Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Minyak Gonggang

Minyak Gonggang sudah boleh dibeli di Shopee

  Mulai semalam pokcik dah siapkan muatnaik gambar minyak gonggang di laman Shopee . Jadi bagi yang berminat bolehlah ke kedai pokcik di Shopee. Tentang khasiat minyak gonggang ni boleh baca disini . Beberapa bulan yang lalu pokcik mengalami kesukaran untuk mendapatkan Getah pokok ini disebabkan pokok gonggang yang biasa pokcik ambil kulitnya telah mati. Hanya beberapa minggu yang lalu pokcik telah menemui pokok yang lain, itu pun dikawasan hutan sekitar setiu. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan pokcik.   Kalau beberapa pokoknya mati nanti terpaksalah pokcik meneruskan pencarian kedalam hutan yang lebih jauh lagi.. 

Minyak gonggang - cerita bermulanya

Bila pokcik kata pokcik ada produk untuk dijual pada kawan-kawan mereka seakan tersenyum sinis memandang. Ya la dunia sekarang semua orang akan mengeluarkan produk sendiri bila ada ratus ribu atau pun jutaan. Lagi pula bila pokcik kata produk pokcik ni adalah ubatan herba lagilah mereka tersenyum sungging. Betul pun kalau mereka tersenyum atau memandang pelik pada pokcik ni.. mereka kenal pokcik. Pokcik ni bukannya ada duit juta-juta untuk keluarkan produk. Pokcik terang pada mereka yang produk pokcik ni adalah warisan turun temurun dari datuk moyang pokcik lagi. Pokcik cerita kat mereka bahawa produk pokcik ni hanyalah untuk kegunaan luaran sahaja yakni untuk sapuan pada kulit. Untuk luka, gatal, terkena minyak panas atau air panas, terkena gigitan semut dan nyamuk serta boleh juga dibuat berurut. Mereka kata ingin mencuba.. ayat awalnya seperti menganjing pokcik. Bila mereka dah cuba dan merasa keberkesanannya, mereka kata kenapa tak jual secara meluas... perbanyakkan la...

Anak sepupu kemalangan, pokcik bagi sapu minyak gonggang

Tiga hari yang lalu anak sepupu pokcik kemalangan motorsikal. Kemalangan yang berlaku disimpang jalan kampung berhampiran dengan rumah.  Terbalik motorsikal akibat terperanjat dan cuba mengelak kereta yang dinaiki oleh ayahnya sendiri. Kecederaan yang dialami pun bukanlah teruk sangat hanya melibatkan kecederaan pada kulit sahaja. Dah dihantar untuk mendapatkan rawatan dihospital untuk melihat adakah kecederaan yang dialami itu melibatkan kecederaan dalaman. Alhamdulillah semuanya baik, tidak melibatkan dalaman. Keesokkannya pokcik cadangkan pada sepupu pokcik supaya dia menyapu minyak gonggang yang pokcik buat pada anaknya. Nasib baiklah sepupu pokcik ini hendak cuba untuk sapu pada kecederaan kulit anaknya. Tiga hari selepas itu pokcik datang untuk melihat kesan pada kulit anaknya itu. Kata anak sepupu pokcik ini. Minyak ini tidak pedih dan kulit tidak meregang dan air luka pada daging cepat kering. Alhamdulillah... Minyak gonggang ini amat baik untuk keced...

Testimoni minyak gonggang

Satu maklumbalas yang baik pokcik terima di facebook berkenaan dengan minyak gonggang ini. Seorang pembeli minyak ini yang juga sahabat difacebook menyatakan berkaitan dengan bintil-bintil (kulit mati) yang timbul dikaki dan tangan suaminya akibat kolesterol mula hilang. Katanya suaminya menyapu pada setiap malam yang pada asalnya hanyalah untuk menghilangkan kulit yang kusam dan tanpa disangkanya bintil-bintil akibat kolesterol juga turut hilang. Alhamdulillah, satu lagi diluar pengetahuan dan pokcik. Sesungguhnya Alam yang Allah jadikan ini untuk manusia terokai. Teringat lagi pesanan arwah ayah bila ia mengatakan getah pokok ini amat baik untuk penyakit kulit... dengan izin Nya.  Salah seorang sahabat pokcik, sewaktu berbual petang tadi menyatakan lenguh pada sendi lutut ibunya juga hilang bila setiap malam ibunya mengunakan minyak ini untuk diurut pada lutut... Setakat ini feedback yang diterima amat baik..  

Minyak gonggang berwajah baru

Alhamdulillah syukur permintaan minyak gonggang dari sahabat -sahabat dan pembeli makin meningkat. Untuk itu bagi menambah daya tarikan pokcik sudah menempah stiker. Kalau sebelum ini stiker pakai print sendiri.  Dah ada stiker label ni nampaklah cantik sikit dari yang dulu.. cadang pokcik lepas ni nak tempah kotak pula.. tadi dah pergi bincang dengan owner kedai... dari perbincangan awal harga satu unit kotak produk RM2.80, minima 500 unit.. fuuhhh.. banyak juga guna duit tu dalam RM1400.00..  Tangguh dulu buat sementara.. tapi kalau dah guna kotak lagi cantikkan.. lagi terliur orang nak beli.. yang pastinya bila dah guna  harganya mungkin sudah berlainan dengan kualiti yang tetap sama.. bagi yang tidak tahu khasiat dan kegunaan minyak gonggang ini bolehlah taip perkataan ' minyak gonggang' dikotak carian tepi atas blog ini.

Minyak gonggang - stok terhad..

Minyak gonggang... Adalah minyak yang dihasilkan dari getah pokok gonggang. Diproses secara tradisional... Baik untuk gatal gatal kulit, kaki makan air (athlete foot), terkena minyak panas @ air panas, luka kecil, gigitan serangga kecil, kulit berkerapu, dll penyakit kulit.. Buat masa ini stok yang ada hanyalah sebanyak tiga puluh botol.. jadi siapa cepat dia yang dapat. Jadi siapa cepat dia yang dapat..   Ada sahabat pokcik yang kata minyak ni patut ada dalam simpanan kat rumah. Kalau berminat untuk membeli, harga yang pokcik letakkan tidaklah mahal berbanding kesukaran untuk mencarinya. Berapa harganya.. Buat masa sekarang pokcik tidak bercadang untuk menaikkan lagi harganya..dimasa hadapan mungkin harganya fah berlainan. Hanya RM20.00 termasuk pos bagi Semenanjung dan RM30.00 bagi Sabah dan Sarawak. Untuk pembelian boleh whatsapp pokcik  010-9842672

Minyak Gonggang Giveaway by Pokcikblogger

Seperti mana yang diwar-warkan sebelum ini, bahawa pokcik akan mengadakan satu giveaway. Maka dengan rasminya pokcik melancarkan Giveaway pertama pokcik yang diberi nama 'Minyak Gonggang Giveaway By Pokcikblogger' . Kenapa Minyak Gonggang?. Sudah tentulah hadiahnya minyak gonggang yang dihasilkan sendiri oleh pokcik. Apa itu minyak gonggang?. Minyak Gonggang dihasilkan dari kulit pokok gonggang, sejenis pokok yang sukar ditemui hanya terdapat didalam hutan dikawasan berbukit. Diproses secara tradisional oleh pokcik sendiri tanpa menggunakan bahan kimia. Minyak ini terhad. Demi menjaga kelangsungan hidup pokok gonggang ini, kulitnya harus diambil sedikit dan harus membiarkan kulit pokok ini sembuh semula untuk mengambil kulit yang lain pula. Dan stok minyak gonggang ini pun terhad. Sebelum ini pokcik hanya memenuhi permintaan jiran tetangga saudara mara dan sahabat terdekat sahaja. Hari ini 11 Februari 2018 pokcik ingin memberi kepada 10 orang blogger bertuah bagi me...

Melapah kulit pokok gonggang

Dah masuk bulan februari dan agak lama pokcik menyepi tanpa sebarang cerita yang dipaparkan. Tadi pokcik masuk masuk hutan, mendaki sedikit bukit kecil bagi mendapatkan sekeping kulit pokok gonggang untuk dibuat ubat. Pokok ini tumbuh dialam kebun getah pokcik. Pelbagai usaha pokcik lakukan sebelum ini untuk mebiak dan memperbanyakkan lagi pokok ini tetapi idak berjaya. Pokok gongganng ini mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan tradisional. Pokcik tidak tahu apa yang terkandung dalam pokok ini, pokcik hanya mewarisi dari arwah ayah pokcik bagaimana cara menyediakan pokok ini untuk dijadikan ubat itu sahaja. Getah  dari kulit pokok ini bila diproses menjadi minyak amat berkesan untuk kegunaan luar badan manusia. Seperti gatal kulit, merawat celah kaki yang berair, terkena api, boleh juga digunakan untuk berurut dan baik untuk merawat luka yang lambat kering akibat kemalangan. Pokcik pernah bercerita DISINI tentang khasiat pokok gonggang ini untuk merawat luka k...