Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Resipi

Jantung Pisang Goreng

Siang tadi pokcik terfikir hendak makan apa. Lauk apa, ulam apa sebagi pembuka selera ini. Bermacam macam dah makan tapi lagi sedap selera kampung. Fikir punya fikir pokcik pergi belakang rumah, tengok banyak jantung pisang yang bergetayangan.  Terlintas dihati hendak digoreng sahaja jantung ini. Tidak ingin dibuat teresek kerana teresek itu memerlukan santan. Hanya resepi ringkas. Pokcik ambil tiga jantung ini unturk digoreng sahaja. Jantung pisang selepas dikupas tinggal yang dalam.. yang lembut sedikit. Jantung pisang dihiris halus dan direndam dengan air garam bagi menghilangkan rasa kelatnya Yang ni hah, tunisannya.. ringkas cili kering, bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar Sewaktu menumis ni barulah pokcik masukan gula garam secukup rasa dan sedikit perisa. Hampir separuh masak dah ni Bila air dia dah kering bolehlah diangkat dan sedia untuk dimakan. Resepi ni ikut selera pokcik bagi mereka yang lagi kreatif bole...

Resepi Acar Temu

Acar temu . Dah lama pokcik mengidamkan acar temu ni. Hari tu pokcik tercari-cari  resepi acar ni. Sampai tertanya-tanya pada kawan-kawan. Dalam FB, dalam Whatsapp.  Belakang rumah pokcik ni ada dua tiga perdu pokok temu. Kalau diambil sebahagian dari satu perdu itu sudah mencukupi untuk membuatnya. Petang tadi pokcik tanya pada jiran yang senggangnya empat buah rumah dari rumah pokcik. Kata orang dulu-dulu jaraknya dua pelaung.... Kalau sekarang ni rumah yang senggangnya empat puluh meter belum tentu didengarnya laungan itu. Berbalik pada acar temu ni, kecur liur pokcik nak menyiapkannya.. macam orang bunting mengidam nak makan daging kijang putih ... pokcik gurau tu.. Bahan-bahannya simple je taklah special sangat . Kebetulan bila buka peti tadi adalah kobis setengah labu @ biji.. entah apa orang panggil . Kobis ni pokcik cincang halus, bila siap cincang barulah pokcik perasaan yang alat memarut sememangnya ada. Lepas tu pokcik ambil bawang besar se...

Resipi etak tumis

Malam ni pokcik masak lagi... kali ini etak tumis, yang menariknya etak ni bukan yang dibeli dimana-mana kedai tapi adalah hasil dari carian anak-anak lelaki pokcik.... tambah menyeronokkan abang-abang ni kerana etak tumis ini merupakan makanan kegemaran anak perempuan pokcik.. bercerita tentang etak ni, pokcik dah bercdang dengan isteri pada jumaat nanti ingin ke sungai sana.... Lubuk Besi untuk sama-sama mencari etak. Sebagaimana yang dicerita oleh anak pokcik sekarang ni telah ramai orang yang kesana, siap bawa satu keluarga berkelah sambil mencari etak.... teringin sangat pokcik... dah lama pokcik tak buat aktiviti ni. Berbalik pada tumis etak ni pokcik buat simple aje... ala-ala kadar gitu. Lagi pun pokcik ni bukannya pandai sangat bab-bab masak ni cuma pokcik buat ikut selera pokcik. bahan-bahannya pun simple.... semuanya secukup rasa. 1.    Etak 5 atau enam gelas..... pokcik kira berdasarkan sukatan         gelas. ...