memandangkan adik beradik sebelah perempuan tidak mempunyai cuti yang panjang dan ingin bertandang dan mengenali rumah kami maka terpaksalah kami sekeluarga menyambut juag dengan sedikit hidangan Ini merupakan menantu pertama pokcik dari anak lelaki ketiga dan selepas ini dibulan April 2025 akan menyusul pula menantu kedua dari anak lelaki kedua dan selepas itu dari anak lelaki sulung. Pokcik letak sekeping dua gambar disini untuk tatapan dikemudian hari..

Semoga dipermudahkan

Hari ini pokcik cuti kerana  menemani isteri ke Hospital Raja Perempuan  Zainab II Kota  Bharu Kelantan  bagi menjalani pembedahan kecil  dipergelangan tangannya. Bagi membaiki susunatur semula sendi. Sepatutnya, waktu  entri ini ditulis isteri pokcik  telah selesai pembedahan kerana dia merupakan  pesakit pertama yang menjalani pembedahan  pada hari ini tapi disebabkan  masalah jalan yang sesak dipagi hari terlewat sampailah kami kesini dan terpaksa menunggu sesi seterusnya. Dari rumah pokcik dh Besut,Terengganu ke Kota Bharu biasanya kalau jalan tidak jen paling tidak dalam empat puluh lima minit atau or sejak jugaklah tapi tadi hampir sejam setengah hari sampai.... Apa-apa pun semoga isteri pokcik dipermudahkan urusan kali ini.

Bila anak dikejauhan kemalangan

Bila anak dikejauhan kemalangan ianya amat merungsingkan hati. Petang semalam pokcik terima wasap dari anak pokcik yang sedang belajar di Politeknik Ungku Omar Ipoh Perak. Empat keping gambar yang diterima amat memeranjatkan pokcik dan membuat pokcik tidak tenteram hai dan perasaan, lebih-lebih lagi emaknya. Maklumlah hati perempuan kan. Yang merisaukan bagaimana tahap cedera yang dialaminya, patah ke apa ke itu cukup merisaukan, maklumlah tiada didepan mata. Lagipun anak sulong pokcik ni pernah mengalami kemalangan empat tahun yang lalu dan patah tulang bahu. Bila pokcik tanya apa tahap kecederaan yang dialaminya katanya tak usahlah risau dia cedera ringan, hanya lutut, siku dan tapak tangan sahaja yang luka. Bila pokcik cadang nak datang sana tak dibenarkannya. Katanya dia dah ok, baik-baik saja.... hai anak-anak, ibubapa mana yang tak risau. Katanya... hendak mengelak seekor anjing yang melintas jalan lalu terbabas dan terlanggar tiang. Tiang apa t...

Keputusan UPSR 2015

Hari ni pokcik ambil cuti.kerana menemani anak jantan pokcik yang keempat mengambil keputusan UPSR. Masa keputusan tu dibaca seorang demi seorang bukan main berdebar pokcik. Rasa-rasa anak pokcik lebih berdebar menantikan namanya disebut.  Seramai 12 orang pelajar SK Lubuk Kawah berjaya mendapat 5A...  Walaupun anak pokcik hanya dapat 4A 1B pokcik tetap rasa bangga kerana dia telah berusaha sebaik mungkin hanya nasib tidak menyebelahinya. Yang B tu Bahasa Inggeris... memang dia lemah dan dia sendiri dah jangkakan. Anak pokcik yang ini merasa sedikit kecewa kerana tidak mendapat keputusan sepeti abang-abangnya yang lain. Kata pokcik dan pesan pada dia "Tak apalah cuba lagi nanti, masa masih panjang. Masih boleh sekolah lagi di tempat abang-abang kamu tu"

ke Majlis Khatam Al-Quran

Pagi ini pokcik meluangkan masa menemani anak keempat pokcik ke Majlis Khatam Al-Quran Pelajar KAFA Negeri Terengganu 2015 bagi daerah Besut.  Majlis ini diadakan di Masjid N a siruddin, Kampung Raja, Besut. Pokcik berada disana bermula dari jam 7.30 pagi sehinggalah majlis tamat jam 12.00 Balik dari majlis tadi tiba-tiba kepala terasa berat, hidung mulai berair dan muka gatal-gatal.. Resdung dah datang menyerang... Ada tersilap makan apa tadi yer...

Bila dua beradik berjumpa

Hari ni cuti Deepavali.... pagi-pagi lagi berlarian bersama anak-anak mengejar itik ayam yang terlepas dari reban... Hari ini terpaksa menyembelih dua ekor itik dan dua ekor ayam. Petang nanti hantar pula itik yag siap diproses ni ke kantin sekolah... Rezeki itik ayam..  Dalam dok kejar itik ayam pokcik perasan depan rumah mak pokcik ada sebuah kereta datang. Rupa-rupanya mak saudara yang datang... Kakak pada mak pokcik... Walaupun mak saudara ni tinggal dalam lingkungan 5km, kalau tak yang muda hantar tak dapatlah yang tua nak datang berkunjungkan. Bila dah sekali sekali berjumpa tu banyak yang mereka dok bersembang.. pokcik tak nak layanlah apa yang disembangkan dua beradik tu... pokcik layan sembang dengan sepupu sekejap.. Layan itik ayam balik..   Yang mana adik yang mana kakak ni?....

Malu-malu

Ni anak buah pokcik, tiap kali balik rumah mertua pasti dia macam ni. Tak mahu didekati. Cukup malu dia dengan pokcik. Bila cuba hampiri dia lari. Pokcik pun dah tak ingat nama. Adik beradik dia ramai. Dia  anak yang ke tujuh dari lapan adik beradik.. nak ingat nama pun susah. Nasib baik anak sendiri tak lupa nama. Ada yang lupa nama anak sendiri?

Rokok naik harga

"Ayah tak risau rokok naik harga. Dari dulu sampai sekarang rokok ayah tak naik harga.. daun nipah ayah cari sendiri, tembak a u ni je yang ayah beli" Kata bapa mertua tiri pokcik bila cerita pasal kenaikan harga rokok. Pokcik tak kesah... dah lama pokcik tinggalkan tabiat merokok ni..

Aksi si Tobah

Tobah ni adalah kambing peliharaan anak saudara. Setiap kali pulang ke Setiu, rumah mertua. Si tobah nilah yang menjadi haiwan permainan anak-anak. Manja dan agresif. Si tobah ni menyukai kanak-kanak. Mungkin juga dirinya masih lagi seekor anak kambing. Petang tadi dikejarnya anak perempuan bongus tu sampai keatas rumah neneknya sampai riuh seisi rumah. Puas berkejar ke sana  sini... menyondol siapa sahaja yang berada berhampirannya... sondolan manja Si Tobah ni sentiasa dimandikan oleh tuannya dengan sabun. Tuannya  ini sentiasa memastikan kambing peliharaan dia ni sentiasa bersih.

"Nak Singgah jugak walaupun sekejap"

  Dalam perjalanan pulang dari melawat kebun yang baru dimilik semalam. Kami sekeluarga pergi melihat sejauh mana sudah kerja-kerja pembersihan hutan yang dilakukan oleh jentolak. Dalam perjalanan pulang itulah kedua beradik ini beria-ia sangat hendak singgah.  "Nak singgah jugak  walaupun sekejap, nak rasa dingin tak airnya" kata si abangnya. Sungai ini letaknya bukan jauh sangat dari tanah kebun  yang baru dimiliki itu. boleh dikatakan hanya beberapa rantai sahaja.  Tercapailah hasrat kedua beradik itu mencecahkan kakinya kedalam air walapun tidak mandi kerana tidak membawa persalinan.  Lain kali datang kesini nak mandi katanya. Airnya tidaklah dalam tetapi agak deras juga alirannya.

Projek emak dan kakak

  Pagi tadi dia orang berdua tengah berbincang untuk buat kerepek pisang dan dalam dia orang dok sembang sembang pasal sukar untuk mencari pisang aku cadang kat dia orang guna pisang aku setandan tak payah bayar aku bagi free. Pisang yang aku tanam tu pisang kapas, kalau untuk buat kerepek pisang nangka lagi sedap . Petang tadi aku jengah ke rumah mak... bukan jauh sangat pun, turun tangga naik tangga emak aku dan kakak sama adik tengah mengoreng kerepek. Jadi juga projek dia orang. Aku janji kat dia orang aku cari pisang nangka untuk projek dia orang........ projek seterusnya dia orang nak buat siput... aku tunggu, tumpang makan.

RM100 untuk anak

Salam pagi ahad,.... Hari ini aku mohon kebenaran dari bos untuk ke SMK Putra. Tujuannya, menerima bantuan khas awal persekolahan bagi anak kedua aku. Kalau tak hadir sini kecil hati dia.  Dapatlah aku bertanya khabar tentang pembelajaran dan kelakuan si angah ini di sekolah. 

Alahan Sejuk

  Cuaca sejuk yang melanda ketika ini menyebabkan dalam minggu ini saja dua anak aku terpaksa ke klinik.... gara-gara asma. Pada asalnya ingin ke unit kecemasan hospital tetapi disebabkan pesakit yang ramai.. kesinilah ku bawa anak.

Hari ini aku ikut sama

Bila aku upload gambar gambar aku bersama anak memancing tadi ke Facebook, ramai rakan rakan yang bertanya tempat aku memancing..... sebenarnya alor tempat ini hanyalah di depan rumah aku. Aku sendiri sebenarnya tidak terjangka akan memperolehi hasil sebanyak ini... rasa rasanya lebih dari lima puluh ekor pancingan kami anak beranak. .. ada yg ingin meryertai sama dan ada yg bertanya tentang umpan yg digunakan.  Walaupun ikan yg dipancing tidaklah sebesar mana tetapi keseronokan memancing bersama anak itu yg paling dirasai.

Hasil pancingan anak-anak

Memang anak-anak aku ini sungguh-sungguh minat memancing..... sebaik pulang dari sekolah, jam 5 petang dia dan sepupu akan memancing... areanya bukan jauh.... hanya alor di depan rumah.  Berbekalkan umpan dedak.... bukan sekor dua dia orang dapat... berbelas ekor.... kadang-kadang lebih dari itu... antara ikannya terbol, tebal sisik, merah pipi(yang ni rasakan ramai yg tak kenal)... ikan haruan, puyu dan bujuk.