Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel anak-anak

Anak pokcik ajak casting haruan

Petang semalam cuaca elok… langit ceroh, angin pulok lalu lembut-lunak je. Anak jantan Pokcik nombor tiga tu balik bercuti — bini dia dok tunggu hari, tunggu masa je nak beranak. Dia kata, "Abah, jom kita pegi casting kat baruh" Pokcik pun tak banyak bunyi… dia ajak bini dia sekali dengan mama nya (bini pokcik). Kami berempat guna kereta dia, tak jauh mana pun, tak sampai lima minit Dia pegang joran, meniti atas batas. Campak kiri campak kanan, pokcik jalan atas jalan batu, memerhati dari jauh dengan kamera ditangan, menanti momen yang menarik untuk dirakam gambar. Baruh tu penuh air lagi, rumput liar naik melambak.  Pokcik risau juga tengokkan dia yang beria sangat nak pancing, bukan apa isteri dia tu kan tengah sarat, tunggu masa... Tak sampai lima-enam kali dia baling umpan katak plastik..  zapp! ada sambaran. Haruan seko naik, tak besar, tak kecik… cukup-cukup molek. Dia angkat sambil senyum..  Haruan tu bukan penting sangat… tapi masa bersama, gelak tawa, gurau s...

Gambar anak-anak...

Sekadar berkongsi gambar anak-anak pokcik ni...  Khalis (Kolej kesihatan bersekutu sungai Buloh - IK) Hakim (UiTM Puncak Perdana - sem 2/ Produksi Filem) Nasrun (Kolej pembantu perubatan Alor Setar - sem 2 / MA) Faris (SMKA Wataniah - Tingkatan 4 ) Nur Uzma Safiyah (SKLK - Tahun6)

Hari terbuka perpustakaan awam..

Hari Terbuka Perpustakaan Awam Jerteh diadakan pada pagi tadi.  Sungguh seronok menyertai program-pogram seperti ini. Kali pertama pokcik menyertai Pertandingan Musang Berjanggut walaupun tidak mendapat tempat pertama hingga ketiga tetapi tetap dapat hadiah,... hadiah saguhati.   Antara aktiviti yang dijalankan pada hari terbuka tadi ialah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, dekorasi kek, gubahan tuala dan pertandingan bercerita.  Walaupun ditempat pokcik sekarang ini hujan lebat melanda kehadiran keluarga kelab tetap meriah. Anak perempuan bongsu pokcik pula mendapat hadiah bagi Kategori Perdana iaitu Peminjam Buku Kanak-kanak Paling Aktif 2017.

Hadiah kecemerlangan

Bukan main gembira anak perempuan bongsu pokcik ni. Dari awal lagi dia minta pokcik datang pada majlis hari kecemerlangan yang diadakan disekolahnya.  Anak pokcik ni dapat nombor satu didalam kelas dan juga terbaik bagi matapelajaran matematik dan jawi. Pokcik ambil cuti hari ini bagi, kalau tak pergi kesian anak-anak kan. Kejayaan anak-anak perlu diraikan, memberikan penghargaan kita atas kejayaan mereka.  Anak-anak yang tidak berjaya juga perlu diraikan dan diberi penghargaan sama.

Majlis Khatam Al-Quran

Pagi ini, menemani dan mengiringi anak  perempuan  bongsu ke Majlis  Al-Quran pelajar KAFA negeri Terengganu 2017 yang diadakan  di Dewan Merdeka Kota Putera  Square, Besut.. Sudah tiga kali menemani anak ke majlis khatam  Al-Quran dan kali pertama menjejaki kaki ke dewan ini. Sebelum ini hanya memandang dari dalam kereta   Sampai tadi  masih awal. Jam 7.30 pagi, datang awal ke majlis seperti  ini biasalah bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.  Sampai sini pun orang belum ramai. Tidak seperti tahun sebelum ini. Kali ini pokcik masuk dewan.. terasa ingin turut sama membaca dan melancarkan lagi  bacaan Al-Quran.. Semuga dipermudahkan segala urusan.

Mencari lokan dan kepah

Petang tadi pokcik dengan isteri dan dua anak ke Setiu Wetland di Kampung Pengkalan Gelap dalam menjadi si mencari kepah dan lokan. Dua minggu lalu pokcik kesini dalam misi mencari ketam nipah untuk anak pokcik yang terkena denggi. Bila pokcik kata nak kesini, anak anak cukup teruja.  Anak pokcik ni hendak merasa bagaimana cara mencari lokan dan kepah. Lagi teruja isteri pokcik.. kalau sebelum ini nak makan beli aje kat kedai. Hari ni barulah merasa nikmat mengeledah hutan nipah paya bakau. Bagaimana gatalnya gigitan nyamuk kat sini. Untuk mencari ketam nipah ni, senjata utama kami ialah parang dan pisau. Caranya pisau ini ditikam ke dalam tanah dan ditarik  seperti letak pisau dan belah kek tu. Kalau ada bunyi seperti menyentuh batu.. itulah rezeki kami..lokanlah tu.. Waktu yang sesuai untuk mencari lokan ni ialah waktu air surut... terpaksa meredah bakau dan nipah. Buah nipah, bukan anak sahaja yang kali pertama melihatnya.. Siput...

Dah boleh keluar wad

Alhamdulillah, anak jantan pokcik dah dapat keluar dari hospital Permaisuri Nur Zahirah petang tadi.. Tengah hari tadi doktor telah mengesahkan anak pokcik bebas dari denggi. Sementara menunggu urusan selesai... diuruskan oleh isteri pokcik. Pokcik berehat dipantai Batu Burok yang terletak dibelakang hospital ni. Lagi pun pokcik parking kereta kat sini. Alhamdulillah atas doa saudara mara dan rakan taulan. Segala urusan dipermudahkan oleh Nya.

Dipindahkan ke hospital lain

Jam lebih kurang 1.00 pagi, anak pokcik dipindahkan dari hospital Jerteh ke hospital Kuala Terengganu. Pagi tadi pula bacaan darah dia meningkat. Waktu entri ini ditulis.. Alhamdulillah kepekatan darah dia mulai turun..  Semoga cepat sembuh..

Ketam nipah masak sup

Ini hasil air tangan pokcik, ketam nipah masak sup untuk anak pokcik yang masih terlantar di wad hospital. Sup yang ringkas. Kata orang sup ketam nipah baik sebagai penawar denggi jadi pokcik cuba sahaja. Hasil dari misi mencari ketam nipah semalam. Kalau malam semalam anak jantan pokcik yang nombor dua menemani adiknya. Malam ini pula giliran mamanya sendiri..  Esok sampailah ke malam esok giliran pokcik pula.. Siang-siang lagi pokcik dah maklum pada bos yang pokcik nak cuti.. Hari tu pokcik tak ambil cuti raya.. Boleh dikatakan setiap tahun pokcik tak ambil cuti.. Pokcik simpan cuti untuk sakit demam pokcik dan anak-anak atau masuk untuk 150 cuti pencen (ganjaran). Ikut kata doktor kepekatan darah anak pokcik ni tidak stabil, kejap naik kejap turun. Doktor gunakan istilah ' kering ' bila bercakap tadi. Itu yang merisaukan.  Sepatutnya anak pokcik ni kena bertolak malam ni ke USIM Nilai.. Tapi apakan daya kesihatannya tidak mengizinkan. Sup ketam n...

Dalam misi mencari ketam nipah

Dalam misi mencari ketam nipah untuk penawar denggi anak pokcik.. pagi tadi pokcik telah ke Gong Batu dan Pengkalan Gela Setiu, lebih kurang 25km dari rumah pokcik. Sebelum ke gerai jualan yang terletak dijalan utama yang menghubungkan Kampung Raja - Kuala Terengganu pokcik memenuhi permintaan anak perempuan pokcik yang ingin sangat melihat Boardwalk Setiu yang terletak di Kampung Pengkalan Gelap Setiu. Kawasan ini telah diisytiharkan sebagai Setiu Wetland. Untuk sampai ke lagun, kami menapak lebih kurang 500 meter jugalah diatas laluan yang disediakan. Sepanjang laluan ini, dapatlah juga anak pokcik mengenal tumbuhan dan hidupan yang ada tepi laluan ini. "yang ni pokok nipah pucuknya orang buat daun rokok.. yang ni pula pokok bakau.. ini siput belitong... yang ni..yang ni..." begitulah lebih kurangnya pokcik menjawab setiap pertanyaan dari anak pokcik.. Memang cantikkan lagun ini.. Waktu pokcik muda-muda dulu. Sekitar kawasan ini merupakan ...

Suspect denggi

Malam ini, pokcik menemani anak lelaki ketiga pokcik di Hospital Jerteh. Anak pokcik disyaki denggi.. itu kata doktor.. Setahu pokcik area kampung pokcik ni tiada lagi yang terkena demam ni... Yang pokcik tahu anak pokcik ni pulang sehari sebelum raya.. masuk hari kedua terus demam. Anak pokcik ni belajar kat USIM Nilai,  dan menginap kat kediaman sana.. malam ahad nanti katanya nak kembali semula kesana.. Harap-harap anak pokcik ni cepat sembuh.

Selesai sudah sesi pendaftaran anak..

Selesai sudah sesi pendaftaran anak ketiga pokcik ddi USIM Nilai, Negeri Sembilan. Anak jantan pokcik ni dapat Tamhidi Sains dan Teknologi.  Sesi pendaftaran bermula jam 8.30 pagi. Dalam dok menunggu anak jantan pokcik mendaftarkan dirinya, pokcik kepingin sangatlah nak mengabadikan diri dengan mercu tanda USIM ni bila tengok mereka yang lain seronok bergambar.   Jam 9.00 pagi anak selesai mendaftarkan diri.  Bertolak pula ke tempat kediamannya, yang mana rasanya selama setahun mereka akan menginap disini.. Selesai urusan disini, jam 11.00 pagi. Tinggalkan anak yang dah biasa berdikari. Bertolak balik ke rumah pokcik dari Nilai dengan hanya satu kali berhenti rehat. Itu pun di R & R Gua musang utk makan.  Sampai dirumah, pokcik ditegur oleh emak.. bayangkanlah pokcik bertolak jam 6.00 petang pada 24 mei dan terpacak kat rumah jam 6.30 petang 25 mei.. 24 jam setengah.. "kerja gila ni kata adik pokcik. "Dah tido empat jam" kata pokcik.. memang betu...

Majlis tamat gelanggang

Jam tiga petang tadi berlangsungnya majlis tamat gelanggang muay thai di kampung pokcik. Gelanggang yang menghimpunkan anak-anak muda belasan tahun yang berminat dengan seni bela muay thai ini.  Anak ketiga pokcik yang berusia enam belas tahun menamatkan latihan selama hampir tiga bulan. Latihan melasakkan diri kerana pada majlis tamat atau tutup gelanggang atau juga pelimau boxing ini, mereka akan bertarung dengan peninju undangan dari kampung yang lain. Ini bagi mengiktirafkan bahawa pelatih ini telah tamat dari latihan.  Hampir dua puluh tahun lalu, waktu umur sebaya anak pokcik yang sejarang ini. Pokcik pernah melalui suasana yang sama, dengan semangat yang sama. Majlis ini juga diserikan dengan pertunjukkan seni silat gayung dan seni beladiri silat tongkat yang diundang khas.

Berbagi tugas

Hari ini pokcik terpaksa berada dikedai. Menjadi jurujual, mengganti tugas isteri. Sementara isteri pula sibuk menyediakan pulut semangat bagi majlis tutup gelanggang muay thai . Gara-gara anak lelaki yang teringin sangat untuk belajar. Majlis tutup gelanggang (pelimau) ini menandakan tamatnya sesi perguruan. Isteri pokcik baru memahami apa itu pelimau dan adat tradisi dalam majlis ini. Dikampung pokcik muay thai juga dikenali atau orang tua kampung menyebut dengan istilah boxing siam

keputusan PT3

Tahniah buat anakanda yang ketiga kerana mendapat keputusan yang memberangsangkan dalam PT 3 yang diumumkan hari... keputusan sama juga dicapai oleh anak saudara pokcik.. sekalung tahniah untuk mereka berdua. Alhamdulillah... walaupun tidak mendapat seperti apa yang disasarkannya.. 7A tu rasanya dah ok... next time.. next year boleh diperbaiki lagi dalam peperiksaan yang lebih besar lagi SPM. Kerana anak-anak merupakan harta dan kebanggaan ibubapa.

Bila teh masuk jawi

Masuk jawi istilah yang sudah lama yang tidak didengari ditelinga pokcik..... tiba-tiba pagi tadi terdengar semula ditelinga ini bila mok sedara pokcik datang berkunjung untuk menziarahi anak  yang bersunat disebuah klinik swasta pagi tadi.. Masuk jawi adalah bermaksud bagi berkhatan atau bersunat.. Tadi, semasa kat klinik... tak menangis pun dia hanya berkerut kening menahan sakit... kalau tak dibius rasanya.... ha..ha.. adalah tangisan tu Teh ini adalah gelaran bagi anak lelaki pokcik yang keempat... nama sebenarnya Faris... itulah yang mengelirukan mok sedara pokcik yang mana satu nama dan gelaran... jadi pokcik terpaksalah jelaskan... anak pokcik yang sulong dipanggil along yang kedua ngah yang ketiga achik yang keempat teh ... barulah dia faham. Dan kini keempat-empat anak pokcik dah masuk jawi... dah jadi dewasa... dan betapa kini diri ini semakin berusia..

Main guli

Bila time cuti sekolah inilah aktiviti dia orang..... main dan bermain. Habis segala permainan yang dia orang main... feveret mereka main guli.

Nak sangat dia main air bah

Memandangkan hujan yang turun dua tiga empat hari ji tidak membawa banjir. Anak-anak pokcik mengajak pokcik ke rumah datuk di Kampung Seri Bayas, Ulu Seladang, Setiu. Dah kepingin sangat nak bermain air....apa lagi bila dah jumpa air yang melintas jalan, terus le dia cecahkan kaki ke air.... bila suruh pergi lagi kat air yang lebih dalam sikit, tau takut dia....kena pokcik yang pimpin tangan.... Alhamdullillah cuaca hari ini dah kembali panas.... mentari sudah berani mencelah dibalik awan.... kalau banjir ada pesta main air.... kini ada pesta yang baru bermula..... pesta apa ye... tentulah pesta jemur kain diampaian... masa nilah nak keringkan kain... esok belum tentu kerana musim hujan masih belum habis.